Financially Free atau bebas kewangan ialah apabila pendapatan residual (passive income) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita.
6 tahun lalu, semasa saya ingin memulakan perniagaan internet saya begitu teruja untuk menjadi jutawan. Kisah-kisah kejayaan jutawan di Malaysia menjadi penggerak untuk saya mengejar impian menjadi seorang jutawan.
Tetapi kita sedar, untuk menjadi seorang jutawan bukanlah mudah. Ia bukan sekadar status atau gelaran semata-mata. Jadi, jika tidak menjadi jutawan hari ini pun, biarlah matlamat awal kita untuk menjadi seorang yang financially free.
Saya pernah berbual dengan seorang jutawan muda yang baru berumur 35 tahun, beliau berkongsi kisah bagaimana beliau memulakan perniagaan dari rumah sehinggalah kini mampu mempunyai pejabat dan pekerja yang ramai. Bermula dengan menjana pendapatan 3 angka setahun sehinggalah hari ini mencecah 7 angka setahun.
Beliau berpesan kepada saya,
"Jangan kita mengejar kekayaan sebaliknya kejarlah pendapatan yang stabil. Kekayaan akan datang apabila pendapatan kita stabil"
Sekarang saya faham kenapa kita tidak perlu mengejar impian menjadi seorang jutawan. Memiliki pendapatan bulanan melebihi perbelanjaan bulanan kita adalah impian sebenar yang harus kita miliki. Capai kekebasan kewangan terlebih dahulu, kemudian perjalanan menjadi seorang jutawan adalah lebih mudah selepas itu.
Kita boleh mula dengan melakukan perniagaan webhosting, design, trading atau pelaburan untuk membina status financially free.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah