Friday, September 30, 2011

Cerita VERO Yang Tak Habis Sudah


Gambar kredit

The Verified Rights Owner (VeRO) Programme lets intellectual property rights owners request the removal of listings on eBay that offer items or contain materials that infringe on their rights.

^^^ straight from ebay

Vero does not mean F@ke!!!

Get this right people. If you use this term wrong, expect to get the wrong answer. - jawapan dari seorang member di forum mat saleh.

Bukan orang Malaysia je pandai sebut VERO, mat saleh pun kecoh sebut VERO. Ramai yang keliru dengan perkataan VERO ni. VERO tu kan nama program yang eBay perkenalkan dan tujuannya adalah untuk memberi peluang dan hak pemilik produk berdaftar seperti TRADEMARK dan COPYRIGHT untuk mengawal produk-produk mereka dijual di pasaran eBay. VERO bukanlah bermaksud FAKE.

FAKE itu terletak di dalam polisi yang lain. VERO ini adalah produk yang berjenama yang mungkin mewakili dari harga produk, kekuatan nama syarikat tersebut seperti DISNEY, LUXOTICCA, AMWAY, rekabentuk produk (yang mungkin ada orang lain menjual ALIKE produk) dan ia adalah original.

FAKE berlawanan dengan AUTHENTIC. Jadi jangan keliru atau tersalah menaip mengenai produk VERO di dalam forum, blog, facebook sehinggakan ramai yang keliru dengan maksud VERO ini.

VERO = Verified Rights Owner Program.

Jika anda menjual produk VERO tetapi ia mematuhi garisan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh pemilik produk (boleh rujuk page ABOUT ME), jadi tiada masalah untuk anda jual di eBay. Pemilik syarikat pun tak akan ganggu bisnes anda di sana!

Kalau anda membuat kajian pasaran, pasti anda akan jumpa banyak penjual yang jual produk VERO dan kenapa mereka tak pula kena suspend akaun. Sebabnya mereka mematuhi kreteria VERO itu.

Dan jangan tak tau juga, ramai sangat-sangat-sangat yang jual barang FAKE dari syarikat mendaftar dengan VERO ini, maka ramailah yang mengaitkan produk FAKE itu adalah produk VERO.

Orang Malaysia ada jual produk VERO dan FAKE, orang USA ada jual produk VERO dan FAKE, orang China ada jual produk VERO dan FAKE begitu juga ramai penjual dari merata dunia yang jual produk VERO dan FAKE. Alasan mereka jual produk VERO dan FAKE kerana produk VERO/Authentic dikawal dan sukar diperolehi. Jika diperolehi mereka tidak boleh membuat banyak keuntungan dan modal yang diperlukan lebih besar.

Jadi mereka memilih VERO dan FAKE kerana produk boleh diperolehi terutama banyak produk tiruan berkualiti dihasilkan dan kos untuk membeli secara borong adalah rendah dan mereka juga boleh membuat keuntungan yang lebih besar.

Produk VERO sentiasa mendapat perhatian pembeli kerana pembeli lebih mengenali sesuatu produk yang popular dan berjenama terkenal. Pembeli mencari produk di eBay kerana harga yang ditawarkan mungkin lebih rendah dari pasaran di luar. Jadi, membeli di eBay adalah lebih berbaloi dan dijamin pasaran jualan yang selamat.

Soal menjual produk FAKE ia sudah tentu menyalahi polisi dan saya sebagai orang yang mempunyai pengalaman jatuh bangun dalam bisnes eBay tidak mengesyorkan NEWBIE atau mereka yang ingin memulakan perniagaan di eBay menjual produk VERO dan FAKE.

Ramai lagi yang jual produk VERO dan ASLI mampu menghasilkan jualan yang memberansangkan. Kenapa memilih jalan pintas sehingga menjerut diri? Dan antara banyak jawapannya adalah kerana $$$$$!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Penantian Itu Satu Penyeksaan?

Perasaan terseksa tu mungkin terjadi kepada mereka yang telah buat bayaran tempahan sejak awal bulan September lagi.

Rasa terseksa sebab apa? Sebab.... Menunggu ni ler....

Oohoho.. hebat penangan cover DVD ni. Sampai ramai yang respond dan tunjuk minat yang positif.

Seperti yang saya maklumkan di profile facebook saya sejak awal bulan dulu, projek ini bukan main-main. Siapa yang buat-buat lepas pandang tu memang sah-sah terlepas peluanglah.

Saya janjikan kepada 100 pembeli terawal yang buat tempahan akan dapat harga yang cukup istimewa. Dah tawaran tu akan tamat pada 30hb September 2011 (cadang nak tutup pada 29hb, so anjakkan la ke 30hb) tepat jam 12.00 tengah malam.

