Monday, October 24, 2011

Apa Kena Mengena Marco Simoncelli Dengan eBayer?






Saya bersimpati dengan apa yang berlaku di Litar Sepang semalam dimana pelumba Moto GP dari Italy telah meragut nyawa Marco Simoncelli. Takziah buat keluarga mendiang.

Hari ini di Youtube sudah mula banyak video-video berkaitan Marco Simoncelli dimuatnaik dan ramai pengguna internet mula mencari video-video berkaitan kemalangan tragis ini.

Begitu juga di eBay, peminat-peminat setia Marco Simoncelli mula membanjiri laman web membeli belah ini dan mencari apa-apa yang boleh mereka jadikan sebagai koleksi memperingati jaguh sukan mereka.

Apa yang ingin saya tunjukkan di dalam gambar dibawah ialah antara maklumat yang diperolehi dan nampaknya beberapa hari atau beberapa minggu, produk berkaitan mendiang akan terus dicari dan dibeli oleh pembeli-pembeli di eBay.



Perkara ini selalu berlaku di eBay dimana jika ada kematian melibatkan seseorang yang cukup dikenali, pasti produk-produk berkaitan individu berkenaan akan laris terjual. Episod ini sama berlaku ketika kematian Raja Pop, Michael Jackson ketika dahulu.

P.s: Di dalam Video Lubuk Duit ada saya dedahkan bagaimana untuk bereksperimen dengan idea.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Capaian Internet Yang Teruk

Semalam agak merimaskan saya. Tak pernah talian internet Streamyx di rumah saya terganggu dengan capaian yang agak perlahan. Banyak laman tidak dapat dibuka antaranya Paypal, Google dan eBay.

Apabila saya hendak log masuk ke akaun, paparan di windows menunjukkan error. Ingatkan laptop saya yang ada masalah. Bila saya post topik di facebook, rupanya ramai juga yang mengalami masalah sama seperti saya.

Ini membuatkan saya runsing dikala hari pelancaran Video Lubuk Duit makin dekat. Janganlah talian internet atau laman web buat masalah pada hari pelancaran. Huhuhu.

Apa pun, saya sudah bersedia dengan plan B (jika ada sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan nanti) ;)

Apapun, doakan semuanya ok dan anda juga ok!

Jumpa lagi hari rabu ini! (Cuti Deepavali tu!)


Noorizam Shah
Saturday, October 22, 2011

Enjin Pemanas Sudah Bermula

Salam hormat semua,

Alhamdulillah, setakat ini semua perancangan berjalan dengan lancar. Hari pelancaran DVD Video Lubuk Duit pun tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dijangka, jualan pertama akan diterima beberapa minit selepas pelancaran dibuat.

Dari pemerhatian dan pengalaman saya, setiap rakan JV pasti dapat menghasilkan jualan dengan mudah kerana video ini merupakan produk terbaru dan terkini yang akan berada di pasaran internet. Saya sendiri pun mampu membuat 100 jualan mudah tanpa melakukan promosi agresif. Anda boleh lihat video yang saya tunjukkan dibawah ini:

Saya tidak tawarkan sebarang bonus dan setakat ni semua pelanggan amat berpuashati. Belum ada yang CLAIM PEMULANGAN WANG lagi! :)

Yang pasti, jualan akan bertambah hebat lagi kerana dijangka ramai rakan JV saya akan berikan bonus-bonus ISTIMEWA buat mereka yang membeli melalui link affiliate mereka.

Antara yang sudah maklumkan tawaran bonus kepada saya ialah:

1. Matzis - 20 pembeli bertuah melalui link affiliate beliau akan terima senaskah buku hebat, buku yang baru masuk pasaran iaitu "Panduan Memborong di China".
2. Najib Assadok - pembeli bertuah akan dapat 4 bonus dijangka mampu memantapkan ilmu bisnes di eBay.
3. Sifu Saiful Nizam - beliau telah order satu niche hot untuk dihadiahkan kepada setiap bakal pembeli DVD VLD melalui link affiliate beliau.
4. Son Karin - menawarkan servis perkhidmatan akaun eBay dan Paypal percuma buat mereka yang membeli melalui link beliau.
5. Johan Edison - Juga ada tawaran hebat, AVS VCC atau bonus misteri buat pembeli-pembeli mereka dari Indonesia dan Malaysia
6.dan ramai lagi rakan JV yang akan umumkan bonus-bonus hebat mereka. Anda pilih yang terbaik dari mereka ini!

