Sunday, October 9, 2011

Bina Hubungan Akrab Dengan Orang Yang Penting

Dalam kartun Peanuts rekaan Charles Schulz, Lucy memberitahu Snoopy, "Ada masanya kamu benar-benar menyakitkan hati saya, tetapi saya akui ada juga masanya saya rasa seperti mahu memeluk kami."

Snoopy membalas, "Saya memang begitu, boleh dimarah-marah dan boleh dipeluk-peluk." Saya fikir kita semua juga begitu. Kita mempunyai sifat baik dan buruk dalam diri. Kunci kepuasan bukan dengan hanya berinteraksi dengan orang lain sahaja. Ia wujud dengan membina hubungan akrab dengan mereka.

Berbaik-baik dengan orang lain lebih penting daripada menyaingi mereka. Jika kita menyimpan matlamat hendak membantu dan membina hubungan dengan mereka, kita akan mencapai kepuasan walau di mana kita berada. Walaupun apa yang kita lakukan, jangan cepat berputus asa disebabkan kita tidak menyukai mereka ataupun tidak dapat berkawan dengan mereka.

Kita akan terkejut apabila dalam satu tempoh, masa akan mengubah lawan kepada kawan.

Sumber petikan dari buku Pemimpin 360-Darjah.

--------------------------------------------
Saya melihat ada ramai dikalangan usahawan internet yang mempraktiskan sikap ini dimana mereka membina hubungan yang cukup akrab dengan mereka yang tergolong sebagai orang penting. Dalam pemerhatian saya ketika saya berada di sebuah cafe beberapa hari lalu, saya melihat mereka yang menjalankan perniagaan pemasaran berbilang tingkat (Multi Level Marketing), membina hubungan dan komuniti yang cukup kuat.

Mereka akan berkumpul di dalam kumpulan kecil, berinteraksi, berbincang dan menghabiskan masa beberapa jam untuk membina motivasi berkumpulan. Biarpun mereka berasal dari syarikat bisnes yang berbeza dan mereka saling menghormati perniagaan masing-masing. Saya teringat pesanan seorang mentor jutawan MLM, Dato' Azman Ching berkata, "Perniagaan MLM itu tidak salah, yang membuatkan perniagaan itu kelihatan salah apabila attitude mereka yang berada di dalam bisnes MLM banyak memberi gambaran yang salah".

Masih banyak syarikat-syarikat MLM tulen telah bertahan lama lebih dari 50 tahun. Tempias keburukan MLM berlaku apabila banyak syarikat-syarikat yang membina perniagaan menggunakan konsep pelan pemasaran MLM tetapi lebih kepada berbentuk Skim Cepat Kaya.

Baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan buat syarikat yang ingin menjalankan perniagaan berasaskan Multi Level Marketing, menetapkan perniagaan tersebut mestilah berlandaskan syariah.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan MLM, lakukan mengikut etika jangan sampai orang ramai kata, anda promote perniagaan tetapi bermotif money game. Kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semua yang terkena palitnya.

Hari selasa ini, insyaAllah saya telah dijemput oleh Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), sebuah syarikat di dalam Kumpul Johor Corporation untuk menjadi pembentang kertas kerja di Seminar Kesedaran Dan Kepenggunaan Halal Wilayah Persekutuan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Selain saya sebagai pembentang, turut serta ialah Ybhg Ustaz Mustapa Hayyuddin Abdul Halim dari Majlis Agama Islam Negeri Johor, YBrs Tn Hj Jamaludin md Ali, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Berhad, YBrs En Sapari Ali dari Jabatan Pembiayaan IKS, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berad dan wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

InsyaAllah, doakan semoga program ini dapat berjalan dengan lancar.


Jumpa lagi,


Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search