Jadi selepas ini, kepada yang telah pun opt in nama dan emel di www.videolubukduit.com, sila semak emel anda pada hari sabtu ini kerana hari itu saya akan hantar satu emel untuk harga tawaran khas mereka yang opt in di website www.videolubukduit.com.

Sila ambil perhatian, tawaran yang saya akan buka pada hari sabtu nanti hanya sah untuk 20 orang terawal sahaja. Cukup sahaja kouta, saya akan tutup terus dan kepada yang terlewat merebut peluang, sila nantikan tawaran seterusnya pada hari pelancaran sebenar (tawaran hari sabtu ini lebih menarik dari tawaran masa hari pelancaran) pada 26hb Oktober 2011 nanti.

Eh, kepada pembeli yang tak sabar nak DVD ini, saya tengah proses pesanan anda. Tengahari tadi, 15 pembeli pertama, pesanannya telah dihantar. Pesanan akan dihantar secara berperingkat-peringkat ikut turutan pasal ramai ni. :)

Ok. Setakat ini sahaja update dari saya untuk hari ini. Tunggu ya hari sabtu. Pastikan semak emel pada hari sabtu dan bertindak pantas kerana saya jangkakan permintaan akan melebihi dari permintaan.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Monday, September 26, 2011

Open House IMTC


Kredit gambar.

Saya sempat luangkan masa hadir ke majlis open house Internet Marketing Training Center (IMTC). Sebenarnya saya tak berapa sihat pagi tu, tetapi memandangkan Ashraf Alayas banyak kali tinggalkan pesan menjemput berkali-kali, jadi kena jugalah datang.

Sampai di IMTC sekitar jam 2.00 petang, waktu tu yang saya perasan Raja Kamil, Sham Edymart, Safwan Seth, tokey KKIM dan ramai lagi sedang khusyuk dengan uncle Zin Ali sedang buat presentation.

Kebetulan pula hari ini keluarga abang saya dan keluarga abang ipar saya nak datang beraya di rumah, jadi masa untuk berada di IMTC tak dapat duduk lama. Ingat nak jumpa uncle Zin tapi mungkin tak berkesempatan kali ini. Nampaknya dalam sesi ini banyak yang uncle Zin kongsikan kepada rakan-rakan KKIM yang hadir. Harap semua yang hadir boleh guna segala tips dan perkongsian dari otai berpengalaman ni.

InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi ya uncle!


Noorizam Shah
Saturday, September 24, 2011

Daftar Sekarang Atau Terlepas Peluang




Apa pun orang nak kata, apa pun orang nak bahaskan, eBay adalah antara tempat terbaik untuk anda eksport produk ke luar negara. Ada beberapa alasan kenapa anda perlu memilih eBay:

1. Prospek atau bakal pembeli tersedia ada. Dianggarkan pelanggan baru mencecah 100 juta orang terutamanya pasaran seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah. Ini kerana kuasa membeli mereka adalah tinggi.

2. Permintaan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tahun 2009 sahaja, pelbagai produk telah terjual di eBay dan mencecah angka 60 billion dollar Amerika. eBay menjangkakan pada tahun 2014, jualan di internet mencecah 250 billion dollar Amerika.

3. Pasaran eBay bukan pasaran yang baru dibina tetapi ia telah wujud sejak 15 tahun lalu. Ia terus berdaya saing walaupun banyak laman e-commerce wujud di internet. Hari ini beribu-ribu orang di Malaysia untuk menjadi sebahagian penjual produk di web jual beli popular ini.

4. Ada 3 kategori produk yang sangat popular dan banyak menghasilkan jualan mencecah billion dollar Amerika. Antaranya kategori pakaian, kasut dan aksesori telah menghasilkan jualan mencecah 1.4 billion dollar, kategori teknologi pula menjana 2.2 billion dollar dan kategori "home & garden" menyumbang 1.8 billion dollar.

5. Keuntungan yang maksima. Anda mampu menjana keuntungan jualan yang maksima kerana menjalankan perniagaan di eBay tidak memerlukan kos yang besar, overhead yang rendah dan anda boleh melakukan pekerjaan ini seorang diri.

6. Jika anda menjual produk di eBay, jika harga produk jualan anda ialah antara USD10-USD100, kebanyakan pembeli mampu untuk membeli dan hebatnya kita sebagai seorang penjual mampu mendapat manfaat dari nilai mata wang mereka yang lebih kuat.

