Sunday, August 28, 2011

Kenangan di Masjid Huaisheng, Guangzhou




Inilah antara gambar kenangan semasa saya ke Guangzhou, China. Terasa rindu untuk ke masjid ini lagi. Dari apa yang saya tahu, masjid Huaisheng ini dibina pada tahun 627, iaitu pada zaman Dinasti Tang. Ia merupakan salah sebuah masjid yang awal dibina setelah agama Islam tersebar di tanah besar China.

"Huaisheng" bermaksud peringatan Nabi dalam bahasa Mandarin. Nama ini diberikan sebagai memperingati pengasas ajaran Islam, Nabi Muhammad.

Masjid ini mempunyai keluasan kira-kira 3,200 meter persegi. Seni bina bangunan masjid ini menggabungkan unsur klasik China dan ciri-ciri Arab. Ketika memasuki pintu masjid ini, terdapat bangunan bernama Bangunan Menikmati Bulan.

Kalau tengok daripada kawasan luar (tepi jalan) saya tak perasan pun ini adalah sebuah masjid. Walaupun bangunan yang dibina semula pada tahun 1695 ini tidak berapa besar, tetapi ia kelihatan begitu cantik jika dilihat dari jauh. Dua serambi yang panjang terletak di kedua-dua belah Bangunan Menikmati Bulan. Di dalamnya terdapat kira-kira 10 buah batu bersurat yang mencatatkan sejarah Masjid Huaisheng.

Berhampiran dengan dewan sembahyang yang menghadap ke arah tanah suci Mekah ialah bilik simpanan kitab. Ia disediakan untuk menyimpan pelbagai salinan Al-Quran. Saya tak berpeluang nak menjelejah seluruh isi masjid ni.

Di luar masjid, sempat jugalah saya mengambil beberapa gambar tapi tak ada rezeki juga sebab kamera saya tu hilang tercicir di sana pada 2 hari terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Kalau anda berada diluar masjid ni (masih lagi diperkarangan masjid) terdapat sebuah Menara Bercahaya setinggi 36.3 meter berdiri tegak di bahagian barat daya halaman masjid tersebut. Badan menara ini berbentuk bulat bujur manakala bahagian atasnya tajam.

Kalau tanya penduduk setempat disitu, mereka panggil Masjid Huaisheng juga sebagai masjid Guangta. Jadi kalau mereka sebut masjid Guangta, jangan pula anda garu kepala. :)



Itu kalau naik teksi. Kalau naik subway atau bas, ini adalah maklumat untuk anda pergi ke masjid Huaisheng:

Panduan perjalanan ke Masjid Huaisheng, Guangzhou:
Subway Line 1 (Stesen Ximenkou)
Bus No.58、56、233、286、250、102 (Stesen Jalan Guangta atau Jalan Chaotian)



Kepada anda yang ada plan nak pergi Guangzhou tahun 2011 ni, boleh rujuk info Trip China anjuran syarikat saya ini.

Serius, anda akan rasa kerinduan untuk datang lagi ke GuangZhou.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Saturday, August 27, 2011

Web Blog Top Rank Dengan Keyword Perniagaan Internet

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info yang mungkin boleh anda jadikan rujukan dan panduan, bagaimana web atau blog mereka ini berjaya menduduki carta carian keyword "perniagaan internet".

1. hasbulaqill.com
"in Perniagaan Internet. Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya dan Aqif Azizan berjaya melancarkan ebook pertama kami ..."

2. rajakamil.biz
"Perniagaan internet untuk semua. Jika anda mencari cara untuk buat duit ikut internet, marilah sini. Terdapat 1001 cara buat duit online."

3. www.rahsiainternet.com
"Pelajari cara memulakan perniagaan Internet dan menjana pendapatan melalui Internet dari keselesaan rumah."

4. www.modelbisnesinternet.com
"Model Perniagaan Internet Yang Mana Satukah Paling Ideal untuk Anda?"

5. www.maynetwork.net
"Satu yang menarik adalah ianya tidak memerlukan modal, hanya perlu belajar bagaimana untuk mengiklan perniagaan anda di internet. Klik disini untuk ..."

6. www.perniagaaninternet101.com/
"Saya memulakan perniagaan internet saya pada tahun 2006 dengan hanya bermodalkan RM60. Apa yang boleh anda buat dengan RM60 sekarang ini? ..."

7. www.smartusaha.com
"Rahsia Perniagaan Online dan keusahawanan Internet. Panduan perniagaan internet percuma untuk rakyat Malaysia menjadi usahawan internet berjaya."

8. perniagaaninternet.com
"Setelah 4 tahun mengajar berpuluh ribu orang dari seluruh dunia tentang perniagaan internet, setelah menghasilkan jualan mencecah 6 angka secara senyap, ..."

9. www.monakas.com
"Membina perniagaan internet sebenar dengan mudah. Disertakan buku panduan dan Video Tutorial lengkap langkah demi langkah. Jana pendapatan anda ..."

10. saifulsham.com
Tips perniagaan dan perniagaan internet terkini praktikal percuma untuk keuntungan maksimum dengan usaha minimum buat usahawan dan bakal usahawan ...

Kebanyakan laman web di atas, pemiliknya telah pernah saya jumpa. Ada diantara mereka telah mula menulis web/blog sejak tahun 2005 lagi. Ada yang masih aktif dan ada yang kini fokus kepada dunia offline.

Diharap anda boleh jadikan link-link web/blog ini sebagai rujukan kepada anda. Manfaatkan ia sebaik mungkin.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Jualan FBads Mania Bakal Ditutup Bila-bila Masa?



Benarkah FB Ads Mania, produk terhangat dari Ammar Zahar akan dihentikan bila-bila masa apabila cukup kouta 500 unit?

Pagi tadi semasa kami cit cat di facebook, beliau maklumkan kouta hanya tinggal 25 unit sahaja. Saya pun tak pasti sama ada betul masih ada lagi atau tidak. Anda boleh rujuk link ini:

FB Ads Mania.

Kepada rakan pembaca yang ada jalankan perniagaan kursus umrah dan haji, kursus perkahwinan, khidmat katering, sewa beli kereta, agen insurans, ahli multi level marketing (MLM), butik pakaian, syarikat konsultan, kontraktor, pembuat kek cawan, kedai servis kenderaan, kedai dobi, kedai alat tulis, syarikat pencetakan dan sebagainya, guna Facebook Ads boleh membantu anda mendapatkan pelanggan.

Saya ambil contoh, katakan anda membuka sebuah butik pakaian wanita di putrajaya. Memandangkan kawasan perniagaan anda adalah kawasan baru dan tidak ramai pelanggan, anda boleh mengiklankan info mengenai kedai anda melalui facebook ads. Kos mengiklan di facebook amatlah rendah berbanding anda membuat iklan di surat khabar, malah anda boleh menetapkan prospek secara lebih spesifik berdasarkan umur, lokasi dan kegemaran mereka.

Anda boleh mencuba kaedah pengiklanan di facebook ini dan tingkatkan jualan anda dengan menggunakan kaedah pemasaran yang berpatutan.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Thursday, August 25, 2011

Membina Online Store di Lot.my

Bina kedai online anda di Lot.my tak sampai 5 minit! Kemudian jalankan bisnes internet anda seperti seorang yang memiliki sebuah kedai online yang professional!



Sudahkah anda memiliki sebuah kedai online? Jika belum, anda harus memilikinya hari ini. Saya sendiri sudah pun memiliki beberapa buah kedai online menggunakan sistem e-commerce Lot.my.

