Wednesday, December 28, 2011

Pendapatan Internet Tanpa Menjual

Saya mempunyai beberapa pengalaman bagaimana saya menjana pendapatan tanpa perlu menjual produk di internet. Seperti yang anda lihat pada >>link ini<< saya hanya berkongsi info percuma dengan mereka yang ingin mendapatkan lebih maklumat mengenai sesuatu. Biarpun apa yang saya kongsikan itu tidak menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit tetapi cukup meyakinkan sesiapa sahaja untuk menjana pendapatan dengan hanya berkongsikan produk berinfomasi percuma kepada mereka yang berkenaan. Sebagai contohnya, jika anda melayari laman web The International Player, kemudian anda mengisi borang. Anda akan diberikan video seminar versi digital secara percuma.

Mungkin ketika ini sudah ada 100 orang mendapatkan Video melalui link saya ini. Bermakna, jika satu orang muaturun video ini, saya dibayar RM1.00, jika 100 orang, saya akan dibayar sebanyak RM100.

Senangkan nak buat duit? Mereka dapat video bermanfaat, saya pun dalam RM1.00 setiap borang yang diisi. Adil kan?



Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Tuesday, December 27, 2011

Orang Akan Menilai Kamu

Orang akan menilai kamu dengan setiap perbuatanmu. Orang akan memahami kamu dengan melihat perkongsianmu. Jika buruk ia, buruklah kamu. Jika baik ia, baiklah kamu. Jadi jangan merosak-rosakkan.



Noorizam Shah
Wednesday, December 21, 2011

Kisah Dua Sahabat Pablo Dan Bruno

Semua orang ada impian dan matlamat. Namun bagaimana kita merancang dan merealisasikan matlamat itu menjadi realiti.

Terdetik dihati untuk saya berkongsi kisah mengenai dua orang sahabat. Kisah ini pernah ditulis di dalam sebuah buku mengenai mengapa kita perlu membina paip kewangan.

Kisahnya bermula begini,

Sebelum sistem pengairan kita dimodenkan (seperti mana yang anda lihat pada hari ini) ada dua orang sahabat yang memang cukup rapat iaitu Pablo dan Bruno. Mereka sudah lama tinggal berjiran di sebuah kampung.

Mereka berdua mempunyai cita-cita yang sangat tinggi untuk berjaya di dalam hidup. Macam sembang kat kedai kopi, mereka bersembang dan bercerita jikalaulah mereka berdua ini dapat hidup kaya di kampung mereka, alangkah bestnya.

Semua orang kampung tahu mereka berdua ni sangat bijak, rajin dan kuat berusaha. Setiap hari mereka selalu memikirkan apakah peluang yang boleh mereka lakukan di dalam kampung. Jika ada peluang menebang pokok, mesti mereka akan menawarkan diri. Jika ada peluang membaiki jalan, mereka jugalah yang menawarkan diri.

Suatu hari peluang datang lagi. Kampung mereka memerlukan dua orang pemuda untuk bekerja sebagai pembawa air dari satu sungai seberang kampung ke perkampungan mereka. Alangkah seronoknya bila mereka menerima tawaran ini.

Namun, dari kuala sungai ke perkampungan mereka, ia mengambil jarak yang jauh. Setiap hari mereka akan membawa dua baldi, mengangkut air menggunakan kedua belah tangan, menjinjing sampai berjalan kaki hinggalah kembali ke kampung.

Mereka bekerja dari awal pagi hinggalah ke waktu senja dan setiap baldi mereka dibayar 10 sen.

"Apa yang kita impikan kini menjadi kenyataan” kata Bruno. "Seperti tidak percaya apa yang tuhan telah takdirkan pada kita berdua” tetapi Pablo hanya berdiam diri seakan-akan tidak bersetuju.

Belakangnya, pinggang terasa sakit sekali dan tangannya lebam-lebam akibat membawa baldi yang berisi air tadi. Pablo mula memikirkan cara yang lebih baik untuk membawa air dari kuala sungai untuk ke kampung.

Bermulalah kisah Pablo sebagai lelaki pembina paip air.

"Bruno, aku ada satu cadangan,” kata Pablo pada keesokan paginya. Sambil membawa baldi ke kuala sungai. Daripada kita mengangkut baldi setiap hari untuk 10sen setiap baldi, apa kata kalau kita membina satu sistem paip dari sungai terus ke kampung.”

Cadangan yang dikemukakan Pablo telah dipertikaikan oleh Bruno. "Sistem Paip? Siapa yang pernah buat seperti ini?" Nada perli dari Bruno. ”Kan kita dah ada cara yang baik, aku boleh bawa 100 baldi setiap hari. RM10 untuk setiap hari".

"Nah bukankah lumayan upahnya. Aku boleh jadi kaya. Hujung minggu ini aku boleh pergi membeli sepasang kasut yang suda lama aku idamkan. Hujung bulan aku boleh membeli seekor lembu pula.. 6 bulan yang akan datang aku pasti boleh membina sebuah rumah untuk ibu ku. Kita telah miliki pekerjaan yang paling baik di daerah ini. Kita diberi cuti setiap hujung minggu dan bonus tahunan setiap tahun. Kita telah miliki apa yang kita impikan selama ini. Pergi jahanam dengan sistem paip yang engkau cadangkan tadi”, teriak Bruno.


Sebagai seorang rakan yang mempunyai idea dan matlamat, Pablo tidak berputus asa dengan celaan dari rakannya tadi. Dia bercadang untuk bekerja separuh hari untuk mengangkut baldi dan separuh hari lagi untuk membina sistem paip yang beliau impikan. Rintangan yang paling ketara ialah kesusahan Pablo untuk mengorek lubang di tanah batu yang begitu keras sekali.

Jika dihitung, upahnya juga kini cuma tinggal separuh sahaja untuk setiap hari.

”Ahhh aku tak kisah, ini Cuma untuk sementara waktu sahaja” kata hati Pablo.

Ia cekal dan percaya dengan diri nya sendiri, dan beliau tahu ia mungkin mengambil masa berbulan lamanya untuk membina sistem paip yang beliau impikan.

Bruno dan orang kampong telah mula mengejek Pablo, mereka menggelarkan Pablo orang paip. Bruno yang mempunyai pendapatan 2 kali ganda lebih dari Pablo kini beliau memiliki sebuah rumah dan kereta kuda. Orang kampong ramai menyanjungi Bruno dengan usaha yang beliau lakukan untuk menjadi orang yang kaya di dalam kampung.


Setiap minggu Bruno menikmati hujung minggu yang sangat baik, berborak, berjenaka ramai rakan-rakan yang bersamanya. Pablo terus tekun membina sistem paip yang beliau impikan. Selagi sistem paip Pablo belum siap di bina selagi itulah segala usahanya belum berhasil.

Bayangkan, kerjanya sangat teruk sekali kerana beliau bekerja lebih masa setiap hari dan minggu. Pablo tetap bersemangat. Pengorbanan hari ini akan memberi hasil kejayaan yang pasti mengembirakan di masa akan datang. Beliau terus tekun mengali lubang dan menyambung paip setiap masa.

”Kesakitan, Kesusahan ini hanya bersifat sementara, Ia pasti di bayar selepas ini buat selama-lamanya” Bisik hati kecil Pablo.

Hari silih berganti dan bulan silih bertukar, suatu hari Pablo sedar paip yang di bina selama ini cuma tinggal separuh sahaja yang beliau perlu siapkan. ”Wah... Ini bermakna aku cuma perlu berjalan separuh sahaja , tak perlu lagi berjalan sehingga ke kuala sungai” kata Pablo.

Sistem paip Pablo semakin hari semakin hampir siap di sebabkan masa yang beliau jimatkan.

Semasa Pablo berehat seketika , Kelihatan Bruno sedang membawa baldi. Bahunya kelihatan senget dan sedikit bongkok akibat bebanan air yang di bawa. Keadaan Bruno begitu berbeza sekali dari awal awal beliau mula bekerja. Langkahnya tidak sepantas dahulu. Terdengar keluhan dari Bruno, betapa bodohnya diri beliau membawa baldi setiap hari untuk seumur hidup beliau.

Kini Bruno mulai kurang bersiar-siar disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Kerja keras setiap hari telah menjejaskan kesihatan beliau. Bruno tidak seceria dulu. Tidak lagi berjenaka dan kini tiada rakan-rakan nampak bersamanya. Bruno lebih suka menyendiri. Kadang-kadang kedengaran juga orang kampung memanggil beliau Bruno si pembawa baldi.

Berita Gembira buat Pablo...

Akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. Sistem paip dari kuala sungai ke kampung telah siap di bina. Orang kampung, kehairanan melihat air bercurahan dari sungai terus ke kampung. Kini kampung mereka telah memilik air yang berterusan untuk siang dan malam. Ramai juga orang kampung bersebelahan telah berhijrah ke kampung Pablo untuk memiliki air yang bersih dan berterusan.

Nah.... kini Pablo tidak perlu lagi membawa baldi.

Air terus mengalir setiap masa tak kira siang atau malam. Bah kan ketika Pablo pergi ber siar-siar di waktu biasa beliau masih menerima pendapatan melalui sistem paipnya. Lagi banyak orang kampung menggunakan air, maka lebih banyak la juga pendapatan yang Pablo terima.

Kini orang kampung menggelarkan beliau sebagai seorang yang sangat ”Luar Biasa”.

Ketua kampung juga amat berbangga dengan kebolehan beliau dan memberi cadangan kepada beliau untuk menubuhkan sebuah syarikat.

Cerita Ini sebenarnya telah di ambil dari sebuah buku yang berjudul The parable of the Pipeline Burke Hedges.

------------------------------------------------

Pekerjaan adalah fenomena yang sama seperti kisah Pablo dan Bruno tadi. Jika anda bekerja dengan memperdagangkan masa dan tenaga anda untuk wang, anda seumpama pergi ke kerja setiap hari untuk ”mengisi baldi” dengan wang.

Mendapat pekerjaan yang lebih baik tidak akan menyelesaikan masalah ini. Ia hanya umpama membawa baldi yang lebih besar! Sebaik sahaja anda berhenti kerja, maka anda tidak akan mendapat sebarang pendapatan.

Apakata kalau anda bertindak seperti Pablo. Menjadi orang bijak dengan membina saluran paip agar wang dapat senantiasa mengalir ke dalam hidup anda walaupun setelah anda berhenti bekerja?


Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Adakala Kita Jahil

Adakala kita selalu menyalahkan orang lain. Kita menyalahkan keadaan, kenapa itu jadi begini, kenapa ini jadi begitu. Sebenarnya kita sedang diserang masalah alpa sehingga membuatkan kita sering terlupa kenapa kita harus hidup dimuka bumi ini.

Didalam kehidupan, kita dijadikan untuk memimpin. Yang lelaki menjadi khalifah dimuka bumi. Menyebarkan perkara-perkara kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara yang membinasakan.

