Sunday, January 29, 2012

Antara 3 Fokus Dalam Bisnes Networking

Bercerita mengenai perniagaan networking atau Multi Level Marketing (MLM), saudara Irfan Khairi pernah menulis topik mengenai bisnes networking di laman blog beliau beberapa tahun lalu. Begitu juga Internet Marketer (IM) yang dikenali di Malaysia, saudara Zamri Nanyan pernah menulis dua buah buku mengenai perniagaan Multi Level Marketing (MLM) juga beberapa tahun dulu.

Di Malaysia, KPDNKK juga mengiktiraf perniagaan MLM antara perniagaan yang banyak menyumbang hasil pendapatan negara malah ramai usahawan MLM berjaya dilahirkan di Malaysia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kepada mereka yang berkecimpung di dalam perniagaan ini, sudah pasti ia bukan kerja yang mudah kerana apa juga yang kita lakukan, menguasai ilmu adalah penting. Tumpuan atau fokus juga perlu diberi penekanan jika ingin menjalankan perniagaan networking dengan baik.

Terdapat tiga perkara yang mesti difokus dalam bisnes networking. Apabila kita benar-benar memahaminya, kita dapat menjalankan perniagaan networking dengan baik. Berikut adalah tiga fokus dalam perniagaan MLM.

Bagaimanakah kita mahu memastikan sesuatu produk yang dijual itu menjadi laris dan dapat dijual dengan jayanya? Bukan semua orang dapat menerima sesuatu produk yang dijual jika tidak memberi kesan yang baik kepada penggunanya. Produk itu juga tidak akan berjaya dijual jika pengguna tidak mendapat syor dan cadangan dari pengguna lain yang sudah mendapat kebaikannya.

Jika anda menjalankan bisnes ini, pastikan anda fokus kepada cerita produk. Bagi pengguna, mereka bersandarkan kepada 90 peratus cerita sesama pengguna produk. Ada sesetengah produk menyatakan kandungan yang cukup bagus tetapi testimoni pengguna tidak banyak. Ini boleh menyukarkan sesuatu produk itu mendapat kepercayaan pengguna untuk membeli. Jadi, testimoni ialah pembuktian keberkesanan produk yang telah digunakan bagi meyakinkan produk itu mampu memberi kesan baik kepada pengguna baru.

Sebagai contoh, jika anda menjual produk makanan tambahan, jangan bercerita sehingga "over claim" yang akhirnya memberi salah tanggapan kepada pengguna yang baru ingin mencuba produk tersebut. Lebih baik, anda memberi testimoni yang biasa dan lebih baik testimoni itu datang dari kita sendiri yang juga merupakan pengguna produk. Itu lebih berkesan berbanding menggunakan testimoni orang lain yang belum tentu kesahihannya.

Jangan sampai menjaja cerita yang pelik-pelik seperti;
"Kau minum ubat ni, kanser kau akan pulih dalam tempoh 3 hari sahaja"
"Kencing manis kau tak akan jadi manis lagi dah lepas kau makan ubat ni"
"Ini ubat paling mujarab sekali, apa-apa penyakit boleh sembuh dalam sekelip mata sahaja"
"Weh, atuk aku makan ubat ni, dulu tak boleh kencing duduk, sekarang berlari pun boleh"

Selain fokus bercerita mengenai produk, anda juga boleh bercerita mengenai kekuatan dan pencapaian syarikat yang anda sertai. Jika prospek yang anda jumpa itu merupakan lebih kepada pengguna produk, tidak perlu anda terlalu menekankan pelan pemasaran kerana pengguna produk tidak semestinya berminat untuk menjalankan perniagaan sama.

Di dalam bisnes networking, bercerita sahaja tidak cukup. Anda perlu fokus kepada membina. Anda harus membina perniagaan itu sendiri. Membina bermaksud, anda melihat apakah gambaran pada masa hadapan yang bakal anda perolehi sambil melakukan perniagaan ini dengan sabar dan beristiqamah.

