Baru sahaja menonton buletin utama TV3. Siaran menyiarkan kenyataan Majlis Ulama Kebangsaan menfatwakan sebarang urusan jual beli matawang di internet adalah haram.
Apa yang saya tahu ketika ni, ramai yang melakukan proses jual beli Paypal di internet terutama di forum dan facebook.
Jika dulu ia dikaitkan dengan aktiviti Forex. Kini, apa-apa aktiviti melibatkan jual beli melibatkan mata wang asing, ia adalah haram. Berat juga nak bincangkan isu disini sebab ia melibatkan banyak pihak termasuk mereka yang menjalankan perniagaan di internet.
Untuk info anda, sebenarnya akaun Paypal ni kita boleh withdraw ke akaun bank atau ke kad debit/kredit. Namun ia mengambil masa beberapa hari untuk clear di bank. Jadi, ramai yang menggunakan jalan lain dengan menjual fund Paypal kepada individu yang memerlukan. Jadi kaedah menentukan nilai tukaran mata wang tadi tidak bersandar kepada tukaran semasa. Ada yang menjual pada harga dibawah nilai pasaran. Jadi wujudlah trader atau broker fund Paypal dengan membeli pada harga murah dan menjual pada harga mahal.
Mungkin ini yang dimaksudkan dengan aktiviti yang difatwakan haram. Adakah BENAR melakukan jual beli Paypal juga difatwa haram? Kita tunggu siaran bertulis dari media esok. Jika ada kenyataan bertulis atau dalam bentuk audio, saya akan masukkan di blog ini. Ok?
P.s: Adakah aktiviti pengurup wang bertauliah terjejas sebab ramai yang jual beli mata wang di internet? Sebab itu keluar fatwa ni?
--------------------------
Latest update: Pengumuman fatwa berkaitan dengan forex. Rujuk Bernama Online.
Wednesday, February 15, 2012