Setakat hari ini, statistik klik dari Video Lubuk Duit menunjukkan user id dibawah sedang giat aktif melakukan promosi awal:

1. najibasaddok
2. johanedison
3. drif01
4. duitpoket
5. farha
6. view
7. rsfrs
8. aspx
9. matzis
10. msaifuln

Antara nama besar dalam lapangan affiliate yang masih lagi belum memanaskan badan antaranya:

1. Ammar Zahar (pemegangan jualan paling banyak dalam cabaran JV Kuasalelong)
2. Razif Yusof
3. Jamal Pakar Ebook
4. Hafizi Zain
5. Eruwan gery
6. Zahrul Azua
7. Team Majalah Niaga
8. Shuth (founder wangcyber.com)
9. Wan Musyris


Dan dijangka dalam pertengahan persaingan, nama-nama berikut akan turut serta ke gelanggang pertarungan:

1. Zamri Nanyan
2. Gobala Krishnan
3. Mawardee
4. Hisham (id berkat)
5. Muaz Hadi

P.s: Kenapa nama sifulan tak ada dalam cabaran kali ini? Sebab, beliau adalah tulang belakang semasa pelancaran ini berjalan!

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
www.videolubukduit.com
Friday, October 21, 2011

Sibuk, Kesibukan

Minggu ni sibuk dengan meeting untuk pelancaran produk pada 26hb Oktober. Saya juga telah update artikel-artikel terkini untuk affiliate gunapakai semasa nak mula kempen promosi produk DVD Video Lubuk Duit ini.

Kepada ejen-ejen yang dilantik, pastikan anda sudah bersiap sedia samada fizikal atau mental kerana cabaran dijangka sengit dengan bonus-bonus yang akan dikeluarkan oleh top-top affiliater.

Jom gegarkan minggu depan dengan produk DVD Video Lubuk Duit!

Dari,

Noorizam Shah
Monday, October 17, 2011

SKMM Batalkan lebih 700,00 Nombor Telefon Sebab....


Gambar kredit.

Sehingga tahun 2010, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah batalkan sebanyak 741,000 nombor telefon bimbit yang sudah terbukti dipamerkan dalam iklan haram.

Ini sebab terlampau banyak sangat stiker yang ditampal sesuka hati dipapan tanda, lampu isyarat, pondok telefon awam, tandas, pintu perniagaan, tembok dan dinding sepanjang jalanraya dan macam-macam tempat sampai persekitaran nampak hodoh dengan iklan-iklan ini. Kebanyakan nombor-nombor ini adalah dari iklan ceti dan peminjam wang tanpa lesen (Ah Long).

Sekarang punya stail, kalau tak guna sticker, diaorg akan guna spray cat hitam. Yang ni banyak kita jumpa iklan perkhidmatan jika ada tayar motosikal bocor. Kat pam minyak, bawah jambatan banyaklah iklan-iklan macam ni.

Kerajaan pun hari ni sedang mengkaji pindaan terhadap beberapa undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kot-kot boleh ambil tindakan lebih berat kepada mereka yang menampal iklan-iklan haram ni.

Nak promosi perniagaan tu tak salah, mungkin cara mempromosi itu sahaja yang nampak salah. Buat eBayer, lepas ni boleh la pergi kedai telefon, kot-kot ada nombor cantik untuk digunapakai.

P.s: Sekali guna nombor tu, ada pula yang call, nak pinjam wang. hehehe.


Jumpa lagi,
Noorizam Shah

Aku Maafkan Kamu

Semalam semasa memandu kereta, saya dengar sebuah lagu di radio. Pertama kali dengar lagu ini, melodinya sungguh indah dan liriknya sungguh puitis. Saya cuba tangkap setiap bait lirik ini tetapi agak sukar untuk difahami.