7. Untuk setup akaun di eBay adalah percuma. Anda boleh mendaftar secara percuma di eBay hari ini. Jangan biarkan orang lain mengambil peluang ini sebelum anda. Hargai saat-saat berharga ini. Mengenai fees, kita hanya membayar apabila barang kita disenaraikan dan ia terjual di eBay. Anda selesaikan listing anda, barulah anda akan dicaj.

Apa lagi yang anda nampak potensi-potensi menjalankan bisnes di eBay? Berfikir positif, melangkah ke hadapan. Pelajarinya hari ini. Video Lubuk Duit bakal mendedahkan lubuk duit di eBay.


Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Melakukan Sendiri Atau Berpasukan



Salam hormat buat semua rakan pembaca,

Saya doakan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Seminggu lagi, insyaAllah kita akan masuk ke bulan Oktober, beberapa bulan sebelum tahun 2011 melabuh tirai. Bulan Oktober ini, insyaAllah pada 26 haribulan saya akan lancarkan sebuah produk yang bakal mengisi pasaran internet iaitu produk DVD fizikal Video Buat Duit yang mana video ini akan mendedahkan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan di eBay.

Selepas menjalani proses rakaman dan suntingan, kini kerja-kerja akhir untuk mencetak produk ke format DVD sedang giat dilakukan.

Di dalam video ini kalau nak saya kongsikan pengalaman-pengalaman sejak tahun 2006, rasanya, satu DVD tak cukup. Sebagai projek terbaru ini, biarlah sasaran utama iaitu mereka yang ingin bermula dan sedang bermula yang memiliki DVD ini. Mereka yang telah berstatus Power Seller dan Top Rated Seller, biar dulu. Ada panduan versi advance, insyaAllah.

Menjalankan perniagaan di eBay, bukan semata-mata teknik dan strategi tetapi idea yang kreatif dan sentiasa peka juga banyak menyumbang kepada jualan di eBay. Kepada penjual di eBay, jangan hanya fokus kepada produk-produk "hot" yang sudah sedia ramai yang menjualnya.

Di eBay bermacam-macam produk, pelbagai niche boleh kita fokus. Bermula dari hujung rambut sampai hujung kaki, bermula dari persekitaran mata kita sehinggalah menjangkau di hujung dunia. Kita harus sentiasa berfikir dan melihat apakah produk-produk yang berpotensi yang boleh kita pasarkan di eBay.

Seperti saya, dahulu jika menjalankan perniagaan eBay, saya masih boleh lagi melakukannya seorang diri. Bermula dari membuat kajiselidik pasaran, mencari pembekal, menyelesaikan masalah, membuat listing sehinggalah pergi ke pejabat pos untuk menghantar produk. Sampai satu ketika, dua tangan ini tidak lagi boleh menampung kerja-kerja yang semakin banyak ini.

Itu baru sahaja tugasan di eBay, belum lagi kira dengan menganjurkan seminar, sesi Personal Coaching, pemasaran emel dan pemasaran internet. Apa yang saya buat hari ini, saya cari beberapa orang dan membina pasukan saya sendiri. Kini saya mempunyai 5 orang termasuk saya sendiri dan kini segala perbincangan, kajiselidik, carian pembekal dilakukan bersama kecuali listing dan sales, masing-masing punya jualan. :)

Sebenarnya apa yang saya dapat lihat, apabila kita memiliki pasukan atau kakitangan ia bukanlah menambahkan masalah kita sebaliknya banyak membantu menyelesaikan masalah. Jangan jadikan kegagalan lalu punca anda tidak boleh lagi untuk berpasukan.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Monday, September 19, 2011

Akan Datang... 26hb Oktober 2011!





Dijangka akan dilancarkan pada 26hb Oktober 2011 ini. Kepada anda yang ingin mendapatkan produk terbaru daripada saya ini, pastikan anda simpan bajet anda dan pastikan anda jadi orang yang terawal membeli produk ini.

Sasaran utama pemilik video ini adalah mereka yang ingin memulakan perniagaan di eBay, mereka yang telah menjana pendapatan di eBay dan ingin mengetahui lubuk-lubuk pembekal/dropship yang dipercayai.

Ada beberapa basic content khusus untuk mereka yang baru ingin bermula dan ada banyak lagi content cukup sesuai untuk mereka yang ingin menjana pendapatan di eBay berdasarkan daripada pengalaman yang saya kongsikan di dalam video ini.

Antara kandungan video yang dinanti-nantikan adalah pendedahan 5-6 lubuk pembekal dan sudah pasti ramai yang ingin tahu bagaimana saya menggunakan pembekal-pembekal ini untuk menghasilkan pendapatan di eBay.