Bagi anda yang tidak tahu apa itu Lot.my, ia adalah sebuah laman web e-commerce yang dibina khusus untuk masyarakat di Malaysia. Menggunakan domain Lot.my, sesiapa sahaja boleh memiliki nama domain yang menarik menggunakan extension Lot.my.

Hari ini, selain anda memiliki nama domain perniagaan, anda juga bakal memiliki sebuah laman web e-commerce yang bercirikan sebuah kedai online dan mampu dibina dalam beberapa minit sahaja. Oleh kerana sistem e-commerce ini bercirikan web base, anda tidak perlu membuat sebarang installation ataupun muaturun untuk membina kedai online anda. Apa yang anda perlukan hanya memiliki sebuah komputer dan capaian internet yang baik.

Bolehkah mereka yang tidak tahu mengenai kepakaran IT, memiliki sebuah kedai online di Lot.my?

Ya, sudah pasti boleh. Saya telah mengajar beberapa orang individu yang terdiri daripada mereka yang tidak berpengalaman dalam teknologi maklumat dan nampaknya mereka mampu membina sebuah kedai online di Lot.my dengan mudah berpandukan langkah-langkah yang diberikan.

Asalkan anda tahu bagaimana untuk menghantar emel, membuat carian di internet, ini sudah bagus untuk anda memulakan kedai online menggunakan platform Lot.my. Di laman web juga ada disediakan manual dan support bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan sepanjang mereka mengendalikan kedai online mereka. :)

Seperti saya, walaupun saya memiliki store di eBay, blog, facebook dan laman web e-commerce sendiri, ini tak bermakna saya tidak perlu memiliki sebuah kedai online di Lot.my. Saya anggap, ini sebagai keperluan untuk saya buat jualan bersilang.

Saya juga boleh pelbagaikan sumber traffik dengan mempromosikan produk-produk saya di pelbagai medium pemasaran. Maknanya, lebih banyak peluang orang melihat produk saya, lebih banyak pendapatan boleh saya jana di internet!

Saya suka fokuskan kepada mereka yang masih lagi tidak mempunyai web e-commerce setakat ini. Lot.my merupakan tempat yang sesuai untuk anda mula menjual produk secara online. Di Lot.my, anda tidak perlu sewa hosting dan domain (melainkan anda memerlukan nama domain dotcom anda sendiri), tanpa mengeluarkan wang yang banyak atau masa untuk membina sebuah web e-commerce, di Lot.my anda boleh memiliki sebuah web e-commerce yang penuh dengan features.

Cuba anda try create sebuah hari ini. Tengok mudah atau tidak.

Kepada anda yang ada kedai di blog atau blogshop, dengan adanya sebuah lagi kedai di Lot.my, anda mudah membina sebuah kedai yang dilengkapi dengan katalog. Katakan anda menjual kuih-kuih raya, untuk nampak lebih menarik, anda masukkan gambar-gambar di kedai online Lot.my anda, hasilnya pelanggan melihat seperti sebuah kedai pameran yang memaparkan katalog secara online.

Anda mudah menguruskan produk-produk anda di dalam kategori, dengan tambahan gambar dan keterangan produk yang lebih menarik.

Berapa harga yang perlu saya bayar jika saya nak buat kedai online di Lot.my ini?

Untuk membuka kedai online di Lot.my adalah PERCUMA. Namun begitu, sebuah kedai online yang percuma biasanya features agak terhad. Sebuah kedai online yang percuma, anda hanya boleh list 4 produk buat masa ini. Jika anda mempunyai lebih dari 4 produk dan ingin menambahnya, anda perlu upgrade akaun free anda kepada akaun PREMIUM.

Untuk akaun percuma, tidak ada sebarang kos tersembunyi yang akan dikenakan kepada anda. Maknanya, tidak ada caj pembatalan dan tidak ada caj transaksi pembelian antara anda dengan pelanggan (kecuali anda guna payment gateway atau paypal).

Setakat ini, ini contoh kedai online saya di Lot.my:

www.dropshipmy.lot.my
. Alhamdulillah, waktu mula-mula test buka kedai online, dalam sebulan boleh buat sales 4 angka. Jadi, saya percaya platform di Lot.my ini berpotensi untuk menarik perhatian pelanggan di internet.

Ini pula testimoni dari media yang dah review Lot.my ni:





Anda boleh membuat carian di internet dan lihat berapakah kos sebenar untuk membina sebuah kedai menjual produk secara online. Tentukan sendiri berapa modal dan kos yang ingin anda keluarkan. Jika anda inginkan kos yang berpatutan, Lot.my adalah antara jawapan pilihan untuk anda.

Untuk melihat demo, anda boleh rujuk disini:

http://lot.my/demo

===================================================



Alhamdulillah, pihak Lot.my telah menerima dan melantik saya sebagai certified trainer (sila rujuk logo di sebelah kanan blog ini) Lot.my bermula hari ini, insya-Allah saya akan membantu mereka yang ingin memulakan bisnes internet menggunakan kedai online sebaik mungkin.

Sebagai seorang perunding dan trainer bagi pihak Lot.my, saya melalui syarikat NS Consultation And Management menawarkan sesi Personal Coaching atau Group Coaching istimewa buat mereka yang ingin membina sebuah kedai online dengan kos yang murah.

Yuran penyertaan untuk mereka yang ingin hadir secara perseorangan ialah:

RM395.00 seorang.

Potongan harga sebanyak RM195.00 seorang jika hadir dalam group lebih dari 2 orang.

RM200.00 setiap orang.

Apakah yang anda akan dapat dengan menyertai sesi ini?

1. Sebuah kedai online (subdomain) Lot.my bercirikan PREMIUM FEATURES trial selama 60 hari PERCUMA!

2. Anda boleh cancel premium features ini selepas 60 hari, jika anda tidak berminat menggunakan features ini tanpa sebarang caj downgrade!

3. Memperolehi beberapa sumber maklumat PEMBEKAL RAHSIA di internet (dimana anda boleh mendapatkan produk yang mempunyai permintaan pada harga kos yang rendah - anda boleh borong!)

4. Latihan membina kedai online serta support dari group tertutup di facebook, khusus untuk peserta yang menyertai sesi ini.

Bilakah tarikh terkini untuk sesi ini?

Sesi dibuka bila-bila masa. Namun begitu, anda perlu menghubungi saya terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan kekosongan jadual. Setakat ini sesi hanya dijalankan di sekitar lembah klang sahaja. Cara untuk menghubungi saya ialah melalui ruangan contact disini atau hubungi saya di 016-6407479.

Bagaimana untuk membuat bayaran tempahan?


Sila ikut arahan ini dengan teliti:

Bank in bayaran ke akaun Maybank, no akaun 512361165401 atas nama NS CONSULTATION AND MANAGEMENT masukkan jumlah samada RM395.00 untuk seorang atau RM200 x jumlah peserta (jika lebih dari seorang).

Butiran LENGKAP bayaran hendaklah dikirimkan dengan mengisi maklumat di sini dan sms ke 016-6407479 (berikan nama penuh, emel, jumlah wang, butiran lengkap bayaran).

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Wabak Gambar Avatar Di Facebook Mula Melanda


Saya pun terjebak. Bermula dari group Kedai Kopi IM di facebook, seorang demi seorang menukar gambar mereka kepada imej avatar yang menyerupai wajah profil mereka.

Nampak menarik pula apabila beramai-ramai menggunakan imej avatar yang menggambarkan perwatakan mereka.

Jika anda ingin bermain-main dengan imej manga, anda boleh layari website FaceYourManga.