Apabila kita diciptakan sebagai makhluk tuhan, kita harus sedar, menjadi seorang manusia ada tujuannya. Harus kita tanya apakah tujuan kita untuk hidup? Selain melakukan ibadat wajib solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan berzakat, kita juga diminta berusaha untuk mengerjakan ibadah-ibadah yang memberi kebaikan kepada diri sendiri, keluarga dan umat.

Menjaga kesihatan itu juga ibadah. Apa guna sakit jika tidak boleh melakukan ibadah. Biar ada duit setinggi gunung sekali pun, tetapi kita tidak mampu memberi kebaikan kepada diri sendiri, keluarga dan umat, umpama kita hanya menyimpan helaian daun-daun kering yang tidak bermakna.

Rakan pembaca yang dihormati sekelian,

Bukanlah saya ingin menjadi seorang yang bijaksana dalam berkata-kata mengenai agama. Sebagai seorang penulis blog, adalah lebih wajar jika kita sentiasa berfikiran positif mengenai kehidupan sebagai manusia. Sebarkan perkara-perkara yang memberi kebaikan dan jangan kita musnahkan kehidupan ini dengan perkara-perkara yang merugikan.

Insya-Allah, Allah sentiasa bersama-sama mereka yang berusaha dan bersyukur.



Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Thursday, December 15, 2011
Sunday, December 4, 2011

Jangan Tunggu Orang Lain

Jangan tunggu orang lain bertindak baru kita hendak bertindak. Jangan tunggu orang lain melakukan baru kita nak buat juga. Bertindak dengan kapisiti kita sendiri.

Ingat, bukan mereka yang berikan kita kesenangan, kejayaan dan kebahagiaan.

Teruskan bertindak walau ada orang lain sedang bermalas-malasan. Teruskan bertindak walaupun di depan kita tu ada banyak halangan. Teruskan bertindak walaupun suasana ketika ni tak banyak orang bincangkan. Bertindak, bertindak dan terus bertindak.

Tindakan adalah perjalanan bagi kejayaan dan kekayaan.


Noorizam Shah
Thursday, December 1, 2011

Video Promo Web MvieBuilder



Ketahui bagaimana dengan menggunakan sistem Mviebuilder ini, ia mampu memudahkan kerja pemasaran produk fizikal di internet tanpa perlu menjual dari pintu ke pintu, mata ke mata dan ia boleh dilakukan dimana sahaja, meluangkan masa beberapa sahaja di depan laptop dan komputer.

Lihat antara contoh emel yang diterima setiap hari hasil dari melakukan pemasaran menggunakan sistem Mviebuilder.




Noorizam Shah
Friday, November 25, 2011

Ceramah Perniagaan Internet Bersama Pegawai SSM





Semalam, saya bersama partner saya, saudara Khairul Azlan (Sifu Lan) telah menyampaikan ceramah perniagaan internet dan evolusi pemasaran melalui dunia siber.

Sesi pagi saya memulakan ceramah dengan membentangkan topik mengenai perbezaan perniagaan internet, program internet, pelaburan internet dan istilah-istilah di internet.

Manakala sebelah petang Sifu Lan menerangkan kaedah pemasaran melalui internet, isu penyalahgunaan internet, pandangan dan cadangan.

Alhamdulillah, usaha kami merancang untuk merealisasikan seminar ini berjaya dan mendapat pujian yang cukup baik dari pengarah SSM. Ini juga merupakan titik tolak kami untuk melangkah lebih setapak ke hadapan dengan memberi pendedahan kepada badan kerajaan, bukan kerajaan dan sesiapa sahaja yang mahukan lebih infomasi mengenai isu-isu berkaitan perniagaan internet.

Jika PDRM Bukit Aman nak jemput kami pula selepas ini, kami alu-alukan. Kepada mereka yang ingin menjemput kami untuk mengadakan seminar berkaitan perniagaan internet, boleh hubungi talian 0166407479 atau emel ke nsconsultation@gmail.com :)

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Buat Harimau Malaya




Saya ni bukanlah fanatik sangat dengan bolasepak. Saya cuma suka tengok permainan bolasepak yang bermusim seperti acara sukan SEA, Olimpik, Piala Dunia dan Piala Malaysia.

Kalau ada perlawanan mingguan seperti liga perdana inggeris, saya buat acuh tak acuh sahaja tak kiralah perlawanan tu melibatkan Manchester United dengan Liverpool atau Arsenal. Hehehe

Malam tadi, sungguh syok dan teruja bila dapat menonton perlawanan akhir bolasepak antara pasukan Malaysia bertemu dengan Indonesia.

Permainan yang agresif dan pantas memang dramatik dan mendebarkan. Saya rasa ni merupakan pertemuan dua pasukan dan perlawanan yang terbaik, biarpun terdapat ribuan penonton Indonesia yang tidak professional semasa lagu Negaraku dinyanyikan.

Saya fikir rakan eBayer Indonesia tidak sebegitu ;)

Saya respek pertahanan Malaysia yang boleh dikatakan beraksi baik sepanjang tempoh perlawanan sehinggalah wisel penamat menentukan sepakan penalti.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya menumpaskan Garuda Muda. Bukan senang nak kekalkan kejuaraan, lagi-lagi bermain di tempat lawan dihadapan ribuan penyokong pasukan Indonesia.

Tahniah!


Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Monday, November 21, 2011

Ini Yang Tak Tahan Ni, Sampai RM2500!



Kebetulan masa saya hendak tinjau-tinjau niche di Toy R Us Subang Jaya, kat lobi sebuah pusat membeli belah ni ada buat gerai jualan lelongan barangan koleksi Cola-Cola.

Teringat lagi beberapa tahun dulu, saya pernah menjual tin minuman Coca-cola di eBay dan ia telah terjual dan dibeli oleh pembeli dari Amerika Syarikat. Menariknya, air tin tu saya belum minum lagi.

Kat rumah saya ni ada beberapa fridge magnet Coca-cola yang masih saya simpan. Mana tahu lagi beberapa tahun, boleh saya lelongkan di eBay lagi. :)

Cerita pasal hari lelongan produk koleksi Coca-cola ini, saya perasan ada seorang penjual dari web lelong.com.my juga mengambil bahagian (gambar atas itu lah penjual dan pengumpul koleksi barangan Coca-cola). Ramai betul yang berminat dengan produk yang beliau jual.

Hari itu, ada hampir 10 gerai jualan yang hampir kesemua menjual pelbagai koleksi termasuk botol minuman, badge, gelas, fridge magnet, kalendar dan banyak koleksi terhad yang agak sukar dijumpai di pasaran.

Saya tertarik dengan acara bidaan di ruangan pentas utama, dimana bakal pembeli membida item yang dijual dan suasana gamat seperti acara lelongan hartanah. Paling menarik acara kemuncak melelong sebuah basikal klasik bertemakan coca-cola telah dibida pada harga RM2500!

Baru saya sedar rupanya Coca-cola ini mempunyai peminat yang tersendiri. Bukan Shamsul Ghau Ghau juga yang minat mengumpul tau! Ada ramai lagi diluar sana!

Ha... nak cari item-item koleksi terhad Coca-cola? Carilah di eBay!

--------------------------------------------------------------------------


Tawaran harga istimewa DVD Video Lubuk Duit tinggal 6 hari sahaja lagi sebelum ia ditamatkan! Dapatkan segera hari ini!



Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Friday, November 18, 2011

Kisah Pemuda Berhasil Jana USD1K Dalam Tempoh 24 Jam!



Alkisah seorang eBayer (nama dirahsiakan) telah berkongsi info dengan saya mengenai kejayaan beliau mendapat rekod terbaik, menghasilkan jualan dan menjana pendapatan sebanyak USD1,000 dalam tempoh 24 jam!

Screenshot di atas adalah milik beliau. Bukan rekaan, cuma maklumat-maklumat penting pelanggan terpaksa disembunyikan. :)

Macam ni lah, nak terima hakikat atau tidak terpulang. Masih ramai lagi diluar sana yang tidak tahu macam mana nak jalankan bisnes di eBay. Mereka tercari-cari panduan untuk mulakan bisnes di eBay.

Kalau anda lihat screenshot di atas, pemuda ini bukanlah baru dalam bisnes eBay. Boleh dikatakan pernah beberapa kali mencatat jualan tinggi setiap bulan. Beliau pernah jatuh dalam bisnes eBay, tetapi dia tidak pernah pun "bersara" dari aktiviti menjual di eBay kecuali sesekali bercuti sementara.

Walaupun beliau sudah ada asas menjual di eBay, tetapi beliau tidak sedikit pun mengeluh untuk membeli DVD Video Lubuk Duit dan ketika VLD baru sahaja dilancarkan secara rasmi di pasaran internet, beliau merupakan pembeli pertama yang membuat bayaran tepat jam 10.01 minit pagi, 26hb Oktober 2011.

Berapa harga DVD ini? RM199 sahaja!

Lihat semula screenshot emel di atas. Agak anda berapa kali ganda pulangan yang beliau perolehi hasil berbisnes di eBay? Anda kira sendiri. ;)

Jadi, apabila ada panduan yang boleh membantu anda, kenapa tidak kita pelajarinya. Jika nak merokok, kita sanggup keluarkan RM10 sehari. Sebulan dekat RM300 juga tu!

Kadang-kadang orang tak nak ambil peduli apabila peluang memang saja-saja je lalu depan mereka. Ermmm. nantilah.. nanti.

Nanti nanti tu sampai bila? ;)

Cerita pasal DVD Video Lubuk Duit, kouta yang ada untuk harga RM199 tu pun tinggal tak banyak lagi. Adalah dalam 300 unit lagi. Tawaran ni pun saya buka sejak 26hb Oktober 2011 dan tawaran tamat pada 27hb November 2011.

Kalau tak habis kouta pun, tawaran tetap saya tutup juga. Sebab lepas tu harga DVD Video Lubuk Duit akan dinaikkan ke...... jeng jeng jeng..

Kalau naik pun still berbaloi lagi. :)

Ok, Jumpa lagi.


Noorizam Shah
Friday, November 11, 2011

ATM + Debit Card Mastercard CIMB


Gambar kredit facebook Que Hazadous

Info ni saya dapat tahu dengan rakan eBayer, saudara Que Hazadous di Facebook group tertutup Geng eBayer. Beliau notis yang CIMB Bank telah lancarkan satu kad debit baru yang berfungsi sama seperti kad ATM.

Wahhh.. memang menarik. Memang dah lama saya tunggu CIMB keluarkan kad ini. Memandangkan kad ATM yang saya guna dah patah, tengahari tadi, saya buat permohonan baru tukar kat ATM kepada kad debit Mastercard CIMB.

Nak tukar kad ni free je tadi. Tak payah bayar apa-apa pun. Lepas nombor giliran dipanggil, lebih kurang 20 minit, dah siap proses permohonan.

