Mengapa ada yang cuba menakut-nakutkan anda supaya jangan berniaga di eBay? Kenapa anda menjumpai sharing yang nampak rumit dan menakutkan sehingga anda berkira-kira untuk memulakan langkah anda.
Sebenarnya... Mereka tidak mahu anda, anda dan anda diluar sana masuk ke dalam eBay dan berkongsi lubuk duit bersama-sama.
Anda kena terima kenyataan ini kenapa ramai yang buat duit di eBay dan hakikatnya, plaform eBay memang memberi pendapatan besar kepada mereka.
eBay ni best. Serius best. Anda mampu menghasilkan jualan tanp perlu nak fikir kena jumpa customer setiap hari. Dengan hanya iklankan satu produk sahaja, produk anda berpotensi untuk dilihat ramai orang.
Anda boleh menambah stok dalam iklan tanpa perlu anda simpan stok ditangan. Hah?
Ya, anda boleh menjana jualan di eBay biarpun anda tidak ada stok ditangan.
Bagaimana?
Sebenarnya, selain menyimpan stok ditangan, anda boleh menjual produk di eBay dengan hanya menjadi pihak ketiga. Tugas anda hanya jadi orang tengah, dapatkan produk dan maklumat dari pembekal, buat iklan di eBay dan jika produk terjual, anda hanya hantar maklumat dan duit bayaran (kos produk) kepada pembekal.
Pembekal akan uruskan penghantaran produk kepada pelanggan anda dan... dan pelanggan anda 100% tidak tahu yang produk itu dihantar oleh pembekal anda.
Itulah kaedah dropship. Mengenai lubuk pembekal-pembekal ini ada didedahkan di dalam Video Lubuk Duit (VLD). Belum dapatkan DVD ini? Dapatkan sekarang. Tak rugi der, beli DVD ini. Memang berbaloi-baloi.
Pagi tadi, saya hadir ke seminar Wang Power, speaker Dr. Azizan Osman dan Abang Abu. Banyak perkara yang saya belajar pagi tadi. Antaranya beberapa prinsip POWER yang dikongsikan oleh Dr. Azizan. Amat menarik, ramai diluar sana tidak sedar mereka ini banyak melakukan kesilapan.
Antara kesalahan besar ialah melabur untuk memulakan bisnes tetapi hakikatnya mereka langsung tidak ada mentor, ilmu dan sistem. Sebab itulah ramai yang membuat tindakan yang salah sebab 3 perkara ni mereka tak ada.
Jika anda baca buku-buku hasil dari jutawan Azizi Ali, beliau menyatakan, antara pelaburan yang paling bermakna dan cukup-cukup penting adalah pelaburan ilmu.
Untuk menghasilkan perniagaan yang berjaya, anda harus memiliki ilmu. So, begitu juga jika anda ingin berniaga di eBay. Anda perlu ada ilmu. Jika tidak, itulah yang ramai sangat kat luar sana hadapi masalah. Akaun kena suspend lah, akaun kena access limit lah, listing kena remove lah dan macam-macam lagi.
Bila anda ada ilmu, jadi ketakutan itu boleh anda hilangkan. Anda tidak akan mudah panik jika anda memiliki ilmu. Saya juga seperti anda dulu. Takut pada kegagalan. Tetapi apabila banyak belajar, mendapatkan ilmu dari mentor-mentor hebat, saya percaya kita semua mampu berjaya dan meraih kejayaan yang kita mahukan.
Sebab itu saya buka ruang sekali lagi untuk anda bersama-sama saya pelajari ilmu bermanfaat bagaimana untuk anda memulakan bisnes di eBay seterusnya menghasilkan pendapatan yang konsisten setiap bulan di eBay.
Untuk seminar kali ini, saya akan buat pada 29hb April 2012 dan ketika saya menulis post ini, kouta sesi semakin mengecil. Ia hanya terbuka kepada mereka yang fast action sahaja. Yang pasti, anda akan belajar banyak perkara nanti dan saya percaya ia akan membuka mata anda bahawa potensi bisnes di eBay ini amatlah besar!
Anda kena masuk ke sesi ini, baru anda tahu betul atau tidak apa yang saya katakan ini.
Jadi, sekali lagi, hari ini 15hb April. Jangan lengahkan tindakan anda. Peluang tidak akan menunggu anda. Mungkin ini peluang yang terakhir buat anda sebelum ianya ditutup buat selama-lamanya.
Jumpa lagi,
Daftar di http://noorizamshah.blogspot.com/p/seminar-ebay.html
Noorizam Shah
Sunday, April 15, 2012