Post ini hanya sekadar release tension. :)

Noorizam Shah

Review Blog Malaysia Berdasarkan Google Page Rank



BlogMalaysia.com merupakan sebuah blog direktori yang dibina khusus untuk mengumpul laman-laman blog tempatan. Di dalam direktori ini tersenarai sebanyak 15963 buah blog yang dipecahkan kepada 27 kategori berbeza.

Sebenarnya banyak lagi blog direktori dan senarai blog-blog yang terdapat di BlogMalaysia bukanlah secara rasmi menduduki tempat paling popular di Malaysia, akan tetapi apa yang ingin saya kongsikan disini ialah, masih terdapat beberapa blog yang hebat dari segi Google Pank Rank.

Apa yang saya lihat daripada jumlah blog yang banyak mendaftar di BlogMalaysia, hanya ada dua sahaja blog yang memiliki Page Rank paling tinggi iaitu 6. Blog tersebut ialah: TESLMalaysia dan AirAsia

TESLMalaysia


Blog ini merupakan platform kepada semua guru yang mengajar TESL dan mereka berkongsi maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan English Language Teaching.
Jadi buat mereka yang menyumbang dan berkongsi pengetahuan mengenai TESL, mereka boleh melayari laman blog ini.


Air Asia Blog


Blog yang dibina oleh Air Asia ini merupakan idea yang menarik juga. Jika anda merupakan penumpang dan pelanggan Air Asia, anda boleh menulis post di blog ini. Mungkin anda ada kisah-kisah menarik yang anda ingin kongsikan dengan pembaca blog Air Asia ini seperti lawatan tempat-tempat menarik, kisah perjalanan penerbangan anda dan sebagainya. Kirimkan post anda di sini dan jika ia bersesuaian dengan guideline Air Asia, post anda akan dipaparkan.

Berikut adalah senarai blog yang memperolehi Google Page Rank 5:

1. Paul Tan's Automotive News
2. 1.com.my
3. MY Voice For Malaysians
4. Sifoo
5. VinceOng.com
6. architecture enlightens life
7. julianhopkins.net
8. Architecture-咖菲论阿柒
9. Best Weight Loss Diet
10. Work at Home Internet Business

dan terdapat 26 lagi laman blog yang memiliki Google Page Rank 5. Kebanyakan blog-blog yang mendapat kedudukan yang baik di Google merupakan blog yang telah berusia lebih dari 4 tahun. Mereka menulis berdasarkan kepakaran yang mereka tahu. Namun, ada juga beberapa blog yang merupakan blog carca marba tetapi mendapat page rank yang agak baik.

Blog saya di NoorizamShah.com ketika dulu juga pernah mencatat kedudukan yang terbaik iaitu page rank 5 sebelum ia merudum jatuh ke page rank 3 dan kekal sehingga ke hari ini.

Saya cukup tertarik dengan blog Architecture-咖菲论阿柒 kerana bagi saya tidak banyak blog yang mendapat kedudukan baik seperti ini dan saya yakin walaupun saya menggunakan platform blogger untuk menulis blog ketika ini, jika saya konsisten dan mengisi blog saya dengan bahan-bahan bermaklumat, sudah pasti blog ini juga mampu menerima page rank yang baik. Mungkin ia akan mengambil sedikit masa kerana blog ini baru berusia tak sampai setahun jagung.

Doakan blog ini dapat meninggalkan sesuatu yang bermakna kepada anda.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Tuesday, August 23, 2011

Kisah Meriam Malam Raya Kampung Talang

Teringat memori zaman remaja dulu, saya dan kawan-kawan di kampung, bila tiba bulan Ramadhan mesti ada aktiviti-aktiviti nakal yang kami buat.

Kampung saya ni ada beberapa peringkat. Kawan-kawan saya ni ada sahaja idea yang membuatkan orang kampung bising, mengganggu ketenteraman awam. Idea paling best malam raya ialah bakar meriam.

Di kampung, nak cari batang buluh yang besar-besar memang susah. Jadi, alternatif kami cari batang besi telefon atau elektrik yang tak digunakan lagi untuk dijadikan meriam. Karbaid pula senang nak dapat, di kampung ada sahaja kedai runcit yang jual karbaid.

Lokasi pilihan kami jika nak bakar meriam ni, samada kat tepi masjid, dalam kebun kelapa sawit atau pun dipuncak bukit. Apabila ada orang kampung mengadu bunyi bising, maka datanglah polis atau pun RELA menyerbu lokasi kami. Walaupun sekadar diberi amaran, kawan-kawan saya ini mana nak dengar cakap. Esok lusa mereka main lagi. Memang nakal.

Sekarang dah tak ada zaman nak main meriam. Kalau nak lepas rindu dengar bunyi dentuman meriam dalam bulan Ramadhan dan malam raya, sekarang ni banyak video kat youtube. Paling popular sekali video letupan meriam malam raya dari Kampung Talang. Rasanya malam raya ni, mesti ada lagi aktiviti macam ni, sebab dikatakan ia sudah menjadi tradisi tahunan kampung Talang.



Video ini saya ambil dari youtube dan anda boleh lihat persiapan mereka yang nak "berperang" pada malam raya nanti.



Video ini pula aksi membakar meriam dan "berperang bunyi" dengan pihak sebelah lain.

Nota: Kepada anda yang ingin bermain meriam, pastikan dapatkan nasihat dari badan keselamatan, mereka yang pakar dan berpengalaman. Jangan pandai-pandai cuba sendiri kerana ia adalah perbuatan/permainan yang berisiko tinggi.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah

Masalah Akaun Paypal Access Limit



Hari ini semakin ramai yang menggunakan Paypal sebagai medium memproses pengiriman dan penerimaan bayaran secara elektronik. Boleh dikatakan kebanyakan laman web di Malaysia atau di dunia banyak menerima kaedah pembayaran melalui Paypal.

Jika anda ingin menjalankan perniagaan di internet, Paypal adalah salah satu tools pembayaran yang perlu anda miliki.

Di eBay, nama Paypal cukup sinonim dikalangan penjual dan pembeli. Ia umpama seperti isi dengan kuku. Untuk memudahkan transaksi dibuat antara pembeli dengan penjual dari negara yang berbeza, eBay amat mengesyorkan Paypal digunapakai di dalam setiap transaksi bisnes ini.

Apabila saya kaitkan Paypal dengan eBay, ini bermaksud setiap penjual harus tahu mengurus dan menggunakan akaun Paypal. Ia boleh dikatakan sebagai alat perbankan utama si penjual.

Namun, ada beberapa perkara yang tidak disukai pengguna Paypal iaitu apabila akaun mereka di freeze atau access limit. Ini terjadi disebabkan pengguna Paypal tidak berhati-hati dan mengguna akaun Paypal dengan cara yang salah atau tujuan yang tidak dibenarkan Paypal.

Apabila akaun anda dibekukan, anda tidak akan dapat membuat sebarang pengeluaran dan pemindahan wang. Ini agak menyukarkan anda jika anda ingin menggunakan wang tersebut untuk membayar pembekal produk.

Jadi, apabila anda berhadapan dengan masalah ini, anda harus lihat terdapat arahan bagaimana untuk melepasi masalah access limit ini. Paypal biasanya akan hantar notis ke emel atau maklumkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk pengesahan akaun.

Tugas anda ialah sediakan semua dokumen yang diminta dan hantar kepada Paypal menggunakan kaedah muatnaik atau pun fax ke nombor yang tertera di dalam emel anda.

Bagi mereka yang baru memiliki akaun Paypal dan masih lagi tidak faham fungsi keseluruhan akaun Paypal ini, anda boleh dapatkan video Panduan Paypal Malaysia disini.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Monday, August 22, 2011

Bagaimana Untuk Bina Pendapatan Berganda?


Kredit gambar.


Topik ini boleh ditujukan kepada mereka yang bekerja makan gaji (sektor kerajaan atau swasta).

Hari ini cabaran kewangan semakin meningkat. Kita dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup. Jika 20 tahun dulu bekerja di bandar dengan pendapatan RM1500 itu sudah boleh dianggap selesa tetapi hari ini jika anda duduk di bandar besar seperti Kuala Lumpur, berpendapatan RM1500 itu sudah anggap miskin bandar.

Saya yang lahir dan berasal dari kampung memang saya akui perubahan ini. Ia jauh berbeza jika anda mempunyai pendapatan sebanyak itu dan tinggal dikampung yang jauh dari pembangunan. Anda boleh berbelanja dan boleh menyimpan lagi.

Jadi, jika anda hidup berhadapan dengan cabaran kewangan, apakata anda aturkan perancangan dengan membina pelbagai sumber pendapatan.

Bagaimana membina pendapatan berganda di internet?

1. Bina kepelbagaian pelanggan.
Jika anda ingin mencari sumber pendapatan di internet, anda harus membina pelbagai kelompok pelanggan. Jangan tempatkan pelanggan anda di dalam satu kelompok sahaja. Cuba bina kelompok-kelompok berdasarkan minat dan kemahuan mereka.

Sebagai contoh, anda boleh membina kelompok bakal pelanggan khusus untuk topik perniagaan internet, kewangan, kesihatan, kekeluargaan dan sebagainya.

Anggapkan begini, jika anda hanya fokus kepada satu kelompok sahaja, apabila tiba masanya kelompok itu meninggalkan anda, anda bakal kehilangan sumber pendapatan.

Hari ini kita melihat terdapat beberapa berbezaan cara yang dilakukan oleh mereka yang ingin menjana "multiple streams of income" di internet. Apa yang saya kongsikan disini bukanlah bermaksud saya syorkan kepada anda. Anda boleh buat ketetapan sendiri. Ok?

2. Memiliki kerja sepenuh masa.
Jika anda mempunyai pekerjaan tetap, saya syorkan anda jangan berhenti ketika ini. Anda boleh selaraskan kerja anda dengan membuat pengurusan masa. Apabila anda tahu, yang anda perlu membina pendapatan berganda, anda perlu tahu bila mula anda masuk kerja dan bila masanya anda akan habis kerja. Adalah lebih baik jika anda dapat melakukan kerja dari rumah.

3. Memiliki kerja sambilan.
Jika anda tidak ada kerja sepenuh masa, memadai anda ada kerja sambilan. Mungkin kerja itu hanya dari rumah ataupun anda ambil upah berdasarkan kepakaran anda dan boleh dilakukan bebas tanpa terikat dengan masa. Jadi, anda boleh lakukan lain-lain perkara untuk membina pendapatan berganda.


4. Bekerja secara kontrak
Ia nampak sama macam bekerja secara sambilan. Bekerja secara kontrak bergantung kepada kerja yang ditawarkan. Ada pendapatan yang ditawarkan berdasarkan dari hasil kerja yang kita lakukan. Sebagai contoh anda boleh bekerja secara kontrak dengan badan bukan kerajaan (NGO), melakukan sesuatu kerja untuk mereka dan anda dibayar gaji bulanan. Ia akan nampak lebih hebat jika anda dapat lakukan kerja kontrak anda bersama dengan kerja sebagai freelance.

5. Mula dengan menulis blog?
Dulu menjana pendapatan melalui blog begitu mudah. Ada banyak cara nak jana pendapatan dengan blog. Boleh guna adsense, bidvertiser, nuffnang, advertlets, backlinks dan sebagainya. Sekarang? Walaupun ia agak sukar untuk mereka yang baru berkecimpung di dalam arena blog, namun masih ada lagi yang menjana pendapatan agak konsisten hanya menulis blog. Mungkin anda boleh ubah dengan menawarkan servis ulasan produk, kedai blog, seminar, personal coaching dan sebagainya.

6. Mencipta produk.
Jika anda seorang freelancer, anda boleh sediakan perkhidmatan sekali dan dibayar sekali. Maksudnya anda buat kerja dan anda dibayar untuk kerja itu sahaja. Jadi, anda boleh ulang cara ini berulang-ulang kali. Sebagai contoh, anda menyediakan khidmat merakam video pelancaran, membina surat jualan, web grafik atau membina kulit ebook. Jika anda memiliki sebuah blog yang popular, anda mungkin boleh menjual cenderamata sebagai tanda buat peminat-peminat blog anda. Cipta satu produk kemudian jana pendapatan berulang-ulang kali selepas itu.

7. Kaedah mengajar.
Jika anda mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam sesebuah skill, anda boleh mengajar orang lain dan caj mereka untuk tempoh-tempoh tertentu. Anda boleh mengajar secara online, mengajar di kolej komuniti, anjurkan siri seminar atau anda buat kelas anda sendiri khusus untuk perniagaan atau kawasan komuniti setempat.

8. Menawarkan khidmat runding.
Selain menawarkan seminar, anda juga boleh menyediakan perkhidmatan mengajar peserta secara perseorangan pada caj kadar yang lain. Mungkin topik yang disentuh lebih detail dan berbeza dari apa yang diajar di dalam seminar atau kelas.

9. Mula perniagaan secara kecil-kecilan
Dari banyak-banyak idea, antara idea yang sesuai adalah memulakan bisnes secara kecil-kecilan. Yang ini, lebih kepada tradisional konsep. Anda melakukan perniagaan secara offline. Kebanyakan yang saya jumpa diluar sana, ada yang membina pendapatan berganda hasil menjalankan perniagaan offline seperti kedai t-shirt, jual beli emas, kontraktor, kedai makan dan sebagainya. Sebenarnya ada banyak cara untuk menjana pendapatan berganda. Bermula dengan massive income dan maju ke hadapan dengan passive income.

10. Menulis buku.
Jika anda dapat menulis sebuah buku, itu lebih baik. Ia bukan lah mudah untuk diterbitkan tetapi ia juga bukanlah satu perkara mustahil. Saya sendiri masih lagi dalam proses menulis buku walaupun mengambil masa bertahun untuk disiapkan. Saya akan cuba realisasikan supaya ada buku saya di pasaran. Insya-Allah.

11. Pemasaran affiliate.
Jika anda ada blog atau medium untuk menjalankan promosi, anda boleh sertai affiliate program. Ada beberapa blogger negara barat, berjaya menghasilkan suku juta dollar melalui pendaftaran pengguna di laman web pengiklanan Chitika. Anda juga boleh menyertai program affiliate yang memberi pendapatan berulang. Sebagai contoh affiliate dari Aweber, jika ada yang mendaftar perkhidmatan tersebut dari link affiliate anda, dan pelanggan melanggan setiap tahun, ini bermakna komisyen atau pendapatan anda juga berulang setiap tahun.

12. Jual ebook.
Jika anda ada kemahiran menulis dan menerbitkan ebook, ini adalah peluang untuk anda menjana pendapatan berganda. Ebook mudah ditulis tetapi anda harus menulis kandungan yang berkualiti jika tidak pelanggan tidak akan membeli produk anda.

Jadi apa lagi cara untuk membina pendapatan berganda anda? Fikirkan dan tentukan. Ok, cukup sampai disini. Kita jumpa lagi. InsyaAllah.