Jadi, sekarang CIMB telah memenuhi citarasa saya sebagai seorang pengguna yang menjalankan perniagaan internet dan bukan internet.

Hari ni, 11hb November 2011 (11.11.11) boleh la puji CIMB Bank! :)


Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Monday, November 7, 2011

Membina Francais Manusia Di Dalam Bisnes Networking

Bercerita mengenai dunia francais, kita mengambil contoh bagaimana Ray Croc, seorang pengasas MC Donald yang bukan berlatar belakang seorang usahawan telah membuka perniagaan Mc Donald secara besar-besaran di seluruh dunia.

Beliau sedar, bagi meluaskan perniagaan Mc Donald, ia memerlukan duplikasi bahan dan gerak kerja. Beliau melatih individu yang berpotensi dan layak bagi menjadi salah seorang francaisnya. Teknik duplikasi ini telah meluaskan perniagaan Mc Donald hingga kini, Malaysia menambah banyak restoran-restoran baru Mc Donald.

Saya mengambil rujukan sebuah buku mengenai bisnes networking, dimana bisnes ini juga memerlukan francais manusia. Melalui francais manusia ini, proses duplikasi merupakan nadi penting. Apabila tidak ada duplikasi, perniagaan tidak dapat berkembang dengan pesat.

Sebagai seorang leader/upline, mereka bertanggungjawab memfrancaiskan downline. Leader atau upline perlu berikan segala ilmu pengetahuan yang ada. Francais manusia di dalam bisnes networking tidak memerlukan modal puluhan ribu ataupun jutaan ringgit.

Francais manusia bukan semata-mata menaja tetapi latihan dan ilmu pengetahuan di dalam bisnes network harus dititik beratkan jika ingin bisnes tersebut berkembang dengan pesat. Ini hebatnya francais manusia di dalam bisnes network. Oleh itu, tidak hairan apabila ada yang menjadi kaya raya melalui francais manusia ini.

dari,
Noorizam Shah
Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha



Gambar kredit: ILUVIslam.com


Selamat hari raya Aidiladha. Selamat menjalankan ibadah korban.

Dari,

Noorizam Shah dan keluarga
Tuesday, November 1, 2011

Bisnes di eBay bukan Bisnes Jangka Pendek

Benar! Bisnes di eBay bukanlah bisnes jangka pendek. Jika anda seorang serius menjalankan bisnes di eBay, anda berpotensi untuk memperolehi pelanggan berulang untuk jangka masa panjang.

Platform eBay merupakan tapak yang berpotensi untuk mereka yang sedang menjalankan perniagaan konvensional mengembangkan perniagaan kepada online (dalam talian).

Jika anda merupakan seorang penjual, pembekal atau pemborong, anda boleh menggunakan medium pemasaran di eBay untuk menjual produk-produk anda. Anda boleh melakukan sendiri atau melantik individu/ejen bagi menjual produk tersebut.

Namun begitu, anda perlu mengenalpasti terlebih dahulu produk yang sesuai untuk dijual dengan melakukan kajiselidik pasaran dan permintaan di eBay. Sebagai contoh, jika anda merupakan pemilik kedai menjual produk-produk kraftangan dan cenderahati, anda boleh menentukan samada ia sesuai atau tidak dipasarkan di laman web eBay.

Kenapa eBay?

Jika anda bandingkan kos promosi di eBay dengan kos pemasaran offline, kos melakukan pemasaran di eBay lebih menjimatkan. Kenapa? di eBay, traffik/pelawat telah tersedia ada. Setiap hari berjuta pelawat melayari laman web eBay untuk mencari produk yang mereka minat dan membeli. Berbeza jika anda melakukan pemasaran offline, kos pemasaran mungkin lepas besar dan potensi untuk mendapat bakal pelanggan dan pelanggan juga terhad.

Andai anda boleh menggabungkan kaedah ini dan melakukan pemasaran secara serentak, potensi untuk anda menghasilkan jualan adalah tinggi.


Cuba anda cari maklumat eBay di Alexa.com, eBay berada di kedudukan yang baik untuk laman paling banyak dilayari. Sekarang anda nampak potensi untuk kembangkan pasaran dan tingkatkan jualan produk anda?

Jangan bimbang jika anda tidak mempunyai sebarang asas untuk memulakan bisnes di eBay. Hari ini ada penyelesaiannya. Saya baru sahaja melancarkan produk tutorial panduan langkah demi langkah dan panduan ini adalah dalam bentuk video.

Anda boleh menontonnya secara santai, bila-bila masa, berulang-ulang kali tanpa sebarang gangguan dan mengikut keselesaan anda. Anda harus pelajari dan mendalami ilmu ini kerana, amatlah rugi dan cukup rugi jika anda sudah ada perniagaan tetapi tidak meluaskan pasaran produk sedia ada anda.

Seperti yang saya nyatakan, jika anda melepaskan satu peluang yang datang di depan anda, 3 kali peluang akan diambil orang lain bila-bila masa hari sekarang.

Berniaga secara berhemah, potensi bisnes jangka panjang menanti anda!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
www.videolubukduit.com
Monday, October 24, 2011

Apa Kena Mengena Marco Simoncelli Dengan eBayer?






Saya bersimpati dengan apa yang berlaku di Litar Sepang semalam dimana pelumba Moto GP dari Italy telah meragut nyawa Marco Simoncelli. Takziah buat keluarga mendiang.

Hari ini di Youtube sudah mula banyak video-video berkaitan Marco Simoncelli dimuatnaik dan ramai pengguna internet mula mencari video-video berkaitan kemalangan tragis ini.

Begitu juga di eBay, peminat-peminat setia Marco Simoncelli mula membanjiri laman web membeli belah ini dan mencari apa-apa yang boleh mereka jadikan sebagai koleksi memperingati jaguh sukan mereka.

Apa yang ingin saya tunjukkan di dalam gambar dibawah ialah antara maklumat yang diperolehi dan nampaknya beberapa hari atau beberapa minggu, produk berkaitan mendiang akan terus dicari dan dibeli oleh pembeli-pembeli di eBay.



Perkara ini selalu berlaku di eBay dimana jika ada kematian melibatkan seseorang yang cukup dikenali, pasti produk-produk berkaitan individu berkenaan akan laris terjual. Episod ini sama berlaku ketika kematian Raja Pop, Michael Jackson ketika dahulu.

P.s: Di dalam Video Lubuk Duit ada saya dedahkan bagaimana untuk bereksperimen dengan idea.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Capaian Internet Yang Teruk

Semalam agak merimaskan saya. Tak pernah talian internet Streamyx di rumah saya terganggu dengan capaian yang agak perlahan. Banyak laman tidak dapat dibuka antaranya Paypal, Google dan eBay.

Apabila saya hendak log masuk ke akaun, paparan di windows menunjukkan error. Ingatkan laptop saya yang ada masalah. Bila saya post topik di facebook, rupanya ramai juga yang mengalami masalah sama seperti saya.

Ini membuatkan saya runsing dikala hari pelancaran Video Lubuk Duit makin dekat. Janganlah talian internet atau laman web buat masalah pada hari pelancaran. Huhuhu.

Apa pun, saya sudah bersedia dengan plan B (jika ada sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan nanti) ;)

Apapun, doakan semuanya ok dan anda juga ok!

Jumpa lagi hari rabu ini! (Cuti Deepavali tu!)


Noorizam Shah
Saturday, October 22, 2011

Enjin Pemanas Sudah Bermula

Salam hormat semua,

Alhamdulillah, setakat ini semua perancangan berjalan dengan lancar. Hari pelancaran DVD Video Lubuk Duit pun tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dijangka, jualan pertama akan diterima beberapa minit selepas pelancaran dibuat.

Dari pemerhatian dan pengalaman saya, setiap rakan JV pasti dapat menghasilkan jualan dengan mudah kerana video ini merupakan produk terbaru dan terkini yang akan berada di pasaran internet. Saya sendiri pun mampu membuat 100 jualan mudah tanpa melakukan promosi agresif. Anda boleh lihat video yang saya tunjukkan dibawah ini:

Saya tidak tawarkan sebarang bonus dan setakat ni semua pelanggan amat berpuashati. Belum ada yang CLAIM PEMULANGAN WANG lagi! :)

Yang pasti, jualan akan bertambah hebat lagi kerana dijangka ramai rakan JV saya akan berikan bonus-bonus ISTIMEWA buat mereka yang membeli melalui link affiliate mereka.

Antara yang sudah maklumkan tawaran bonus kepada saya ialah:

1. Matzis - 20 pembeli bertuah melalui link affiliate beliau akan terima senaskah buku hebat, buku yang baru masuk pasaran iaitu "Panduan Memborong di China".
2. Najib Assadok - pembeli bertuah akan dapat 4 bonus dijangka mampu memantapkan ilmu bisnes di eBay.
3. Sifu Saiful Nizam - beliau telah order satu niche hot untuk dihadiahkan kepada setiap bakal pembeli DVD VLD melalui link affiliate beliau.
4. Son Karin - menawarkan servis perkhidmatan akaun eBay dan Paypal percuma buat mereka yang membeli melalui link beliau.
5. Johan Edison - Juga ada tawaran hebat, AVS VCC atau bonus misteri buat pembeli-pembeli mereka dari Indonesia dan Malaysia
6.dan ramai lagi rakan JV yang akan umumkan bonus-bonus hebat mereka. Anda pilih yang terbaik dari mereka ini!

Setakat hari ini, statistik klik dari Video Lubuk Duit menunjukkan user id dibawah sedang giat aktif melakukan promosi awal:

1. najibasaddok
2. johanedison
3. drif01
4. duitpoket
5. farha
6. view
7. rsfrs
8. aspx
9. matzis
10. msaifuln

Antara nama besar dalam lapangan affiliate yang masih lagi belum memanaskan badan antaranya:

1. Ammar Zahar (pemegangan jualan paling banyak dalam cabaran JV Kuasalelong)
2. Razif Yusof
3. Jamal Pakar Ebook
4. Hafizi Zain
5. Eruwan gery
6. Zahrul Azua
7. Team Majalah Niaga
8. Shuth (founder wangcyber.com)
9. Wan Musyris


Dan dijangka dalam pertengahan persaingan, nama-nama berikut akan turut serta ke gelanggang pertarungan:

1. Zamri Nanyan
2. Gobala Krishnan
3. Mawardee
4. Hisham (id berkat)
5. Muaz Hadi

P.s: Kenapa nama sifulan tak ada dalam cabaran kali ini? Sebab, beliau adalah tulang belakang semasa pelancaran ini berjalan!

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
www.videolubukduit.com
Friday, October 21, 2011

Sibuk, Kesibukan

Minggu ni sibuk dengan meeting untuk pelancaran produk pada 26hb Oktober. Saya juga telah update artikel-artikel terkini untuk affiliate gunapakai semasa nak mula kempen promosi produk DVD Video Lubuk Duit ini.

