Monday, April 9, 2012
Terima kasih kepada yang telah mendaftar ke Seminar Formula Bisnes eBay 2012.
Nampaknya, kekosongan tempat duduk semakin mengecil. Kepada yang masih lagi belum mendaftar, pastikan anda melakukannya sebelum terlambat. Saya tidak dapat janjikan kepada anda jika anda melakukan pendaftaran pada saat-saat akhir.
Kepada anda yang tidak pernah mengikuti sebarang seminar saya, hari ini saya kongsikan kepada anda, kenapa anda perlu menyertai seminar ini:
1. Seminar ini tidak diadakan selalu, jadi jangan mengharapkan saya akan adakan lagi pada masa akan datang. Saya boleh mengubah fikiran saya untuk tutupkan sesi ini buat selama-lamanya.
2. Saya merupakan CERTIFIED EBAY TRAINER yang mana saya mendapat tauliah ini pada tahun 2008. Untuk pengetahuan anda, hanya ada 2 orang sahaja yang terdiri dari bumiputera yang memperolehi tauliah ini iaitu saya dan Eruwan Gery Norsen. Yang lain adalah bangsa cina.
3. eBay sudah lama tutup penyertaan ini dan jika anda mendapati ada orang lain yang mengadakan seminar eBay sendiri, pastikan anda semak samada mereka diberi tauliah atau tidak.
4. Saya mempunyai pengalaman selama lebih 7 tahun dalam perniagaan di eBay. Saya telah melalui pahit manis menjalankan perniagaan. Pernah melalui zaman akaun ditutup, digantung, perniagaan rugi dan untung besar.
5. Saya mempunyai kepakaran membimbing dan memberi panduan kepada syarikat korporat, syarikat SME, syarikat kecil dan individu untuk memulakan perniagaan di eBay, memasarkan produk ke pasaran luar negara.
6. Jika anda ingin kembangkan perniagaan atau ingin menjana pendapatan dalam matawang USD, AUD dan lain-lain, platform eBay adalah tempat terbaik untuk anda teroka.
7. Saya sering dijemput memberi ceramah perniagaan samada dalam sektor korporat, badan kerajaan dan bukan kerajaan, IPT dan IPTS, saya juga kerap mengadakan seminar perniagaan di seluruh Malaysia sejak tahun 2008.
8. Melalui pengalaman saya ini, telah ramai yang menyertai sesi seminar dan personal coaching, berjaya membina pendapatan kedua mereka dan mereka ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, latar belakang pekerjaan dan pendidikan. Antaranya mereka yang berlatar belakang sebagai seorang pegawai tentera, ahli farmasi, jururawat, pemandu teksi, pensyarah, guru, pegawai polis, ahli perniagaan, surirumah, pelajar, penganggur, penyelidik, pegawai kerajaan, ahli sukan, pembaca meter bekalan air, jurujual, ahli jualan langsung, pembuat kek, blogger dan ramai lagi.
9. Saya telah menuntut ilmu dengan ramai guru pemasaran tempatan seperti Dr. Azizan Osman, Irfan Khairi, Zamri Nanyan dan Patric Chan, Dr. Azman Ching, Abang Abu, Billi Lim dan Dato' Dr. Rusly (Chef Li).
10. Jadi, jangan buatkan anda mimpi tidak lena malam ini. Daftar segera kerana tempat adalah terhad! Layari link Seminar Formula Bisnes eBay 2012 sebelum saya tutup sesi ini buat selama-lamanya.
Jumpa nanti,
Noorizam Shah