Noorizam Shah

Sila klik LIKE jika anda suka post ini.
Sunday, August 21, 2011

Kisah Kad Debit Tesco-RHB





Semalam saya ke Perak atas sedikit urusan. Kebetulan sudah sampai di Perak dan bermalam di rumah Mentua, petangnya saya ke Tesco, Manjung.

Apa yang ingin saya kongsikan di dalam post ini ialah berkaitan dengan kad debit RHB-Tesco. Kepada mereka yang menceburi perniagaan di eBay, sudah pasti ramai yang tahu, untuk melayakkan mereka menjual di pasaran antarabangsa, mereka perlu memiliki kad debit.

Hasil dari eksperimen saya awal tahun lalu, saya telah berjaya memohon beberapa kad debit RHB-Tesco dan semalam kebetulan singgah di Tesco, saja nak tengok samada boleh mohon lagi atau tidak. Nampaknya sistem di komputer menunjukkan saya telah mencapai had maksima memohon kad debit di RHB.

Dengan ini saya membuat rumusan kad debit ini hanya boleh dimohon sebanyak 5 kad sahaja untuk setiap orang. Jika anda ingin mohon kad yang baru, anda boleh batalkan mana-mana kad sedia ada dan mohon semula.

Jadi, jika ada yang berasa keliru atau tidak jelas dengan info ini, anda boleh terus ke bank RHB yang berdekat atau hubungi pegawai yang sedang bertugas untuk bantuan.

Berkenaan perkara lain, esok saya akan adakan sesi Personal Coaching (Mastermind) eBay dengan seorang pelajar UiTM, Shah Alam, insyaAllah sesi ini akan diadakan di IMTC, Shah Alam, Seksyen 7.

Selepas raya ini, saya buka peluang untuk mereka yang berada di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, jika ada yang ingin turut serta ke sesi Personal Coaching bersama saya, pastikan anda buat tempahan segera kerana lokasi khas untuk anda akan diadakan di Perak. InsyaAllah.

Ok, kita jumpa lagi,

Selamat berpuasa!

Noorizam Shah
Friday, August 19, 2011

Info Mengenai The Quran Read Pen

Sinopsis:

The Quran Read Pen adalah pen elektronik yang apabila disentuh di mana-mana surah yang terdapat di dalam al quran yang disediakan, maka pen itu akan membacanya.

BAHASA:

Info Mengenai The Quran Read Pen:
1)Kitab Al Quran yang lengkap 30 juzuk.
2)Tidak perlu bimbang atau risau akan masalah penggunaanya kerana pen ini amatlah mudah digunakan kerana hanya perlu meletakkan pen tersebut di mana-mana surah,maka pen ini akan membacanya.
3)Boleh mengubah bacaan qari.Terdapat beberapa qari yang boleh dipilih antaranya Sheikh Saad Al-Ghamidy,Sheikh Misyari Rashid,Sheikh Abdul Rahman As Sudais dan Sheikh Abdul Al-Matrud.
4)Pen ini juga boleh menukar bahasa dengan cara menekan button "translate".Ia dapat menukar ke bahasa english.Selain itu terdapat juga button mp3 untuk memainkan irama-irama nashid.Terdapat juga button untuk memperlahankan atau menguatkan suara.
5)Antara accessories yang disertakan sekali dalam kotak ini adalah earphone,cable usb dan juga user manual.



Definisi:
AL-QURAN READ PEN ialah pen yang BOLEH MEMBACA AL-QURAN tetapi ia tidak boleh menulis. Apabila read pen ini disentuh pada mana-mana Ayat Al-Quran atau pada mana-mana Surah, maka pen tersebut akan membacanya.
Ayat-ayat Al-Quran dibaca oleh beberapa orang Qari terkenal dari Masjidil Haram seperti
Sheikh Saad Al-Ghamidy
Sheikh Misyari Rashid
Sheikh Abdul Rahman As Sudais
Sheikh Abdul Al-Matrud
Kenapakah kita harus memiliki AL-QURAN READ PEN?
1. ReadPen mempunyai keistimewaan membaca ayat per ayat dan
surah per surah. Sentuh saja mata pen pada mana-mana Ayat atau
Surah, pen ini akan mengeluarkan bacaan mengkut Qari mana yang
kita pilih.
2. Tidak tahu atau kurang faham membaca Al-Quran tidak lagi menjadi
alasan untuk kita malas membaca dan mempelajari nya, kerana kita
boleh mempelajarinya dari bacaan yang di baca oleh Qari-qari yang
dipilih.
3. Al-Quran lengkap 114 surah / 30 juz.
4. ReadPen juga berfungsi sebagai MP3 untuk memainkan lagu-lagu
seperti nashyid, Nama-nama Allah, Talbiah dan sebagainya yang
boleh di download dari komputer ke dalam ReadPen ini.
5. ReadPen boleh disambungkan kepada pembesar suara supaya dapat
mendengar dengan lebih kuat atau boleh juga disambungkan terus ke
pembesar suara masjid atau surau tanpa memerlukan CD atau TAPE.
Pen juga boleh disambung kepada earphon telinga untuk mendengar
sendiri tanpa gangguan orang lain.

Kegunaan Al--Quran Read Pen ini adalah seperti:
1. Meningkatkan mutu bacaan Al-Quran.
2. Menghafal Al-Quran.
3. Hantaran Perkahwinan
4. Cenderahati perpisahan
5. Sumbangan kepada Masjid/Madrasah
6. Sedekah / Zakat.(pemberian seorang anak kepada ibu bapa)

Kelebihan:
Mudah digunakan & senang dibawa.
Sesuai untuk semua golongan.
Membantu menyempurnakan ibadah.
Menambah keyakinan apabila membaca al-Quran.
Membantu melancarkan bacaan al-Quran.
Amat sesuai dijadikan hadiah kepada orang yang tersayang.

Langkah Membentuk Kesedaran Minda

Berapa kerap kita berfikir perkara-perkara positif setiap hari? dan berapa kerap pula kita berfikir perkara-perkara negatif setiap hari?

Tanya diri kita. Jika ada yang negatif, sila buangkan persepsi salah di dalam diri anda sekarang.

Cuba anda ambil sehelai kertas dan tuliskan segala kepercayaan anda pada kehidupan dan kekayaan. Tuliskan seberapa banyak kepercayaan yang anda miliki dan teliti sama ada ia bersifat negatif ataupun positif. Jika anda mendapati terlalu banyak yang negatif, sila tukarkan kepercayaan itu supaya ia menyokong matlamat bagi memiliki kekayaan.

Kemudian, tanamkan kepercayaan baru dengan mengulangi kepercayaan itu dalam minda setiap hari sehingga ia kekal sebati.

Mari kita hentikan perkataan negatif dalam hidup kita. Hentikan segala perkataan negatif yang cuba masuk ke dalam fikiran kita. Cuba biasakan diri dengan memerhati ayat-ayat yang keluar sama ada daripada mulut ataupun fikiran kita.

Orang yang hebat selalunya mempunyai pemerhatian diri sendiri yang baik. Jika anda seorang yang hebat, anda perlu peka pada apa yang anda sedang fikirkan, ucapkan dan dipakai setiap hari.

Hakikatnya, ramai orang diluar sana tidak peduli pada diri mereka sendiri kerana sibuk memerhatikan orang lain. Akibatnya, kita tidak sedar pada pemikiran dan penampilan diri. Jom kita tukar pemikiran kita setiap hari daripada memikirkan berkenaan kegagalan kepada kejayaan. Dengan itu, kita mula menyedari kekayaan sebenarnya banyak terdapat di sekeliling kita.