Tunggu pelancarannya! Akan diumumkan terus ke emel anda. Pastikan anda masukkan nama dan emel dibawah ini:

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Friday, September 16, 2011

Saya di WangCyber TV

Ingat lagi post saya mengenai Gathering Wangcyber 2011 yang lalu? Ok, ini adalah antara perkongsian saya semasa dijemput sebagai salah seorang penceramah.


Part 1


Part 2

Video penceramah lain boleh dilihat disini: Wangcyber TV
Thursday, September 15, 2011

Boleh Atau Tidak Memiliki Simbol Status?



Louis Vuitton, Gucci, Ed Hardy, Harley Davidson, Ferrari, BMW, kebanyakan adalah simbol status. Ramai orang berimpikan untuk memakai simbol status ini. Mereka yang mengejar dunia beranggapan memiliki simbol status ini melambangkan kemegahan, kekayaan dan kedudukan seseorang.

Kita tolak ketepi mereka yang sudah bergelar jutawan dan multi-jutawan. Mereka yang hidup biasa-biasa tidak terlepas dengan godaan simbol status ini. Apabila mereka mempunyai wang, baru memiliki banyak wang, mereka akan mula membeli kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, makan di restoran-restoran mahal, sering pergi bercuti dan berhibur.

Apabila kita melihat matlamat asal untuk mencapai bebas kewangan, kita harus sedar, berbelanja kepada tempat yang tidak sepatutnya akan menjarakkan kita daripada matlamat asal kita iaitu bebas kewangan.

Jika kita tidak mampu dengan pendapatan yang tidak stabil, jangan kita menggadaikan diri dan wang untuk gila membeli produk dan barang yang berkaitan dengan simbol status ini. Sebagai contohnya, jika pendapatan anda kecil, memiliki kereta mewah yang mempunyai insurans dan penyelengaraan yang tinggi boleh memusnahkan impian menjadi seorang bebas kewangan.

Rumah mewah yang besar sudah tentu memerlukan lebih banyak perabot dan kelengkapan yang setanding dengan kediaman yang dimiliki. Tak akan nak pakai produk-produk murah dan tidak melambangkan gaya? Jika anda mampu ia mungkin tidak mengapa, tetapi jika ia boleh menyebabkan anda berhutang keliling pinggang, itu adalah satu perkara yang mendukacitakan.

Tetapi ada juga orang yang mempunya prinsip hidup, biar papa asalkan bergaya...

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Pentingnya Menjaga Kesihatan


Malam kelmarin saya telah dipelawa orang anak murid (bekas peserta Personal Coaching eBay) untuk datang makan malam dirumahnya. Siapa sangka, selepas beberapa kali pertemuan di majlis-majlis keramaian, anak murid saya ni berkawan pula dengan isteri saya.

Memang saya akui ramai bekas peserta sesi PC eBay dan Seminar eBay lalu yang hari ini menjadi sebahagian kawan-kawan saya. Kami masih lagi berhubung, bertanya khabar biarpun 1-2 tahun telah berlalu.

Alhamdulillah, malam itu Mia dan Huzaifah masak menu istimewa iaitu gulai ketam, sambal udang dengan sayur kacang. Saya yang datang awal dijemput makan awal terlebih dahulu, kemudian sekitar jam 9.00 malam baru la Hafizi Zain dan rakannya sampai untuk sama-sama menikmati hidangan lazat ini.

Dalam sibuk bersembang mengenai isu eBay dan Paypal, mereka turut menyentuh topik mengenai sukan. Saya lihat Hafizi dan Huzaifah suka bersukan. Boleh dikatakan setiap malam, mereka akan bermain badminton. Saya pula tak suka bermain permainan dalam gelanggang ini. Apa yang saya suka buat, kalau rajin, saya akan keluar berjogging.

Tetapi, dah lama rasanya saya tak berjogging. Bila fikir semula, seorang IMer seperti saya harus juga menjaga kesihatan dengan bersenam. Sejak berkahwin ini saya sudah kurang berjogging. Patutlah, perut semakin ke depan. Saya juga pernah melanggan keahlian di pusat gimnasium, tapi sekerat jalan sahaja.

Memandangkan saya ni kurang bersenam diluar, jadi saya harus jaga juga kesihatan. Walaupun tidak keluar rumah tidak bermakna kita tidak boleh menjaga kesihatan. Saya boleh bersenam di rumah, membuat larian setempat, regangan badan atau apa-apa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Lepas habis ramadhan ni, berat badan pun dah mula naik semula. Saya perlu jaga kesihatan. Usia semakin meningkat. Pemakanan pun kena jaga juga. Makan makanan atau buah-buahan yang berkhasiat. Tak ada buah-buahan, minum jus kesihatan pun boleh.