Apa yang boleh agak dan cuba faham, lirik ingin mengisahkan seorang bayi yang dibuang oleh ibunya atau mereka yang tidak mempunyai rasa keperimanusiaan dan menentukan kehidupan seorang insan.

Tajuk lagu: Aku Maafkan Kamu
Nyanyian: Malique Ft. Jamal Abdillah
Sumber video: Youtube.com


---------------------------------------------------
Suara wanita: Diatas segala perbuatanku, ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

-----------------------------------------

Review Video Lubuk Duit Dari Sifu Rempit eBay

29hb September lalu, saya ke Ampang Park untuk bertemu dengan dua sifu eBay Underground iaitu sifu Saiful "Rempit eBay" Nizam dan sifu Yury a.k.a MansurBiz (Diari Usahawan eBay Berhingus).





Walaupun mereka ini tidak aktif di forum dan facebook, bukan bermakna beliau juga tidak aktif ber eBay. Sebagai seorang yang mempunyai komitmen masing-masing seperti mereka ini, cinta dan hati mereka masih lagi dengan eBay.

Tak percaya tanyalah mereka di Facebook, boleh kira kot berapa kerat je yang buat full time. Majoriti masih lagi bekerja dan jalankan bisnes di eBay secara part time!

Jadi, kepada anda yang ingin berkecimpung dalam perniagaan di eBay, TAK PERLU PUN NAK BERHENTI KERJA sebab DAH TERBUKTI, mereka yang masih bekerja dan jalankan bisnes secara PART TIME di eBay pun mampu memberi pendapatan yang lumayan. Malah ada yang pendapatannya 6 kali ganda lebih banyak dari gaji sebulan tempat mereka bekerja!

Kalau nak dikumpulkan testimoni kejayaan mereka ini rasanya cukup banyak. Untuk post hari ini, saya kongsikan antara review ikhlas dari sifu Saiful Nizam. Saya berani beri produk saya untuk mereka ini review walaupun saya tahu mereka sudah ada produk mereka sendiri (seperti eBook dan video panduan).

Jadi apabila ada sifu yang rekomenkan video Lubuk Duit ini, anda yang belum memilikinya lagi, jangan fikir 16 kali untuk mendapatkannya. Terus GRAB apabila ia dilancarkan pada 26hb Oktober nanti. Kalau lambat, sudah pasti anda harus menerima hakikat untuk membayar harga yang lebih tinggi untuk DVD ini.

Sekarang, jom baca apa kata sifu Saiful Nizam:


"Untuk pengetahuan semua ini adalah review pertama saya untuk produk digital. Apa nak tulis pun tak tau.. Yang saya tau research, cari supplier, listing, sale & withdraw

Ok.. Video Lubuk Duit (VLD) ini memang sesuai bagi beginner/newbie untuk bermula menjana pendapatan dengan ebay. Tapi kalau ada otai ebay/advance ebayer nak gunakan VLD ini juga amat digalakkan. Banyak ilmu yang mungkin kita terlepas pandang ada dikongsikan oleh Saudara NS.

Saya garenti anda akan dapat $USD pertama dari ebay jika anda praktikkan ilmu dalam VLD ini. Kalau tak dapat saya akan bagi money back guarantee. PS : NS jangan takut saya keluar duit saya :)

VLD ini menerangkan cara-cara bermula ebay sehinggalah anda menjual di ebay & mendapatkan duit dari ebay. Ebay memang sah lubuk duit!

Ada 5 dropship/supplier yang digunakan di dalam VLD ini. 3 daripadanya telah saya gunakan dan berjaya menjana pendapatan yang agak lumayan di ebay.. memang masyuk. AN takde ye dalam VLD ni :)

Tak caya? Tengok je lah kat bawah tu screen shoot daripada salah satu supplier dalam VLD ni. NS dah bocorkan beberapa supplier penting... Memang rugi kalau korang tak GRAB VLD ini hari ini.."

Thursday, October 13, 2011

Siapa Otai? Kenapa Mereka Di Gelar Otai?


Gambar kredit.