Mereka yang fokus kepada membina akan dapat melihat kepada proses menjalankan perniagaan dan bukannya melihat kepada produk semata-mata. Anda harus membina perniagaan itu sedikit demi sedikit hingga berjaya. Mungkin anda memerlukan beberapa tempoh untuk mengukir kejayaan. Jadi, jangan berhenti sekerat jalan. Teruskan walaupun ketika itu anda bergerak perlahan.

Apabila anda memiliki ruang dan peluang, gandakan usaha fokus membina dengan lebih kukuh lagi jaringan kumpulan anda.

Akhir sekali fokus kepada kepimpinan. Sejauh mana anda memimpin network untuk berkembang. Apabila anda memperolehi downline, sejauh mana anda memimpin downline-downline anda supaya menjadi hebat atau lebih hebat daripada anda. Memimpin tidak boleh syok sendiri. Jangan biarkan mereka yang telah anda bawa masuk, terkapai-kapai tanpa panduan.

Anda bukan setakat bercerita tetapi dapat membina supaya kumpulan anda maju lagi dengan memimpin perniagaan anda. Anda bukan setakat fokus kepada produk dan proses malah fokus kepada matlamat melalui visi kumpulan anda. Sebelum anda memimpin bisnes anda kehadapan, anda mesti memimpin downline anda dahulu. Tunjukkan corak perniagaan dan jadilah mentor yang setia.

Melalui cara ini, kumpulan anda mampu dibina dengan kukuh dan berjaya.


Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Wednesday, January 25, 2012

Bagaimana Melakukan Bisnes Borong di Vietnam

Mood menulis di tengah malam datang lagi...

Kali ini saya ingin menulis review mengenai satu produk yang saya jangkakan mulai hot sebaik sahaja post ini dikeluarkan. ;)



Produk yang saya maksudkan ialah, DVD Video Seminar Berkualiti, Bisnes Borong Vietnam yang diterbitkan oleh Muslim Niaga.

Kebetulan DVD ini saya perolehi dari pihak penerbit sendiri di IMTC selepas seperti bisnes preview Monavie.

Saya dimaklumkan DVD telah pun siap dan akan mula dipasarkan dalam bulan ini di internet. Jadi, kepada mereka yang bergelar usahawan, bakal usahawan, yang baru berjinak-jinak dengan bisnes borong di Vietnam, yang ingin mendapatkan video ini, anda boleh dapatkan segera di link ini:

Klik sini

Saya sudah menonton video ini dan saya pasti mereka yang menonton video ini akan lebih jelas dan bersedia untuk memborong di Vietnam. Saya yang telah menonton juga mula teruja untuk menjejakkan kaki di bumi Vietnam biarpun tanpa melalui trip melancong.

Serius,

Saya begitu tertarik dengan gaya penyampai, saudara Ikram Yamada yang menjelaskan satu-persatu bermula dari persediaan sehinggalah proses membawa balik produk ke Malaysia. Saya sendiri sudah bertemu empat mata dengan saudara Ikram dan ya, beliau memang betul-betul seorang penceramah yang berkaliber dan mempunyai banyak pengalaman memborong di vietnam.

Anda boleh tonton video ini dimana, anda akan dibawa dan ditunjukkan antara lokasi memborong yang ramai orang Malaysia tidak tahu dimana untuk mendapatkan produk yang murah di Vietnam.

Jika anda memborong dan membawa masuk produk dari Vietnam ke Malaysia, kemudian menjualnya, anda mampu menghasilkan jualan satu hingga 3 kali ganda.

Di dalam banyak topik yang dipertontonkan, saya begitu tertarik dengan topik berkaitan contoh produk yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia dan harga produk ini amat murah dan mudah diperolehi di Vietnam.

Sekadar berkongsi maklumat dengan anda, saya alu-alukan mereka yang ingin mendapatkan panduan berguna ini, pastikan ia menjadi salah satu koleksi produk berkualiti di rumah anda!