Sekarang tengah mencuba amalkan minum jus buah. Kalau boleh meredakan masalah dan memberi kesihatan yang lebih baik kepada tubuh badan saya, nanti saya share maklumat produk bermanfaat ini kepada pembaca semua.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Monday, September 12, 2011

Maksud Financially Free



Financially Free atau bebas kewangan ialah apabila pendapatan residual (passive income) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita.

6 tahun lalu, semasa saya ingin memulakan perniagaan internet saya begitu teruja untuk menjadi jutawan. Kisah-kisah kejayaan jutawan di Malaysia menjadi penggerak untuk saya mengejar impian menjadi seorang jutawan.

Tetapi kita sedar, untuk menjadi seorang jutawan bukanlah mudah. Ia bukan sekadar status atau gelaran semata-mata. Jadi, jika tidak menjadi jutawan hari ini pun, biarlah matlamat awal kita untuk menjadi seorang yang financially free.

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan muda yang baru berumur 35 tahun, beliau berkongsi kisah bagaimana beliau memulakan perniagaan dari rumah sehinggalah kini mampu mempunyai pejabat dan pekerja yang ramai. Bermula dengan menjana pendapatan 3 angka setahun sehinggalah hari ini mencecah 7 angka setahun.

Beliau berpesan kepada saya,

"Jangan kita mengejar kekayaan sebaliknya kejarlah pendapatan yang stabil. Kekayaan akan datang apabila pendapatan kita stabil"

Sekarang saya faham kenapa kita tidak perlu mengejar impian menjadi seorang jutawan. Memiliki pendapatan bulanan melebihi perbelanjaan bulanan kita adalah impian sebenar yang harus kita miliki. Capai kekebasan kewangan terlebih dahulu, kemudian perjalanan menjadi seorang jutawan adalah lebih mudah selepas itu.

Kita boleh mula dengan melakukan perniagaan webhosting, design, trading atau pelaburan untuk membina status financially free.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Sunday, September 11, 2011

Pay Yourself First!

Jika kita baca buku mengenai kewangan, kebanyakan penulis sering mengingatkan kita untuk menyimpan 10% daripada pendapatan kita. Berapa ramai dikalangan kita yang melakukan tabiat menyimpan sebanyak 10% ini?

Saya sendiri adakalanya tidak dapat berdisiplin dengan baik dalam bab menyimpan. Namun saya cuba sedaya upaya untuk menyimpan walaupun sedikit. Ini kerana setiap bulan pasti ada sahaja yang ingin dibelanjakan sehinggakan adakala sampai lupa untuk menyimpan.

Kalau anda sudah mula menyimpan, terus lakukan mulai sekarang. Jika anda dapat mengasingkan 10% pendapatan anda kepada tabungan, ia akan membawa anda kepada bebas kewangan pada tahun-tahun akan datang.

Andaikan begini, sekiranya kita tidak mampu menyimpan 10% daripada pendapatan bulanan kita, mula pada 1% dahulu.

Sekiranya pendapatan kita RM3000, simpan RM30 sahaja. Sekarang tanya diri kita, takkan simpan RM30 pun tidak boleh? Fikirkan ya!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Saturday, September 10, 2011

Bagaimana Untuk Setting Vacation Mode di eBay



Sila tonton video ini. Selamat mencuba.

P.s: kepada yang ingin mendapatkan produk terbaru dari saya iaitu video panduan menjalankan perniagaan di eBay pada harga istimewa, sila klik link ini dengan tajuk "Saya Nak Video Pada Harga Istimewa". Kouta terhad kepada 100 orang terawal sahaja.

- Noorizam Shah
Tuesday, September 6, 2011

Selain Nigeria, Thailand dan Indonesia Ramai Scammer?


Gambar kredit.
Biar betul?

Saya baru sahaja membelek-belek majalah "The Independent Guide To eBay 2010 - How To Make Serious Money On eBay - Terbitan MagBook.

Saya ambil petikan dari mukasurat 145; "If you didn't list worldwide shipping in your listing, then you can refuse the sale. You should certainly do so if your buyer is located in one of many hotspots for online scams - Nigerian, Thai and Indonesian addresses are notorious, for instance. If in doubt, it's best in these instances to not send your item out, as your chances of getting payment that won't bounce are much lower than usual, and also the chance of hearing from your buyer once a problem arises is virtually nonexistent".

Saya tidak pasti dari mana penulis dapat maklumat mengatakan Thailand dan Indonesia adalah merupakan hotspot scammer untuk menjalankan aktiviti penipuan.

