Wednesday, July 13, 2011
Sejauh mana anda faham mengenai program affiliate? Bagaimana anda melihat keberkesanan menyertai program affiliate ini?
Bagi seorang pemasar internet (internet marketer), affiliate itu sama ertinya dengan agen. Penggunaan perkataan affiliate banyak dikaitkan dengan laman web yang menyediakan perkhidmatan, produk digital atau fizikal dan pemiliknya membenarkan pihak lain, mendaftar sebagai agen untuk mempromosikan produk tersebut.
Dengan memasang sistem agen (affiliate), pemilik laman web atau produk boleh membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi wakil mempromosikan produk-produk ini dimana-mana medium yang bersesuaian tidak kira di internet dan bukan internet.
Jika anda membuat carian di internet, anda akan mendapati penganjur program affiliate atau pemilik produk akan menyediakan peruntukan antara 10%-70% komisyen daripada harga produk. Ini dapat dibuktikan, jika anda mendaftar akaun di Clickbank.com.
Dengan hanya mendaftar secara percuma (ada juga program affiliate yang memerlukan yuran pendaftaran), anda sebagai affiliater berpeluang untuk menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa yang lumayan dengan hanya mempromosi produk-produk yang terdapat di laman Clickbank.com.
Setiap kos untuk menjalankan promosi menjadi tanggungjawab setiap affiliater samada mereka ingin menggunakan kaedah pemasaran percuma atau berbayar.
Di Malaysia juga terdapat banyak program-program affiliate yang dijalankan. Namun anda perlu berhati-hati kerana terdapat beberapa penganjur telah menyalahgunakan istilah affiliate itu dengan menyebarkan program-program yang berunsur skim cepat kaya.
Kebiasaannya, sistem affiliate dilengkapi dengan sistem affiliate satu tingkat (1 tier) dan dua tingkat (2 tier). Salah satu contoh program affiliate dari Malaysia yang mengambil inspirasi dari ClickBank.com ialah web JomNiaga.com. Laman ini merupakan penyedia program affiliate dan beberapa pemilik produk akan mendaftar dilaman web ini dan ahli laman web ini akan mempromosi produk-produk yang terdapat di laman ini.
Jika berlaku jualan, ahli akan menerima komisyen yang akan dikumpulkan dan apabila mencapai had pengeluaran, ahli akan menerima bayaran terus ke akaun Paypal, cek atau ke akaun bank yang akan dilakukan oleh pemilik laman web JomNiaga.com
Saya antara pengguna dan mendaftar sebagai ahli JomNiaga dan telah pun memperolehi komisyen terkumpul hasil dari mempromosi produk yang terdapat dilaman web ini.
Melihat dari potensi untuk menghasilkan jualan dan menjana pendapatan, hari ini ramai pengguna internet di Malaysia mengambil peluang menyertai program-program affiliate di Malaysia dan luar negara.
Antara contoh penganjur yang menjual produk menggunakan affiliate adalah seperti berikut:
Cara Pantas Jana Wang Dengan Blog
Buat Duit Dengan Bisnes Printing
Teknik Pemasaran Melalui Forum
Program affiliate ini akan menjadi lebih hebat dan menarik perhatian ramai apabila pemilik produk menawarkan hadiah-hadiah lumayan di dalam setiap pertandingan cabaran affiliate yang diadakan untuk tempoh-tempoh tertentu.
Pernah menjadi satu rekod apabila seorang affiliate mampu mempromosi affiliate produk Malaysia dan menjana komisyen mencecah 5 angka!
Kepada anda yang berminat menyertai program affiliate, diharap dengan perkongsian ini dapat memberi pemahaman kepada anda, bagaimana anda boleh menjana pendapatan samada secara sampingan atau sepenuh masa dengan affiliate!
Jumpa lagi,
Noorizam Shah