Kepada ejen-ejen yang dilantik, pastikan anda sudah bersiap sedia samada fizikal atau mental kerana cabaran dijangka sengit dengan bonus-bonus yang akan dikeluarkan oleh top-top affiliater.

Jom gegarkan minggu depan dengan produk DVD Video Lubuk Duit!

Dari,

Noorizam Shah
Monday, October 17, 2011

SKMM Batalkan lebih 700,00 Nombor Telefon Sebab....


Gambar kredit.

Sehingga tahun 2010, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah batalkan sebanyak 741,000 nombor telefon bimbit yang sudah terbukti dipamerkan dalam iklan haram.

Ini sebab terlampau banyak sangat stiker yang ditampal sesuka hati dipapan tanda, lampu isyarat, pondok telefon awam, tandas, pintu perniagaan, tembok dan dinding sepanjang jalanraya dan macam-macam tempat sampai persekitaran nampak hodoh dengan iklan-iklan ini. Kebanyakan nombor-nombor ini adalah dari iklan ceti dan peminjam wang tanpa lesen (Ah Long).

Sekarang punya stail, kalau tak guna sticker, diaorg akan guna spray cat hitam. Yang ni banyak kita jumpa iklan perkhidmatan jika ada tayar motosikal bocor. Kat pam minyak, bawah jambatan banyaklah iklan-iklan macam ni.

Kerajaan pun hari ni sedang mengkaji pindaan terhadap beberapa undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kot-kot boleh ambil tindakan lebih berat kepada mereka yang menampal iklan-iklan haram ni.

Nak promosi perniagaan tu tak salah, mungkin cara mempromosi itu sahaja yang nampak salah. Buat eBayer, lepas ni boleh la pergi kedai telefon, kot-kot ada nombor cantik untuk digunapakai.

P.s: Sekali guna nombor tu, ada pula yang call, nak pinjam wang. hehehe.


Jumpa lagi,
Noorizam Shah

Aku Maafkan Kamu

Semalam semasa memandu kereta, saya dengar sebuah lagu di radio. Pertama kali dengar lagu ini, melodinya sungguh indah dan liriknya sungguh puitis. Saya cuba tangkap setiap bait lirik ini tetapi agak sukar untuk difahami.

Apa yang boleh agak dan cuba faham, lirik ingin mengisahkan seorang bayi yang dibuang oleh ibunya atau mereka yang tidak mempunyai rasa keperimanusiaan dan menentukan kehidupan seorang insan.

Tajuk lagu: Aku Maafkan Kamu
Nyanyian: Malique Ft. Jamal Abdillah
Sumber video: Youtube.com


---------------------------------------------------
Suara wanita: Diatas segala perbuatanku, ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

-----------------------------------------

Review Video Lubuk Duit Dari Sifu Rempit eBay

29hb September lalu, saya ke Ampang Park untuk bertemu dengan dua sifu eBay Underground iaitu sifu Saiful "Rempit eBay" Nizam dan sifu Yury a.k.a MansurBiz (Diari Usahawan eBay Berhingus).





Walaupun mereka ini tidak aktif di forum dan facebook, bukan bermakna beliau juga tidak aktif ber eBay. Sebagai seorang yang mempunyai komitmen masing-masing seperti mereka ini, cinta dan hati mereka masih lagi dengan eBay.

Tak percaya tanyalah mereka di Facebook, boleh kira kot berapa kerat je yang buat full time. Majoriti masih lagi bekerja dan jalankan bisnes di eBay secara part time!

Jadi, kepada anda yang ingin berkecimpung dalam perniagaan di eBay, TAK PERLU PUN NAK BERHENTI KERJA sebab DAH TERBUKTI, mereka yang masih bekerja dan jalankan bisnes secara PART TIME di eBay pun mampu memberi pendapatan yang lumayan. Malah ada yang pendapatannya 6 kali ganda lebih banyak dari gaji sebulan tempat mereka bekerja!

Kalau nak dikumpulkan testimoni kejayaan mereka ini rasanya cukup banyak. Untuk post hari ini, saya kongsikan antara review ikhlas dari sifu Saiful Nizam. Saya berani beri produk saya untuk mereka ini review walaupun saya tahu mereka sudah ada produk mereka sendiri (seperti eBook dan video panduan).

Jadi apabila ada sifu yang rekomenkan video Lubuk Duit ini, anda yang belum memilikinya lagi, jangan fikir 16 kali untuk mendapatkannya. Terus GRAB apabila ia dilancarkan pada 26hb Oktober nanti. Kalau lambat, sudah pasti anda harus menerima hakikat untuk membayar harga yang lebih tinggi untuk DVD ini.

Sekarang, jom baca apa kata sifu Saiful Nizam:


"Untuk pengetahuan semua ini adalah review pertama saya untuk produk digital. Apa nak tulis pun tak tau.. Yang saya tau research, cari supplier, listing, sale & withdraw

Ok.. Video Lubuk Duit (VLD) ini memang sesuai bagi beginner/newbie untuk bermula menjana pendapatan dengan ebay. Tapi kalau ada otai ebay/advance ebayer nak gunakan VLD ini juga amat digalakkan. Banyak ilmu yang mungkin kita terlepas pandang ada dikongsikan oleh Saudara NS.

Saya garenti anda akan dapat $USD pertama dari ebay jika anda praktikkan ilmu dalam VLD ini. Kalau tak dapat saya akan bagi money back guarantee. PS : NS jangan takut saya keluar duit saya :)

VLD ini menerangkan cara-cara bermula ebay sehinggalah anda menjual di ebay & mendapatkan duit dari ebay. Ebay memang sah lubuk duit!

Ada 5 dropship/supplier yang digunakan di dalam VLD ini. 3 daripadanya telah saya gunakan dan berjaya menjana pendapatan yang agak lumayan di ebay.. memang masyuk. AN takde ye dalam VLD ni :)

Tak caya? Tengok je lah kat bawah tu screen shoot daripada salah satu supplier dalam VLD ni. NS dah bocorkan beberapa supplier penting... Memang rugi kalau korang tak GRAB VLD ini hari ini.."

Thursday, October 13, 2011

Siapa Otai? Kenapa Mereka Di Gelar Otai?


Gambar kredit.

Otai eBay, Otai eBay, Otai eBay...

Hah! Dia memang otai... Ha! Otai dah masuk dah... Aku ni siapa, newbie je, lainlah dia tu otai...

Otai... perkataan yang sering diguna dan digelarkan kepada mereka yang dah lama berkecimpung dalam sesuatu bisnes. Lama tu takat mana? 30 tahun? 20 tahun? 10 tahun? 6 tahun (saya baru usia ni), 3 tahun? 1 tahun?

Saya tak tahu macam mana nak klasifikasikan perkataan otai ni. Kalau guru, cikgu, tuan, shifu (sifu) itu mungkin boleh dirujuk sebagai seorang yang membimbing, memandu atau melatih.

Mungkin sebab sekarang ini zaman menggunakan slanga otai ni sudah menjadi satu perkataan yang tidak asing lagi. Apa yang saya faham, istilah "otai" itu menunjukkan mereka yang usianya sudah tua, lebih tua dari saya dan orang itu banyak pengalamannya. Contoh ada minah ni, dia ni dah lama berbisnes di eBay sejak tahun 2004 (rasanya) dan usia dia, sudah tentu lebih tua dari saya. Jadi, kalau saya gelarkan beliau otai, itu mungkin kena pada tempatnya.

Otai atau old timer memberi maksud yang sama. Istilah otai itu mungkin tercipta hasil dari gabungan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Ya ke? Heh, pandai-pandai je saya ni.

Kalau ada maksud lain, mungkin anda boleh share, sebab saya bukan otai. Saya pun masih belajar seperti anda juga. :)

P.s: Post pasal otai pun jadi? Layan je lah. Hehe

Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Sunday, October 9, 2011

Bina Hubungan Akrab Dengan Orang Yang Penting

Dalam kartun Peanuts rekaan Charles Schulz, Lucy memberitahu Snoopy, "Ada masanya kamu benar-benar menyakitkan hati saya, tetapi saya akui ada juga masanya saya rasa seperti mahu memeluk kami."

Snoopy membalas, "Saya memang begitu, boleh dimarah-marah dan boleh dipeluk-peluk." Saya fikir kita semua juga begitu. Kita mempunyai sifat baik dan buruk dalam diri. Kunci kepuasan bukan dengan hanya berinteraksi dengan orang lain sahaja. Ia wujud dengan membina hubungan akrab dengan mereka.

Berbaik-baik dengan orang lain lebih penting daripada menyaingi mereka. Jika kita menyimpan matlamat hendak membantu dan membina hubungan dengan mereka, kita akan mencapai kepuasan walau di mana kita berada. Walaupun apa yang kita lakukan, jangan cepat berputus asa disebabkan kita tidak menyukai mereka ataupun tidak dapat berkawan dengan mereka.

Kita akan terkejut apabila dalam satu tempoh, masa akan mengubah lawan kepada kawan.

Sumber petikan dari buku Pemimpin 360-Darjah.

--------------------------------------------
Saya melihat ada ramai dikalangan usahawan internet yang mempraktiskan sikap ini dimana mereka membina hubungan yang cukup akrab dengan mereka yang tergolong sebagai orang penting. Dalam pemerhatian saya ketika saya berada di sebuah cafe beberapa hari lalu, saya melihat mereka yang menjalankan perniagaan pemasaran berbilang tingkat (Multi Level Marketing), membina hubungan dan komuniti yang cukup kuat.

Mereka akan berkumpul di dalam kumpulan kecil, berinteraksi, berbincang dan menghabiskan masa beberapa jam untuk membina motivasi berkumpulan. Biarpun mereka berasal dari syarikat bisnes yang berbeza dan mereka saling menghormati perniagaan masing-masing. Saya teringat pesanan seorang mentor jutawan MLM, Dato' Azman Ching berkata, "Perniagaan MLM itu tidak salah, yang membuatkan perniagaan itu kelihatan salah apabila attitude mereka yang berada di dalam bisnes MLM banyak memberi gambaran yang salah".

Masih banyak syarikat-syarikat MLM tulen telah bertahan lama lebih dari 50 tahun. Tempias keburukan MLM berlaku apabila banyak syarikat-syarikat yang membina perniagaan menggunakan konsep pelan pemasaran MLM tetapi lebih kepada berbentuk Skim Cepat Kaya.

Baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan buat syarikat yang ingin menjalankan perniagaan berasaskan Multi Level Marketing, menetapkan perniagaan tersebut mestilah berlandaskan syariah.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan MLM, lakukan mengikut etika jangan sampai orang ramai kata, anda promote perniagaan tetapi bermotif money game. Kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semua yang terkena palitnya.