Untuk membentuk kesedaran minda, dengan banyak membaca dan mendengar kisah kejayaan orang lain, ia dapat menanamkan perkara positif. Perbanyakan membaca buku ataupun artikel berkaitan kejayaan, menghadiri seminar motivasi, mendengar audio pembangunan diri yang banyak dijual dan mendapatkan berita-berita berkenaan kejayaan usahawan membina empayar perniagaan.

Cuba anda lihat kisah kejayaan seseorang. Kekayaan bukan sekadar pada projek-projek berjuta ringgit. Ramai yang memulakan langkah jutawan daripada peniaga goreng pisang, pengutip besi buruk, penjaja barangan dari rumah ke rumah, menaja orang setiap hari dan pelbagai lagi kisah kejayaan yang boleh anda jadikan sebagai sumber inspirasi.

Banyakkan bergaul dengan orang yang berjaya. Kesedaran juga dapat terbentuk daripada persekitaran ataupun pergaulan. Ramai orang tahu bagaimana pergaulan mempengaruhi diri individu itu dalam kehidupan mereka.

Oleh itu, apabila kita bergaul dengan orang yang berjaya dalam kehidupan ataupun usahawan yang menuju kepada kejayaan kewangan, sedikit sebanyak kita pasti mempunyai keseddaran meniru kejayaan mereka.
Thursday, August 18, 2011

Mengapa Pentingnya Memiliki Minisite?

Terdapat banyak strategi boleh digunakan untuk mengiklankan produk anda di Internet. Antara opsyen yang boleh diterima pakai ialah membuat “banner” pengiklanan, mengatur kempen pemasaran email, dan secara bijaksananya menyatakan perihal produk anda dalam forum, juga mungkin peti pesanan (message board) industri yang berkenaan. Pemasaran di Internet juga melibatkan penciptaan dan pengiklanan minisite bagi tujuan mempromosi produk anda.

Kita boleh menggunakan minisites ini dengan pelbagai cara, antaranya:

1. Menyalurkan lebih maklumat dan informasi tentang produk kita dan servis yang ditawarkan.
2. Memberi tahu bagaimana bakal pelanggan dapat menghubungi kita.
3. Menjual produk dan servis kita melalui minisites ini.

Melalui artikel ini, kita akan didedahkan pada kepentingan menggunakan minisite bagi tujuan pemasaran produk dan juga beberapa garis kasar tentang bagaimana minisite ini sangat membantu.

Salah satu faedah menggunakan minisite untuk memasarkan produk kita di internet ialah kita dapat memaparkan penerangan dengan lebih jelas mengenai produk kita beserta gambar.

Mengapa ini penting? Ini kerana kebanyakan pengguna dan bakal pelanggan menggunakan internet untuk mencari produk yang diingini kerana ia lebih senang dan memudahkan berurusan dalam talian. Sekiranya kita menawarkan perkhidmatan secara online sudah tentu pengguna itu tadi akan cenderung memilih produk kita berbanding pesaing kita yang tidak mengiklankan produk mereka di Internet.

Seterusnya, kita bukan hanya sekadar dapat membuat pasaran malahan secara tidak langsung menjual produk secara terus kepada pelanggan. Sekali lagi, kita telah mendapat kelebihan daripada persaingan secara terus.

Kebiasaannya, pengguna yang menggunakan Internet untuk mencari produk yang diingini lebih teruja untuk membuat pembelian dan cenderung memilih peruncit (retailer) dan penjual produk yang menawarkan perkhidmatan jual-beli secara dalam talian (online) berbanding mereka yang hanya membenarkan jualan dalam gudang (in store purchase) atau melalui telefon.

Faedah yang selanjutnya yang dapat dilihat daripada pemasaran produk melalui minisites ialah kebolehan perniagaan kita menembusi pasaran global atau serata dunia. Umum mengetahui, Internet tiada batasan dan sekatan. Ini bermakna mengiklankan sesuatu produk di minisite membolehkan penjual produk yakni kita, memberi saingan kepada para pesaing di merata tempat di dunia.

Selain itu juga mampu meningkatkan daya saing sesama sendiri di kalangan pemasar peringkat tempatan. Strategi pengiklanan melalui medium yang lain seperti televisyen, radio dan media cetak hanya mampu mencapai pasaran yang terhad, terbatas dan tidak tentu kerana mungkin hanya dapat menggapai potensi pelanggan dalam kuantiti kecil dalam sesebuah komuniti dalam kawasan geografi yang tertentu sahaja.

Penggunaan Internet yang mana meliputi 24 jam sehari di merata dunia menjadikan perniagaan produk kita di minisite memberi peluang yang lebih cerah. Ini bermaksud kita dapat menyediakan perkhidmatan menjual produk selama 24 jam sehari berbanding pesaing yang mungkin mempunyai masa yang terbatas mengikut waktu perniagaan biasa.

Tetapi dengan minisite, kita menjamin kebolehan kita dihubungi dan melayani pelanggan setiap jam dan masa. Hal ini adalah amat perlu dititikberatkan sekiranya kita mempunyai potensi pelanggan yang berlainan waktu atau zon masa dengan tempat kita berada dan mungkin juga pelanggan yang terlalu sibuk untuk membeli-belah pada waktu biasa yang kita tetapkan untuk urusan perniagaan penjualan produk tersebut.

Lantaran itu, pelanggan seperti yang dinyatakan di atas akan lebih menghargai dan menggunakan peluang untuk mencari produk dan membeli-belah sekiranya terdapat mana-mana kedai (dalam kes ini minisite) yang memberikan perkhidmatan selepas waktu bekerja.

Kepentingan seterusnya yang dapat kita perolehi daripada kaedah pemasaran menggunakan minisite ialah kita berpotensi menjana pendapatan daripada minisite selain daripada hasil jualan produk anda kepada pelanggan.

Bagaimanakah caranya? Kita boleh menggunakan minisite untuk menjana pendapatan dengan menyediakan atau menyewakan ruang pengiklanan kepada mana-mana usahawan Internet yang mahu memasarkan produk atau servis mereka di Internet.

Walau bagaimanapun, kita harus berhati-hati sewaktu mengiklankan sesuatu di dalam minisite kita. Sebagai contoh, kita tidak digalakkan menyewakan ruang iklan di minisite kita kepada pesaing terus. Ini adalah penting kerana kita mungkin sahaja kehilangan pelanggan berpotensi disebabkan mereka memilih untuk membeli produk yang diiklankan oleh pesaing yang terdapat dalam iklan di minisite anda berbanding daripada mendapatkan produk kita.

Seorang pengiklan yang bijak dan mahir ialah seseorang yang menawarkan perkhidmatan penjualan produk atau servis yang tidak berkait rapat atau tidak ada kena mengena dengan produk kita tetapi menimbulkan minat kepada bakal pelanggan kita. Selain itu, perlu diingatkan supaya tidak meletakkan terlalu banyak iklan di dalam minisite kita kerana ia bukan sahaja menyemakkan minisite kita, malah kita mungkin akan menanggung kerugian akibat daripada kehilangan bakal pelanggan.

Tahukah anda ada satu perisian yang dapat memudahkan kerja-kerja anda membina minisite? Walaupun anda seorang newbie anda boleh hasilkan minisite professional dengan surat jualan yang “killer”. Maklumat lanjut klik di sini
Saturday, August 13, 2011

Macam Mana Nak Buat Blog Itu Kelihatan Berkualiti?




Siapa yang tentukan sesebuah blog itu berkualiti atau tidak?

