Kesian kawan-kawan yang kena scam dengan individu yang licik memanipulasi identiti di facebook. Kisah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja jika tidak berhati-hati.
Ramai yang abaikan langkah-langkah keselamatan dan memandang remeh apabila melakukan transaksi di mana-mana medium dalam talian.
Memang kalau kena scam, hati jadi sakit dan geram. Duit lesap begitu sahaja. Berhati-hati dengan modus operandi si scammer ini. Mereka tidak akan serik selagi tidak dicekup pihak berkuasa.
Modus operandi terkini si scammer di facebook:
1. Masuk ke group jual beli fund paypal.
2. Memerhati setiap pergerakan dan aktiviti jual beli fund paypal ahli-ahli lain.
3. Mengenalpasti individu yang selalu beli fund paypal.
4. Mula menyamar dan guna pakai profile individu facebook seseorang yang dikenali di dalam group itu.
5. Scammer akan copy semua identiti individu yang dipercayai sama sehampir mungkin.
6. Mula menangguk dengan menjual fund Paypal yang tak mungkin wujud kepada individu lain di dalam group.
7. Sebaik pembeli fund transfer wang ke akaun bank scammer, scammer mula mencipta helah dengan mengatakan akaun paypal mereka telah dibekukan (access limit).
8. Scammer mula menghentikan aktiviti dengan cara menghilangkan diri (menutup akaun facebook).
Banyak lagi cara modus operandi yang hampir serupa seperti diatas. Ia boleh berlaku samada anda ingin menjual fund paypal atau membeli fund paypal.
Jika anda telah ditipu, pastikan anda menyimpan sebarang rekod transaksi dan buat laporan polis atas jenayah penipuan siber secara terancang ini. Laporkan juga kepada SKMM (Suruhjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) untuk bantuan menjejak maklumat scammer ini.
Syor terbaik, jika anda ingin melakukan sebarang transaksi jual beli fund Paypal, kenal pasti siapa mereka yang ingin anda berurusan. Sebagai contoh, admin jual beli fund paypal di facebook menyediakan dokumen khas untuk mereka yang ingin menjadi penjual fund Paypal yang disahkan identiti.
Melalui senarai nama dan identiti ini dapat membendung aktiviti penipuan terancang ini terutamanya di facebook. Elakkan berurus niaga dengan mereka yang memiliki identiti yang samar-samar. Jika anda baru pertama kali dan ingin berurusan jual beli, pastikan anda mendapat panduan dan bertanya kepada mereka yang berpengalaman di dalam ruangan tersebut.
Bersedia sebelum terkena.
P.s: Jika anda ada pengalaman pernah kena scam fund paypal, sila kongsikan diruangan komen.
Hari ahad lepas, syarikat NS Consultation And Management berjaya menganjurkan Seminar Formula Bisnes eBay 2012 dengan kehadiran hampir 20 orang peserta.
Kali ini peserta ada yang terdiri dari mereka yang membeli DVD Video Lubuk Duit, bekas peserta Personal Coaching (Mastermind) eBay dan ramai juga yang baru menyertai buat kali pertama.
Di dalam seminar ini peserta didedahkan dengan kaedah mendaftar beberapa teknik dan cara bagaimana untuk memastikan mereka yang ingin menjual di eBay mampu bertahan lama dalam industri bisnes ini.
Antara topik yang disentuh di dalam seminar ini ialah selling limit. Mereka yang menjalankan bisnes di eBay pasti tahu halangan yang berlaku iaitu selling limit.
Selling limit adalah antara topik yang sentiasa dibincangkan bukan sahaja di dalam forum tempatan tetapi ia juga menjadi topik hangat di forum antarabangsa.
Selling limit bukan berlaku kepada seller Malaysia sahaja tetapi ia berlaku kepada sesiapa sahaja diseluruh dunia tidak kira samada mereka baru bermula atau sudah lama bermula.
Jadi jika anda merupakan penjual eBay yang baru bermula, adalah RISIKO BESAR jika anda menjual produk vERO!
