Monday, February 27, 2012

Google Search semakin mesra SEO

Google Search semakin mesra SEO

Seperti yang dijangka dan diharapkan, sebentar tadi saya semak kedudukan blog ini, ia sudah berada di kedudukan page utama berbanding di page ke dua minggu lalu berdasarkan keyword Noorizam Shah.

Nampaknya Google Search Engine semakin mesra dan membantu mengangkat blog yang berplatform blogger.com ini ke kedudukan semakin selesa.

Memang besar harapan saya untuk memiliki blog yang mesra SEO. Jika dulu saya membuktikan blog Noorizam Shah yang menggunakan platform wordpress berada di kedudukan pertama carian, kini saya cuba buktikan kepada rakan pembaca, memiliki blog dari blogspot juga kita mampu peroleh hasil yang sama.

Kenapa saya katakan blogspot (blogger.com) juga berpotensi?

Tahukah anda, blogspot dimiliki oleh Google.com. Jadi jika anda memiliki emel Gmail, anda sudah boleh memiliki dan mendaftar blog tanpa perlu menggunakan emel yang berlainan.

Sebagai ganjaran, Google bantu blog anda mendapat tempat dan traffik dengan lebih mudah biarpun tanpa bantuan plugin-plugin berkuasa dan lebih mesra SEO.

Untuk membuktikan blogspot mampu menarik perhatian traffik, cuba anda lihat dan buat carian blog berkaitan politik ataupun gossip artis. Sudah pasti anda akan mencuba link-link dari blogspot.

Betul tak?

Kepada anda yang baru bermula menulis blog di blogspot, jgn terlalu khuatir dengan kredibiliti blog anda. Apa yang penting, nama blog anda harus mudah diingat pembaca. Contoh nama blog noorizamshah.blogspot.com. Jika anda rasa nama blog anda kelihatan panjang. Anda boleh pointkan dengan beli domain berbayar ke blogspot anda.

Dan bagi menambah contoh domain berbayar ialah seperti www.noorizamshah.net

Cubalah menulis dan naikkan artikel post terkini. Sentiasa kemaskini dengan info-info baru. Google begitu menggemar blog yang sentiasa segar dengan post-post yang berkualiti.

Bagaimana untuk mendapatkan idea menulis? Jawapan paling mudah, anda harus banyak membaca atau memerhati. Idea menulis akan hadir dengan melakukan aktiviti seperti ini.

Ketika saya menulis post ini pun saya hanya bersandar dengan idea ranking blog saya. Sedar tak sedar, saya sudah menulis begitu banyak patah perkataan.

Apa yang saya kongsikan ini juga boleh dikaitkan dengan idea (jika anda serius mahu menulis blog) dan anda boleh praktiskannya.

Jika anda nak tau, blogspot juga berpotensi untuk anda hasilkan jualan. Tidak kira samada anda mempromosi produk atau menjual servis perkhidmatan. Di blog ini, saya telah menghasilkan jualan produk dan servis mencecah ribuan ringgit.

Blog, bagi saya merupakan satu kaedah pemasaran yang cukup praktikal dan evergreen. Jangan diabaikan platform ini andai anda merupakan seorang pemasar atau pemilik perniagaan.

Jumpa lagi,
Noorizam Shah
www.noorizamshah.com

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search