Tuesday, April 3, 2012

Facebook Timeline Lebih Hebat Untuk Pemasaran


Gambar kredit kepada: V3im.com

Beberapa bulan lalu, kecohnya Facebook sebab paparan nak berubah kepada format timeline. Ramailah macam panik, gusar, merungut dan rasa tak puashati dengan agenda facebook, asyik-asyik nak ubah format je.

Fanpage saya: http://fb.com/noorizamshah

Pernah dulu ada yang saya baca, facebook akan hilangkan fungsi album gambar sehingga memaksa ramai orang download semula gambar mereka ke komputer kerana khuatir semua gambar memori yang lama-lama akan dipadamkan.

Sekarang?

Tengok album gambar masih lagi macam tu juga. Tak ada apa yang berubah pun. Yang berubah adalah penambahbaikan fungsi album gambar. Kita boleh set album tu untuk tatapan peribadi atau pun umum. Kannnnnn....

Situasi fanpage saya kekal dalam format sebelum ini sehinggalah Facebook menukar format timeline bermula 31hb Mac yang lalu. Jadi apa yang saya lihat pada awalnya, perubahan ini nampak janggal buat mereka yang kali pertama mengendalikan facebook timeline.

Tapi ia tidaklah sesukar yang digambarkan. Umpama menukar handphone jenama Nokia kepada Samsung. Awal mungkin kekok. Lama-lama ia akan ok juga. Betul tak?


Gambar kredit kepada: Seosoonheng.com

Jadi janganlah kita mengeluh dan mencipta alasan dengan perubahan-perubahan ini. Takkanlah bila kita pakai kereta kancil dan suatu hari nanti kereta kancil diberhentikan penggunaan atau diharamkan penggunaan dan waktu itu kita disuruh pakai kereta Porsche Panamera, kita nak menolak pula? Wahh.

Mengenai Facebook timeline, kini rakan yang like fanpage kita boleh mengirim mesej ke inbox fanpage. Kita juga boleh tag nama rakan dan fanpage lain (sebelum ni tak boleh, kini fungsi itu diadakan semula).

Dengan adanya header timeline ini, kita boleh meletak imej lebih besar dan jelas. Jika anda menjalankan perniagaan internet, Facebook kini menjadi cabaran besar buat mereka yang memiliki laman web jualan kerana fungsinya ini jika diaplikasi secara maksima akan menggugat jualan di laman web jualan.

Akan datang ia memberi kemudian buat mereka yang ingin menjalankan perniagaan di internet menggunakan medium Facebook timelime!

Saya melihat situasi ini sebagai peluang. Peluang yang tidak harus dilepaskan oleh sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan di internet terutama di facebook.

Dalam seminar yang lalu saya belajar ilmu yang baru mengenai facebook timeline ini. Semakin kerap kita menulis post dan semakin cepat adanya interaksi di fanpage ini, ia akan membantu laman fanpage anda dinaikkan kepaparan utama facebook.

Jadi sekarang saya cuba update sekerap mungkin info di facebook fanpage saya. Jika anda ingin menjadi sebahagian rakan di fanpage saya, sila ambil tindakan sekarang dengan klik http://fb.com/noorizamshah

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search