Jangan jadi manusia tamak yang mahukan hasil segera tetapi mempertaruhkan "nyawa dihujung tanduk".
Inilah yang berlaku kepada ramai penjual baru. Dilema yang merunsingkan mereka sehingga mendorong mereka untuk mencari wang pantas melalui jual produk yang berisiko tinggi untuk disuspend. Hakikatnya di eBay masih lagi boleh buat duit dengan jual produk lain yang lebih rendah risiko akaun disuspend.
Jadi berhati-hati jika ada yang mencadangkan anda untuk menjual produk berisiko ini, JIKA... JIKA anda sendiri pun tidak menguasai ilmu bisnes di eBay sepenuhnya.
Untuk itu, jika anda menjumpai sebarang teknik yang boleh melepasi masalah ini, pastikan anda gunakan teknik ini sebaik mungkin. Jangan dirosakkan dengan melakukan terlalu banyak manipulasi.
Sebagai contoh teknik Dummy Listing. Ramai yang tidak memahami bagaimana melakukan dummy listing yang berkesan. Banyak akaun yang "terkorban" apabila melakukan teknik manipulasi feedback ini. Ramai yang terlupa akan "tertib" melakukan teknik ini.
Jadi, beringat sebelum kena.
---------------------------------------------------------------------
Ada lagi teknik bagaimana untuk melepasi selling limit. Nanti saya kongsikan link tersebut.
Perniagaan yang melibatkan jaringan dapat membantu mengembangkan potensi pendapatan sedia ada ke tahap yang lebih baik.
Ramai usahawan yang bergelar jutawan dilahirkan dalam perniagaan melibatkan networking.
Multilevel Marketing juga adalah perniagaan yang melibatkan networking. Saya mengenali mereka yang bersungguh dan tidak pernah mengenal putus asa di dalam bisnes ini dan hari ini pencapaian mereka boleh dibanggakan.
Memilih perniagaan yang melibatkan jaringan bukan satu perkara yang mudah. Ia bukan setakat kelebihan dan kekuatan produk tetapi turut melibatkan kekuatan syarikat dan pelan pemasaran.
Banyak syarikat tidak bertahan lama disebabkan pelan pemasaran dan produk yang tidak kuat untuk bertahan dalam pasaran.
Sebab itu sebagai individu yang bermatlamat untuk mencipta kejayaan di dalam bisnes network harus mendalami dan memiliki ilmu bukan setakat memahami latar belakang syarikat, pelan pemasaran dan kelebihan produk tetapi harus tahu bagaimana untuk membina network yang kuat.
Bisnes Multilevel Marketing bukan bisnes syok sendiri. Tidak wajar meletak kepentingan peribadi mengatasi kepentingan kumpulan jika ingin sukses dalam networking.
Bila kita bercakap mengenai bisnes network, kita tak boleh abaikan kumpulan yang dibina. Kekuatan pendapatan kita dalam bisnes ini juga hadir dari sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh kumpulan.
Oleh itu mengabaikan kumpulan merupakan satu cara tidak sihat untuk perkembangan network.
Jika anda meletakkan prinsip bekerjasama dalam kumpulan, ia pasti akan membawa anda ke tahap yang lebih hebat dari apa yang anda jangkakan.
Bekerja dalam kumpulan ibarat memanjangkan kedua belah tangan. Capaian dan jangkauan jadi lebih jauh. Kejayaan lebih mudah dicapai. Cabaran lebih mudah ditempuh.
Namun sekarang kita lihat ramai yang mudah mengalah, menarik diri dalam bisnes network sedangkan mereka yang mencipta kejayaan bukannya diraih dalam waktu yang singkat. Mereka sendiri melalui pelbagai cabaran, halangan dan pandangan negatif masyarakat sehinggalah tiba masanya pendirian masyarakat berubah apabila mereka mula mengukir kejayaan dalam perniagaan ini.
Dato' Dr. Azman Ching merupakan jutawan dalam networking bisnes. Beliau mencipta kejayaan dalam bisnes ini bukanlah dalam waktu singkat.
