Jika anda tahu bisnes anda itu perlukan pasukan untuk cipta kejayaan, jangan lakukan seorang diri. Jangan jadi seperti orang yang syok sendiri. Hanya fikir nak kaya seorang diri sedangkan orang dalam kumpulan itu pula terkapai-kapai.
Jika anda terjumpa atau masuk dalam kumpulan ini, maka berhati-hatilah, takut juga ketua/leader yang kita harapkan, tetapi sebaliknya pula berlaku.
Ini yang berlaku malam tadi semasa saya bertemu dengan beberapa rakan bisnes saya dapati ada satu kumpulan disebelah meja kami, sibuk bertengkar menyalah satu sama lain sampai ada yang hentak meja.
Sebab itulah apabila kita melakukan kerja kumpulan, kita hanya perlu ada seorang leader dan yang lain harus pelajari bagaimana leader mengembangkan kejayaan pasukan.
Seorang usahawan internet pernah menulis di twitter, "Untuk berkembang lebih pantas, anda perlu membina pasukan. Dalam perniagaan internet juga perlukan pasukan. Pasukan inilah yang akan membantu anda dari segi pemasaran, teknikal dan macam-macam lagi. Saya tidak melakukan usaha promosi seorang diri. Saya juga tidak membina laman web, pasang sistem semua sendiri. Saya dan pasukan saya yang melakukannya."
Supaya kita tidak dicop sebagai melakukan bisnes atas dasar syok sendiri, kita perlu perbetulkan mind set dengan meletakkan keyakinan, kita perlu bekerja dalam satu pasukan. Cuba kita lihat bagaimana mereka yang melakukan bisnes networking atau MLM, berjaya dan berkembang dengan hebat sekali.
Dengan rangkaian yang besar dan kukuh, saling menyokong antara satu sama lain, mereka mampu membina sebuah pasukan yang kuat dan hebat. Sebab itu kenapa begitu ramai orang yang berjaya di dalam bisnes networking mampu membina pendapatan yang konsisten melalui potensi pendapatan yang terdapat di dalam bisnes itu.
Petang ini saya akan ke Melaka dan esok pagi saya akan berikan ceramah di Masjid Al-Azim, Melaka berkaitan topik pemasaran internet. Saya akan berkongsi dengan audien bagaimana untuk melakukan pemasaran internet yang berkesan.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Thursday, February 2, 2012