Saturday, August 13, 2011

Macam Mana Nak Buat Blog Itu Kelihatan Berkualiti?




Siapa yang tentukan sesebuah blog itu berkualiti atau tidak?

Adakah ia berdasarkan dari jumlah komen yang diterima? Adakah ia berdasarkan dari jumlah capaian traffik unik setiap hari? Adakah kerana kandungan blog ini mengandungi tulisan yang berilmiah dan bermanfaat?

Untuk kategorikan sesebuah blog berkualiti itu agak sukar kerana hari ini begitu banyak blog yang wujud samada menggunakan platform percuma atau berbayar.

Kualiti sesebuah blog bergantung kepada tujuan sebenar blog itu dibina. Mesti ada sebab blog itu dibina. Kita boleh lihat kandungan isi blog ini biasanya banyak memberi fokus kepada beberapa topik berkaitan. Jadi, sebagai seorang pembaca blog, anda boleh tentukan kualiti dari sudut ini.

Saya faham, ramai yang melayari laman blog mempunyai tujuan yang berbeza. Walaupun hari ini ramai yang lebih gemar melayari facebook, namun masih ada yang setia mengunjungi blog-blog tertentu untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Sebagai seorang pengunjung blog, ada diantara kita mencari blog untuk mendapatkan maklumat mengenai perniagaan, ada yang melayari blog sekadar mencari hiburan, anda yang mencari blog untuk menghilangkan kekusutan fikiran. Jadi mereka ini akan memilih blog-blog tertentu tempat persinggahan.

Jika anda menulis blog, anda perlu tahu apakah yang ingin dibaca oleh pembaca anda. Anda boleh mengenali siapa pembaca anda dengan merujuk dari jumlah komen yang diterima. Adakah mereka ini suka dengan topik yang serius atau lebih santai. Kadangkala kita lihat topik yang kontroversi lebih banyak pemberi komen berbanding perkongsian yang biasa-biasa. Mengenali pasti kategori pembaca dapat membantu anda menambahbaik cara penulisan anda di blog.

Ada orang cuba menulis blog seperti kacang putih. Mereka suka menulis bermacam-macam topik. Sekejap topik pasal politik, sekejap topik pasal hiburan, sekejap topik pasal hobi dan macam-macam lagi. Jika anda juga suka menulis topik-topik ini di dalam blog anda, pastikan ada pembaca-pembaca anda menyukainya.

Jangan menulis blog dalam keadaan terpaksa. Ada sesetengah orang, mereka menulis blog sebab bukan dasar minat menulis. Mereka menulis sebab bersandarkan wang semata-mata. Mereka beranggapan dengan menulis blog, mereka juga mampu menjana pendapatan seperti orang lain.

Jika anda tidak mempunyai minat menulis, blog anda akan kelihatan seperti pelik dan janggal. Blog anda tidak ubah seperti blog yang di copy-paste. Andai anda menghadapi masalah menulis di blog, sila tenangkan diri dengan melayari blog orang lain dan lihat topik-topik yang menarik. Mungkin disitu akan timbul idea bagaimana untuk menulis sebuah post yang berkualiti.

Dibawah ini saya kongsikan sedikit petikan dari post blog Mysuperkids.

Kekuatan blog

Setiap jenis blog di atas mempunyai kekuatan dan kualiti tersendiri. Jadi bagaimana untuk memastikan kualiti blog-blog seperti di atas adalah ‘terjamin’?

1. Konsisten - konsisten dengan pendapat dan pendirian. Sekiranya ada perubahan terhadap pendapat dan pendirian, pastikan ada ‘flow’ kerana pembaca menyukai penulis blog yang berkeyakinan.

2. Menghiburkan - walaupun menulis blog yang serius, sedikit sebanyak berikan hiburan kepada pembaca. Sekurang-kurangnya ‘hiburan’ dari segi layout yang tak membosankan, itu dah cukup bagus.

3. Value added – jangan copy+paste. Sekurang-kurangnya tambahkan pendapat anda. Kalau anda menulis blog berita dan semuanya bulat2 copy+paste dari sumber berita misalnya, baiklah pembaca baca website newspaper itu je. Melainkan ada masukkan added value, contohnya compile semua berita2 yang sama dari sumber berbeza.

4. Respon kepada soalan – melainkan komen-komen yang berbentuk “baguslah entry ni!”, “terima kasih tulis entry ni”, komen-komen yang berbentuk soalan, kalau boleh utamakan untuk reply. Maknanya pembaca tu betul2 nak tahu dan jangan biarkan pembaca anda terbiar macam tu je.

5. Kongsi pengalaman – salah satu sebab orang suka baca blog ialah dapat baca tentang pengalaman orang lain. Kongsikan pengalaman anda di samping topik yang anda utarakan, agar lebih dekat di hati pembaca.

Untuk muncul sebagai blogger yang dikenali, berkualiti dan dihormati, memerlukan masa dan strategi. Mungkin ramai yang dapat ‘instant popularity’ tapi tak semestinya anda tak boleh. Kena kerja keras sikit je lah.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search