Otai eBay, Otai eBay, Otai eBay...

Hah! Dia memang otai... Ha! Otai dah masuk dah... Aku ni siapa, newbie je, lainlah dia tu otai...

Otai... perkataan yang sering diguna dan digelarkan kepada mereka yang dah lama berkecimpung dalam sesuatu bisnes. Lama tu takat mana? 30 tahun? 20 tahun? 10 tahun? 6 tahun (saya baru usia ni), 3 tahun? 1 tahun?

Saya tak tahu macam mana nak klasifikasikan perkataan otai ni. Kalau guru, cikgu, tuan, shifu (sifu) itu mungkin boleh dirujuk sebagai seorang yang membimbing, memandu atau melatih.

Mungkin sebab sekarang ini zaman menggunakan slanga otai ni sudah menjadi satu perkataan yang tidak asing lagi. Apa yang saya faham, istilah "otai" itu menunjukkan mereka yang usianya sudah tua, lebih tua dari saya dan orang itu banyak pengalamannya. Contoh ada minah ni, dia ni dah lama berbisnes di eBay sejak tahun 2004 (rasanya) dan usia dia, sudah tentu lebih tua dari saya. Jadi, kalau saya gelarkan beliau otai, itu mungkin kena pada tempatnya.

Otai atau old timer memberi maksud yang sama. Istilah otai itu mungkin tercipta hasil dari gabungan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Ya ke? Heh, pandai-pandai je saya ni.

Kalau ada maksud lain, mungkin anda boleh share, sebab saya bukan otai. Saya pun masih belajar seperti anda juga. :)

P.s: Post pasal otai pun jadi? Layan je lah. Hehe

Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Sunday, October 9, 2011

Bina Hubungan Akrab Dengan Orang Yang Penting

Dalam kartun Peanuts rekaan Charles Schulz, Lucy memberitahu Snoopy, "Ada masanya kamu benar-benar menyakitkan hati saya, tetapi saya akui ada juga masanya saya rasa seperti mahu memeluk kami."

Snoopy membalas, "Saya memang begitu, boleh dimarah-marah dan boleh dipeluk-peluk." Saya fikir kita semua juga begitu. Kita mempunyai sifat baik dan buruk dalam diri. Kunci kepuasan bukan dengan hanya berinteraksi dengan orang lain sahaja. Ia wujud dengan membina hubungan akrab dengan mereka.

Berbaik-baik dengan orang lain lebih penting daripada menyaingi mereka. Jika kita menyimpan matlamat hendak membantu dan membina hubungan dengan mereka, kita akan mencapai kepuasan walau di mana kita berada. Walaupun apa yang kita lakukan, jangan cepat berputus asa disebabkan kita tidak menyukai mereka ataupun tidak dapat berkawan dengan mereka.

Kita akan terkejut apabila dalam satu tempoh, masa akan mengubah lawan kepada kawan.

Sumber petikan dari buku Pemimpin 360-Darjah.

--------------------------------------------
Saya melihat ada ramai dikalangan usahawan internet yang mempraktiskan sikap ini dimana mereka membina hubungan yang cukup akrab dengan mereka yang tergolong sebagai orang penting. Dalam pemerhatian saya ketika saya berada di sebuah cafe beberapa hari lalu, saya melihat mereka yang menjalankan perniagaan pemasaran berbilang tingkat (Multi Level Marketing), membina hubungan dan komuniti yang cukup kuat.

Mereka akan berkumpul di dalam kumpulan kecil, berinteraksi, berbincang dan menghabiskan masa beberapa jam untuk membina motivasi berkumpulan. Biarpun mereka berasal dari syarikat bisnes yang berbeza dan mereka saling menghormati perniagaan masing-masing. Saya teringat pesanan seorang mentor jutawan MLM, Dato' Azman Ching berkata, "Perniagaan MLM itu tidak salah, yang membuatkan perniagaan itu kelihatan salah apabila attitude mereka yang berada di dalam bisnes MLM banyak memberi gambaran yang salah".