Beli melalui link offer ini.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Tuesday, January 24, 2012

Perkara Paling Asas Paling Ramai Tak Buat Bila Lakukan Bisnes Internet

Ramai orang teruja nak buat bisnes di internet. Nak berniaga tikar mengkuang, nak berniaga Al-Quran digital, nak berniaga produk kesihatan, nak berniaga produk berasaskan makanan, nak berniaga macam-macam lagilah.

Tetapi berapa ramai yang telah bersedia dan mempunyai akaun bank online (online banking) seperti akaun Maybank2u.com.my dan akaun CimbClicks.com.my

Saya pernah mengadakan seminar di beberapa tempat di serata negeri, apabila saya ajukan soalan kepada peserta, terdapat 40 peratus tidak mempunyai akaun online banking.

Nampak? Ramai yang masih kurang kesedaran kepentingan memiliki akaun online ini. Mungkin faktor-faktor berikut yang menyebabkan mereka tidak memiliki akaun bank online:

1. Tiada bank di tempat tinggal mereka kerana berada di kawasan kampung atau pendalaman.
2. Tidak tahu bagaimana mengendalikan akaun bank online.
3. Kurang kepercayaan kepada tahap keselamatan akaun bank online.
4. Kurang infomasi mengenai keperluan dan kepentingan memiliki akaun bank online.

Sejujurnya, jika anda ingin menjual produk secara online (dalam talian), adalah wajar anda memiliki akaun bank online seperti Maybank dan CIMB. Kini ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan online banking seperti bank islam, BSN, RHB, Public Bank dan sebagainya.

Jadi kenapa tidak anda harus memiliki sekurang-kurangnya satu online banking bagi memudahkan proses transaksi atau semakan dilakukan secara dalam talian.

Dengan memiliki akaun bank online, tindakan dan respond anda kepada proses jual beli akan lebih pantas samada anda bertindak sebagai pembeli atau penjual.

Jimat masa, jimat tenaga dan jimat wang. Takkan bila ada orang buat payment, kita kejap-kejap nak berlari pergi mesin ATM nak semak baki akaun dalam bank betul ke tidak? Atau pun, kena naik kereta, memandu sejauh 40km untuk cari bank paling dekat, kemudian minta kuanter tolong semakkan betul atau tidak ada payment masuk? Hah?

Esok, bank mula buka setelah beberapa hari bercuti sempena sambutan tahun baru cina. Jadi, ambil peluang ini untuk membuka akaun online banking di bank berhampiran anda.

Seperti kata Ammar Zahar di facebook, "Tools paling asas perlu ada dalam bisnes internet adalah akaun bank online dan juga paypal. Tapi masalahnya ramai lagi tak ada akaun bank online. Lebih fikir macam mana nak cari duit online daripada nak sediakan tools yang asas"

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Friday, January 20, 2012

Apa Akan Jadi Dengan Teknik Multiple Akaun eBay Selepas Ini?

Apa akan jadi selepas ini apabila teknik multiple akaun dibuku atau diebookkan?

Apa akan jadi selepas ini apabila teknik multiple akaun divideokan?

Apa akan jadi kepada nasib eBay seller? Adakah semakin hebat? Adakah semakin teruk?

Saya tidak mahu menulis panjang. Anda boleh lihat gambar dibawah:



Ciri-ciri baru kad pengenalan sudah diperkenalkan kepada umum. Pengguna kad pengenalan disyorkan menukar kad ciri lama kepada ciri baru.

Apa kena mengena dengan eBay seller?
Apa kena mengena dengan pengguna Paypal?

Saya tinggalkan dengan tanda tanya. ;)


Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Thursday, January 19, 2012

Akaun eBay Seller Bakal Terjejas Pada 23hb Januari ini?

Biar betul? Apa yang terjadi? Kenapa sampai boleh terjejas pula? Saya perlukan penjelasan... please... please... please...

