Saya kurang senang apabila ada dikalangan kita menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih dan berunsur emosi yang negatif di wall facebook mereka. Lebih-lebih lagi perkara yang mungkin 10 tahun lalu telah dibincangkan, dibangkitkan semula seperti ia baru berlaku semalam.
Apa kata, kita sebagai pengguna internet, menggunakan medium sosial ini tempat mengumpul maklumat bermanfaat, berkongsi sesuatu yang baik dan berdakwah ke arah yang lebih positif.
Di facebook kita boleh membina pengaruh berunsur baik atau sebaliknya. Jika kita tahu dimana letakkan kredibiliti kita, sudah pasti untuk membina pengaruh amatlah mudah. Cuba anda lihat facebook profile milik Puan Ainon Mohd, beliau berjaya membina pengaruh dengan memperbanyakkan amalan kerja-kerja sosial. Hasilnya, ramai yang memberi sokongan dengan setiap idea projek yang dikembangkan di wall facebook beliau.
Saya pasti projek-projek sebegini tidak akan berjaya dilakukan tanpa sokongan dari rakan-rakan facebook beliau yang tidak jemu bersama-sama melakukan viral pengumuman kepada pengguna facebook yang lain. Tanpa perlu melibatkan sebarang kos pengiklanan, bajet sehingga berjuta ringgit, beliau mampu melepasi sasaran awal bagi setiap projek yang dirancang.
Jika anda prihatin dengan kerja sosial ini dan berminat untuk bersama-sama menjayakan projek ini, boleh kiranya layari facebook Puan Ainon Mohd atau hubungi beliau di Universiti PTS.
Jadi tidak timbul soal kita menyokong dakyah yahudi walaupun pengasas facebook berbangsa yahudi.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Noorizam Shah, menulis di blog sebagai perkongsian yang tidak bermotifkan keuntungan. Menulis apa yang beliau faham dan lalui.
Click Join This Site
Archive
-
▼
2011
(98)
-
▼
August
(20)
- Kenangan di Masjid Huaisheng, Guangzhou
- Web Blog Top Rank Dengan Keyword Perniagaan Internet
- Jualan FBads Mania Bakal Ditutup Bila-bila Masa?
- Membina Online Store di Lot.my
- Terima kasih Dan Selamat Hari Raya!
- Wabak Gambar Avatar Di Facebook Mula Melanda
- Review Blog Malaysia Berdasarkan Google Page Rank
- Kisah Meriam Malam Raya Kampung Talang
- Masalah Akaun Paypal Access Limit
- Bagaimana Untuk Bina Pendapatan Berganda?
- Kisah Kad Debit Tesco-RHB
- Info Mengenai The Quran Read Pen
- Langkah Membentuk Kesedaran Minda
- Mengapa Pentingnya Memiliki Minisite?
- Macam Mana Nak Buat Blog Itu Kelihatan Berkualiti?
- Kami Dalam Satu Komuniti
- Billionair Juga Seorang Yang Suka Berjimat
- Siapa Kata Facebook Itu Dakyah Yahudi?
- Seminar Jana Pendapatan Dengan eBay 13hb Ogos Ini!
- Apa Aktiviti Di Bulan Ramadhan?
-
▼
August
(20)