Antara kata-kata beliau, "seseorang itu bukanlah diletak dengan sendirinya diatas gunung tetapi mereka mendaki sedikit demi sedikit untuk sampai ke puncak"
Tajuk: Rahsia Membina Kejayaan Bisnes Network Bersama AMG (Advance Marketers Group)
Speaker: Noorizam Shah
Tarikh: 29hb Mac 2012
Masa: 8.45 malam hingga 10.30 malam.
Hari: Khamis (malam)
Tempat: Internet Marketing Training Center (IMTC), Seksyen 7, Shah Alam
Yuran: Penyertaan
Sebarang kemusykilan hubungi Zazeli (012-2837567) atau Fazreen (017-4233347)
Sehari dua ni wife saya sibuk dengan kucing. Sejak bela anak kucing ni, asyik buka topik pasal anak kucing.
Hari ini asyik mengadap internet cari spesis baka kucing Persian Flat Face pula.
Alkisahnya, isteri saya bukanlah seorang peminat kucing. Dia ada sejarah hitam, dulu masa dia kecil pernah kena gigit dengan kucing. Sampailah dah 5 tahun kahwin ni pun masih takut kucing.
Suatu hari tu, semasa saya keluar berjalan di downtown Danau Kota, ada satu tapak niaga ni sediakan tempat untuk sesiapa yang berminat untuk ambil/bela kucing secara percuma!
Setakat ni saya tak pernah pula jumpa tempat dimana orang ingin beri kucing percuma. Biasa kucing-kucing peliharaan ini dijual. Lagi-lagi kat tempat niaga macam ni.
Masa sampai kat situ adalah seekor kucing baka persian dan malangnya kucing tu dah dapat tuan baru. So rezeki kami takda malam tu. Eh, tapi.... Kan isteri saya tak suka kucing?
Sebab tak ada rezeki malam tu, hasrat untuk bela kucing semakin membara. Haha. Isteri saya asyik minta saya ke Danau Kota untuk lihat kalau ada kucing baru lagi.
So dua hari kemudiannya kami pergi sekali lagi ke sana tetapi malang downtown Danau Kota pula tak beroperasi malam tu. Hah, menduga kami lagi. Haha.
Untuk tak hampakan harapan kami pergi lagi selang beberapa hari dan alhamdulillah dapatlah seekor kucing baka biasa yang berumur setahun lebih.
Bila kami bawa balik baru dua hari cuba lepaskan kucing ni di rumah kami, sekali kucing ni tak balik-balik dah... Ha pulak....
Macam-macam hal.
Atas sifat nak sangat ada kucing peliharaan sendiri kali ini isteri saya tak pergi downtown tetapi cari anak kucing di internet kot-kot ada orang nak beri percuma dan yessss...
Ada!
Rezeki untuk dapat anak kucing datang lagi. Yang ini usianya baru sebulan lebih. Dah pandai makan makan basah dan kering serta pandai buang najis kat pasir.
Anak kucing kacukan siammese ni kami namakan Melly. Kucing ni memang manja dengan tuannya.
Sekarang ni pun usia dia dah masuk 2 bulan lebih. Orang kata bela kucing ni akan buat tuan dua lagi penyayang. Betul ke?
Iyalah kot ;)
Sekarang ni hajat isteri nak anak kucing persiann pula. Seekor kalau di internet ada yang jual antara RM500-RM2000. Bergantung kepada baka. Lagi cantik lagi mahal.
Saya pun berkira-kira juga adakah berbaloi buat perlaburan untuk dapatkan baka kucing ini atau lebih baik saya laburkan wang itu membeli jongkong emas kannn?
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Untuk tarikh bulan April, sila rujuk link:
Seminar Formula Bisnes eBay 2012
Seperti biasa, tiada jaminan jika tempat duduk penuh bila-bila masa dari sekarang. 1st come, 1st serve!
Berkorban luangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk laburkan di dalam ilmu yang bermanfaat ini. Tak rugi pun.