Setakat ni yang popular dikaitkan dengan kes-kes penipuan adalah dari negara Nigeria. Mungkin artikel ini agak kontroversi kerana saya tidak pernah pun mendengar kisah-kisah penipuan yang dilakukan oleh mereka yang menggunakan alamat Indonesia.

Mungkin sahabat eBay seller dari Indonesia punya jawapan dan pandangan mengenai artikel dari majalah MagBook ini. Dialu-alukan untuk memberi pendapat di ruangan komen ini.

- Noorizam Shah

Alamat Emel Tidak Dibenarkan Di Dalam Listing eBay


Terima kasih William kerana post info ini di group tertutup Alumni PC / Seminar eBay - Noorizam Shah.

Sebenarnya secara praktikal, eBay memang tak benarkan sejak dulu lagi sebarang paparan emel address didalam listing description di eBay. Ini kerana, eBay khuatir apabila pembeli berkomunikasi atau berurusan terus melalui emel, ia akan mengundang bahaya kepada pembeli itu sendiri.

Terdapat beberapa aktiviti penipuan terancang pernah berlaku dimana, pembeli terus berhubung dengan penjual di luar market eBay dan apabila pembeli ditipu, mereka membuat aduan di eBay, namun malangnya eBay tidak dapat membantu kerana ia diluar jaminan buyer protection yang diwujudkan oleh eBay sendiri.

Berhubung terus melalui emel ke emel juga turut memberi kesan kepada pendapatan eBay kerana, eBay tidak lagi boleh mengenakan sebarang caj (insertion fee dan final value fee) kerana kedua pihak ini berurusan di luar eBay.

Ada kesan buruk dan baik. eBay lebih risaukan kesan buruk, sebab itu mereka tidak lagi membenarkan penjual memaparkan sebarang emel di dalam listing bagi mengelakkan sebarang aktiviti yang menyalahi polisi terjadi.

Kepada penjual yang ingin berhubung dengan pembeli, sila guna link contact buyer dan pembeli boleh menghubungi penjual dengan menggunakan link contact seller. Diharap semua penjual mengambil perhatian dengan info ini kerana melanggar sebarang polisi akan memberi kesan kepada akaun penjual anda.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Lelongan Dah Tamat, Pembeli Diam Sahaja. Apa Nak Buat?


Gambar kredit.

"Listing saya dalam format lelongan (auction) di eBay dah pun tamat, tetapi pembeli masih lagi berdiam diri tidak ada beri apa-apa maklumbalas pun. Apa perlu saya buat?"

Sebaik sahaja auction tamat, syor terbaik ialah kita perlu hantar invoice terus kepada pembeli. Biasanya sistem di eBay akan memberi notifikasi/invoice kepada pembeli dengan menyatakan butiran maklumat pembayaran.

Jika selepas berminggu-minggu anda masih lagi tidak menerima apa-apa berita dari pembeli (pembeli buat diam je), mungkin ada sesuatu yang berlaku. Sebagai seorang penjual yang sentiasa berfikiran positif, adalah wajar kita menghubungi pembeli terlebih dahulu. Hubungi mereka beberapa kali melalui ruangan contact yang disediakan oleh eBay.

Andai kata selepas 7 hari, masih tak ada respond, anda boleh buat laporan ke eBay dengan menyatakan pembeli gagal membuat bayaran produk yang telah dibida. Sistem di eBay akan dibuka untuk penyelesaian dan eBay akan menghantar beberapa kali notifikasi kepada pembeli dan jika selepas 7 hari masih juga tidak ada sebarang respond, anda boleh claim final value fee anda semula.

Walaubagaimana pun, ada sedikit kekurangan yang tidak berpihak kepada kita iaitu, kita tidak boleh tinggalkan maklumbalas negatif kepada pembeli kerana sistem di eBay sekarang tidak membenarkan. :)

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Sunday, September 4, 2011

Benarkah Ramai Yang Tertipu Dengan Sindiket Jenayah Siber?



Saya tertarik dengan artikel yang disiarkan di Mstar Online mengenai kurangnya kefahaman dan kesedaran pengguna internet mengenai keselamatan menggunakan komputer dan telefon pintar sehingga menyebabkan ada masyarakat kita ditipu oleh mereka yang menjalankan jenayah siber.

Dari laporan Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah Subang Jaya, Inspektor Ahmad Faizal Aminuddin berkata jenayah siber yang kerap dilakukan adalah melibatkan penggunaan perbankan melalui internet, VoIP (Voice Over Internet Protocol) dan e-Perdagangan (Mudah.my?, eBay? Lelong?, Facebook? Membership? MLM?)