Hari selasa ini, insyaAllah saya telah dijemput oleh Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), sebuah syarikat di dalam Kumpul Johor Corporation untuk menjadi pembentang kertas kerja di Seminar Kesedaran Dan Kepenggunaan Halal Wilayah Persekutuan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Selain saya sebagai pembentang, turut serta ialah Ybhg Ustaz Mustapa Hayyuddin Abdul Halim dari Majlis Agama Islam Negeri Johor, YBrs Tn Hj Jamaludin md Ali, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Berhad, YBrs En Sapari Ali dari Jabatan Pembiayaan IKS, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berad dan wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

InsyaAllah, doakan semoga program ini dapat berjalan dengan lancar.


Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Wednesday, October 5, 2011

Pertemuan Dengan Pegawai-Pegawai SSM


(Gambar, permandangan dari tingkat 18 Menara SSM)

Pertama kali saya sampai di Ibu Pejabat baru Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Menara SSM, Sentral 5 Kuala Lumpur. Hebat pejabat baru ini.

Saya telah dijemput ke mesyuarat bersama pegawai-pegawai SSM, membincangkan beberapa agenda penting yang berkaitan dengan perniagaan internet di Malaysia.

Turut hadir bersama saya, rakan perniagaan internet, seorang usahawan internet yang dikenali, juga merupakan sifu saya didalam bidang teknikal/programming, saudara Khairul Azlan atau Sifu Lan.



Saya diminta membentangkan beberapa perkara (tidak dapat dimaklumkan disini buat masa ini) dan sepanjang perbincangan kami selama hampir 1 jam setengah mendapat respond positif dari pihak SSM dan akan dipanjangkan ke pihak atas sebelum ia dimuktamadkan.

Kepada yang nak tau apa yang kami bincangkan, jangan lupa subscribe blog ini dengan klik "Click Join This Site" disebelah kanan blog ini.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Tuesday, October 4, 2011

Bank Negara Cari 7 Individu Pasal Kes Apa?


Terbaca artikel ini di laman Mstar Online. Saya tak pernah tau pun apa kesnya sampai BNM cari individu-individu ini. Apa syarikat Jazmeen tu? Apa jenis perniagaan yang mereka buat?

Rujukan lain: Carigold Forum, Bank Negara Malaysia

Kepada Beberapa Teknik Dan Strategi di eBay Tidak Boleh Dibincang Secara Terbuka?




Selamat pagi,

Ketika saya menulis blog ini, jam di notebook menunjukkan jam 2 pagi. Sambil-sambil burn disc DVD Video Lubuk Duit, saya nak kongsikan sedikit info kenapa agak sukar menjumpai sesuatu infomasi mengenai eBayer terutama teknik dan strategi.

Ada orang kata eBayer Malaysia ni berpuak-puak. Terlampau banyak grup dan kumpulan? Betul ke? Anda jawap sendiri. :)

Apa pun bisnes yang kita lakukan walaupun kita berniaga dilapangan yang sama, biarlah kita saling hormat-menghormati, tidak bermusuh-musuhan antara satu sama lain. Jika ia berlaku, biarlah dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Baiklah, jika anda mencari maklumat mengenai eBay terutama di blog, facebook, agak sukar untuk anda mendapatkan sesuatu perkara yang anda ingin tahu secara terperinci.

Kebanyakan kumpulan eBayer ini, mereka ada komuniti dan grup tersendiri. Boleh dikatakan banyak grup yang wujud di facebook adalah grup tertutup dan hanya melalui jemputan sahaja seseorang itu boleh masuk ke grup-grup ini. Di Facebook, saya turut menyertai beberapa grup antaranya group eBayer yang terdiri dari mereka yang bergelar eBayer Tegar.

Di dalam group ini banyak teknik, strategi, masalah berbangkit dibincangkan dan dikongsikan. Banyak perkara-perkara yang mungkin tidak ada di dalam sebarang buku panduan asas eBay dibincangkan disini.

Memandangkan beberapa polisi di eBay dan Paypal telah diperbaharui, memang tidak digalakkan isu-isu sensitif dibincangkan secara terbuka lebih-lebih lagi mereka yang suka mengamalkan teknik-teknik blackhat atau sebarang cara yang boleh melanggar polisi di eBay. Saya bimbang, jika perbincangan-perbincangan mengenai teknik-teknik pintu belakang banyak didedah dan dibincang secara umum, saya khuatir polisi di eBay akan bertambah lebih ketat pada masa akan datang.

Berhati-hati semasa membincangkan isu-isu sensitif kerana anda tidak kenal siapa mereka di forum, facebook dan blog ketika anda rancak membincangkannya sedangkan terdapat begitu ramai silent reader yang mungkin menjadi mata dan telinga. Faham maksud saya?

Jadi pesanan buat eBayer-eBayer tegar, elakkan perbincangan terbuka mengenai isu-isu ini di forum, blog, facebook atau dimana-mana medium terbuka. Jika nak berbincang, bolehlah adakan pertemuan kecil seperti sesi teh tarik dan sebagainya.

Kita tidak mahu terjadi nanti seperti kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Monday, October 3, 2011

Urus Email Paypal Dan eBay Di Galaxy Tab


Gambar kredit

Memandangkan saya ni ada banyak akaun eBay dan Paypal, saya memikirkan bagaimana untuk mengurus emel-emel penting dengan lebih praktikal dan efektif. Selepas selama beberapa tahun mengurus emel satu-persatu di dalam notebook, Samsung telah menawarkan satu penyelesaian buat orang seperti saya dengan memperkenalkan tablet paling banyak memberi fungsi kebaikan kepada saya iaitu Samsung Galaxy Tabs.

Bagi saya seorang yang sentiasa sibuk dengan perniagaan di internet melibatkan akses ke medium sosial seperti facebook dan twitter begitu juga emel, jadi gadjet seperti ini amatlah penting bagi saya. Saya boleh add/create seberapa banyak akaun Gmail dan control dengan satu sentuhan sahaja.

Kini saya boleh pantau dan mengemaskini emel saya dimana-mana sahaja tanpa perlu membuka komputer riba.


P.s: Gunakan gadjet terkini bukan semata-mata gaya hidup tetapi pastikan anda menggunakan semaksima mungkin.

Noorizam Shah
Saturday, October 1, 2011

Jangan Biarkan Urat Leher Putus. Gegaran Makin Tiba!




Untuk kasi urat-urat leher tu tak selesa, punggung mulai rimas apabila menonton video ini. Semua maksud LUBUK DUIT akan terjawab disini.


P.s: Video ini tak ada suruh. "Ha, kau sila jual niche ni". Tak ada ya. Video ini ada dedahkan 5 lubuk pembekal, macam mana selama ni saya bergelumang dalam bisnes ini menggunakan idea, tarik idea sana, tarik idea sini, kemudian buat market research, cari pembekal, deal, deal, deal, jual dan untung. Lebih kepada idea. Tak ada idea, tak leh menjual.

P.p.s: Noorizam Shah sudah ber eBay sejak tahun 2006 hingga kini. Banyak seller akaun yang masih aktif dan tengah run di eBay. Jadi, yang baru masuk blog saya dan baru nak kenal saya, saya ucapkan selamat berkenalan dan selamat berbisnes di eBay. :)

P.p.p.s: Ramai sifu-sifu eBay di Malaysia dan Indonesia itu adalah kenalan saya. Nak belajar eBay, boleh belajar dengan sifu-sifu Geng eBayer Bangi, Geng eBayer Klang, Geng eBayer Kedah, Geng eBayer JB, Geng eBayer Indonesia.
Friday, September 30, 2011

Cerita VERO Yang Tak Habis Sudah


Gambar kredit

The Verified Rights Owner (VeRO) Programme lets intellectual property rights owners request the removal of listings on eBay that offer items or contain materials that infringe on their rights.

^^^ straight from ebay

Vero does not mean F@ke!!!

Get this right people. If you use this term wrong, expect to get the wrong answer. - jawapan dari seorang member di forum mat saleh.

Bukan orang Malaysia je pandai sebut VERO, mat saleh pun kecoh sebut VERO. Ramai yang keliru dengan perkataan VERO ni. VERO tu kan nama program yang eBay perkenalkan dan tujuannya adalah untuk memberi peluang dan hak pemilik produk berdaftar seperti TRADEMARK dan COPYRIGHT untuk mengawal produk-produk mereka dijual di pasaran eBay. VERO bukanlah bermaksud FAKE.

FAKE itu terletak di dalam polisi yang lain. VERO ini adalah produk yang berjenama yang mungkin mewakili dari harga produk, kekuatan nama syarikat tersebut seperti DISNEY, LUXOTICCA, AMWAY, rekabentuk produk (yang mungkin ada orang lain menjual ALIKE produk) dan ia adalah original.

FAKE berlawanan dengan AUTHENTIC. Jadi jangan keliru atau tersalah menaip mengenai produk VERO di dalam forum, blog, facebook sehinggakan ramai yang keliru dengan maksud VERO ini.

VERO = Verified Rights Owner Program.

Jika anda menjual produk VERO tetapi ia mematuhi garisan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh pemilik produk (boleh rujuk page ABOUT ME), jadi tiada masalah untuk anda jual di eBay. Pemilik syarikat pun tak akan ganggu bisnes anda di sana!

Kalau anda membuat kajian pasaran, pasti anda akan jumpa banyak penjual yang jual produk VERO dan kenapa mereka tak pula kena suspend akaun. Sebabnya mereka mematuhi kreteria VERO itu.

Dan jangan tak tau juga, ramai sangat-sangat-sangat yang jual barang FAKE dari syarikat mendaftar dengan VERO ini, maka ramailah yang mengaitkan produk FAKE itu adalah produk VERO.

Orang Malaysia ada jual produk VERO dan FAKE, orang USA ada jual produk VERO dan FAKE, orang China ada jual produk VERO dan FAKE begitu juga ramai penjual dari merata dunia yang jual produk VERO dan FAKE. Alasan mereka jual produk VERO dan FAKE kerana produk VERO/Authentic dikawal dan sukar diperolehi. Jika diperolehi mereka tidak boleh membuat banyak keuntungan dan modal yang diperlukan lebih besar.

Jadi mereka memilih VERO dan FAKE kerana produk boleh diperolehi terutama banyak produk tiruan berkualiti dihasilkan dan kos untuk membeli secara borong adalah rendah dan mereka juga boleh membuat keuntungan yang lebih besar.

Produk VERO sentiasa mendapat perhatian pembeli kerana pembeli lebih mengenali sesuatu produk yang popular dan berjenama terkenal. Pembeli mencari produk di eBay kerana harga yang ditawarkan mungkin lebih rendah dari pasaran di luar. Jadi, membeli di eBay adalah lebih berbaloi dan dijamin pasaran jualan yang selamat.

Soal menjual produk FAKE ia sudah tentu menyalahi polisi dan saya sebagai orang yang mempunyai pengalaman jatuh bangun dalam bisnes eBay tidak mengesyorkan NEWBIE atau mereka yang ingin memulakan perniagaan di eBay menjual produk VERO dan FAKE.

