Thursday, March 15, 2012

Minat Orang Macam-Macam

Betulkan? Minat orang memang macam-macam. Kalau anda bercerita pasal kerjaya, setiap orang pasti akan memberi jawapan yang berbeza-beza.

eBayer

Mereka ini merupakan penjual atau pembeli yang aktif di eBay. Bukan semua orang minat berniaga produk fizikal di eBay. Jika anda suka cabaran, berkomunikasi dan buat kerja order/packing produk... bisnes ini memang sesuai untuk anda.

Jadi orang yang berniaga pasar malam tak bolehlah nak kondem mereka yang jalankan bisnes di eBay jika dia sendiri pun tak masuk dan buat bisnes di laman web ni.

Penulis eBook

Ramai juga yang semakin pandai menghasilkan ebook kemudian jual di internet. Tetapi, adakah semua orang mahu buat ebook? Tak semua orang ada idea dan pandai menulis ebook dengan baik. Ada sesetengah penulis ambil jalan mudah, copy paste je info di internet kemudian jadikan ebook dan jual. Seseorang boleh menghasilkan ebook berkualiti atau sebaliknya.

Jadi, jika anda tidak membaca ebook penulis tersebut, jangan kondem melulu jika anda tak baca sampai habis.

Usahawan MLM

Ramai yang buat bisnes Multi Level Marketing sebab bisnes ini dicipta juga ada sebabnya. Ramai juga yang tak buat MLM sebab minat mereka bukan dalam perniagaan ini. Sama juga prinsip bisnes ini dengan model bisnes yang lain, antara tujuannya adalah untuk meningkatkan ekonomi seseorang. Mungkin anda sudah banyak masuk dalam bisnes MLM, mungkin lebih dari satu syarikat. Jika anda kecewa dengan bisnes MLM yang anda buat, jangan kondem bisnes MLM syarikat lain JIKA anda sendiri tak masuk dalam bisnes itu.

Sekadar memerhati, membaca belum tentu betul penilaiannya berbanding, masuk, cuba dan buat kemudian lihat hasilnya.

Usahawan Kek Coklat
Berapa ramai yang pandai dan minat buat kek coklat? Ada orang menilai buat bisnes sebegini leceh dan memenatkan. Itu kata orang yang tak minat.

Jika anda tanya mereka yang minat dalam bisnes ini, mereka tentu beri jawapan yang berbeza. Jadi jangan tanya kenapa pengusaha kek coklat tak minat buat MLM. Hah.

Pengusaha Bengkel Kereta
Tak ada pomen kereta, maka banyaklah kereta sangkut tepi jalan. Bukan semua orang pandai nak baiki kereta sendiri walaupun di kedai buku dan internet ada tunjukkan cara bagaimana nak baiki kereta sendiri.

Tapi, kalau pomen kereta nak buat bisnes eBook, nak buat bisnes kek coklat, nak join bisnes MLM, itu bukan halangan buat mereka sebab selagi ada minat dan selagi mereka berusaha, kejayaan pasti milik mereka. Jadi, jangan kondem jika melihat ada orang buat sampai 4-5 bisnes sebab.... mereka ada sebabnya. Anda kena masuk dulu dalam bisnes itu, baru anda tau sebabnya.

Yang gagal dalam bisnes sebab ikut-ikutan. Minat tak ada, tapi nak duit lebat. Ilmu tak ada, akhirnya tersungkur layu. Jadi jika anda gagal, jangan salahkan bisnes itu atau orang yang memperkenalkan anda kepada bisnes itu.

Peratusan tertinggi sebab kegagalan adalah atas diri kita sendiri. Fikirkanlah minat anda sekarang.

P.s: Ada sesetengah orang suka kata model bisnes mereka adalah yang baik dan model bisnes orang lain adalah tidak baik. Semakin banyak kita bercakap buruk perniagaan orang lain, orang lain juga akan memandang yang serupa kepada bisnes kita.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
fb: NoorizamShah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search