Dengan kemajuan teknologi komputer dan telefon bimbit, sindiket jenayah siber semakin licik untuk menipu orang ramai. Kita lihat hari ini adanya komputer tablet seperti Ipad, Samsung Galaxy Tabs, telefon pintar seperti Blackberry, Samsung Galaxy S II, Iphone dan sebagainya. Kebanyakan pengguna ini bukanlah seorang yang faham mengenai keselamatan melayari internet melalui gajet-gajet ini.

Secara tidak sedar, mereka telah mendedahkan maklumat seperti maklumat perbankan mereka kepada orang yang tidak dikenali sehingga menyebabkan wang simpanan mereka telah dipindahkan kepada pihak ketiga.

Antara yang banyak kes ditipu ialah ramai pengguna internet berminat untuk membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mendapatkan produk mereka dan kebanyakan mereka tidak menerima produk yang dipesan. Ini mungkin berlaku kerana kelemahan penggunaan internet membaca maklumat di laman web mengenai jaminan dan polisi pemulangan wang yang dipaparkan di laman web jualan.

Sebagai pengguna internet, pastikan anda dapatkan banyak maklumat dan bahan bacaan sebelum membuat keputusan membeli sesebuah produk di interent atau melakukan sebarang transaksi online. Lihat siapakah pengendali laman web jualan tersebut, bagaimanakah proses transaksi dilakukan, apakah jaminan-jaminan jika transaksi atau pesanan tidak diterima. Anda perlu tahu hak-hak sebagai sebagai seorang pembeli walaupun anda membeli produk di dalam talian.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Saturday, September 3, 2011

Idea Jual Produk di eBay Yang Pasti Gempak


Gambar kredit.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Masih dalam mood raya lagi ke atau pun dah ready masuk kerja? Hari isnin ni mesti dah ramai yang mula bekerja kan?

Saya masih lagi di kampung. InsyaAllah, hari isnin ni saya pun dah mula aktif menjalankan perniagaan internet. Dalam post ini saya akan kongsikan idea bagaimana untuk menjual produk di eBay.

Kalau kita tengok, semakin ramai yang berminat untuk memulakan bisnes di eBay. Ramai yang beriya-iya tetapi sayang, mereka ni masih terpinga-pinga dan tidak ada idea, barang apa yang sesuai untuk dijual di eBay.

Selain dari mendapatkan pengalaman melalui pembelian di eBay, kita juga boleh mendapatkan pengalaman dengan mula menjual produk. Bukanlah susah sangat nak mula berniaga di eBay ni. Idea produk ni sebenarnya kita boleh dapat dari persekitaran di sekeliling kita.

Saya kerap mengadakan sesi Personal Coaching (Mastermind) eBay, ramai juga yang masih BLANK, tak ada idea nak jual apa. Mereka telah lama memiliki/mendaftar akaun eBay tetapi sampai bertahun pun masih lagi tidak bermula.

Idea produk yang sesuai mungkin bergantung kepada latar belakang seseorang itu juga. Jika mereka bukanlah seorang yang memiliki produk-produk yang baik, mungkin ia sudah pasti sukar untuk dijual.

Saya kongsikan beberapa contoh produk yang mungkin sesuai dan ada dengan individu-individu ini.

Penggemar fesyen
Jika anda seorang yang suka membeli dan mengumpul barangan berjenama seperti pakaian, minyak wangi, kasut dan cermin mata, anda boleh menjual produk ini di eBay. Pastikan produk-produk ini adalah produk yang berjenama seperti Gucci, Polo Ralph Lauren, Coach, Hermes, ED Hardy dan sebagainya. Barangan ni mungkin anda beli semasa ada potongan harga jualan, jadi anda pula bukanlah pakai sangat barangan ini dan ia masih lagi dalam keadaan yang baik.

Daripada anda simpan dan penuhkan almari, elok rasanya anda jual semula barangan ini untuk mendapatkan keuntungan. Produk-produk yang berjenama, apabila usianya semakin lanjut, harganya mungkin boleh mencecah ribuan atau puluhan ribu ringgit.

Pembaca buku
Di rumah anda mungkin ada novel, buku atau majalah yang dikumpul hasil minat anda membaca bahan bacaan ini. Salah seorang peserta sesi Personal Coaching (Mastermind) eBay saya merupakan pembaca novel-novel cinta dari penulis yang dikenali. Beliau membeli karya-karya penulis yang digemarinya dan tanpa sedar, beliau telah membeli lebih dari 300 naskah novel. Ini tidak termasuk dengan bahan bacaan seperti majalah dekorasi dalaman dan buku panduan menjahit.