Ramai lagi yang jual produk VERO dan ASLI mampu menghasilkan jualan yang memberansangkan. Kenapa memilih jalan pintas sehingga menjerut diri? Dan antara banyak jawapannya adalah kerana $$$$$!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Penantian Itu Satu Penyeksaan?

Perasaan terseksa tu mungkin terjadi kepada mereka yang telah buat bayaran tempahan sejak awal bulan September lagi.

Rasa terseksa sebab apa? Sebab.... Menunggu ni ler....

Oohoho.. hebat penangan cover DVD ni. Sampai ramai yang respond dan tunjuk minat yang positif.

Seperti yang saya maklumkan di profile facebook saya sejak awal bulan dulu, projek ini bukan main-main. Siapa yang buat-buat lepas pandang tu memang sah-sah terlepas peluanglah.

Saya janjikan kepada 100 pembeli terawal yang buat tempahan akan dapat harga yang cukup istimewa. Dah tawaran tu akan tamat pada 30hb September 2011 (cadang nak tutup pada 29hb, so anjakkan la ke 30hb) tepat jam 12.00 tengah malam.

Jadi selepas ini, kepada yang telah pun opt in nama dan emel di www.videolubukduit.com, sila semak emel anda pada hari sabtu ini kerana hari itu saya akan hantar satu emel untuk harga tawaran khas mereka yang opt in di website www.videolubukduit.com.

Sila ambil perhatian, tawaran yang saya akan buka pada hari sabtu nanti hanya sah untuk 20 orang terawal sahaja. Cukup sahaja kouta, saya akan tutup terus dan kepada yang terlewat merebut peluang, sila nantikan tawaran seterusnya pada hari pelancaran sebenar (tawaran hari sabtu ini lebih menarik dari tawaran masa hari pelancaran) pada 26hb Oktober 2011 nanti.

Eh, kepada pembeli yang tak sabar nak DVD ini, saya tengah proses pesanan anda. Tengahari tadi, 15 pembeli pertama, pesanannya telah dihantar. Pesanan akan dihantar secara berperingkat-peringkat ikut turutan pasal ramai ni. :)

Ok. Setakat ini sahaja update dari saya untuk hari ini. Tunggu ya hari sabtu. Pastikan semak emel pada hari sabtu dan bertindak pantas kerana saya jangkakan permintaan akan melebihi dari permintaan.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Monday, September 26, 2011

Open House IMTC


Kredit gambar.

Saya sempat luangkan masa hadir ke majlis open house Internet Marketing Training Center (IMTC). Sebenarnya saya tak berapa sihat pagi tu, tetapi memandangkan Ashraf Alayas banyak kali tinggalkan pesan menjemput berkali-kali, jadi kena jugalah datang.

Sampai di IMTC sekitar jam 2.00 petang, waktu tu yang saya perasan Raja Kamil, Sham Edymart, Safwan Seth, tokey KKIM dan ramai lagi sedang khusyuk dengan uncle Zin Ali sedang buat presentation.

Kebetulan pula hari ini keluarga abang saya dan keluarga abang ipar saya nak datang beraya di rumah, jadi masa untuk berada di IMTC tak dapat duduk lama. Ingat nak jumpa uncle Zin tapi mungkin tak berkesempatan kali ini. Nampaknya dalam sesi ini banyak yang uncle Zin kongsikan kepada rakan-rakan KKIM yang hadir. Harap semua yang hadir boleh guna segala tips dan perkongsian dari otai berpengalaman ni.

InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi ya uncle!


Noorizam Shah
Saturday, September 24, 2011

Daftar Sekarang Atau Terlepas Peluang




Apa pun orang nak kata, apa pun orang nak bahaskan, eBay adalah antara tempat terbaik untuk anda eksport produk ke luar negara. Ada beberapa alasan kenapa anda perlu memilih eBay:

1. Prospek atau bakal pembeli tersedia ada. Dianggarkan pelanggan baru mencecah 100 juta orang terutamanya pasaran seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah. Ini kerana kuasa membeli mereka adalah tinggi.

2. Permintaan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tahun 2009 sahaja, pelbagai produk telah terjual di eBay dan mencecah angka 60 billion dollar Amerika. eBay menjangkakan pada tahun 2014, jualan di internet mencecah 250 billion dollar Amerika.

3. Pasaran eBay bukan pasaran yang baru dibina tetapi ia telah wujud sejak 15 tahun lalu. Ia terus berdaya saing walaupun banyak laman e-commerce wujud di internet. Hari ini beribu-ribu orang di Malaysia untuk menjadi sebahagian penjual produk di web jual beli popular ini.

4. Ada 3 kategori produk yang sangat popular dan banyak menghasilkan jualan mencecah billion dollar Amerika. Antaranya kategori pakaian, kasut dan aksesori telah menghasilkan jualan mencecah 1.4 billion dollar, kategori teknologi pula menjana 2.2 billion dollar dan kategori "home & garden" menyumbang 1.8 billion dollar.

5. Keuntungan yang maksima. Anda mampu menjana keuntungan jualan yang maksima kerana menjalankan perniagaan di eBay tidak memerlukan kos yang besar, overhead yang rendah dan anda boleh melakukan pekerjaan ini seorang diri.

6. Jika anda menjual produk di eBay, jika harga produk jualan anda ialah antara USD10-USD100, kebanyakan pembeli mampu untuk membeli dan hebatnya kita sebagai seorang penjual mampu mendapat manfaat dari nilai mata wang mereka yang lebih kuat.

7. Untuk setup akaun di eBay adalah percuma. Anda boleh mendaftar secara percuma di eBay hari ini. Jangan biarkan orang lain mengambil peluang ini sebelum anda. Hargai saat-saat berharga ini. Mengenai fees, kita hanya membayar apabila barang kita disenaraikan dan ia terjual di eBay. Anda selesaikan listing anda, barulah anda akan dicaj.

Apa lagi yang anda nampak potensi-potensi menjalankan bisnes di eBay? Berfikir positif, melangkah ke hadapan. Pelajarinya hari ini. Video Lubuk Duit bakal mendedahkan lubuk duit di eBay.


Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Melakukan Sendiri Atau Berpasukan



Salam hormat buat semua rakan pembaca,

Saya doakan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Seminggu lagi, insyaAllah kita akan masuk ke bulan Oktober, beberapa bulan sebelum tahun 2011 melabuh tirai. Bulan Oktober ini, insyaAllah pada 26 haribulan saya akan lancarkan sebuah produk yang bakal mengisi pasaran internet iaitu produk DVD fizikal Video Buat Duit yang mana video ini akan mendedahkan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan di eBay.

Selepas menjalani proses rakaman dan suntingan, kini kerja-kerja akhir untuk mencetak produk ke format DVD sedang giat dilakukan.

Di dalam video ini kalau nak saya kongsikan pengalaman-pengalaman sejak tahun 2006, rasanya, satu DVD tak cukup. Sebagai projek terbaru ini, biarlah sasaran utama iaitu mereka yang ingin bermula dan sedang bermula yang memiliki DVD ini. Mereka yang telah berstatus Power Seller dan Top Rated Seller, biar dulu. Ada panduan versi advance, insyaAllah.

Menjalankan perniagaan di eBay, bukan semata-mata teknik dan strategi tetapi idea yang kreatif dan sentiasa peka juga banyak menyumbang kepada jualan di eBay. Kepada penjual di eBay, jangan hanya fokus kepada produk-produk "hot" yang sudah sedia ramai yang menjualnya.

Di eBay bermacam-macam produk, pelbagai niche boleh kita fokus. Bermula dari hujung rambut sampai hujung kaki, bermula dari persekitaran mata kita sehinggalah menjangkau di hujung dunia. Kita harus sentiasa berfikir dan melihat apakah produk-produk yang berpotensi yang boleh kita pasarkan di eBay.

Seperti saya, dahulu jika menjalankan perniagaan eBay, saya masih boleh lagi melakukannya seorang diri. Bermula dari membuat kajiselidik pasaran, mencari pembekal, menyelesaikan masalah, membuat listing sehinggalah pergi ke pejabat pos untuk menghantar produk. Sampai satu ketika, dua tangan ini tidak lagi boleh menampung kerja-kerja yang semakin banyak ini.

Itu baru sahaja tugasan di eBay, belum lagi kira dengan menganjurkan seminar, sesi Personal Coaching, pemasaran emel dan pemasaran internet. Apa yang saya buat hari ini, saya cari beberapa orang dan membina pasukan saya sendiri. Kini saya mempunyai 5 orang termasuk saya sendiri dan kini segala perbincangan, kajiselidik, carian pembekal dilakukan bersama kecuali listing dan sales, masing-masing punya jualan. :)

Sebenarnya apa yang saya dapat lihat, apabila kita memiliki pasukan atau kakitangan ia bukanlah menambahkan masalah kita sebaliknya banyak membantu menyelesaikan masalah. Jangan jadikan kegagalan lalu punca anda tidak boleh lagi untuk berpasukan.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Monday, September 19, 2011

Akan Datang... 26hb Oktober 2011!





Dijangka akan dilancarkan pada 26hb Oktober 2011 ini. Kepada anda yang ingin mendapatkan produk terbaru daripada saya ini, pastikan anda simpan bajet anda dan pastikan anda jadi orang yang terawal membeli produk ini.

Sasaran utama pemilik video ini adalah mereka yang ingin memulakan perniagaan di eBay, mereka yang telah menjana pendapatan di eBay dan ingin mengetahui lubuk-lubuk pembekal/dropship yang dipercayai.

Ada beberapa basic content khusus untuk mereka yang baru ingin bermula dan ada banyak lagi content cukup sesuai untuk mereka yang ingin menjana pendapatan di eBay berdasarkan daripada pengalaman yang saya kongsikan di dalam video ini.

Antara kandungan video yang dinanti-nantikan adalah pendedahan 5-6 lubuk pembekal dan sudah pasti ramai yang ingin tahu bagaimana saya menggunakan pembekal-pembekal ini untuk menghasilkan pendapatan di eBay.

Tunggu pelancarannya! Akan diumumkan terus ke emel anda. Pastikan anda masukkan nama dan emel dibawah ini:

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Friday, September 16, 2011

Saya di WangCyber TV

Ingat lagi post saya mengenai Gathering Wangcyber 2011 yang lalu? Ok, ini adalah antara perkongsian saya semasa dijemput sebagai salah seorang penceramah.


Part 1


Part 2

Video penceramah lain boleh dilihat disini: Wangcyber TV
Thursday, September 15, 2011

Boleh Atau Tidak Memiliki Simbol Status?



Louis Vuitton, Gucci, Ed Hardy, Harley Davidson, Ferrari, BMW, kebanyakan adalah simbol status. Ramai orang berimpikan untuk memakai simbol status ini. Mereka yang mengejar dunia beranggapan memiliki simbol status ini melambangkan kemegahan, kekayaan dan kedudukan seseorang.