Adakah ia berdasarkan dari jumlah komen yang diterima? Adakah ia berdasarkan dari jumlah capaian traffik unik setiap hari? Adakah kerana kandungan blog ini mengandungi tulisan yang berilmiah dan bermanfaat?

Untuk kategorikan sesebuah blog berkualiti itu agak sukar kerana hari ini begitu banyak blog yang wujud samada menggunakan platform percuma atau berbayar.

Kualiti sesebuah blog bergantung kepada tujuan sebenar blog itu dibina. Mesti ada sebab blog itu dibina. Kita boleh lihat kandungan isi blog ini biasanya banyak memberi fokus kepada beberapa topik berkaitan. Jadi, sebagai seorang pembaca blog, anda boleh tentukan kualiti dari sudut ini.

Saya faham, ramai yang melayari laman blog mempunyai tujuan yang berbeza. Walaupun hari ini ramai yang lebih gemar melayari facebook, namun masih ada yang setia mengunjungi blog-blog tertentu untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Sebagai seorang pengunjung blog, ada diantara kita mencari blog untuk mendapatkan maklumat mengenai perniagaan, ada yang melayari blog sekadar mencari hiburan, anda yang mencari blog untuk menghilangkan kekusutan fikiran. Jadi mereka ini akan memilih blog-blog tertentu tempat persinggahan.

Jika anda menulis blog, anda perlu tahu apakah yang ingin dibaca oleh pembaca anda. Anda boleh mengenali siapa pembaca anda dengan merujuk dari jumlah komen yang diterima. Adakah mereka ini suka dengan topik yang serius atau lebih santai. Kadangkala kita lihat topik yang kontroversi lebih banyak pemberi komen berbanding perkongsian yang biasa-biasa. Mengenali pasti kategori pembaca dapat membantu anda menambahbaik cara penulisan anda di blog.

Ada orang cuba menulis blog seperti kacang putih. Mereka suka menulis bermacam-macam topik. Sekejap topik pasal politik, sekejap topik pasal hiburan, sekejap topik pasal hobi dan macam-macam lagi. Jika anda juga suka menulis topik-topik ini di dalam blog anda, pastikan ada pembaca-pembaca anda menyukainya.

Jangan menulis blog dalam keadaan terpaksa. Ada sesetengah orang, mereka menulis blog sebab bukan dasar minat menulis. Mereka menulis sebab bersandarkan wang semata-mata. Mereka beranggapan dengan menulis blog, mereka juga mampu menjana pendapatan seperti orang lain.

Jika anda tidak mempunyai minat menulis, blog anda akan kelihatan seperti pelik dan janggal. Blog anda tidak ubah seperti blog yang di copy-paste. Andai anda menghadapi masalah menulis di blog, sila tenangkan diri dengan melayari blog orang lain dan lihat topik-topik yang menarik. Mungkin disitu akan timbul idea bagaimana untuk menulis sebuah post yang berkualiti.

Dibawah ini saya kongsikan sedikit petikan dari post blog Mysuperkids.

Kekuatan blog

Setiap jenis blog di atas mempunyai kekuatan dan kualiti tersendiri. Jadi bagaimana untuk memastikan kualiti blog-blog seperti di atas adalah ‘terjamin’?

1. Konsisten - konsisten dengan pendapat dan pendirian. Sekiranya ada perubahan terhadap pendapat dan pendirian, pastikan ada ‘flow’ kerana pembaca menyukai penulis blog yang berkeyakinan.

2. Menghiburkan - walaupun menulis blog yang serius, sedikit sebanyak berikan hiburan kepada pembaca. Sekurang-kurangnya ‘hiburan’ dari segi layout yang tak membosankan, itu dah cukup bagus.

3. Value added – jangan copy+paste. Sekurang-kurangnya tambahkan pendapat anda. Kalau anda menulis blog berita dan semuanya bulat2 copy+paste dari sumber berita misalnya, baiklah pembaca baca website newspaper itu je. Melainkan ada masukkan added value, contohnya compile semua berita2 yang sama dari sumber berbeza.

4. Respon kepada soalan – melainkan komen-komen yang berbentuk “baguslah entry ni!”, “terima kasih tulis entry ni”, komen-komen yang berbentuk soalan, kalau boleh utamakan untuk reply. Maknanya pembaca tu betul2 nak tahu dan jangan biarkan pembaca anda terbiar macam tu je.

5. Kongsi pengalaman – salah satu sebab orang suka baca blog ialah dapat baca tentang pengalaman orang lain. Kongsikan pengalaman anda di samping topik yang anda utarakan, agar lebih dekat di hati pembaca.

Untuk muncul sebagai blogger yang dikenali, berkualiti dan dihormati, memerlukan masa dan strategi. Mungkin ramai yang dapat ‘instant popularity’ tapi tak semestinya anda tak boleh. Kena kerja keras sikit je lah.
Tuesday, August 9, 2011

Kami Dalam Satu Komuniti



Menjalankan bisnes di eBay menjadi unik dan hebat apabila kita berada di dalam satu komuniti yang sama.

6 tahun dulu, saya hanya mengenali beberapa orang sahaja yang menjalankan perniagaan di eBay. Itu pun berkenalan secara maya sahaja. Belum pernah berjumpa dengan mereka ini sehinggalah saya mengadakan seminar berkaitan bisnes eBay pada tahun 2008. Sehingga kini saya dapat kenal pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza latar belakang.

Saya gembira kerana masih ada yang menyokong usaha saya berkongsi panduan buat mereka yang ingin memulakan perniagaan di eBay. Ia bukan satu perkara yang mudah kerana dalam waktu itu, saya perlu melalui pelbagai cabaran samada pandangan negatif beberapa orang yang tidak suka dengan apa yang saya lakukan.

Mereka tidak suka saya dedahkan peluang pasaran yang ada, mereka tidak gembira bersaing secara sihat. Mereka tidak mahukan sebarang cabaran dalam persaingan.

Apapun saya gembira melihat mereka yang sudi datang belajar dengan saya, berusaha dan menjana pendapatan di eBay. Boleh dikatakan setiap hari saya akan terima emel, mesej di facebook dan panggilan telefon daripada mereka yang berkerja sebagai seorang pegawai tentera, guru, pensyarah, kakitangan kerajaan dan swasta, pelajar dan suri rumah, mendengar kisah kejayaan mereka adalah satu khabar yang begitu indah buat saya.

Saya tahu, tugas saya hanyalah menyampaikan ilmu bermanfaat, selebih itu adalah kekuasaan Allah taala. Namun saya masih lagi rasa terkilan dengan segelintar mereka (bukan peserta seminar saya) yang suka memandang rendah keupayaan orang lain, memperlekeh usaha dan idea orang lain.

Ingatlah mereka diluar sana, ilmu tidak akan datang bergolek. Ilmu itu bukan datang terus kepada kita melainkan melalui perantaranya. Jangan mudah kita klaim apa yang kita usaha itu adalah usaha kita semata-mata. Tanpa hidayah dan petunjuk, usaha kita juga tidak akan memberi apa-apa makna.

Tak perlu kita selalu menunding jari memperkata orang itu dan ini. Menceritakan keburukan orang lain, mempersenda orang lain, menjatuhkan maruah orang lain walaupun kita tidak menyebut secara terang-terangan.

Di eBay, soal niche, produk yang dipasarkan, bukanlah milik kita semata-mata. Soal produk itu menyalahi polisi atau tidak, sepatutnya penjual sendiri tahu akan risiko menjual produk tersebut. Janganlah sebab penjual tersebut dihukum, orang lain pula dikaitkan dengan apa yang berlaku.

