Wednesday, February 8, 2012

Apa Yang Berlaku?

Apa Yang Berlaku?

Macam lama pula tak menulis blog. Saya cuba menulis blog secara konsisten seperti mana saya memiliki blog di wordpress sekitar tahun 2006 hingga 2011 dulu.

Nampaknya saya harus mengambil hati pakcik Google supaya laman blog ini berada di muka paling hadapan di carian enjin Google, selepas lama berada di kelompok page terkebelakang.

Sebentar tadi, apabila semak semula, saya dapati laman blogspot ini sudah mula berada di page yang ke-2 sebaik saya menaip katakunci "Noorizam Shah" di enjin pencari Google.

Hari ini saya ingin berkongsi kisah beberapa perkara yang masuk ke telinga saya sepanjang minggu ini.

=======================================
Hari Cuti Yang "Panjang"
=======================================

Saya kira baru je bercuti sempena sambutan tahun baru cina. Minggu ni cuti dilanjutkan dengan cuti Hari Wilayah Persekutuan, Sambutan Maulidur Rasul dan Perayaan Thaipusam selain cuti minggu pertama setiap bulan.

Mereka yang bekerja kerajaan pastilah seronok, sehingga ada yang menulis di facebook, "Kan best kalau kerja seminggu 3 hari, cuti pula 4 hari".

Ya memanglah seronok sebab bercuti tu, gaji tetap jalan. ;) Tapi mereka yang bekerja sendiri dan selalu berurusan dengan kaunter-kaunter bank, pejabat pos, pejabat-pejabat swasta dan kerajaan, mesti runsing sebab cuti yang ada ni menyekat urusan mereka.

Banyak kerja tertangguh dan tergendala. Contoh, saya tidak dapat ambil stok, tak dapat hantar barang dan nak buat urusan di kaunter bank pun susah.

Saya harap lepas ni, pekerja kerajaan atau swasta yang ada buka kaunter pembayaran atau penerimaan/pemberian produk dapat membuka urusan seperti biasa biarpun cuti umum sekali pun. Kerajaan harus peka perkara macam ni, kalau nak tengok negara ni produktif.


===================================
Parlimen Malaysia Akan DiBubarkan?
===================================

Kisah ini juga masuk dalam telinga saya sejak minggu lepas lagi. Ada yang membuka tekaan dan kiraan sendiri, yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan membubarkan parlimen seterusnya akan mengadakan pilihan raya dalam minggu ini.

Di facebook, twitter dan beberapa politik juga mula menulis perkara ini.

Ada yang kata, pembubaran ini akan dilakukan pada tarikh (nombor) kegemaran Datuk Seri Najib. Betul ke? Pandai yang meneka-neka ni.

Apa pun, andai berlaku pilihanraya, sudah pasti ini adalah waktu terbaik peniaga-peniaga mengambil kesempatan untuk menghasilkan jualan maksimum mungkin. Peniaga air, sudah pasti pendapatan berkali ganda, penjual t-shirt, sudah pasti pendapatan lebih hebat dari jualan sebelum ini, peniaga kacang kuda juga dapat tempias yang sama.

Dari sudut positif, situasi ini bakal merancangkan ekonomi peniaga kecil, mungkin juga peniaga atau kontraktor besar? ;)

================================
Mendapat Beberapa Tawaran
================================

Selepas saya menyampaikan ceramah di Seminar Penggunaaan Produk Halal Peringkat Negeri Melaka tempoh hari, saya telah dihubungi pelbagai pihak yang berminat untuk bekerjasama dan menjemput sebagai penceramah jemputan berkaitan topik perniagaan dan pemasaran internet.

Untuk jemputan anda boleh layari di www.noorizamshah.com

Untuk pengetahuan semua, biarpun ramai yang beranggapan saya mempunyai banyak pengalaman di dalam perniagaan di eBay, saya juga boleh berkongsi pengetahuan mengenai peluang perniagaan internet, pemasaran internet dan bisnes networking.

Hakikatnya, di internet ada 1001 macam jenis perniagaan atau model perniagaan yang boleh kita lakukan. Tidak semestinya eBay. Biar pun muka saya ni dicop sebagai muka eBay, tetapi saya lebih senang jika orang mengenali saya dengan pengetahuan yang menyeluruh.

Contohnya, jika anda ingin mendapatkan khidmat saya sebagai perunding untuk laman web perniagaan berasaskan wordpress, anda juga boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan menghubungi saya di www.noorizamshah.com

Jumpa lagi,
Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search