Thursday, March 29, 2012
Kesian kawan-kawan yang kena scam dengan individu yang licik memanipulasi identiti di facebook. Kisah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja jika tidak berhati-hati.
Ramai yang abaikan langkah-langkah keselamatan dan memandang remeh apabila melakukan transaksi di mana-mana medium dalam talian.
Memang kalau kena scam, hati jadi sakit dan geram. Duit lesap begitu sahaja. Berhati-hati dengan modus operandi si scammer ini. Mereka tidak akan serik selagi tidak dicekup pihak berkuasa.
Modus operandi terkini si scammer di facebook:
1. Masuk ke group jual beli fund paypal.
2. Memerhati setiap pergerakan dan aktiviti jual beli fund paypal ahli-ahli lain.
3. Mengenalpasti individu yang selalu beli fund paypal.
4. Mula menyamar dan guna pakai profile individu facebook seseorang yang dikenali di dalam group itu.
5. Scammer akan copy semua identiti individu yang dipercayai sama sehampir mungkin.
6. Mula menangguk dengan menjual fund Paypal yang tak mungkin wujud kepada individu lain di dalam group.
7. Sebaik pembeli fund transfer wang ke akaun bank scammer, scammer mula mencipta helah dengan mengatakan akaun paypal mereka telah dibekukan (access limit).
8. Scammer mula menghentikan aktiviti dengan cara menghilangkan diri (menutup akaun facebook).
Banyak lagi cara modus operandi yang hampir serupa seperti diatas. Ia boleh berlaku samada anda ingin menjual fund paypal atau membeli fund paypal.
Jika anda telah ditipu, pastikan anda menyimpan sebarang rekod transaksi dan buat laporan polis atas jenayah penipuan siber secara terancang ini. Laporkan juga kepada SKMM (Suruhjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) untuk bantuan menjejak maklumat scammer ini.
Syor terbaik, jika anda ingin melakukan sebarang transaksi jual beli fund Paypal, kenal pasti siapa mereka yang ingin anda berurusan. Sebagai contoh, admin jual beli fund paypal di facebook menyediakan dokumen khas untuk mereka yang ingin menjadi penjual fund Paypal yang disahkan identiti.
Melalui senarai nama dan identiti ini dapat membendung aktiviti penipuan terancang ini terutamanya di facebook. Elakkan berurus niaga dengan mereka yang memiliki identiti yang samar-samar. Jika anda baru pertama kali dan ingin berurusan jual beli, pastikan anda mendapat panduan dan bertanya kepada mereka yang berpengalaman di dalam ruangan tersebut.
Bersedia sebelum terkena.
P.s: Jika anda ada pengalaman pernah kena scam fund paypal, sila kongsikan diruangan komen.
AlKisah Scammer Urusan Jual Beli Paypal