Monday, July 4, 2011

Teroka Peluang Baru Yang Mungkin Lebih Besar

Teroka Peluang Baru Yang Mungkin Lebih Besar



Saya bermula dengan menjalankan perniagaan secara sampingan. Saya tumpukan dua pasaran. 1 pasaran online dan 1 lagi pasaran offline. Sebelum saya melangkah jauh, saya bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan.

Sekitar tahun 2005, saya baru nak memulakan perniagaan di internet. Dorongan untuk menjalankan perniagaan internet semakin kuat apabila saya membaca buku pertama tulisan Irfan Khairi. Ia menjadi titik tolak berkembangnya perniagaan saya di internet dan hari ini alhamdulillah, saya telah memiliki 2 buat syarikat sendiri iaitu NS Theory Business dan NS Consultation And Management.

Asalnya saya bermula sebagai newbie, kemudian saya berhijrah menjana pendapatan secara sampingan, kemudian berhijrah lagi menjana pendapatan secara sepenuh masa dari rumah.

Hari ini saya bekerja sendiri (self-employed) dan saya merancang untuk menjadi pemilik perniagaan (biz owner) yang memiliki kakitangan. Walaupun cubaan untuk memiliki kakitangan itu hampir-hampir berjaya, saya sedang berusaha untuk menjayakannya.

Gambar di atas, kenangan ketika saya menjayakan bisnes trip ke GuangZhou, China pada Mac 2011. Antara gambar aktiviti saya, boleh dilihat disini.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search