Beliau telah menjual naskah-naskah ini di eBay dan novel ini berjaya dijual kesemuanya tidak sampai 1 bulan. Anda perlu tahu apabila kita meminati sesuatu, orang lain juga sudah pasti juga meminati apa yang kita minat. Jadi, jika anda rasa bahan bacaan ini tidak diperlukan lagi, anda boleh jual semula di eBay.

Saya sendiri pernah menjual beberapa majalah seperti majalah TIME di pasaran eBay UK pada tahun 2009 dan ia laris terjual tidak sampai 72 jam.

Peminat kereta

Ramai yang meminati kereta. Anda mungkin seorang yang suka mengubahsuai kenderaan atau mungkin anda mempunyai ramai kenalan yang mempunyai minat yang sama. Jadi, anda tahu dimana terdapatnya sumber untuk mendapatkan alatan-alatan atau aksesori kenderaan ini. Anda boleh jadikan hobi dan minat anda ini sebagai satu batu loncatan menjana pendapatan di eBay.

Anda boleh menjual sistem GPS, stereng, emblem, tombol gear, lampu kereta, cermin sisi dan sebagainya. Seorang peserta seminar saya juga pernah mempunyai pengalaman menjual aksesori kenderaan hasil dari kedai halfcut. Beliau pernah menjual stereng Nardi Torono, BMW, Fairlady, Subaru dan sebagainya. Anda boleh membuat kajiselidik secara lebih lanjut dengan menggunakan Terapeak untuk melihat potensi produk berkaitan kereta ini.

Ok, apa idea lagi? Saya cuba senaraikan dibawah ini dan anda cuba hurai dan kembangkan idea ni. Ok?

1. Memancing
2. Bermain golf
3. Menjahit
4. Memasak
5. Berbasikal
6. Meluncur air
7. Mendaki
8. Bersantai
9. Berenang
10. Berkhemah
11. Menonton wayang
12. Mendengar muzik
13. dan macam-macam lagi...

Jumpa lagi.

Noorizam Shah

Contoh Online Store Lot.my

Setiap hari semakin ramai yang menggunakan Lot.my sebagai platform membina kedai online mereka. Selain mereka memiliki blogshop, facebook shop, minisite, mereka juga turut membina kedai online di Lot.my.

Berikut adalah contoh kedai online yang dibina menggunakan platform Lot.my

Kedai online Baby Romper.

Kedai online fashion wanita.

Kedai online pakaian kanak-kanak.

Kedai online produk wangian Secret Garden.

Kedai online menjual tudung dan banyak lagi.

====================================
Kepada yang ingin mendapatkan latihan secara PERSONAL atau GROUP COACHING, sila klik pada link ini.


P.s: Noorizam Shah merupakan Certifed Trainer.
Friday, September 2, 2011

Fast Update Raya 2011



Sehari sebelum balik ke kampung, saya bawa anak-anak membeli baju raya di IOI Mall, Puchong. Sempatlah si kakak ni berposing atas air pancut hiasan ni.



Hari ahad, saya sudah balik ke kampung. Ayah dah carikan buluh lemang, jadi hari isnin boleh la bakar lemang pulut hitam. Memang boleh dikatakan tradisi setiap tahun ni.



Kat rumah ayah saya ni, kalau nak makan sayur-sayuran, petik je kat tepi pagar ni. Ayah saya ni suka berkebun, bercucuk tanam. Ada sayur bayam, ada pokok cili padi, ada kacang panjang, ada bendi, ada petola. Nenas dengan kelapa pandan pun ada juga.

Kalau musim buah-buahan, tak perlu risau kalau nak makan buah durian, langsat, rambutan, manggis, mangga atau pulasan. Kat sini semuanya ada.



Ini bukan lauk daging lembu tetapi ini lidah lembu masak sambal.



Ini pula sup keting kaki lembu. Orang Negeri Sembilan panggil masaka ni sebagai jangek. Mak saya memang pandai buat masakan unik ni. Jika anda tak pernah cuba, patut cubanya bila singgah kat restoran masakan tradisional Negeri Sembilan.



Malam raya, rumah kami adakan majlis takbir raya. Anak saya yang sulung dah pandai bertakbir raya. Dapat juga dia duit raya bila ikut saya bertakbir dari rumah ke rumah.



Hari raya pertama dan ke-2 setiap tahun, memang mak ayah saya tak ke mana-mana. Pagi raya cuma pergi ke rumah nenek dan uwan. Lepas tu hanya tunggu saudara-mara datang berhari raya di rumah.

Saya sempat beraya sampai hari raya ke-2 tahun ni. Sekarang saya berada di Perak. Macam tu keadaan setiap tahun. Bersilih ganti antara kampung saya dengan kampung isteri.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search