Mahukah anda belajar sesuatu yang berharga dari seorang yang telah membuktikan kejayaan di dalam perniagaan internet adalah tidak mustahil?
Mahu atau tidak jika anda sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan ilmu yang berharga dan ilmu itu dapat membantu anda meminimakan kegagalan anda atau zero kegagalan?
Jika jawapan anda ya, sahabat dan rakan perniagaan saya, saudara Ammar Zahar akan berkongsi sesuatu yang bakal membuka minda anda, bagaimana beliau ketika itu masih lagi dalam pengajian mampu membeli aset bernilai lebih dari RM400,000 dan membina empayar perniagaan internetnya sendiri.
Bermula dari bilik tidur, kini beliau memiliki syarikat perniagaan dan pejabat sendiri biarpun usia beliau ketika itu pertengahan 20-an.
Ramai orang gagal membina perniagaan internet mereka sendiri. Mereka gagal kerana mereka tidak mengekalkan mindset perniagaan internet di dalam diri mereka.
Saya mula bekerjasama dengan saudara Ammar Zahar ketika awal pembabitan beliau dalam perniagaan di internet biarpun ketika itu beliau sibuk dengan pengajian di IPT. Itu bukanlah halangan besar buatnya sehinggakan beliau mampu bekerjasama dengan beberapa nama besar di dalam perniagaan internet termasuklah dengan jutawan perniagaan offline.
Ammar Zahar antara individu pakar di dalam pelancaran produk di internet. Beliau pandai menggunakan hubungan JV Partner dan mengekalkan hubungan ini dan dia tidak pernah pun merungut jika beliau berhadapan masalah dengan rakan JV yang lain.
Pemikiran dan mindset yang ada padanya, tidak ramai usahawan internet hari ini yang memilikinya. Saya gembira memiliki atau menjalankan hubungan JV partner dengan Ammar Zahar kerana selain dapat membantu beliau membina empayar perniagaan internetnya, beliau juga telah banyak membantu menjayakan pelancaran produk saya biarpun kami berbeza niche perniagaan.
Saya telah pun membaca buku terbitan Ammar Zahar Sdn. Bhd ini. Apa yang boleh saya katakan buku ini bakal menjadi sebuah buku yang evergreen, sentiasa ada permintaan dari pembeli dan pembaca, bakal membantu ramai orang diluar sana yang ingin tahu bagaimana kaedah sebenar membina empayar perniagaan internet mereka sendiri.
Ammar mengambil beberapa tahun untuk terbitkan bukunya sendiri. Saya percaya, buku ini adalah masa paling tepat berada dipasaran selepas 6 tahun Ammar berkecimpung dalam perniagaan internet.
Saya mahu anda baca lebih info mengenai beliau dilink ini:
Syor saya, anda dapatkan buku ini hari ini kerana buku ini seharusnya menjadi antara koleksi buku berharga untuk anda. Saya sudah milikinya, anda juga harus ada satu.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah