Sunday, January 29, 2012

Antara 3 Fokus Dalam Bisnes Networking

Antara 3 Fokus Dalam Bisnes Networking

Bercerita mengenai perniagaan networking atau Multi Level Marketing (MLM), saudara Irfan Khairi pernah menulis topik mengenai bisnes networking di laman blog beliau beberapa tahun lalu. Begitu juga Internet Marketer (IM) yang dikenali di Malaysia, saudara Zamri Nanyan pernah menulis dua buah buku mengenai perniagaan Multi Level Marketing (MLM) juga beberapa tahun dulu.

Di Malaysia, KPDNKK juga mengiktiraf perniagaan MLM antara perniagaan yang banyak menyumbang hasil pendapatan negara malah ramai usahawan MLM berjaya dilahirkan di Malaysia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kepada mereka yang berkecimpung di dalam perniagaan ini, sudah pasti ia bukan kerja yang mudah kerana apa juga yang kita lakukan, menguasai ilmu adalah penting. Tumpuan atau fokus juga perlu diberi penekanan jika ingin menjalankan perniagaan networking dengan baik.

Terdapat tiga perkara yang mesti difokus dalam bisnes networking. Apabila kita benar-benar memahaminya, kita dapat menjalankan perniagaan networking dengan baik. Berikut adalah tiga fokus dalam perniagaan MLM.

Bagaimanakah kita mahu memastikan sesuatu produk yang dijual itu menjadi laris dan dapat dijual dengan jayanya? Bukan semua orang dapat menerima sesuatu produk yang dijual jika tidak memberi kesan yang baik kepada penggunanya. Produk itu juga tidak akan berjaya dijual jika pengguna tidak mendapat syor dan cadangan dari pengguna lain yang sudah mendapat kebaikannya.

Jika anda menjalankan bisnes ini, pastikan anda fokus kepada cerita produk. Bagi pengguna, mereka bersandarkan kepada 90 peratus cerita sesama pengguna produk. Ada sesetengah produk menyatakan kandungan yang cukup bagus tetapi testimoni pengguna tidak banyak. Ini boleh menyukarkan sesuatu produk itu mendapat kepercayaan pengguna untuk membeli. Jadi, testimoni ialah pembuktian keberkesanan produk yang telah digunakan bagi meyakinkan produk itu mampu memberi kesan baik kepada pengguna baru.

Sebagai contoh, jika anda menjual produk makanan tambahan, jangan bercerita sehingga "over claim" yang akhirnya memberi salah tanggapan kepada pengguna yang baru ingin mencuba produk tersebut. Lebih baik, anda memberi testimoni yang biasa dan lebih baik testimoni itu datang dari kita sendiri yang juga merupakan pengguna produk. Itu lebih berkesan berbanding menggunakan testimoni orang lain yang belum tentu kesahihannya.

Jangan sampai menjaja cerita yang pelik-pelik seperti;
"Kau minum ubat ni, kanser kau akan pulih dalam tempoh 3 hari sahaja"
"Kencing manis kau tak akan jadi manis lagi dah lepas kau makan ubat ni"
"Ini ubat paling mujarab sekali, apa-apa penyakit boleh sembuh dalam sekelip mata sahaja"
"Weh, atuk aku makan ubat ni, dulu tak boleh kencing duduk, sekarang berlari pun boleh"

Selain fokus bercerita mengenai produk, anda juga boleh bercerita mengenai kekuatan dan pencapaian syarikat yang anda sertai. Jika prospek yang anda jumpa itu merupakan lebih kepada pengguna produk, tidak perlu anda terlalu menekankan pelan pemasaran kerana pengguna produk tidak semestinya berminat untuk menjalankan perniagaan sama.

Di dalam bisnes networking, bercerita sahaja tidak cukup. Anda perlu fokus kepada membina. Anda harus membina perniagaan itu sendiri. Membina bermaksud, anda melihat apakah gambaran pada masa hadapan yang bakal anda perolehi sambil melakukan perniagaan ini dengan sabar dan beristiqamah.

Mereka yang fokus kepada membina akan dapat melihat kepada proses menjalankan perniagaan dan bukannya melihat kepada produk semata-mata. Anda harus membina perniagaan itu sedikit demi sedikit hingga berjaya. Mungkin anda memerlukan beberapa tempoh untuk mengukir kejayaan. Jadi, jangan berhenti sekerat jalan. Teruskan walaupun ketika itu anda bergerak perlahan.

Apabila anda memiliki ruang dan peluang, gandakan usaha fokus membina dengan lebih kukuh lagi jaringan kumpulan anda.

Akhir sekali fokus kepada kepimpinan. Sejauh mana anda memimpin network untuk berkembang. Apabila anda memperolehi downline, sejauh mana anda memimpin downline-downline anda supaya menjadi hebat atau lebih hebat daripada anda. Memimpin tidak boleh syok sendiri. Jangan biarkan mereka yang telah anda bawa masuk, terkapai-kapai tanpa panduan.

Anda bukan setakat bercerita tetapi dapat membina supaya kumpulan anda maju lagi dengan memimpin perniagaan anda. Anda bukan setakat fokus kepada produk dan proses malah fokus kepada matlamat melalui visi kumpulan anda. Sebelum anda memimpin bisnes anda kehadapan, anda mesti memimpin downline anda dahulu. Tunjukkan corak perniagaan dan jadilah mentor yang setia.

Melalui cara ini, kumpulan anda mampu dibina dengan kukuh dan berjaya.


Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search