P.s: Tak pun tunggu lagi beberapa tahun untuk bermula. :)
P.p.s: Kita jumpa di Seminar bulan April ini!
Noorizam Shah
Tajuk: Rahsia Pemasaran AMG (Advance Marketers Group)
Speaker: Noorizam Shah
Tarikh: 22hb Mac 2012
Masa: 8.45 malam hingga 10.30 malam.
Hari: Khamis (malam)
Tempat: Internet Marketing Training Center (IMTC), Seksyen 7, Shah Alam
Yuran: Penyertaan adalah PERCUMA.
Sebarang kemusykilan hubungi Zazeli (012-2837567) atau Fazreen (017-4233347)
Wahhh.. mereka lebih hebat nampaknya.
Gambar diambil dari facebook Azrin Anas
Belek punya belek, owh.. mereka pergi melawat opis VGMC katanya.
Biarpun ada golongan penentang dan penyokong VGMC di Malaysia dan negara-negara lain, ia tak menghalang mereka untuk terus menceburkan diri dengan pelaburan ini.
Biarpun saya tidak menyertai pelaburan ini, saya lihat ketika ini ramai yang sukses dalam diam membina saluran paip pendapatan di VGMC. Malah sejak saya menulis post berkaitan topik VGMC dan IMers Malaysia, blog ini menerima banyak traffik samada dari Malaysia atau pun luar negara termasuk la traffik dari Dubai, UAE sendiri.
Tak perlu rasanya saya angkat nama-nama mereka ini yang kebanyakan ramai yang sudah mengenali mereka dan diantara mereka ini juga merupakan penyokong kuat industri IM tempatan.
Sebagaimana panasnya pelaburan "minyak" ketika dulu, kini pelaburan "emas" mengambil perhatian ramai.
P.s: Saya pun dalam proses mengembangkan pipeline dalam pelaburan emas fizikal.
Noorizam Shah
Semoga pemilik blog meletak harapan supaya blog mereka mempunyai pelawat unik dan berulang. Jika anda memiliki blog, anda harus peka dengan perkara ini kerana jika anda melakukan sambil lewa.
Saya melihat punca ini:
Theme Blog Yang Serabut Dan Meyakitkan Mata.
Sekarang anda memiliki trafik blog yang berkualiti, anda harus menulis post yang segar dan berkualiti. Ramai yang beranggapan mengemaskini blog secara kerap akan membuatkan enjin pencari "jatuh cinta" dengan blog anda. Namun begitu, jika anda melihat blog-blog hebat yang mempunyai content berkualiti, mereka tidak akan menghias blog mereka dengan tema yang sarat.
Tema blog sebenarnya harus bersesuaian dengan kandungan yang ditulis. Jika anda seorang gadis berusia 16 tahun dan gemar mengemaskini blog, mungkin ia bersesuaian dengan tema yang bercirikan seorang gadis remaja.
Mungkin agak janggal jika anda seorang penulis blog berkaitan topik perniagaan internet, menghiasi blog bertemakan seorang lelaki jiwang berbunga-bunga?
Trend tema blog sekarang, lebih ringkas, simple dan bersih. Namun janganlah sampai kelihatan kosong macam kertas A4. Highlightkan background blog dengan sedikit warna agak ia kelihatan "rumah yang didiami orang".
Kalau anda berkemampuan, beli sahaja themes yang berbayar yang pasti lebih kelihatan professional.
Sekali lagi, apa yang penting utamakan isi kandungan. Cuba kongsikan seberapa banyak maklumat (bukan menjual secara direct) supaya kandungan yang ditulis itu dapat dijadikan "harta" rujukan buat mereka yang mencari maklumat.
eBayer
Mereka ini merupakan penjual atau pembeli yang aktif di eBay. Bukan semua orang minat berniaga produk fizikal di eBay. Jika anda suka cabaran, berkomunikasi dan buat kerja order/packing produk... bisnes ini memang sesuai untuk anda.
