Monday, July 4, 2011

Mana Yang Lebih Penting...

Mana Yang Lebih Penting...



Mana yang lebih penting.. menyimpan atau membayar hutang kad kredit?

Jika anda merupakan pemegang kad kredit, mesti anda sudah ada jawapan ditangan. Tetapi, berapa ramai yang boleh menyimpan walaupun mereka ni menggunakan kad kredit.

Jika lihat kepada keutamaan, semua orang akan menjawab dengan lebih selesa jika membuat simpanan. Bagi menjawab soalan di atas, kita perlu melihat kepada interest yang dikenakan oleh kad kredit.

Mungkin 18% perlu dibayar dan juga pulangan simpanan itu, mungkin 3% akan diterima. Untuk menentukan samada anda boleh membuat simpanan atau tidak, sila lihat berapa banyak interest yang dikenakan kepada anda. Sekiranya interest kad kredit 18% dan pulangan simpanan anda adalah sebanyak 3%, maka anda masih dalam situasi kerugian sebanyak 15%.

Jika ini berlaku, anda perlu selesaikan hutang kad kredit anda terlebih dahulu sebelum anda membuat simpanan.

Pastikan anda bebas dari hutang. Semakin kurang anda berhutang semakin tinggi peluang untuk anda menyimpan.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search