Masih banyak syarikat-syarikat MLM tulen telah bertahan lama lebih dari 50 tahun. Tempias keburukan MLM berlaku apabila banyak syarikat-syarikat yang membina perniagaan menggunakan konsep pelan pemasaran MLM tetapi lebih kepada berbentuk Skim Cepat Kaya.

Baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan buat syarikat yang ingin menjalankan perniagaan berasaskan Multi Level Marketing, menetapkan perniagaan tersebut mestilah berlandaskan syariah.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan MLM, lakukan mengikut etika jangan sampai orang ramai kata, anda promote perniagaan tetapi bermotif money game. Kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semua yang terkena palitnya.

Hari selasa ini, insyaAllah saya telah dijemput oleh Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), sebuah syarikat di dalam Kumpul Johor Corporation untuk menjadi pembentang kertas kerja di Seminar Kesedaran Dan Kepenggunaan Halal Wilayah Persekutuan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Selain saya sebagai pembentang, turut serta ialah Ybhg Ustaz Mustapa Hayyuddin Abdul Halim dari Majlis Agama Islam Negeri Johor, YBrs Tn Hj Jamaludin md Ali, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Berhad, YBrs En Sapari Ali dari Jabatan Pembiayaan IKS, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berad dan wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

InsyaAllah, doakan semoga program ini dapat berjalan dengan lancar.


Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Wednesday, October 5, 2011

Pertemuan Dengan Pegawai-Pegawai SSM


(Gambar, permandangan dari tingkat 18 Menara SSM)

Pertama kali saya sampai di Ibu Pejabat baru Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Menara SSM, Sentral 5 Kuala Lumpur. Hebat pejabat baru ini.

Saya telah dijemput ke mesyuarat bersama pegawai-pegawai SSM, membincangkan beberapa agenda penting yang berkaitan dengan perniagaan internet di Malaysia.

Turut hadir bersama saya, rakan perniagaan internet, seorang usahawan internet yang dikenali, juga merupakan sifu saya didalam bidang teknikal/programming, saudara Khairul Azlan atau Sifu Lan.



Saya diminta membentangkan beberapa perkara (tidak dapat dimaklumkan disini buat masa ini) dan sepanjang perbincangan kami selama hampir 1 jam setengah mendapat respond positif dari pihak SSM dan akan dipanjangkan ke pihak atas sebelum ia dimuktamadkan.

Kepada yang nak tau apa yang kami bincangkan, jangan lupa subscribe blog ini dengan klik "Click Join This Site" disebelah kanan blog ini.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Tuesday, October 4, 2011

Bank Negara Cari 7 Individu Pasal Kes Apa?


Terbaca artikel ini di laman Mstar Online. Saya tak pernah tau pun apa kesnya sampai BNM cari individu-individu ini. Apa syarikat Jazmeen tu? Apa jenis perniagaan yang mereka buat?

Rujukan lain: Carigold Forum, Bank Negara Malaysia

Kepada Beberapa Teknik Dan Strategi di eBay Tidak Boleh Dibincang Secara Terbuka?




Selamat pagi,

Ketika saya menulis blog ini, jam di notebook menunjukkan jam 2 pagi. Sambil-sambil burn disc DVD Video Lubuk Duit, saya nak kongsikan sedikit info kenapa agak sukar menjumpai sesuatu infomasi mengenai eBayer terutama teknik dan strategi.

Ada orang kata eBayer Malaysia ni berpuak-puak. Terlampau banyak grup dan kumpulan? Betul ke? Anda jawap sendiri. :)

Apa pun bisnes yang kita lakukan walaupun kita berniaga dilapangan yang sama, biarlah kita saling hormat-menghormati, tidak bermusuh-musuhan antara satu sama lain. Jika ia berlaku, biarlah dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Baiklah, jika anda mencari maklumat mengenai eBay terutama di blog, facebook, agak sukar untuk anda mendapatkan sesuatu perkara yang anda ingin tahu secara terperinci.

Kebanyakan kumpulan eBayer ini, mereka ada komuniti dan grup tersendiri. Boleh dikatakan banyak grup yang wujud di facebook adalah grup tertutup dan hanya melalui jemputan sahaja seseorang itu boleh masuk ke grup-grup ini. Di Facebook, saya turut menyertai beberapa grup antaranya group eBayer yang terdiri dari mereka yang bergelar eBayer Tegar.