Jadi orang yang berniaga pasar malam tak bolehlah nak kondem mereka yang jalankan bisnes di eBay jika dia sendiri pun tak masuk dan buat bisnes di laman web ni.
Penulis eBook
Ramai juga yang semakin pandai menghasilkan ebook kemudian jual di internet. Tetapi, adakah semua orang mahu buat ebook? Tak semua orang ada idea dan pandai menulis ebook dengan baik. Ada sesetengah penulis ambil jalan mudah, copy paste je info di internet kemudian jadikan ebook dan jual. Seseorang boleh menghasilkan ebook berkualiti atau sebaliknya.
Jadi, jika anda tidak membaca ebook penulis tersebut, jangan kondem melulu jika anda tak baca sampai habis.
Usahawan MLM
Ramai yang buat bisnes Multi Level Marketing sebab bisnes ini dicipta juga ada sebabnya. Ramai juga yang tak buat MLM sebab minat mereka bukan dalam perniagaan ini. Sama juga prinsip bisnes ini dengan model bisnes yang lain, antara tujuannya adalah untuk meningkatkan ekonomi seseorang. Mungkin anda sudah banyak masuk dalam bisnes MLM, mungkin lebih dari satu syarikat. Jika anda kecewa dengan bisnes MLM yang anda buat, jangan kondem bisnes MLM syarikat lain JIKA anda sendiri tak masuk dalam bisnes itu.
Sekadar memerhati, membaca belum tentu betul penilaiannya berbanding, masuk, cuba dan buat kemudian lihat hasilnya.
Usahawan Kek Coklat
Berapa ramai yang pandai dan minat buat kek coklat? Ada orang menilai buat bisnes sebegini leceh dan memenatkan. Itu kata orang yang tak minat.
Jika anda tanya mereka yang minat dalam bisnes ini, mereka tentu beri jawapan yang berbeza. Jadi jangan tanya kenapa pengusaha kek coklat tak minat buat MLM. Hah.
Pengusaha Bengkel Kereta
Tak ada pomen kereta, maka banyaklah kereta sangkut tepi jalan. Bukan semua orang pandai nak baiki kereta sendiri walaupun di kedai buku dan internet ada tunjukkan cara bagaimana nak baiki kereta sendiri.
Tapi, kalau pomen kereta nak buat bisnes eBook, nak buat bisnes kek coklat, nak join bisnes MLM, itu bukan halangan buat mereka sebab selagi ada minat dan selagi mereka berusaha, kejayaan pasti milik mereka. Jadi, jangan kondem jika melihat ada orang buat sampai 4-5 bisnes sebab.... mereka ada sebabnya. Anda kena masuk dulu dalam bisnes itu, baru anda tau sebabnya.
Yang gagal dalam bisnes sebab ikut-ikutan. Minat tak ada, tapi nak duit lebat. Ilmu tak ada, akhirnya tersungkur layu. Jadi jika anda gagal, jangan salahkan bisnes itu atau orang yang memperkenalkan anda kepada bisnes itu.
Peratusan tertinggi sebab kegagalan adalah atas diri kita sendiri. Fikirkanlah minat anda sekarang.
P.s: Ada sesetengah orang suka kata model bisnes mereka adalah yang baik dan model bisnes orang lain adalah tidak baik. Semakin banyak kita bercakap buruk perniagaan orang lain, orang lain juga akan memandang yang serupa kepada bisnes kita.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
fb: NoorizamShah
Kepada yang masih bertanya di emel dan sms, samada kouta penyertaan ke Seminar Formula Bisnes eBay 2012 masih ada kekosongan atau tidak, jawapannya;
Jadi, jika anda merancang untuk menyertai seminar ini pada 25hb Mac 2012 (Ahad), pastikan anda mendaftar dengan segera. Saya tidak memikir untuk menambah tempat duduk jika kouta yang ditawarkan telah penuh bila-bila masa sahaja.
Jumpa nanti,
Noorizam Shah
Malam tadi jumpa Ashraf Alayas, penerbit DVD Video Panduan Bisnes Borong Vietnam. Saya dimaklumkan DVD panduan semakin habis dan ceritanya lagi, kouta untuk harga pengenalan akan tamat penghujung bulan 3 nanti.
Lupa saya nak beritahu kepada rakan pembaca, laman web Bisnes Borong Vietnam sudah dikemaskini dan lebih umphhh! Anda boleh rujuk link di atas. Kebetulan masa saya nak siapkan passport di pejabat Imigresen di Shah Alam, ada seorang makcik ni nak isi borang permohonan passport. Memandangkan dia ada masalah rabun, dia minta wife saya isikan borang dan berlakulah perbualan antara wife saya dengan makcik ni.
Wife: "Makcik nak pergi mana?"
Makcik: "Owh, makcik nak pergi Vietnam"
Wife: "Pergi sorang je ke makcik?"
Makcik: "Haah, pergi sorang je. Nak cari kain sket, tak lama lagi dah nak raya"
Wah, makcik pergi sorang je tu. Macam nak pergi KL-JB je. Hehehe
Nampaknya semakin hari semakin ramai yang sudah tahu lubuk memborong di Vietnam sampai ada penjual dan pengedar pakaian marah-marah sebab dedahkan tempat borong ni. Almaklumlah, kini anda tidak perlu melalui orang tengah dan harga pun bukan lagi harga orang tengah.
Anda boleh mendapatkan produk yang berkualiti pada harga yang rendah dan murah. Sebab tu DVD Bisnes Borong Vietnam ni hampir sold out. Ramai yang nak tahu bagaimana cara sebenar memborong di sana.
Saya sendiri dah tonton video ini. Memang saya syorkan kepada anda yang masih lagi belum mendapatkan video ini kerana panduan ini amat membantu anda yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan atau besar-besaran.
P.s: Saya dikhabarkan saudara Ikram Yamada (speaker Bisnes Borong Vietnam) disyaki dijangkiti demam denggi. Diharap kesihatan beliau bertambah baik hendaknya.
1. MPH Mid Valley
2. MPH Subang Parade
3. MPH One Utama
4. MPH Sunway Pyramid
5. MPH The Curve
6. MPH Gurney Plaza
Dan buku ini akan mula diedar ke lain-lain outlet dan bookstores bermula bulan ini.
Jika anda nak dapatkan bonus bernilai tinggi dari Patric Chan, saya syorkan anda layari link ini:
http://noorizamshah.com/goto/clickingcash
Dan baca info dari laman web ini kerana yang pasti anda akan belajar banyak perkara bagaimana Patric Chan menghasilkan sejuta ringgit di internet!
Minggu lepas saya telah terima sepucuk surat dari Jutawan Internet yang juga merupakan internet marketing expert, saudara Patric Chan.
Saya dimaklumkan, saudara Patric Chan akan lancarkan sebuah buku fizikal yang bertajuk Clicking Cash Book.
http://noorizamshah.com/goto/clickingcash
Buku ini belum lagi dilancarkan secara rasmi tetapi ianya sudah mendapat review dari ramai pakar pemasaran internet dunia antaranya:
Jared Croslow - cliconimics.com
Chris Browser - Insideronlinesecrets.com
Mat Bacak - Matbacak.com
Alicia lyttle - alicialyttle.com
Ewen Chia - Internetmillionaires.com
dan ramai lagi...
Menariknya, pada hari pelancaran 9hb Mac 2012 ini, Patric nak beri BONUS HEBAT yang amat-amat-amat berbaloi buat mereka yang mendapatkan buku pada hari pelancaran ini. Tawaran ini juga dimaklumkan hanya dibuka untuk beberapa hari sahaja kerana memandangkan Patric Chan sendiri mempunyai berpuluh ribu follower dan subscriber di serata dunia, so jika anda merupakan seorang yang ingin merebut peluang dan meraih bonus hebat ini, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mengetahui apakah TAWARAN itu!