Baiklah, sila baca apa yang saya nak tulis ni. :)

Akaun seller eBay bakal terjejas jika pembekal produk di China mula bercuti panjang sempena sambutan tahun baru cina pada 23hb Januari nanti. Dijangka ramai pembekal produk di China utamanya mengambil langkah tutup kedai dan bercuti hampir seminggu.

Sambutan tahun naga kali ini sudah pasti disambut dengan meriah siap ada tarian naga lagi. Hehehe.

Dari pengalaman saya, mulai minggu ini penjual di eBay yang membeli produk dari China akan memperlahankan pesanan dan tidak akan menerima pembelian. Namun ada juga penjual yang masih meneruskan jualan dan menerima bayaran seperti biasa, tetapi proses order akan dilakukan selepas pembekal memulakan operasi sediakala.

Jika anda merupakan pelanggan atau menggunakan servis perkhidmatan dari DHgate atau Artsnow. Pelajaran melalui sambutan tahun baru cina yang lepas mampu dijadikan rujukan dan panduan buat seller yang bercadang menjual produk-produk ini di eBay atau mana-mana web jualan.


Gambar kredit: Blog Chinavasion.com

Kesan dari hasil sambutan perayaan besar ini, kita sebagai penjual akan menerima kesan kepada prestasi akaun eBay. Memandangkan prestasi bergantung kepada DSR, anda perlu menitikberatkan ketetapan masa penghantaran produk kepada pelanggan. Jika tidak anda akan menerima padah mendapat rating yang rendah untuk kreteria ini.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menulis nota di dalam ruangan keterangan produk atau setting vacation bagi memaklumkan info-info cuti umum ini.


Semoga tips dan info ini dapat membantu anda menghasilkan jualan lebih baik di eBay.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Tuesday, January 17, 2012

Bagaimana Menarik Trafik Ke Laman Web Versi Traffik Mania

Salam hormat..

Dalam email kali ni, saya nak kongsikan sedikit strategi bagaimana anda boleh menarik trafik ke laman web anda.

Seperti yang kita tahu, trafik memang sangat penting. Tiada trafik, maka tiada lah jualan yang anda hasilkan.

Sehebat mana pun produk yang anda jual, secanggih mana pun laman web jualan anda,
kalau tiada trafik, tak guna juga.

Tetapi kalau produk anda biasa-biasa saja, laman web pun setakat ok saja, tapi trafik anda banyak, jualan tetap tinggi.

Nampak tak perbezaan kalau anda mempunyai trafik dengan tidak ada trafik.

Masalah ramai orang yang saya tengok bukan tak pandai hasilkan produk, tapi tak reti nak tarik trafik ke laman web mereka.

Itu yang membuatkan ramai orang gagal ditengah jalan walaupun mereka ada produk
yang bagus..

Jadi, kalau anda nak buat duit serius di internet sehinggakan anda boleh berhenti kerja dan duduk rumah buat duit, anda kena tahu dan kuasai strategi menarik trafik..

Konsep asas trafik adalah dengan meletakkan link dan promosi anda di tempat lain atau laman web bertrafik tinggi.

Tempatkan promosi anda di facebook, Google,blog bertrafik tinggi dan banyak lagi..

Persoalannya sekarang, bagaimana anda nak buat semua tu?

Anda perlukan ilmu yang betul supaya usaha anda tadi tidak salah. Dan kalau teknik yang anda lakukan tu anda cuba-cuba sendiri, saya jamin anda akan kerugian masa dan
wang ringgit..

Teknik ini anda perlu belajar dari yang pakar dan yang dah kuasai..

Kalau anda nak betul-betul belajar, saya cadangkan anda dapatkan Trafik Mania,
satu panduan yang mempunyai 10 modul bagaimana menarik trafik secara PERCUMA.

Strategi-strategi trafik yang digunakan adalah percuma sahaja tanpa anda perlu bayar sesen pun.

Dengan cara ni, anda tak perlu keluar modal beribu ringgit untuk mengiklan..

