Wednesday, April 11, 2012

Taip Perkataan RARE Anda Akan Menjumpai Idea Unik

Rare. Nama pun dah nampak unik. Fahamkah anda dengan maksud rare ini?

Mengikut pemahaman saya, rare itu adalah sesuatu benda yang jarang dijumpai atau dikeluarkan secara terhad (limited). Contohnya seluar jean jenama Levi's mengeluarkan satu edisi khas yang mana untuk setiap negara hanya ada 50 helai sahaja fesyen seluar bootcut.

Rare tidak semestinya menggambarkan produk itu original atau sudah berapa lama ia dibuat. Asalkan ianya terhad dan sukar didapati, itu adalah rare.

Saya petik antara topik perbincangan yang terdapat dalam sebuah forum;

Rare- sesuatu benda (dalam konteks ini, aksesori vespa/lammy) yang jarang dijumpai atau dikeluarkan secara terhad (limited), maka sekiranya dalam 30 pemilik vespa jika hanya 2 orang sahaja memiliki aksesori tersebut ia akan dianggap rare, pengertian rare tidak mengira aksesori tulen (original) atau buatan semula (remade), walaupun ianya remade, kalau hanya segelintir yang memilikinya ia akan dipanggil juga sebagai rare.

Original- sesuatu benda yang dibuat oleh pengeluar asal barangan tersebut (dalam konteks ini, aksesori vespa/lammy), barangan original juga termasuklah barangan baru yang dibuat oleh pengilang asal, sekiranya barangan tersebut meniru bentuk dan buatan barangan asal kita boleh memanggil nya sebagai remade atau buatan semula dan ianya bukanlah tulen.

Kesimpulan : Apa yang dianggap begitu bernilai kepada penggemar aksesori adalah aksesori yang terdiri daripada kedua-dua aspek diatas iaitu original (tulen) dan Rare (jarang dijumpai). Sekiranya kita mengambil dari hukum logik maka barangan aksesori original memang sukar dijumpai kerana tidak banyak yang survive akibat dimakan waktu dan ketika barangan tersebut mudah didapati, pemiliknya "take for granted" dan tidak menjaganya dengan baik. Maka barang original bukan hanya terdiri daripada barang lama, dan barang rare bukan hanya terdiri daripada barang original.


Berbalik kepada topik di atas, jika anda menaip katakunci rare di eBay search engine (sila taip di eBay.com.my), anda akan menjumpai idea-idea unik dan memang rare. Jangan terperanjat apabila anda melihat idea yang tak pernah anda fikirkan, ianya dijual di eBay dan mendapat sambutan dari pembeli luar negara.

Berniaga di eBay haruslah bijak dan kreatif. Anda belajar sesuatu hari ini?
Jika anda ingin belajar lebih banyak lagi mengenainya, dijemput ke sesi Seminar Formula Bisnes eBay 2012 pada bulan April ini.

Tempat adalah terhad.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search