Kita tolak ketepi mereka yang sudah bergelar jutawan dan multi-jutawan. Mereka yang hidup biasa-biasa tidak terlepas dengan godaan simbol status ini. Apabila mereka mempunyai wang, baru memiliki banyak wang, mereka akan mula membeli kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, makan di restoran-restoran mahal, sering pergi bercuti dan berhibur.

Apabila kita melihat matlamat asal untuk mencapai bebas kewangan, kita harus sedar, berbelanja kepada tempat yang tidak sepatutnya akan menjarakkan kita daripada matlamat asal kita iaitu bebas kewangan.

Jika kita tidak mampu dengan pendapatan yang tidak stabil, jangan kita menggadaikan diri dan wang untuk gila membeli produk dan barang yang berkaitan dengan simbol status ini. Sebagai contohnya, jika pendapatan anda kecil, memiliki kereta mewah yang mempunyai insurans dan penyelengaraan yang tinggi boleh memusnahkan impian menjadi seorang bebas kewangan.

Rumah mewah yang besar sudah tentu memerlukan lebih banyak perabot dan kelengkapan yang setanding dengan kediaman yang dimiliki. Tak akan nak pakai produk-produk murah dan tidak melambangkan gaya? Jika anda mampu ia mungkin tidak mengapa, tetapi jika ia boleh menyebabkan anda berhutang keliling pinggang, itu adalah satu perkara yang mendukacitakan.

Tetapi ada juga orang yang mempunya prinsip hidup, biar papa asalkan bergaya...

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Pentingnya Menjaga Kesihatan


Malam kelmarin saya telah dipelawa orang anak murid (bekas peserta Personal Coaching eBay) untuk datang makan malam dirumahnya. Siapa sangka, selepas beberapa kali pertemuan di majlis-majlis keramaian, anak murid saya ni berkawan pula dengan isteri saya.

Memang saya akui ramai bekas peserta sesi PC eBay dan Seminar eBay lalu yang hari ini menjadi sebahagian kawan-kawan saya. Kami masih lagi berhubung, bertanya khabar biarpun 1-2 tahun telah berlalu.

Alhamdulillah, malam itu Mia dan Huzaifah masak menu istimewa iaitu gulai ketam, sambal udang dengan sayur kacang. Saya yang datang awal dijemput makan awal terlebih dahulu, kemudian sekitar jam 9.00 malam baru la Hafizi Zain dan rakannya sampai untuk sama-sama menikmati hidangan lazat ini.

Dalam sibuk bersembang mengenai isu eBay dan Paypal, mereka turut menyentuh topik mengenai sukan. Saya lihat Hafizi dan Huzaifah suka bersukan. Boleh dikatakan setiap malam, mereka akan bermain badminton. Saya pula tak suka bermain permainan dalam gelanggang ini. Apa yang saya suka buat, kalau rajin, saya akan keluar berjogging.

Tetapi, dah lama rasanya saya tak berjogging. Bila fikir semula, seorang IMer seperti saya harus juga menjaga kesihatan dengan bersenam. Sejak berkahwin ini saya sudah kurang berjogging. Patutlah, perut semakin ke depan. Saya juga pernah melanggan keahlian di pusat gimnasium, tapi sekerat jalan sahaja.

Memandangkan saya ni kurang bersenam diluar, jadi saya harus jaga juga kesihatan. Walaupun tidak keluar rumah tidak bermakna kita tidak boleh menjaga kesihatan. Saya boleh bersenam di rumah, membuat larian setempat, regangan badan atau apa-apa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Lepas habis ramadhan ni, berat badan pun dah mula naik semula. Saya perlu jaga kesihatan. Usia semakin meningkat. Pemakanan pun kena jaga juga. Makan makanan atau buah-buahan yang berkhasiat. Tak ada buah-buahan, minum jus kesihatan pun boleh.

Sekarang tengah mencuba amalkan minum jus buah. Kalau boleh meredakan masalah dan memberi kesihatan yang lebih baik kepada tubuh badan saya, nanti saya share maklumat produk bermanfaat ini kepada pembaca semua.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Monday, September 12, 2011

Maksud Financially Free



Financially Free atau bebas kewangan ialah apabila pendapatan residual (passive income) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita.

6 tahun lalu, semasa saya ingin memulakan perniagaan internet saya begitu teruja untuk menjadi jutawan. Kisah-kisah kejayaan jutawan di Malaysia menjadi penggerak untuk saya mengejar impian menjadi seorang jutawan.

Tetapi kita sedar, untuk menjadi seorang jutawan bukanlah mudah. Ia bukan sekadar status atau gelaran semata-mata. Jadi, jika tidak menjadi jutawan hari ini pun, biarlah matlamat awal kita untuk menjadi seorang yang financially free.

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan muda yang baru berumur 35 tahun, beliau berkongsi kisah bagaimana beliau memulakan perniagaan dari rumah sehinggalah kini mampu mempunyai pejabat dan pekerja yang ramai. Bermula dengan menjana pendapatan 3 angka setahun sehinggalah hari ini mencecah 7 angka setahun.

Beliau berpesan kepada saya,

"Jangan kita mengejar kekayaan sebaliknya kejarlah pendapatan yang stabil. Kekayaan akan datang apabila pendapatan kita stabil"

Sekarang saya faham kenapa kita tidak perlu mengejar impian menjadi seorang jutawan. Memiliki pendapatan bulanan melebihi perbelanjaan bulanan kita adalah impian sebenar yang harus kita miliki. Capai kekebasan kewangan terlebih dahulu, kemudian perjalanan menjadi seorang jutawan adalah lebih mudah selepas itu.

Kita boleh mula dengan melakukan perniagaan webhosting, design, trading atau pelaburan untuk membina status financially free.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Sunday, September 11, 2011

Pay Yourself First!

Jika kita baca buku mengenai kewangan, kebanyakan penulis sering mengingatkan kita untuk menyimpan 10% daripada pendapatan kita. Berapa ramai dikalangan kita yang melakukan tabiat menyimpan sebanyak 10% ini?

Saya sendiri adakalanya tidak dapat berdisiplin dengan baik dalam bab menyimpan. Namun saya cuba sedaya upaya untuk menyimpan walaupun sedikit. Ini kerana setiap bulan pasti ada sahaja yang ingin dibelanjakan sehinggakan adakala sampai lupa untuk menyimpan.

Kalau anda sudah mula menyimpan, terus lakukan mulai sekarang. Jika anda dapat mengasingkan 10% pendapatan anda kepada tabungan, ia akan membawa anda kepada bebas kewangan pada tahun-tahun akan datang.

Andaikan begini, sekiranya kita tidak mampu menyimpan 10% daripada pendapatan bulanan kita, mula pada 1% dahulu.

Sekiranya pendapatan kita RM3000, simpan RM30 sahaja. Sekarang tanya diri kita, takkan simpan RM30 pun tidak boleh? Fikirkan ya!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Saturday, September 10, 2011

Bagaimana Untuk Setting Vacation Mode di eBay



Sila tonton video ini. Selamat mencuba.

P.s: kepada yang ingin mendapatkan produk terbaru dari saya iaitu video panduan menjalankan perniagaan di eBay pada harga istimewa, sila klik link ini dengan tajuk "Saya Nak Video Pada Harga Istimewa". Kouta terhad kepada 100 orang terawal sahaja.

- Noorizam Shah
Tuesday, September 6, 2011

Selain Nigeria, Thailand dan Indonesia Ramai Scammer?


Gambar kredit.
Biar betul?

Saya baru sahaja membelek-belek majalah "The Independent Guide To eBay 2010 - How To Make Serious Money On eBay - Terbitan MagBook.

Saya ambil petikan dari mukasurat 145; "If you didn't list worldwide shipping in your listing, then you can refuse the sale. You should certainly do so if your buyer is located in one of many hotspots for online scams - Nigerian, Thai and Indonesian addresses are notorious, for instance. If in doubt, it's best in these instances to not send your item out, as your chances of getting payment that won't bounce are much lower than usual, and also the chance of hearing from your buyer once a problem arises is virtually nonexistent".

Saya tidak pasti dari mana penulis dapat maklumat mengatakan Thailand dan Indonesia adalah merupakan hotspot scammer untuk menjalankan aktiviti penipuan.

Setakat ni yang popular dikaitkan dengan kes-kes penipuan adalah dari negara Nigeria. Mungkin artikel ini agak kontroversi kerana saya tidak pernah pun mendengar kisah-kisah penipuan yang dilakukan oleh mereka yang menggunakan alamat Indonesia.

Mungkin sahabat eBay seller dari Indonesia punya jawapan dan pandangan mengenai artikel dari majalah MagBook ini. Dialu-alukan untuk memberi pendapat di ruangan komen ini.

- Noorizam Shah

Alamat Emel Tidak Dibenarkan Di Dalam Listing eBay


Terima kasih William kerana post info ini di group tertutup Alumni PC / Seminar eBay - Noorizam Shah.

Sebenarnya secara praktikal, eBay memang tak benarkan sejak dulu lagi sebarang paparan emel address didalam listing description di eBay. Ini kerana, eBay khuatir apabila pembeli berkomunikasi atau berurusan terus melalui emel, ia akan mengundang bahaya kepada pembeli itu sendiri.

Terdapat beberapa aktiviti penipuan terancang pernah berlaku dimana, pembeli terus berhubung dengan penjual di luar market eBay dan apabila pembeli ditipu, mereka membuat aduan di eBay, namun malangnya eBay tidak dapat membantu kerana ia diluar jaminan buyer protection yang diwujudkan oleh eBay sendiri.

Berhubung terus melalui emel ke emel juga turut memberi kesan kepada pendapatan eBay kerana, eBay tidak lagi boleh mengenakan sebarang caj (insertion fee dan final value fee) kerana kedua pihak ini berurusan di luar eBay.

Ada kesan buruk dan baik. eBay lebih risaukan kesan buruk, sebab itu mereka tidak lagi membenarkan penjual memaparkan sebarang emel di dalam listing bagi mengelakkan sebarang aktiviti yang menyalahi polisi terjadi.

Kepada penjual yang ingin berhubung dengan pembeli, sila guna link contact buyer dan pembeli boleh menghubungi penjual dengan menggunakan link contact seller. Diharap semua penjual mengambil perhatian dengan info ini kerana melanggar sebarang polisi akan memberi kesan kepada akaun penjual anda.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Lelongan Dah Tamat, Pembeli Diam Sahaja. Apa Nak Buat?


Gambar kredit.

"Listing saya dalam format lelongan (auction) di eBay dah pun tamat, tetapi pembeli masih lagi berdiam diri tidak ada beri apa-apa maklumbalas pun. Apa perlu saya buat?"

Sebaik sahaja auction tamat, syor terbaik ialah kita perlu hantar invoice terus kepada pembeli. Biasanya sistem di eBay akan memberi notifikasi/invoice kepada pembeli dengan menyatakan butiran maklumat pembayaran.

