Tuesday, July 12, 2011
Bila saya bermula dengan Nuffnang? Untuk pengetahuan anda, saya mula memasangkan banner pertama dari Nuffnang di blog saya (ketika itu) di www.noorizamshah.com pada penghujung tahun 2007.
Seingat saya lagi, program pengiklanan ini adalah program yang terbaru diperkenalkan di Malaysia dan ia telah mendapat sambutan menggalakkan dari blogger-blogger Malaysia.
Dengan bergelar sebagai Nuffnanger, kita bukan sahaja sekadar menjana pendapatan melalui blog tetapi secara automatik menjadi sebahagian ahli komuniti Nuffnang! Jika anda memiliki akaun (mendaftar) Nuffnang, anda akan mendapati begitu banyak peraduan dan aktiviti secara ekslusif setiap ahli Nuffnang.
Bagi anda yang baru memiliki blog seperti ini dan mahu menjana pendapatan melalui Nuffnang (meletakkan iklan Nuffnang di blog anda), mari kita lihat bagaimana untuk memasang unit iklan Nuffnang ke dalam blog anda dengan ikuti 3 langkah mudah seperti berikut:
1. Lengkapkan Biodata Blogger
Sila ambil beberapa minit untuk melengkapkan tinjauan Biodata Blogger bagi memperkenalkan diri anda. Ini dapat membantu pihak Nuffnang meneliti blog serta pembaca anda untuk dicadangkan ke dalam kempen artikel tajaan yang sesuai.
2. Daftar blog anda ke dalam Pengurus Blog
Setelah selesai menjawab tinjauan Biodata Blogger, daftarkan blog anda ke dalam sistem melalui ikon "Pengurus Blog" (Blog Manager) di dalam menu dashboard anda.
3. Pasang iklan Nuffnang ke dalam blog anda
Sila rujuk ikon "Pemasangan Iklan" (Add Ads) di dalam menu dashboard bagi mendapatkan kod-kod iklan untuk blog anda.
Ada beberapa perkara digalak dan perlu dielakkan apabila anda memasang iklan Nuffnang di blog anda:
Perkara yang digalakkan :
* Dapatkan maklumat terkini Nuffnang daripada blog, Facebook dan Twitter! Pihak Nuffnang biasanya ada menganjurkan pelbagai peraduan, tayangan wayang dan promosi hebat yang eksklusif untuk ahli Nuffnang. Mereka juga ada menganjurkan parti yang hebat, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti pengumuman terkini dari sumber-sumber di atas.
* Jadilah sebahagian dari komuniti Innit, laman agregator blog daripada Nuffnang. Innit dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang dan di situ anda boleh berkongsi topik yang anda rasa menarik serta membaca artikel-artikel menarik daripada komuniti Nuffnang. Ia juga merupakan tempat yang baik untuk menjalin persahabatan :)
Perkara yang perlu dielak:
* Terdapat satu perkara yang amat dilarang bagi setiap ahli Nuffnang, iaitu melakukan aktiviti click fraud. Click fraud didefinisikan sebagai perlakuan memanipulasi bilangan klik yang diterima unit iklan di dalam blog (contoh: klik unit iklan di dalam blog secara berulang-ulang, menukar alamat IP komputer sendiri, atau meminta pihak lain melakukannya). Anda dibenarkan untuk klik pada unit iklan sendiri sekiranya berminat dalam produk/perkhidmatan yang disiarkan, tetapi ia adalah satu kesalahan sekiranya anda ingin memanipulasi bilangan klik kerana ini melanggari terma perkhidmatan Nuffnang.
* Ahli yang didapati terlibat dalam aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas dengan menarik semula pendapatan mereka, atau digantung keahlian sekiranya kesalahan itu berulang.
You Might Also Like