Thursday, September 15, 2011
Malam kelmarin saya telah dipelawa orang anak murid (bekas peserta Personal Coaching eBay) untuk datang makan malam dirumahnya. Siapa sangka, selepas beberapa kali pertemuan di majlis-majlis keramaian, anak murid saya ni berkawan pula dengan isteri saya.
Memang saya akui ramai bekas peserta sesi PC eBay dan Seminar eBay lalu yang hari ini menjadi sebahagian kawan-kawan saya. Kami masih lagi berhubung, bertanya khabar biarpun 1-2 tahun telah berlalu.
Alhamdulillah, malam itu Mia dan Huzaifah masak menu istimewa iaitu gulai ketam, sambal udang dengan sayur kacang. Saya yang datang awal dijemput makan awal terlebih dahulu, kemudian sekitar jam 9.00 malam baru la Hafizi Zain dan rakannya sampai untuk sama-sama menikmati hidangan lazat ini.
Dalam sibuk bersembang mengenai isu eBay dan Paypal, mereka turut menyentuh topik mengenai sukan. Saya lihat Hafizi dan Huzaifah suka bersukan. Boleh dikatakan setiap malam, mereka akan bermain badminton. Saya pula tak suka bermain permainan dalam gelanggang ini. Apa yang saya suka buat, kalau rajin, saya akan keluar berjogging.
Tetapi, dah lama rasanya saya tak berjogging. Bila fikir semula, seorang IMer seperti saya harus juga menjaga kesihatan dengan bersenam. Sejak berkahwin ini saya sudah kurang berjogging. Patutlah, perut semakin ke depan. Saya juga pernah melanggan keahlian di pusat gimnasium, tapi sekerat jalan sahaja.
Memandangkan saya ni kurang bersenam diluar, jadi saya harus jaga juga kesihatan. Walaupun tidak keluar rumah tidak bermakna kita tidak boleh menjaga kesihatan. Saya boleh bersenam di rumah, membuat larian setempat, regangan badan atau apa-apa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.
Lepas habis ramadhan ni, berat badan pun dah mula naik semula. Saya perlu jaga kesihatan. Usia semakin meningkat. Pemakanan pun kena jaga juga. Makan makanan atau buah-buahan yang berkhasiat. Tak ada buah-buahan, minum jus kesihatan pun boleh.
Sekarang tengah mencuba amalkan minum jus buah. Kalau boleh meredakan masalah dan memberi kesihatan yang lebih baik kepada tubuh badan saya, nanti saya share maklumat produk bermanfaat ini kepada pembaca semua.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah