Saturday, September 3, 2011
Gambar kredit.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Masih dalam mood raya lagi ke atau pun dah ready masuk kerja? Hari isnin ni mesti dah ramai yang mula bekerja kan?
Saya masih lagi di kampung. InsyaAllah, hari isnin ni saya pun dah mula aktif menjalankan perniagaan internet. Dalam post ini saya akan kongsikan idea bagaimana untuk menjual produk di eBay.
Kalau kita tengok, semakin ramai yang berminat untuk memulakan bisnes di eBay. Ramai yang beriya-iya tetapi sayang, mereka ni masih terpinga-pinga dan tidak ada idea, barang apa yang sesuai untuk dijual di eBay.
Selain dari mendapatkan pengalaman melalui pembelian di eBay, kita juga boleh mendapatkan pengalaman dengan mula menjual produk. Bukanlah susah sangat nak mula berniaga di eBay ni. Idea produk ni sebenarnya kita boleh dapat dari persekitaran di sekeliling kita.
Saya kerap mengadakan sesi Personal Coaching (Mastermind) eBay, ramai juga yang masih BLANK, tak ada idea nak jual apa. Mereka telah lama memiliki/mendaftar akaun eBay tetapi sampai bertahun pun masih lagi tidak bermula.
Idea produk yang sesuai mungkin bergantung kepada latar belakang seseorang itu juga. Jika mereka bukanlah seorang yang memiliki produk-produk yang baik, mungkin ia sudah pasti sukar untuk dijual.
Saya kongsikan beberapa contoh produk yang mungkin sesuai dan ada dengan individu-individu ini.
Penggemar fesyen
Jika anda seorang yang suka membeli dan mengumpul barangan berjenama seperti pakaian, minyak wangi, kasut dan cermin mata, anda boleh menjual produk ini di eBay. Pastikan produk-produk ini adalah produk yang berjenama seperti Gucci, Polo Ralph Lauren, Coach, Hermes, ED Hardy dan sebagainya. Barangan ni mungkin anda beli semasa ada potongan harga jualan, jadi anda pula bukanlah pakai sangat barangan ini dan ia masih lagi dalam keadaan yang baik.
Daripada anda simpan dan penuhkan almari, elok rasanya anda jual semula barangan ini untuk mendapatkan keuntungan. Produk-produk yang berjenama, apabila usianya semakin lanjut, harganya mungkin boleh mencecah ribuan atau puluhan ribu ringgit.
Pembaca buku
Di rumah anda mungkin ada novel, buku atau majalah yang dikumpul hasil minat anda membaca bahan bacaan ini. Salah seorang peserta sesi Personal Coaching (Mastermind) eBay saya merupakan pembaca novel-novel cinta dari penulis yang dikenali. Beliau membeli karya-karya penulis yang digemarinya dan tanpa sedar, beliau telah membeli lebih dari 300 naskah novel. Ini tidak termasuk dengan bahan bacaan seperti majalah dekorasi dalaman dan buku panduan menjahit.
Beliau telah menjual naskah-naskah ini di eBay dan novel ini berjaya dijual kesemuanya tidak sampai 1 bulan. Anda perlu tahu apabila kita meminati sesuatu, orang lain juga sudah pasti juga meminati apa yang kita minat. Jadi, jika anda rasa bahan bacaan ini tidak diperlukan lagi, anda boleh jual semula di eBay.
Saya sendiri pernah menjual beberapa majalah seperti majalah TIME di pasaran eBay UK pada tahun 2009 dan ia laris terjual tidak sampai 72 jam.
Peminat kereta
Ramai yang meminati kereta. Anda mungkin seorang yang suka mengubahsuai kenderaan atau mungkin anda mempunyai ramai kenalan yang mempunyai minat yang sama. Jadi, anda tahu dimana terdapatnya sumber untuk mendapatkan alatan-alatan atau aksesori kenderaan ini. Anda boleh jadikan hobi dan minat anda ini sebagai satu batu loncatan menjana pendapatan di eBay.
Anda boleh menjual sistem GPS, stereng, emblem, tombol gear, lampu kereta, cermin sisi dan sebagainya. Seorang peserta seminar saya juga pernah mempunyai pengalaman menjual aksesori kenderaan hasil dari kedai halfcut. Beliau pernah menjual stereng Nardi Torono, BMW, Fairlady, Subaru dan sebagainya. Anda boleh membuat kajiselidik secara lebih lanjut dengan menggunakan Terapeak untuk melihat potensi produk berkaitan kereta ini.
Ok, apa idea lagi? Saya cuba senaraikan dibawah ini dan anda cuba hurai dan kembangkan idea ni. Ok?
1. Memancing
2. Bermain golf
3. Menjahit
4. Memasak
5. Berbasikal
6. Meluncur air
7. Mendaki
8. Bersantai
9. Berenang
10. Berkhemah
11. Menonton wayang
12. Mendengar muzik
13. dan macam-macam lagi...
Jumpa lagi.
Noorizam Shah