Lebih sedih apabila mereka ini bersikap angkuh dan bongkak seperti orang lain itu berfikiran cetek dan dungu, hanya tahu meniru, tidak lebih daripada apa-apa.

Kasihan melihat orang-orang ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya memberi tempias kepada ramai orang di luar sana. Apabila mulut tidak boleh berkata baik, akhirnya sendiri membuka pekung di dada.

Kepada rakan-rakan eBayer samada di dalam group tertutup, komuniti tertutup, gunalah perkongsian ilmu itu dengan sebaik mungkin. Jangan ditanam perasaan hasad dengki kerana akhirnya akan memakan diri.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Monday, August 8, 2011

Billionair Juga Seorang Yang Suka Berjimat

Cuba anda cari nama-nama berikut di internet:

Jim Walton
Ignvar Kamprad
Warren Buffet
John Cudwell dan David Cheriton
Azim Premji

Mereka ini juga seorang yang berjimat apabila berbelanja. Jim Walton, pemilik Wal-Mart antara pasar raya terbesar di US, hanya membawa keretanya berusia 15 tahun ke tempat kerja. Samalah juga seperti pemilik Ikea, Ingvar Kamprad, beliau juga membawa kereta volvo yang berusia 15 tahun, terbang menaiki kelas ekonomi dan makan di restoran-restoran murah. Azim Premji, taikon perniagaan di India juga hanya membawa kereta Toyota Corolla ke tempat kerja.

Jika anda membat carian mengenai Warren Buffet, anda akan mendapati beliau menetap di sebuah rumah yang dibelinya dengan harga USD$31,000 sejak 50 tahun lalu walaupun status beliau hari ini boleh membeli banyak mahligai mewah.

Dua orang bilionair John Caudwell dan David Cheriton memilih untuk memotong rambut sendiri di rumah sahaja tanpa pergi ke kedai gunting rambut yang mahal.

Itu kisah bilionair. Kita yang tidak lagi berstatus jutawan dan bilionair juga kena la berjimat dalam menguruskan kewangan. Janganlah kita baru ada RM1000 di dalam akaun, sudah berbelanja dengan boros. Membeli ikut keperluan. Jangan sampai lupa duit yang kita ada hanya cukup-cukup makan sahaja.

Selamat berpuasa!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Friday, August 5, 2011

Siapa Kata Facebook Itu Dakyah Yahudi?

Saya kurang senang apabila ada dikalangan kita menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih dan berunsur emosi yang negatif di wall facebook mereka. Lebih-lebih lagi perkara yang mungkin 10 tahun lalu telah dibincangkan, dibangkitkan semula seperti ia baru berlaku semalam.

Apa kata, kita sebagai pengguna internet, menggunakan medium sosial ini tempat mengumpul maklumat bermanfaat, berkongsi sesuatu yang baik dan berdakwah ke arah yang lebih positif.

Di facebook kita boleh membina pengaruh berunsur baik atau sebaliknya. Jika kita tahu dimana letakkan kredibiliti kita, sudah pasti untuk membina pengaruh amatlah mudah. Cuba anda lihat facebook profile milik Puan Ainon Mohd, beliau berjaya membina pengaruh dengan memperbanyakkan amalan kerja-kerja sosial. Hasilnya, ramai yang memberi sokongan dengan setiap idea projek yang dikembangkan di wall facebook beliau.


Saya pasti projek-projek sebegini tidak akan berjaya dilakukan tanpa sokongan dari rakan-rakan facebook beliau yang tidak jemu bersama-sama melakukan viral pengumuman kepada pengguna facebook yang lain. Tanpa perlu melibatkan sebarang kos pengiklanan, bajet sehingga berjuta ringgit, beliau mampu melepasi sasaran awal bagi setiap projek yang dirancang.

Jika anda prihatin dengan kerja sosial ini dan berminat untuk bersama-sama menjayakan projek ini, boleh kiranya layari facebook Puan Ainon Mohd atau hubungi beliau di Universiti PTS.

Jadi tidak timbul soal kita menyokong dakyah yahudi walaupun pengasas facebook berbangsa yahudi.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Seminar Jana Pendapatan Dengan eBay 13hb Ogos Ini!

Selamat malam semua,

Info ringkas untuk anda. 13hb Ogos ini (Sabtu) saya akan adakan seminar di Internet Marketing Training Center (ITMC), Seksyen 7 Shah Alam.

Antara topik yang dinantikan peserta insyaAllah saya akan dedahkan teknik menjana pendapatan menggunakan dropship. Anda akan ketahui beberapa lubuk dropship yang sesuai untuk anda praktis, tidak kira samada menjual produk di eBay atau di laman-laman web (akan didedahkan web berkenaan di dalam seminar nanti).

Saya pasti rahsia ini dinantikan peserta yang hadir dan memandangkan seminar ini diadakan dalam bulan puasa, jadi masa dapat diluangkan bersama peserta lebih banyak dari biasa. :)

Dan... dan... pendedahan maklumat terkini bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dengan eBay akan dibuat di dalam seminar ini..

Apakah rahsia itu??? Hadiri seminar ini kerana dengan semakin banyak pendedahan akan dilakukan, saya bercadang untuk letak yuran penyertaan lebih mahal selepas ini.

Sementara tawaran harga promosi masih lagi dibuka, rebut peluang ini segera sebelum orang lain ambil. Saya minta maaf kepada mereka yang suka pada skim cepat kaya, pelaburan goyang kaki dapat duit, seminar ini tidak sesuai untuk anda.

Jika ingin belajar ilmu yang bermanfaat dan berpanjangan, dialu-alukan menyertai seminar ini. Di mana seminar ini akan diadakan? Sila rujuk link berikut untuk bacaan lanjut:

http://www.noorizamshah.blogspot.com/p/seminar-ebay.html

P.s: Ke tepi temujanji untuk membeli-belah, balik kampung, buat kuih raya, ke pejabat pos kerana seminar ini pastikan akan mendedahkan sesuatu yang baru buat anda! BEBERAPA RAHSIA LUBUK DROPSHIP! Jana pendapatan tanpa miliki produk, tanpa modal membeli produk dan rahsia XXXXXXX!


Jumpa anda pada 13hb Ogos ini.
Wednesday, August 3, 2011

Apa Aktiviti Di Bulan Ramadhan?

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, mungkin aktiviti berjalan seperti biasa, cuma masa bekerja tu boleh jadi sedikit ringan kot? Ke sama juga?

Mereka yang bekerja sendiri pasti telah punya rancangan masing-masing. Saya lihat ramai juga IMers Malaysia ni kurangkan aktiviti mereka. Anda pula bagaimana?

Saya pula, dalam proses menyiapkan beberapa produk baru antaranya video khas berkaitan perniagaan eBay. Saya merancang untuk terbitkan sebuah DVD pembelajaran khusus untuk mereka yang sukar menyertai seminar dan personal coaching saya kerana faktor jarak, masa dan bajet.

Selain itu, saya sedang menulis dan menyiapkan manuskrip buku untuk dihantar kepada penerbit buku. InsyaAllah, dalam bulan Ramadhan ni, saya cuba siap dan hantarkanya kepada penerbit yang berminat.

Ok, beri saya ruang waktu untuk siapkannya. Bila siap nanti saya akan maklumkan kepada anda.

Nota: Pastikan anda join saya dengan jadi Blogger Follower, klik join this site. Mana tahu, bila saya umumkan pelancaran produk ini, anda adalah diantara mereka yang terawal mendapat harga yang istimewa. Harga yang pasti tak akan dilepaskan oleh orang lain. :) Join ok!

Jumpa lagi,


Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search