Jika selepas berminggu-minggu anda masih lagi tidak menerima apa-apa berita dari pembeli (pembeli buat diam je), mungkin ada sesuatu yang berlaku. Sebagai seorang penjual yang sentiasa berfikiran positif, adalah wajar kita menghubungi pembeli terlebih dahulu. Hubungi mereka beberapa kali melalui ruangan contact yang disediakan oleh eBay.

Andai kata selepas 7 hari, masih tak ada respond, anda boleh buat laporan ke eBay dengan menyatakan pembeli gagal membuat bayaran produk yang telah dibida. Sistem di eBay akan dibuka untuk penyelesaian dan eBay akan menghantar beberapa kali notifikasi kepada pembeli dan jika selepas 7 hari masih juga tidak ada sebarang respond, anda boleh claim final value fee anda semula.

Walaubagaimana pun, ada sedikit kekurangan yang tidak berpihak kepada kita iaitu, kita tidak boleh tinggalkan maklumbalas negatif kepada pembeli kerana sistem di eBay sekarang tidak membenarkan. :)

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Sunday, September 4, 2011

Benarkah Ramai Yang Tertipu Dengan Sindiket Jenayah Siber?



Saya tertarik dengan artikel yang disiarkan di Mstar Online mengenai kurangnya kefahaman dan kesedaran pengguna internet mengenai keselamatan menggunakan komputer dan telefon pintar sehingga menyebabkan ada masyarakat kita ditipu oleh mereka yang menjalankan jenayah siber.

Dari laporan Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah Subang Jaya, Inspektor Ahmad Faizal Aminuddin berkata jenayah siber yang kerap dilakukan adalah melibatkan penggunaan perbankan melalui internet, VoIP (Voice Over Internet Protocol) dan e-Perdagangan (Mudah.my?, eBay? Lelong?, Facebook? Membership? MLM?)

Dengan kemajuan teknologi komputer dan telefon bimbit, sindiket jenayah siber semakin licik untuk menipu orang ramai. Kita lihat hari ini adanya komputer tablet seperti Ipad, Samsung Galaxy Tabs, telefon pintar seperti Blackberry, Samsung Galaxy S II, Iphone dan sebagainya. Kebanyakan pengguna ini bukanlah seorang yang faham mengenai keselamatan melayari internet melalui gajet-gajet ini.

Secara tidak sedar, mereka telah mendedahkan maklumat seperti maklumat perbankan mereka kepada orang yang tidak dikenali sehingga menyebabkan wang simpanan mereka telah dipindahkan kepada pihak ketiga.

Antara yang banyak kes ditipu ialah ramai pengguna internet berminat untuk membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mendapatkan produk mereka dan kebanyakan mereka tidak menerima produk yang dipesan. Ini mungkin berlaku kerana kelemahan penggunaan internet membaca maklumat di laman web mengenai jaminan dan polisi pemulangan wang yang dipaparkan di laman web jualan.

Sebagai pengguna internet, pastikan anda dapatkan banyak maklumat dan bahan bacaan sebelum membuat keputusan membeli sesebuah produk di interent atau melakukan sebarang transaksi online. Lihat siapakah pengendali laman web jualan tersebut, bagaimanakah proses transaksi dilakukan, apakah jaminan-jaminan jika transaksi atau pesanan tidak diterima. Anda perlu tahu hak-hak sebagai sebagai seorang pembeli walaupun anda membeli produk di dalam talian.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Saturday, September 3, 2011

Idea Jual Produk di eBay Yang Pasti Gempak


Gambar kredit.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Masih dalam mood raya lagi ke atau pun dah ready masuk kerja? Hari isnin ni mesti dah ramai yang mula bekerja kan?

Saya masih lagi di kampung. InsyaAllah, hari isnin ni saya pun dah mula aktif menjalankan perniagaan internet. Dalam post ini saya akan kongsikan idea bagaimana untuk menjual produk di eBay.

Kalau kita tengok, semakin ramai yang berminat untuk memulakan bisnes di eBay. Ramai yang beriya-iya tetapi sayang, mereka ni masih terpinga-pinga dan tidak ada idea, barang apa yang sesuai untuk dijual di eBay.

Selain dari mendapatkan pengalaman melalui pembelian di eBay, kita juga boleh mendapatkan pengalaman dengan mula menjual produk. Bukanlah susah sangat nak mula berniaga di eBay ni. Idea produk ni sebenarnya kita boleh dapat dari persekitaran di sekeliling kita.

Saya kerap mengadakan sesi Personal Coaching (Mastermind) eBay, ramai juga yang masih BLANK, tak ada idea nak jual apa. Mereka telah lama memiliki/mendaftar akaun eBay tetapi sampai bertahun pun masih lagi tidak bermula.

Idea produk yang sesuai mungkin bergantung kepada latar belakang seseorang itu juga. Jika mereka bukanlah seorang yang memiliki produk-produk yang baik, mungkin ia sudah pasti sukar untuk dijual.

Saya kongsikan beberapa contoh produk yang mungkin sesuai dan ada dengan individu-individu ini.

Penggemar fesyen
Jika anda seorang yang suka membeli dan mengumpul barangan berjenama seperti pakaian, minyak wangi, kasut dan cermin mata, anda boleh menjual produk ini di eBay. Pastikan produk-produk ini adalah produk yang berjenama seperti Gucci, Polo Ralph Lauren, Coach, Hermes, ED Hardy dan sebagainya. Barangan ni mungkin anda beli semasa ada potongan harga jualan, jadi anda pula bukanlah pakai sangat barangan ini dan ia masih lagi dalam keadaan yang baik.

Daripada anda simpan dan penuhkan almari, elok rasanya anda jual semula barangan ini untuk mendapatkan keuntungan. Produk-produk yang berjenama, apabila usianya semakin lanjut, harganya mungkin boleh mencecah ribuan atau puluhan ribu ringgit.

Pembaca buku
Di rumah anda mungkin ada novel, buku atau majalah yang dikumpul hasil minat anda membaca bahan bacaan ini. Salah seorang peserta sesi Personal Coaching (Mastermind) eBay saya merupakan pembaca novel-novel cinta dari penulis yang dikenali. Beliau membeli karya-karya penulis yang digemarinya dan tanpa sedar, beliau telah membeli lebih dari 300 naskah novel. Ini tidak termasuk dengan bahan bacaan seperti majalah dekorasi dalaman dan buku panduan menjahit.

Beliau telah menjual naskah-naskah ini di eBay dan novel ini berjaya dijual kesemuanya tidak sampai 1 bulan. Anda perlu tahu apabila kita meminati sesuatu, orang lain juga sudah pasti juga meminati apa yang kita minat. Jadi, jika anda rasa bahan bacaan ini tidak diperlukan lagi, anda boleh jual semula di eBay.

Saya sendiri pernah menjual beberapa majalah seperti majalah TIME di pasaran eBay UK pada tahun 2009 dan ia laris terjual tidak sampai 72 jam.

Peminat kereta

Ramai yang meminati kereta. Anda mungkin seorang yang suka mengubahsuai kenderaan atau mungkin anda mempunyai ramai kenalan yang mempunyai minat yang sama. Jadi, anda tahu dimana terdapatnya sumber untuk mendapatkan alatan-alatan atau aksesori kenderaan ini. Anda boleh jadikan hobi dan minat anda ini sebagai satu batu loncatan menjana pendapatan di eBay.

Anda boleh menjual sistem GPS, stereng, emblem, tombol gear, lampu kereta, cermin sisi dan sebagainya. Seorang peserta seminar saya juga pernah mempunyai pengalaman menjual aksesori kenderaan hasil dari kedai halfcut. Beliau pernah menjual stereng Nardi Torono, BMW, Fairlady, Subaru dan sebagainya. Anda boleh membuat kajiselidik secara lebih lanjut dengan menggunakan Terapeak untuk melihat potensi produk berkaitan kereta ini.

Ok, apa idea lagi? Saya cuba senaraikan dibawah ini dan anda cuba hurai dan kembangkan idea ni. Ok?

1. Memancing
2. Bermain golf
3. Menjahit
4. Memasak
5. Berbasikal
6. Meluncur air
7. Mendaki
8. Bersantai
9. Berenang
10. Berkhemah
11. Menonton wayang
12. Mendengar muzik
13. dan macam-macam lagi...

Jumpa lagi.

Noorizam Shah

Contoh Online Store Lot.my

Setiap hari semakin ramai yang menggunakan Lot.my sebagai platform membina kedai online mereka. Selain mereka memiliki blogshop, facebook shop, minisite, mereka juga turut membina kedai online di Lot.my.

Berikut adalah contoh kedai online yang dibina menggunakan platform Lot.my

Kedai online Baby Romper.

Kedai online fashion wanita.

Kedai online pakaian kanak-kanak.

Kedai online produk wangian Secret Garden.

Kedai online menjual tudung dan banyak lagi.

====================================
Kepada yang ingin mendapatkan latihan secara PERSONAL atau GROUP COACHING, sila klik pada link ini.


P.s: Noorizam Shah merupakan Certifed Trainer.
Friday, September 2, 2011

Fast Update Raya 2011



Sehari sebelum balik ke kampung, saya bawa anak-anak membeli baju raya di IOI Mall, Puchong. Sempatlah si kakak ni berposing atas air pancut hiasan ni.



Hari ahad, saya sudah balik ke kampung. Ayah dah carikan buluh lemang, jadi hari isnin boleh la bakar lemang pulut hitam. Memang boleh dikatakan tradisi setiap tahun ni.



Kat rumah ayah saya ni, kalau nak makan sayur-sayuran, petik je kat tepi pagar ni. Ayah saya ni suka berkebun, bercucuk tanam. Ada sayur bayam, ada pokok cili padi, ada kacang panjang, ada bendi, ada petola. Nenas dengan kelapa pandan pun ada juga.

Kalau musim buah-buahan, tak perlu risau kalau nak makan buah durian, langsat, rambutan, manggis, mangga atau pulasan. Kat sini semuanya ada.



Ini bukan lauk daging lembu tetapi ini lidah lembu masak sambal.



Ini pula sup keting kaki lembu. Orang Negeri Sembilan panggil masaka ni sebagai jangek. Mak saya memang pandai buat masakan unik ni. Jika anda tak pernah cuba, patut cubanya bila singgah kat restoran masakan tradisional Negeri Sembilan.



Malam raya, rumah kami adakan majlis takbir raya. Anak saya yang sulung dah pandai bertakbir raya. Dapat juga dia duit raya bila ikut saya bertakbir dari rumah ke rumah.



Hari raya pertama dan ke-2 setiap tahun, memang mak ayah saya tak ke mana-mana. Pagi raya cuma pergi ke rumah nenek dan uwan. Lepas tu hanya tunggu saudara-mara datang berhari raya di rumah.

Saya sempat beraya sampai hari raya ke-2 tahun ni. Sekarang saya berada di Perak. Macam tu keadaan setiap tahun. Bersilih ganti antara kampung saya dengan kampung isteri.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search