Thursday, March 29, 2012
Hari ahad lepas, syarikat NS Consultation And Management berjaya menganjurkan Seminar Formula Bisnes eBay 2012 dengan kehadiran hampir 20 orang peserta.
Kali ini peserta ada yang terdiri dari mereka yang membeli DVD Video Lubuk Duit, bekas peserta Personal Coaching (Mastermind) eBay dan ramai juga yang baru menyertai buat kali pertama.
Di dalam seminar ini peserta didedahkan dengan kaedah mendaftar beberapa teknik dan cara bagaimana untuk memastikan mereka yang ingin menjual di eBay mampu bertahan lama dalam industri bisnes ini.
Antara topik yang disentuh di dalam seminar ini ialah selling limit. Mereka yang menjalankan bisnes di eBay pasti tahu halangan yang berlaku iaitu selling limit.
Selling limit adalah antara topik yang sentiasa dibincangkan bukan sahaja di dalam forum tempatan tetapi ia juga menjadi topik hangat di forum antarabangsa.
Selling limit bukan berlaku kepada seller Malaysia sahaja tetapi ia berlaku kepada sesiapa sahaja diseluruh dunia tidak kira samada mereka baru bermula atau sudah lama bermula.
Jadi jika anda merupakan penjual eBay yang baru bermula, adalah RISIKO BESAR jika anda menjual produk vERO!
Jangan jadi manusia tamak yang mahukan hasil segera tetapi mempertaruhkan "nyawa dihujung tanduk".
Inilah yang berlaku kepada ramai penjual baru. Dilema yang merunsingkan mereka sehingga mendorong mereka untuk mencari wang pantas melalui jual produk yang berisiko tinggi untuk disuspend. Hakikatnya di eBay masih lagi boleh buat duit dengan jual produk lain yang lebih rendah risiko akaun disuspend.
Jadi berhati-hati jika ada yang mencadangkan anda untuk menjual produk berisiko ini, JIKA... JIKA anda sendiri pun tidak menguasai ilmu bisnes di eBay sepenuhnya.
Untuk itu, jika anda menjumpai sebarang teknik yang boleh melepasi masalah ini, pastikan anda gunakan teknik ini sebaik mungkin. Jangan dirosakkan dengan melakukan terlalu banyak manipulasi.
Sebagai contoh teknik Dummy Listing. Ramai yang tidak memahami bagaimana melakukan dummy listing yang berkesan. Banyak akaun yang "terkorban" apabila melakukan teknik manipulasi feedback ini. Ramai yang terlupa akan "tertib" melakukan teknik ini.
Jadi, beringat sebelum kena.
---------------------------------------------------------------------
Ada lagi teknik bagaimana untuk melepasi selling limit. Nanti saya kongsikan link tersebut.