Monday, April 9, 2012
Servis dropship mula popular di Malaysia bermula tahun 2011. Sejak itu semakin banyak perkhidmatan dropship dari Malaysia. Namun servis ini masih lagi tidak terbuka kepada pengguna dari luar negara dan ia terhad untuk pasaran tempatan sahaja.
Tahukah anda, servis dropship ini sudah mula dipraktis oleh pengguna internet sejak 6 tahun lalu. Konsep dan idea ini mula dipopularkan oleh negara barat dengan memperkenalkan bisnes pihak ketiga dimana pemilik perniagaan tidak perlu fokus kepada jualan sebaliknya melantik pihak ketiga melakukan promosi.
Jika berlaku jualan oleh pihak yang dilantik, pemilik produk akan menguruskan penghantaran terus ke pembeli.
Selama ini ia menjadi rahsia besar kebanyakan penjual dimana mereka menggunakan lubuk-lubuk dropship yang terdapat di China dan negara barat untuk mereka menjana pendapatan tanpa menyimpan stok.
Jika anda membeli DVD Panduan Video Lubuk Duit, anda juga didedahkan dengan beberapa lubuk dropship, senarai dropship yang benar-benar membantu seseorang itu untuk menjana pendapatan di internet dan eBay.
Anda tidak semestinya menjual di eBay tetapi boleh menggunakan lubuk pembekal dan dropship ini untuk platform pasaran lain seperti di facebook, mudah, lelong dan laman web.
Saya pernah melihat rakan-rakan yang membuat pesanan di laman web dropship ini, kemudian memasarkan produk ini di pasaran konvensional seperti di pasar malam atau kedai-kedai.
Namun anda perlu berhati-hati memilih laman web pembekal atau dropship. Ada banyak laman web dropship terutama di China yang menjual produk tiruan. Sebagai contoh laman web DHGate. Di laman web ini, ada produk yang dijual adalah original dan ada juga tiruan.
Jika anda ingin menjual produk di eBay, pastikan anda melihat kualiti produk dan jangan mudah terpedaya dengan hanya melihat sekeping gambar. Disyorkan, anda dapatkan contoh produk dengan membuat pesanan ke alamat sendiri atau cuba jual satu unit di eBay dan lihat apakah respond/komen pembeli anda.
Jika ia positif dan baik, anda boleh cuba berurusan lebih serius dengan pembekal produk berkenaan.
Berbalik kepada penjual dari Canada ini, beliau sudah mula berniaga di eBay sejak tahun 2007 dan jumlah feedback yang diperolehi sehingga kini melebih 20,000 maklumbalas (feedback).
Andaikan jika 20,000 feedback itu adalah jumlah transaksi jualan beliau dan setiap transaksi kita hanya andaikan keuntungannya hanyalah USD1.00!
Ya, USD1.00 sahaja. Jika didarabkan dengan 20,000 unit feedback ini bersamaan beliau telah menjana keuntungan sebanyak USD20,000 sejak tahun 2007! Ok lah kan, jika kita melakukan bisnes ini secara PART TIME! Dapat juga bayar bil elektrik, bil air, bil telefon, barang keperluan dapur, isi minyak nak ulang-alik ke tempat kerja.
Dan... beliau hanya menggunakan servis dropship sahaja! Wah!
Ok, di dalam Seminar Formula Bisnes eBay 2012 pada 29hb April ini, saya akan dedahkan lubuk drosphip ini kepada anda dan bagaimana anda boleh menghasilkan jualan secara konsisten tanpa perlu mengorbankan akaun eBay anda (menjual produk vERO).
Mahu?
Ya mahu, daftarkan diri anda sekarang di link ini, dan pastikan anda lock tempat duduk anda kerana ianya adalah terhad!
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah