Wednesday, April 4, 2012

Buat Bisnes Yang Menambah Nilai Hidup Orang Lain.

Hidup ini tidak boleh selalu beralasan. Jika sentiasa meletak alasan, hidup kita akan dikeliling dengan pemikiran yang negatif. Jadi, berkawan pun ramai yang berfikiran negatif.


Ramai yang tak sedar alasan yang kita cipta, masalah yang kita hadapi jika kita tukar kepada cara berfikiran yang positif, masalah itu akan jadi peluang buat kita.

Sebagai contoh, kita lihat ramai orang beralasan untuk tidak sempat menyediakan sarapan pagi sebab terpaksa bergegas ke tempat kerja. Siapa yang melihat alasan dan masalah ini sebagai satu peluang, ia akan memberi keuntungan kepada mereka yang mengambil penyelesaian ini. Jadi, kita lihat ia sebagai satu perniagaan yang menyelesaikan masalah orang lain.

Kita boleh berniaga nasi lemak dan jual kepada orang yang tidak sempat sediakan sarapan pagi. Kannn?

Jadi untuk memastikan produk yang kita jual tadi, kita boleh menambah nilai dalam produk kita. Kita dapat membantu menambah nilai hidup orang lain dengan menyediakan sarapan pagi mereka dengan menjual nasi lemak. Orang sanggup mengeluarkan wang untuk menambah nilai hidup mereka.

Jadi, jangan selalu mencipta alasan. Apabila kita sibuk mencipta alasan, orang lain akan merebut peluang. Sekarang anda pilih, anda suka mendengar atau membaca perkara yang negatif ataupun bertindak melakukan perkara yang positif?

Sekarang anda tanya diri anda. Saya beri anda 5 minit untuk renungkan perkara ini.... kemudian baru sambung semula apa yang ingin saya sampaikan disini.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sudah?

Mungkin ramai yang tidak tahu yang saya juga ada menjalankan perniagaan di dalam bisnes MLM (Multi Level Marketing). Saya memilih Monavie sebagai platform untuk saya membina pendapatan tambahan.



Saya melihat industri kesihatan juga mempunyai potensi untuk membina pendapatan tambahan. Sebab itu saya memilih Monavie sebagai platform alternatif saya membina pendapatan.

Saya tahu ramai yang skeptikal dengan industri MLM dan banyak yang menggambarkan industri ini sebagai industri negatif. Ya! Jika anda mendengar mereka yang berfikir negatif memberikan pandangan, anda akan menerima jawapan itu dalam bentuk yang sedimikian.

Saya akui dalam bisnes MLM ada syarikat yang tidak bagus, produk yang tidak bagus, pelan pemasaran yang tidak bagus dan lebih banyak atau ramai lagi leader-leader yang tidak bagus.

Berimpian itu tidak salah tetapi jangan berimpian jika diri sendiri tidak melakukan sebarang tindakan.

Mengapa saya memilih Monavie?

Bagi saya Monavie memiliki produk yang baik untuk kesihatan. Ia bukanlah produk magik yang boleh menyembuhkan penyakit. Ia hanyalah sekadar makanan tambahan yang telah terbukti secara saintifik membantu orang lain mendapatkan kesihatan badan terutama sendi dan jantung.

Bagi saya, untuk sukses di dalam bisnes ini, anda bukan setakat perlu memilih syarikat yang terbukti kukuh tetapi juga perlu memastikan produk yang dijual mempunyai kekuatan samada dari keberkesanan ataupun permintaan yang tinggi.

Selain pelan pemasaran yang unik dan menarik untuk mereka yang ingin membina kerjaya di dalam bisnes MLM, anda juga harus memastikan memiliki kumpulan yang kuat untuk bergerak bersama-sama. MLM itu juga bisnes networking.

Apabila kita berbicara mengenai bisnes networking, ia bukanlah bisnes syok sendiri yang boleh buat berseorangan. Betul, memang ada yang hebat dengan melakukan secara bersendirian. Tetapi tahukah anda, kehebatan bisnes ini juga bergantung kepada kekuatan jaringan kumpulan.

Sebab itu dalam bisnes ini ada upline dan downline. Anda akan melalui situasi sebagai upline dan downline apabila anda sudah mula membina network. Bagi memastikan ia berkembang dengan baik, anda perlu memiliki ilmu sebagai seorang downline dan juga sebagai upline.

Anda boleh bertindak sebagai seorang yang memberi dan seorang yang menerima. Serius, bisnes ini akan mudah dilakukan jika anda faham bagaimana untuk educate people mengenai potensi perniagaan ini.

Anda tidak perlu risau dengan bisnes Monavie kerana bisnes ini telah banyak membantu ramai orang membina pendapatan tambahan dan menambah nilai hidup mereka. Dengan capaian network melebihi 20 buah negara, anda bebas untuk menaja mereka yang berada di luar negara dan potensi network anda untuk berkembang lebih luas.

Mengikut laporan berita di atas, pasaran Indonesia akan mula dibuka pada penghujung tahun 2012 (jika perancangan berjalan lancar) dan jika anda masuk dalam bisnes ini sekarang, potensi untuk anda membina pendapatan tambahan akan berpotensi besar.

Di Monavie, dianggarkan sebanyak 80% merupakan pengguna produk. Mereka ini memang mengakui khasiat produk jus Monavie ini sejak tahun 2009 lagi. Melalui program pengguna setia ini, mereka yang menjadi ahli dan melakukan networking mampu membina pendapatan pasif bermula dari RM160 seminggu hingga RM32,000 seminggu.

