Tuesday, February 28, 2012

Cara Untuk Hilangkan Parut : Dermatix

Sudah lama saya cari produk yang berkesan untuk hilangkan parut. Kalau nak hilangkan parut jerawat tu, kat luar banyak produk yang berkualiti untuk membantu.

Tapi kalau nak hilangkan parut luka kemalangan, parut pembedahan, parut jahitan lepas bersalin yang ni mungkin kena cari produk yang betul-betul membantu.

Masa saya remaja, saya pernah mengalami kemalangan motosikal. Akibat kemalangan, badan-badan saya penuh dengan parut. Di pergelangan tangan, kedua belah lutut, bahu, siku dan dibawah pipi.
Dulu tak terpikir pun bahawa parut ni akan meninggalkan kesan yang tidak selesa untuk jangka masa panjang. Sekarang, bila rasa gatal diparut, jika disentuh terasa sedikit sakit.

Sakit sakit sedap. Hahaha.

Sebelum ni saya dah cuba Mederma. Sekarang saya guna Dermatix. Iklan di televisyen memang berpengaruh sehingga membuatkan saya beli produk scar reduction gel ni.

Gel ni dah lama ada cuma saya ni tak disiplin nak guna. Faktor sibuk sehingga lupa nak letak gel ni kat scar. Ini pun baru nak letak semula, lepas baca satu entri blog mengenai cara hilangkan parut (hah, dapat pun idea menulis blog).

solution lain: http://www.noorizamshah.net/2014/12/emorra-glow-c-membantu-merawat-kesan.html

Kat mana nak dapatkan gel untuk hilangkan parut kemalangan ni?
Produk ini mudah je nak cari. Ia ada dijual di farmasi-farmasi tapi kalau nak murah sket, boleh dapatkan di farmasi Caring.

Harga tu saya kurang ingat. Rasanya sekitar RM45-RM47.
Dermatix ni berupa cecair lutsinar yang pekat dan tidak melekit. Ia mudah meresap di kulit dan tidak berbau.

Betul atau tidak Dermatix ni boleh menghilangkan parut? Jawapannya, saya masih lagi menggunakannya.

Apa yang diberitahu secara klinikal, Dermatix berkesan untuk menghilangkan parut baru atau parut lama.

Untuk hilangkan parut ia bergantung kepada jenis parut. Jika parut tu tak serius, ia boleh memberi kesan pemulihan dalam tempoh 2 minggu - 1 bulan. Kalau parut saya ni mengambil masa 3-6 bulan untuk pemulihan.

Berapa kerap nak guna Dermatix ni?

Dari apa yang saya baca, arahannya disuruh apply 2-3 kali sehari. Tapi kalau tanya saya, kalau boleh saya apply setiap 30 minit sekalu. Kalau boleh nak parut ni hilang cepat. Hehehe.
Ok lah, kalau anda pun mencari cara untuk hilangkan parut dan ada produk lain yang lebih berkesan (pastikan anda pernah cuba produk tu), kongsikanlah info tu diruangan komen di bawah.

DERMATIX SEKARANG OUT-OFF-STOCK!

solution lain: http://www.noorizamshah.net/2014/12/emorra-glow-c-membantu-merawat-kesan.html


Atau cuba produk yang lebih murah, natural dan selamat di www.emorraskincare.com

Atau cuba produk POWER HILANG PARUT DALAM MASA BEBERAPA HARI: KLIK LINK INI



Jumpa lagi.
Noorizam Shah
Fb: www.facebook.com/noorizamshah


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search