Di dalam group ini banyak teknik, strategi, masalah berbangkit dibincangkan dan dikongsikan. Banyak perkara-perkara yang mungkin tidak ada di dalam sebarang buku panduan asas eBay dibincangkan disini.

Memandangkan beberapa polisi di eBay dan Paypal telah diperbaharui, memang tidak digalakkan isu-isu sensitif dibincangkan secara terbuka lebih-lebih lagi mereka yang suka mengamalkan teknik-teknik blackhat atau sebarang cara yang boleh melanggar polisi di eBay. Saya bimbang, jika perbincangan-perbincangan mengenai teknik-teknik pintu belakang banyak didedah dan dibincang secara umum, saya khuatir polisi di eBay akan bertambah lebih ketat pada masa akan datang.

Berhati-hati semasa membincangkan isu-isu sensitif kerana anda tidak kenal siapa mereka di forum, facebook dan blog ketika anda rancak membincangkannya sedangkan terdapat begitu ramai silent reader yang mungkin menjadi mata dan telinga. Faham maksud saya?

Jadi pesanan buat eBayer-eBayer tegar, elakkan perbincangan terbuka mengenai isu-isu ini di forum, blog, facebook atau dimana-mana medium terbuka. Jika nak berbincang, bolehlah adakan pertemuan kecil seperti sesi teh tarik dan sebagainya.

Kita tidak mahu terjadi nanti seperti kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Monday, October 3, 2011

Urus Email Paypal Dan eBay Di Galaxy Tab


Gambar kredit

Memandangkan saya ni ada banyak akaun eBay dan Paypal, saya memikirkan bagaimana untuk mengurus emel-emel penting dengan lebih praktikal dan efektif. Selepas selama beberapa tahun mengurus emel satu-persatu di dalam notebook, Samsung telah menawarkan satu penyelesaian buat orang seperti saya dengan memperkenalkan tablet paling banyak memberi fungsi kebaikan kepada saya iaitu Samsung Galaxy Tabs.

Bagi saya seorang yang sentiasa sibuk dengan perniagaan di internet melibatkan akses ke medium sosial seperti facebook dan twitter begitu juga emel, jadi gadjet seperti ini amatlah penting bagi saya. Saya boleh add/create seberapa banyak akaun Gmail dan control dengan satu sentuhan sahaja.

Kini saya boleh pantau dan mengemaskini emel saya dimana-mana sahaja tanpa perlu membuka komputer riba.


P.s: Gunakan gadjet terkini bukan semata-mata gaya hidup tetapi pastikan anda menggunakan semaksima mungkin.

Noorizam Shah
Saturday, October 1, 2011

Jangan Biarkan Urat Leher Putus. Gegaran Makin Tiba!




Untuk kasi urat-urat leher tu tak selesa, punggung mulai rimas apabila menonton video ini. Semua maksud LUBUK DUIT akan terjawab disini.


P.s: Video ini tak ada suruh. "Ha, kau sila jual niche ni". Tak ada ya. Video ini ada dedahkan 5 lubuk pembekal, macam mana selama ni saya bergelumang dalam bisnes ini menggunakan idea, tarik idea sana, tarik idea sini, kemudian buat market research, cari pembekal, deal, deal, deal, jual dan untung. Lebih kepada idea. Tak ada idea, tak leh menjual.

P.p.s: Noorizam Shah sudah ber eBay sejak tahun 2006 hingga kini. Banyak seller akaun yang masih aktif dan tengah run di eBay. Jadi, yang baru masuk blog saya dan baru nak kenal saya, saya ucapkan selamat berkenalan dan selamat berbisnes di eBay. :)

P.p.p.s: Ramai sifu-sifu eBay di Malaysia dan Indonesia itu adalah kenalan saya. Nak belajar eBay, boleh belajar dengan sifu-sifu Geng eBayer Bangi, Geng eBayer Klang, Geng eBayer Kedah, Geng eBayer JB, Geng eBayer Indonesia.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search