Sunday, July 10, 2011
Dimanakah tempat yang sesuai dan terbaik untuk kita membuat pelaburan duit sebanyak RM1000, RM5000 atau RM10000?
Cuba anda buat kajian, dimana tempat yang sesuai buat anda?
Sekiranya anda mempunyai wang sebanyak ini, anda harus kenalpasti tempat yang sesuai yang mampu memberi anda pulangan yang maksimum.
Ada banyak jawapan yang akan anda jumpa jika anda mencari jawapannya di internet. Antara jawapan yang terbaik ialah melaburkan wang tersebut pada diri anda sendiri.
Apa maksudnya?
Jika anda punya wang sebanyak itu, gunakan wang tersebut untuk meningkatkan ilmu anda dalam mencari pendapatan yang lebih!
Memang ada beberapa pihak akan syorkan anda melabur untuk mendapatkan pulangan antara 10% hingga 12%, tetapi tahukah anda dengan membuat pelaburan (menuntut ilmu pengetahuan) anda boleh mendapat pulangan sehingga 100% hingga 200%!
Beberapa pihak yang berjaya juga mengesyorkan kepada kita untuk membuat pelaburan bagi memantapkan ilmu didada. Contohnya, dengan mempelajari ilmu perniagaan, dengan pengetahuan yang ada, anda dapat melipatgandakan pendapatan sehingga 100% hingga 200% dan selalunya lebih daripada itu sekiranya anda melabur secukupnya dalam ilmu.
Banyak maklumat yang saya jumpa dalam buku bacaan, yang mana menyatakan antara rahsia orang kaya adalah mereka ini suka melabur sehingga berpuluh-puluh ribu di institusi kewangan, pulangan mungkin dalam 10% hingga 12%. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai dana yang lebih besar (beratus ribu), terdapat lebih banyak peluang pelaburan yang disediakan oleh badan kewangan yang memberi pulangan sehingga 30% dan lebih.
Apa yang saya fahami, peluang pelaburan ini tidak dibuka kepada umum walaupun melalui bank tempatan. Apabila mereka ini mendapat peluang untuk menambah kekayaan, jadi orang kebanyakan (orang biasa atau yang hidup sederhana), pasti tidak dapat memperolehi peluang sebegini.
Sebab itulah, ramai yang syorkan, jika kita mempunyai wang, tempat pelaburan yang terbaik adalah dengan melaburkan wang-wang ini ke tempat yang boleh meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita di dalam kewangan dan perniagaan. Cari ilmu bagaimana anda boleh melipatgandakan pendapatan anda hari ini!
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Tempat Sesuai Untuk Melaburkan Wang