Dapatkan Trafik Mania dan praktikkan strategi trafik secara percuma tu..

Klik link dibawah ni untuk maklumat lanjut..
http://www.noorizamshah.com/goto/traffikmania/

Saya hanya kongsikan produk yang saya yakin dapat membantu anda, dan bukan
produk yang anda tak perlukan.

Ikhlas,

Noorizam shah

P.S Saya dengar cerita, Trafik Mania akan dijual dengan harga lebih tinggi selepas tamat kuota 100 orang. Jadi, pastikan anda berada dalam kuota 100 orang tersebut.
Sunday, January 15, 2012

Strategi Untuk Memaksimakan Harga Jualan di eBay


Bagaimana untuk membina kepercayaan pembeli kepada harga jualan sesuatu produk di eBay?

Saya ada melakukan pemerhatian, kaji selidik jualan di eBay. Ada beberapa faktor yang menentukan nilai jualan sesebuah produk di eBay. Jika anda menjual produk anda perlu mengetahui perkara-perkara ini dan elakkan ia dilakukan ketika membuat listing di eBay.

Ini kerana, melakukan strategi yang salah akan memberi impak tidak baik kepada jualan dan nilai produk itu.

Nak tahu bagaimana strategi berkesan untuk menjual di eBay? Pastikan anda menyertai seminar menjana pendapatan dengan eBay pada 29hb Januari 2012 ini yang akan didedahkan oleh saya sendiri khusus untuk peserta-peserta seminar tahun 2012!

Jangan lupa mendaftar di link ini:

http://noorizamshah.blogspot.com/p/seminar-ebay.html

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Saturday, January 14, 2012

Idea Datang Melalui Pelbagai Cara

Pernah atau tidak ketika anda duduk bersendirian, tiba-tiba anda mendapat idea yang menarik? Kadang kala bukan dalam situasi duduk berseorangan, tengah memandu pun boleh datang idea yang mengembang dalam fikiran kita.

Inilah yang akan berlaku apabila anda mula berkecimpung dalam perniagaan di eBay. Idea akan mula bercambah apabila anda melihat produk-produk yang dijual di eBay sehinggakan idea produk overload dalam kotak fikiran kita.

Jika anda memperoleh sesuatu idea yang menarik, pastikan anda tulis diatas kertas. Buat senarai panjang sebelum anda pilih beberapa produk yang bersesuaian dan berpotensi tinggi untuk dijual.

Pastikan produk yang ingin anda jual berkemampuan dari segi modal dab kos. Hari ini biarpun anda menggunakan servis dropship, ada juga beberapa produk yang terjual memerlukan modal awal. Terimalah hakikat bukan 100% perniagaan di eBay tanpa modal.

Sebagai menambah ilmu merangka dan mencambah idea produk, anda boleh menonton DVD Video Lubuk Duit (www.videolubukduit.com) untuk mendapatkan lebih infomasi.

Kita boleh bersandar dengan idea spontan atau kita boleh merangka idea-idea inu melalui kajiselidik yang kita lakukan.


-----------------------------------------
Kepada anda yang ingin sertai seminar eBay pada 29hb Januari 2012 ini, jgn lupa mendaftar dengan klik link di atas (seminar eBay)


Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Tuesday, January 10, 2012

Expuse Number Paypal Untuk Debit Kad Maybank



Gambar kredit kepada: Wanmus.com

Bagi anda yang membuat pengesahan (confirm credit card) Paypal menggunakan debit kad Maybank, anda boleh menyemak 4 digit nombor untuk verify di Maybank2u.

Nombor 4 digit ini akan dikeluarkan dalam penyata "debit card history" dalam tempoh 24 jam selepas langkah pengesahan kad dilakukan di Paypal.

Jika langkah ini berjaya anda lakukan, anda sudah boleh gunakan Paypal anda untuk urusan jual beli.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Friday, January 6, 2012

Item Condition


Gambar kredit kepada: www.retro-rotary-phones.com

Dulu masa saya bekerja sebagai seorang "purchaser" di dalam sebuah syarikat korporat, saya mula mengenai istilah kondisi barang. Selama ni saya hanya tahu barang itu baru atau terpakai.

