Monday, August 22, 2011
Kredit gambar.
Topik ini boleh ditujukan kepada mereka yang bekerja makan gaji (sektor kerajaan atau swasta).
Hari ini cabaran kewangan semakin meningkat. Kita dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup. Jika 20 tahun dulu bekerja di bandar dengan pendapatan RM1500 itu sudah boleh dianggap selesa tetapi hari ini jika anda duduk di bandar besar seperti Kuala Lumpur, berpendapatan RM1500 itu sudah anggap miskin bandar.
Saya yang lahir dan berasal dari kampung memang saya akui perubahan ini. Ia jauh berbeza jika anda mempunyai pendapatan sebanyak itu dan tinggal dikampung yang jauh dari pembangunan. Anda boleh berbelanja dan boleh menyimpan lagi.
Jadi, jika anda hidup berhadapan dengan cabaran kewangan, apakata anda aturkan perancangan dengan membina pelbagai sumber pendapatan.
Bagaimana membina pendapatan berganda di internet?
1. Bina kepelbagaian pelanggan.
Jika anda ingin mencari sumber pendapatan di internet, anda harus membina pelbagai kelompok pelanggan. Jangan tempatkan pelanggan anda di dalam satu kelompok sahaja. Cuba bina kelompok-kelompok berdasarkan minat dan kemahuan mereka.
Sebagai contoh, anda boleh membina kelompok bakal pelanggan khusus untuk topik perniagaan internet, kewangan, kesihatan, kekeluargaan dan sebagainya.
Anggapkan begini, jika anda hanya fokus kepada satu kelompok sahaja, apabila tiba masanya kelompok itu meninggalkan anda, anda bakal kehilangan sumber pendapatan.
Hari ini kita melihat terdapat beberapa berbezaan cara yang dilakukan oleh mereka yang ingin menjana "multiple streams of income" di internet. Apa yang saya kongsikan disini bukanlah bermaksud saya syorkan kepada anda. Anda boleh buat ketetapan sendiri. Ok?
2. Memiliki kerja sepenuh masa.
Jika anda mempunyai pekerjaan tetap, saya syorkan anda jangan berhenti ketika ini. Anda boleh selaraskan kerja anda dengan membuat pengurusan masa. Apabila anda tahu, yang anda perlu membina pendapatan berganda, anda perlu tahu bila mula anda masuk kerja dan bila masanya anda akan habis kerja. Adalah lebih baik jika anda dapat melakukan kerja dari rumah.
3. Memiliki kerja sambilan.
Jika anda tidak ada kerja sepenuh masa, memadai anda ada kerja sambilan. Mungkin kerja itu hanya dari rumah ataupun anda ambil upah berdasarkan kepakaran anda dan boleh dilakukan bebas tanpa terikat dengan masa. Jadi, anda boleh lakukan lain-lain perkara untuk membina pendapatan berganda.
4. Bekerja secara kontrak
Ia nampak sama macam bekerja secara sambilan. Bekerja secara kontrak bergantung kepada kerja yang ditawarkan. Ada pendapatan yang ditawarkan berdasarkan dari hasil kerja yang kita lakukan. Sebagai contoh anda boleh bekerja secara kontrak dengan badan bukan kerajaan (NGO), melakukan sesuatu kerja untuk mereka dan anda dibayar gaji bulanan. Ia akan nampak lebih hebat jika anda dapat lakukan kerja kontrak anda bersama dengan kerja sebagai freelance.
5. Mula dengan menulis blog?
Dulu menjana pendapatan melalui blog begitu mudah. Ada banyak cara nak jana pendapatan dengan blog. Boleh guna adsense, bidvertiser, nuffnang, advertlets, backlinks dan sebagainya. Sekarang? Walaupun ia agak sukar untuk mereka yang baru berkecimpung di dalam arena blog, namun masih ada lagi yang menjana pendapatan agak konsisten hanya menulis blog. Mungkin anda boleh ubah dengan menawarkan servis ulasan produk, kedai blog, seminar, personal coaching dan sebagainya.
6. Mencipta produk.
Jika anda seorang freelancer, anda boleh sediakan perkhidmatan sekali dan dibayar sekali. Maksudnya anda buat kerja dan anda dibayar untuk kerja itu sahaja. Jadi, anda boleh ulang cara ini berulang-ulang kali. Sebagai contoh, anda menyediakan khidmat merakam video pelancaran, membina surat jualan, web grafik atau membina kulit ebook. Jika anda memiliki sebuah blog yang popular, anda mungkin boleh menjual cenderamata sebagai tanda buat peminat-peminat blog anda. Cipta satu produk kemudian jana pendapatan berulang-ulang kali selepas itu.
7. Kaedah mengajar.
Jika anda mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam sesebuah skill, anda boleh mengajar orang lain dan caj mereka untuk tempoh-tempoh tertentu. Anda boleh mengajar secara online, mengajar di kolej komuniti, anjurkan siri seminar atau anda buat kelas anda sendiri khusus untuk perniagaan atau kawasan komuniti setempat.
8. Menawarkan khidmat runding.
Selain menawarkan seminar, anda juga boleh menyediakan perkhidmatan mengajar peserta secara perseorangan pada caj kadar yang lain. Mungkin topik yang disentuh lebih detail dan berbeza dari apa yang diajar di dalam seminar atau kelas.
9. Mula perniagaan secara kecil-kecilan
Dari banyak-banyak idea, antara idea yang sesuai adalah memulakan bisnes secara kecil-kecilan. Yang ini, lebih kepada tradisional konsep. Anda melakukan perniagaan secara offline. Kebanyakan yang saya jumpa diluar sana, ada yang membina pendapatan berganda hasil menjalankan perniagaan offline seperti kedai t-shirt, jual beli emas, kontraktor, kedai makan dan sebagainya. Sebenarnya ada banyak cara untuk menjana pendapatan berganda. Bermula dengan massive income dan maju ke hadapan dengan passive income.
10. Menulis buku.
Jika anda dapat menulis sebuah buku, itu lebih baik. Ia bukan lah mudah untuk diterbitkan tetapi ia juga bukanlah satu perkara mustahil. Saya sendiri masih lagi dalam proses menulis buku walaupun mengambil masa bertahun untuk disiapkan. Saya akan cuba realisasikan supaya ada buku saya di pasaran. Insya-Allah.
11. Pemasaran affiliate.
Jika anda ada blog atau medium untuk menjalankan promosi, anda boleh sertai affiliate program. Ada beberapa blogger negara barat, berjaya menghasilkan suku juta dollar melalui pendaftaran pengguna di laman web pengiklanan Chitika. Anda juga boleh menyertai program affiliate yang memberi pendapatan berulang. Sebagai contoh affiliate dari Aweber, jika ada yang mendaftar perkhidmatan tersebut dari link affiliate anda, dan pelanggan melanggan setiap tahun, ini bermakna komisyen atau pendapatan anda juga berulang setiap tahun.
12. Jual ebook.
Jika anda ada kemahiran menulis dan menerbitkan ebook, ini adalah peluang untuk anda menjana pendapatan berganda. Ebook mudah ditulis tetapi anda harus menulis kandungan yang berkualiti jika tidak pelanggan tidak akan membeli produk anda.
Jadi apa lagi cara untuk membina pendapatan berganda anda? Fikirkan dan tentukan. Ok, cukup sampai disini. Kita jumpa lagi. InsyaAllah.
Noorizam Shah
Sila klik LIKE jika anda suka post ini.