Saya memang dah tahu pun, cuma untuk hari ini, saya rahsiakan dulu dan biarlah ia jadi SUPRISE buat rakan pembaca sekelian. :)
http://noorizamshah.com/goto/clickingcash
Serius! Anda pasti tidak akan menyesal! Jangan lupa jenguk link yang saya berikan di post ini pada 9hb Mac 2012! Tepat jam 10.00 pagi!
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Saya gembira anda melayari laman blog ini. Saya gembira anda mengikuti penulisan blog ini. Jika tidak banyak pun, saya harap anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.
Kepada anda yang sudah bersedia untuk hadir ke Seminar Formula Bisnes eBay 2012, nantikan rahsia, teknik dan strategi yang bakal dikongsikan kepada anda.
(anda boleh baca di link ini)
Saya juga akan berkongsi maklumat mengenai topik kritikal berkaitan eBay dan Paypal, apakah persediaan dan perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum dan selepas perkara itu berlaku.
Diharap, setiap perkongsian ini nanti tidak akan anda dedahkan kepada mana-mana baik di facebook, group tertutup, forum, blog atau apa-apa medium sekali pun.
Bagi menambah rencah seminar ini, turut akan kita bincangkan mengenai topik dropship yang mungkin selepas ini menjadi lubuk peribadi anda mencipta pendapatan sampingan/sepenuh masa.
Memandangkan blog ini memiliki ramai silent reader dan pemerhati, saya tidak akan kongsikan info-info ini sehinggalah anda yang mendaftar di seminar ini mengetahuinya!
Tonton video dibawah:
Saya jangkakan "sesuatu" itu akan terjual cukup banyak dalam masa beberapa hari ini. Detailnya? Saya kongsikan dulu dengan peserta Seminar Formula Bisnes eBay 2012 nanti.
Noorizam Shah
like fb page saya: http://facebook.com/noorizamshah
Kepada anda yang menggunakan Paypal sebagai kaedah menerima bayaran, anda boleh menyemak berapakah fee yang akan dikenakan kepada anda.
Dengan ini anda boleh mengetahui nilai bersih yang akan anda terima sebaik transaksi masuk ke akaun anda. Jadi, anda tak perlu nak kira guna kalkulator biasa. :)
Nak guna Paypal Fee Calculator ni senang je, anda boleh buat andaian berapa nilai wang yang anda terima di dalam satu transaksi.
So kalkulator ni sesuai untuk siapa? Jika anda seorang yang menjalankan perniagaan internet dan menggunakan Paypal, anda bolehlah gunakannya sebagai rujukan.
Mudahkan?
P.s: Jumpa di Seminar Formula Bisnes eBay 2012 nanti!
Noorizam Shah
Dari kajian kes saya sendiri, saya dapati Artsnow sudah mula perbaiki servis perkhidmatan mereka. Saya telah membuka dan melanggan kembali laman dropship artsnow dan menjual produk ini di eBay.
Nampaknya masih mudah menghasilkan jualan dengan Artsnow. Saya mengguna formula ini dan banyak item yang saya mula listing dibida tak sampai 24 jam.
Owh, formula ini saya akan dedahkan di dalam Seminar Formula Bisnes eBay 2012 yang akan diadakan pada 25hb Mac 2012, di De Palma Hotel Shah Alam nanti.
Memandangkan seller-seller baru berhadapan dengan masalah listing (selling limit), apakah strategi yang sesuai jika nak menjana pendapatan di eBay?
Ia ada berhubungkait dengan katakunci. Katakunci apa? Teknik ini juga akan didedahkan di dalam seminar nanti.
Setakat pendaftaran hari ini, kouta kekosongan hanya tinggal 6 tempat sahaja lagi. Saya tidak kisah samada kouta ini habis, terlebih permintaan atau tidak. Yang penting pendedahan ini tetap akan dibuat untuk mereka yang hadir nanti.
Pasal dropship lain seperti ___________, DHGate, _______________ akan saya jelaskan di dalam seminar ini juga.
Jumpa nanti,
Noorizam Shah