Rupa-rupanya banyak istilah lain seperti:

New
Used
New Surplus
Factory New
Refurbish
Obsolete

Jika anda menjual produk di eBay, anda juga harus nyatakan keadaan atau condition produk yang anda ingin jual. Kondisi produk harus jelas kerana setiap apa yang anda nyatakan di dalam ruangan keterangan produk, ia akan menggambarkan secara keseluruhan keadaan produk.

Anda harus tahu membezakan antara produk baru dan terpakai. Ada sesetengah penjual mengambil mudah dengan menulis keterangan produk. Akibatnya, rekod penjual tercalar apabila menerima DSR yang tidak memuaskan.

Jadi, periksa produk anda, pastikan ia berada dalam keadaan baik sebelum dijual dan tentukan apakah kondisi terbaik untuk produk itu.


Jumpa lagi,


Noorizam Shah
Thursday, January 5, 2012

Geng VGMC Dengan IMers Malaysia


Gambar kredit: vgmc.com

VGMC. Itu singkatan untuk nama program pelaburan emas, Virgin Gold Mining Corporation. Saya rasa ramai yang mengetahui program pelaburan internet ini. Ia dikatakan begitu popular di Philipina, Singapura, Indonesia dan termasuklah di Malaysia.

Namun di Malaysia, syarikat atau program VGMC ini telah disenaraikan sebagai jenis aktiviti tidak berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC Malaysia).

Saya menulis post ini adalah kerana terdapat pelbagai pandangan dan tanggapan IMers (Internet Marketer) dan golongan usahawan internet Malaysia mengenai program ini.

Ada yang menentang keras dan ada yang menyokong habis-habisan. Apa kaitan Geng VGMC dengan IMers Malaysia?

Sejak setahun yang lalu, bisnes emas (jual beli) dan pelaburan emas mulai popular dikalangan rakyat Malaysia. Ketika itu saya melihat syarikat Public Gold (syarikat yang mengeluar, menjual dan membeli produk emas fizikal) mula mendapat tempat dan perhatian rakyat Malaysia.

Ramai juga rakan-rakan IMers yang mula mengambil inisiatif menyimpan emas sebagai pelaburan bijak. Mengenai VGMC, saya baru saya mengetahuinya beberapa bulan yang lalu. Itu pun selepas melihat beberapa rakan IMers yang saya kenali di internet (facebook) mula mempromosikan bisnes ini secara underground ataupun dalam diam.

Malah mereka yang menyertai program pelaburan ini saya lihat, latarbelakang pekerjaan dan kerjaya mereka bukan calang-calang dan sudah pasti mereka ini telah mengkaji risiko baik buruk pelaburan ini biarpun di Malaysia dikatakan aktiviti perniagaan ini tidak berlesen.

Ada orang mengaitkan program pelaburan emas dari VGMC tidak saling tumpah seperti program pelaburan SwissCash yang cukup popular sedikit masa lalu. Ada yang mendakwa program pelaburan ini SCAM. Saya tidak dapat beri jawapan tepat sebab saya tidak berada dalam program pelaburan ini, jadi tidak boleh nak komen lebih-lebih. Kawan-kawan yang berada dalam VGMC dakwa program ini tidak scam mereka dan bayaran tak pernah miss. Kawan-kawan yang anti-VGMC pula dakwa bisnes ini memang SCAM, head hunting dan income lebih jika dapat bawa masuk ramai pelabur baru. Mungkin geng VGMC yang melakukan bisnes ini boleh komen lebih panjang mengenai bisnes ini.

Menjadi satu pertanyaan juga kepada saya, berapa ramaikah golongan IMers Malaysia yang menyertai program VGMC ini? Antara mereka yang saya pernah jumpa dan tahu mereka ini menyertai VGMC ialah beberapa bekas peserta Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan (DKSJ) dan beberapa rakan yang menyertai gathering forum Wangcyber tahun lepas.