Setakat ini beberapa orang jutawan telah dilahirkan di dalam bisnes Monavie Malaysia. Pada pertengahan bulan April 2012 ini, Monavie Malaysia akan meraikan ulangtahun ke-2 mereka dan konvokesyen ini akan diadakan di KLCC.

Insya-Allah saya akan hadir nanti untuk merai kejayaan rakan-rakan.



Memandangkan saya telah menyertai bisnes ini penghujung tahun 2011, saya telah mengambil langkah dengan membina kumpulan rangkaian saya sendiri. Kini keahlian dalam kumpulan ini mencecah 500 orang. Bermula dari tidak ada ahli, saya telah perkenalkan bisnes ini kepada rakan-rakan yang memerlukan produk minuman kesihatan ini dan hasil daripada itu, wujudlah kumpulan yang kami beri nama sebagai AMG.

Kami mengasaskan kumpulan ini bermula dengan hanya 4 orang dan ia berkembang dengan pantas melalui sistem pemasaran yang kami hasilkan sendiri. Uniknya, sistem pemasaran seperti ini belum pernah mana-mana kumpulan di dalam Monavie menggunakannya. Impaknya, kami dapat menerima respond positif dari rakan-rakan yang mempunyai kepakaran di dalam bidang pemasaran online dan offline.

Kebanyakan mereka ini bukanlah berlatar belakang dalam bidang MLM sebaliknya mereka merupakan kalangan usahawan internet yang menjual produk fizikal dan digital, pelabur emas, pemilik perniagaan, blogger, eBayer, copywriter, speaker, trainer, designer dan ramai lagi.

Kami gabungkan kepakaran mereka ini dan alhamdulillah kami dapat membantu ramai orang melalui bisnes ini membina pendapatan tambahan secara pasif setiap minggu.

Benar kata Dr. Azizan Osman, Mentor Kekayaan dan Kejayaan #1 Malaysia. Jika kita berfikiran positif dan memandang ke hadapan kita akan dapat mengubah hidup kita dari biasa-biasa kepada kehidupan luar biasa. Katanya lagi, kenapa perlu kita dengar kata-kata Biawak (metafora) yang suka menjelir lidah dan tidak suka melihat kejayaan orang lain.

Mereka yang diumpama seperti biawak hidup (metafora) memang suka berkata yang tidak baik dan sentiasa menganggap diri mereka betul dan perasan hidup mereka dah berada dalam tahap selesalah sangat. Hakikatnya, hanya tuhan yang tahu.

Lebih baik bersyukur dengan memiliki kejayaan dan kekayaan. Lebih baik bersyukur dengan menjadi kaya dan berjaya. Lebih baik berkawan dengan mereka yang berfikiran positif seperti kita. Jika kita tidak mahu, sampai bila-bilalah kehidupan kita seperti itu sahaja.

Sebab itu dalam bisnes, ada yang berjaya dan ada yang tidak. Yang berjaya ikut sistem. Yang gagal suka sangat langgar dinding.

Jadi jangan salahkan diri kita kalau kita dah banyak kali baca buku panduan, dan join seminar itu ini tetapi kehidupan kita masih lagi tak berubah sebab diri sendiri tidak buat tindakan.

Tidak mungkin kita tak berjaya jika kita dah ikut panduan yang mentor kita berikan. Serius. Dulu, saya juga bukan suka sangat nak buat MLM, pernah dulu saya bayar deposit jadi ahli MLM dan pinjam duit abang saya untuk beli produk MLM yang bernilai 4 angka. Biarpun saya dapat produk dan jadi ahli, saya tidak dapat cipta sebarang kejayaan pun. Kenapa?

Sebab saya tak buat apa-apa pun lepas tu. Walaupun saya ada duit (pinjam duit) ketika itu tetapi jika saya tak buat apa-apa pun tak guna juga.

Dalam bisnes networking, kita perlu bekerja dalam kumpulan. Jangan jadi kera sumbang. Kalau jadi kera sumbang (metafora) memang tak jadi apa pun derr.

so, berkawanlah. Buatlah networking. Networking tak semestinya dalam bisnes MLM sahaja. Dalam apa-apa bisnes pun perlukan networking. Ada beratus-ratus teknik pemasaran. Takkan satu teknik pun kita tak pernah cuba? Takkan hanya satu teknik yang kita cuba, kita dah patah semangat?

Faham? Siapa yang belajar sesuatu hari ini?

Cakap dalam diri anda; "Saya belajar sesuatu hari ini!"


Saya harap anda tidak lagi skeptikal dengan bisnes networking seperti ini kerana ia memang terbukti telah membantu ramai orang membina kualiti hidup yang lebih baik.

Mengenai Monavie, saya syorkan anda sertai bisnes ini jika anda sedang mencari-cari peluang. Saya syorkan anda sertai kumpulan saya jika anda ingin guna sistem pemasaran unik kami.

Anda boleh daftar percuma disini: http://www.mviebuilder.com/info. Masukkan je maklumat yang diminta dan nanti saya akan berikan satu laporan percuma untuk anda baca. Tambahan, saya hantarkan sebarang emel kemaskini kepada anda apa yang anda boleh lakukan dengan bisnes Monavie ini selain dari menambah nilai hidup orang lain.

Boleh? Cakap dalam diri anda; "Saya kaya dan berjaya!"

Kepada mereka yang melakukan bisnes ini dan berikan penerangan salah, itu memang kesalahan mereka kerana mereka tidak cukup ilmu dan tidak mahu menuntut ilmu. Menuntut ilmu dengan mereka yang salah, bisnes mereka akan dipandang salah.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
012-9127100
http://facebook.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search