Kalau anda lihat di forum perbincangan mengenai topik perniagaan dan kewangan, begitu banyak pro dan kontra yang dikupas oleh forumers, begitu juga di facebook. Ada yang mendakwa haram. Ada yang mendakwa harus. Ada yang mendakwa halal.

Bab soal hukum-hakam ni saya tak boleh nak jatuhkan suka-suka hati melainkan golongan majoriti yang menulis itu memang hebat latarbelakang agamanya. Anda yang berada diluar sana mungkin sudah ada jawapan mengenai isu ini.

Saya kongsikan beberapa post artikel yang saya perolehi di google:

1. Shamsuriyadi.com

2. EmasKini.com

3. Sabahforum.com

4. Facebook VGMC Malays1a

Itu antara artikel yang menentang dan menyokong program pelaburan emas VGMC. Sejauh mana program VGMC ini mampu bertahan di Malaysia? Ia masih lagi menjadi perbincangan dan perdebatan pelbagai pihak termasuk dari badan kerajaan.

Dah dapat kata putus? Buat pertimbangan.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun 2012

Tak terlambat rasanya untuk saya menulis post ini walaupun sudah 2 hari tahun 2012 menjengah kita.

Tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan manis buat masa. Sepanjang tahun 2011, saya banyak menganjurkan seminar eBay dan alhamdulillah, ramai diantara peserta yang hadir memaklumkan kepada saya mereka telah berjaya menghasilkan jualan dan menjana pendapatan di eBay.

Lebih membanggakan penyertaan sesi seminar ini turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang pekerjaan termasuklah pemandu teksi.

Melalui syarikat saya, NS CONSULTATION AND MANAGEMENT, saya juga banyak dijemput oleh beberapa pihak seperti Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kolej-kolej swasta untuk menyampaikan ceramah topik berkaitan perniagaan internet.

Insya Allah, tahun 2012 ini saya akan terus menganjurkan seminar dan personal coaching (Mastermind) eBay dan kepada yang berminat untuk menyertai, boleh rujuk link ini:

Seminar eBay

Pada penghujung bulan Oktober yang lalu, selepas beberapa tahun tidak mengeluarkan produk sendiri, kini saya tampil dengan produk terbaru iaitu video panduan dalam bentuk DVD melalui laman web jualan di www.videolubukduit.com. Sebulan sebelum hari pelancaran sebanyak 100 unit telah terjual dalam masa 3 hari.

Bulan Mac 2011 juga antara sejarah peribadi buat saya apabila dapat menjalankan sesi (Mastermind) eBay di GuangZhou China bersama beberapa rakan eBayer.

Bulan Jun 2011 sekali lagi saya bersama beberapa rakan eBayer ke GuangZhou untuk meneroka potensi produk yang boleh dipasarkan di laman web eBay.

Penghujung 2011 juga merupakan tahun permulaan saya dalam bisnes networking MLM melalui produk Monavie. Melalui perancangan yang dilakukan, alhamdulillah, network saya sedang berkembang biarpun baru berusia beberapa bulan dan melalui bisnes ini juga saya dan rakan-rakan mampu menghasilkan pendapatan mingguan menggunakan strategi 2S2C.

Diharap pada tahun 2012 ini bisnes saya dapat dijalankan dengan konsisten lagi dan semoga Allah permudahkan segala usaha dan pekerjaan saya dan diberkati setiap apa yang dilakukan.

Saya tidak mahu meletak azam untuk tahun ini tetapi apa yang saya harapkan banyak lagi kejayaan-kejayaan baru dapat diukir selain daripada bisnes eBay. :)

Opsss... sebelum terlupa, hari ini hari ulang tahun kelahiran anak lelaki saya yang ke 1 tahun! Selamat hari jadi Darwisy!

Selamat tahun 2012!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search