Friday, May 25, 2012

Jumpa Esok Di De Palma Hotel Shah Alam

Esok merupakan seminar eBay terakhir untuk tahun ini. Semua saya sudah sedia. Diharap esok semuanya berjalan dengan lancar.

Jumpa di sana.

Noorizam Shah

Jaga Anak Anda, Jangan Sampai Jadi Macam Ni

Sayang anak anda. Jangan sampai tragedi seperti dalam gambar ini menimpa anak anda. Aduiii, kesian tengok anak ni tersepit macam ni.

Saya sendiri ada pengalaman yang mana anak perempuan saya pernah tersepit kaki antara jeriji kerusi makan bayi. Waktu tu anak saya kecil lagi. Tahulah anak kecil macam ni, kalau kita tak beri perhatian, macam-macam yang dia buat. Bukannya dia tahu yang dibuat tu salah atau tidak. Tahu-tahu menangis.

Masa kejadian kaki anak saya tersepit tu, memang cuak juga lah. Yalah, dah dicuba tarik keluar tak berjaya sampai merah pergelangan kaki dia. Isteri saya pun dah panik. Tengah riuh nak mengeluarkan kaki anak saya ni, datang seorang pekerja mamak di meja makan kami.

Bijaknya dia, pekerja ni pergi ambil minyak masak kemudian lumurkan dikaki anak saya. Tak sampai beberapa saat, senang je kaki anak perempuan saya ni ditarik keluar. Fuh. Lega.

Anak kecil ni memang kena selalu pantau. Biarpun dia boleh main sendiri, janganlah kita sampai leka macam budak tu boleh berdikari seorang diri. Kita sebagai ibubapa atau penjaga, perlu ambil berat. Kalau tak, adalah yang tersepit kepala di jeriji pagar.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Taktik Perompak Sekarang, Jangan Update Lokasi.

Hari ni ramai yang guna handphone canggih. Siap install software foursquare, facebook pula ada option untuk check in lokasi, software instagram dan macam-macam lagi untuk beritahu kepada orang lain kat mana lokasi kita berada sekarang.

Kisah yang dipaparkan di atas mungkin boleh terjadi kepada sesiapa sahaja kerana kita tidak tahu pun orang lain berniat jahat kepada kita. Lagi-lagilah jika kita ni ada peminat misteri yang memang suka nak ambil tahu apa yang kita buat dan di mana kita berada.

Penjenayah sekarang pun ikut trend juga. Ada macam-macam cara untuk mereka lakukan jenayah. Lebih-lebih lagi sekarang ni top berniaga emas. Ke sana sini buat bisnes emas. Dalam beg pula berkilo-kilo emas. Semoga kita semua berhati-hati berada diluar atau dimana sahaja. Sebab malang ni memang tidak berbau. Sebagai peringatan, pastikan kita buat apa-apa persediaan jika dah tahu bisnes kita ni melibatkan banyak wang.

Semoga ia menjadi peringatan kepada saya juga.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Tersenarai Top 50 Untuk Digi WWWOW

Terima kasih kepada semua rakan pembaca yang sudi vote blog ini untuk Digi WWWOW Awards bagi kategori Mudah.my: Most Promising Webpreneur of The Year.

Biarpun agak lewat dicalonkan tetapi blog ini berjaya masuk dalam senarai top 50 dan berada dikedudukan tangga yang ke-28.

Cara Mengira Untung Memborong Di GuangZhou


Selepas saya buka pendaftaran untuk trip bisnes memborong di Guangzhou, saya menerima banyak emel, sms dan panggilan telefon yang berminat untuk mengikuti trip ini. Ada juga yang bertanyakan berapa banyak wang yang perlu mereka bawa untuk memborong di Guangzhou.

Bagi saya, tiada jawapan tepat untuk anda. Ia subjektif. Semua ini bergantung pada jenis niche yang anda ingin beli dan berapa besar saiz bisnes anda.

Sebagai memenuhi impian mereka yang pertama kali untuk memborong di Guangzhou, saya galakkan anda bawa wang yang secukupnya. Anda boleh membawa wang sebanyak RM3000 hingga RM5000 bagi mereka yang ingin memborong secara kecil-kecilan. Namun, jika anda ingin rasa lebih selesa lagi, anda boleh bawa wang sehingga RM10,000. Sebabnya, di Guangzhou nanti, begitu banyak produk-produk baru yang belum berada di pasaran Malaysia dan ia berpotensi untuk dipasarkan.

Anda sendiri pasti akan rambang mata dan sukar membuat keputusan kerana terlalu banyak produk yang mungkin ianya tidak terfikir oleh anda selama ini bahawa produk itu cukup-cukup berpotensi untuk di jual di Malaysia.

Untuk memborong di Guangzhou, anda harus pandai mengira keuntungan dan kebiasaan mereka yang memborong di Guangzhou, pasti dapat membuat keuntungan daripada jualan barangan yang di borong antara 200 peratus hingga 600 peratus.

Bagaimana cara mengira keuntungan? Katakan anda mengikuti bisnes trip bersama saya. Berikut adalah perkiraan kasar untuk anda. Katakan anda membawa modal awal sebanyak RM5000. Sampai di Guangzhou, anda telah memborong produk dan menghabiskan semua modal yang anda bawa.

Katakan jumlah jualan anda ialah RM15,000. Anda memperolehi untung kasar sebanyak RM10,000. Berapa untung bersih anda jika anda baru pertama kali memborong di Guangzhou?

Andai kos trip pertama ialah RM2400, maka untung bersih (untung kasar tolak kos trip pertama) ialah RM7600.

Untuk trip memborong yang seterusnya, anda dapat meningkatkan lagi keuntungan kerana melalui trip pertama ini anda dapat menimba pengalaman mengembara di negara orang dan melihat sendiri cara masyarakat di Guangzhou menguruskan perniagaan adalah satu pengalaman yang tidak ternilai.

Pengalaman di depan mata ini lebih hebat dari membaca buku atau menonton video. Melalui trip pertama ini juga anda belajar selok-belok perniagaan di Guangzhou dan ia pasti membuka mata anda dengan idea-idea bisnes baru yang terdapat di sana.

Saya mempunyai beberapa orang peserta yang mengikuti trip lalu telah kembali ke Guangzhou secara sendirian dan begitu yakin memborong dalam kuantiti yang lebih besar. Saya juga amat teruja jika anda dapat bersama dalam satu trip bisnes borong seperti ini kerana dengan cara inilah anda bakal mengenali rakan bisnes baru anda yang mungkin mempunyai jaringan network yang lebih besar.


Jadi, berbalik kepada persoalan topik ini, cara mengira keuntungan hasil dari memborong, jawapannya adalah subjektif dan ia ditentukan oleh jenis dan saiz perniagaan anda.

Penyertaan untuk trip memborong pada Jun 2013 masih dibuka. Kepada yang berminat sila buat pendaftaran awal kerana tempat adalah terhad. Kami tak galakkan anda lakukan pendaftaran saat akhir kerana ia akan menyulitkan proses urusan program ini. Kepada yang serius, sila hubungi 0166407479 untuk cara mendaftar dan maklumat kekosongan tempat.

Rujuk info di: http://noorizamshah.blogspot.com/p/trip-china.html

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah <-- like page ini.
Thursday, May 24, 2012

Belajar eBay Dari Rumah


eBay merupakan platform atau tempat untuk anda memasarkan produk fizikal anda ke seluruh dunia. eBay sudah popular sejak 14 tahun lalu dimana hari ini ramai pengguna internet menggunakan medium ini untuk menjual dan membeli produk.

Hari ini ramai pembaca blog ini telah menceburi perniagaan dengan menjual produk di eBay. Bisnes ini mudah. Anda tidak perlu berhenti kerja dan boleh melakukan perniagaan ini secara sampingan. Jika anda serius mendalami ilmu eBay ini, anda pasti boleh menghasilkan jualan dan pendapatan yang bagus.

Saya mempunyai banyak testimoni dari bekas peserta seminar, personal coaching dan pembeli video yang mengakui eBay merupakan lubuk duit terbaik buat mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan.

Belajar eBay dari rumah tidak beri tekanan yang besar kepada anda. Anda hanya perlu uruskan masa dan berikan komitmen untuk mendalami ilmu ini. eBay mempunyai banyak topik dan bab. Anda harus menguasai satu persatu. Apa yang perlu anda fahami ialah perkara asas yang perlu anda buat dan ketahui juga apa yang tidak perlu anda buat.

Anda perlu menguasai ilmu pemasaran kerana pemasaran itu adalah kunci pintu untuk membawa duit masuk ke akuan bank anda. Anda perlu menguasai ilmu kerana dengan ilmu itulah seseorang boleh berjaya dan mendapat hasil yang membanggakan.

Apa juga yang berkaitan dengan eBay seperti Paypal, dropship, pembekal, kad debit dan software perlu anda fahami supaya perniagaan anda ini dapat berjalan dengan lancar.

InsyaAllah pada 26hb Mei ini saya akan adakan seminar eBay yang terakhir untuk tahun 2012 dan di dalam seminar ini saya akan berkongsi dengan peserta topik-topik penting antaranya berkaitan sumber pembekal, dropship, kad debit dan teknik-teknik menghasilkan jualan di eBay.

Yang masih lagi berkira-kira samada nak sertai seminar ini atau tidak, pastikan anda buat keputusan segera dan daftar di link ini:

http://sertaiseminar.com



Nak berjaya, pergilah menuntut ilmu.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Panduan Menang Sebut Harga Tender Kerajaan

“Assalamualaikum, pertamanya saya amat bersyukur kerana ditemukan dengan ebook ini, walaupun saya sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang perolehan kerajaan tetapi masih bayak yang saya tidak tahu dan ebook ini mengajar saya banyak perkara. Saya amat berharap jika dapat ebook ini 10 tahun yang lepas, pasti saya lebih berjaya sekarang.”
Dr. Zamri Mohamad
ZM Gemilang Sdn. Bhd
“Hebat! Saya memang tak sangka ada ebook sebegini dikeluarkan. Saya berharap ada syarikat akan terbitkan ebook ini dan dijadikan buku supaya lebih ramai orang akan mendapat manafaat dari ebook ini. Isi kandungan nya ringkas tetapi padat dengan penerangan dan gaya bahasa yang mudah untuk difahami. Saya syor ebook ini kepada semua kawan-kawan saya yang menjadi ahli CIDB."
Syukor Ammaruddin
Profitline Sdn. Bhd

Siapa disini yang ada lesen Kementerian Kewangan? Siapa disini yang selalu masuk tender kerajaan tetapi selalu sahaja gagal dapat tawaran?

Jika anda adalah mempunya syarikat yang baru ditubuhkan dan baru pertama kali hantar dokumen tawaran sebutharga, pastikan anda dapatkan panduan melalui link ini:

http://bit.ly/menang-sebutharga-tender

Pakar tender bakal dedahkan maklumat-maklumat penting kepada anda.

P.s: Kebetulan pula sewaktu saya menulis post ini, abang ipar saya dapat kontrak kerajaan. :)

Tambah Ilmu, Tambah Wang

Petikan dari buku Nota Jutawan, Nota Kewangan - Irfan Khairi.

Di sini terdapat satu konsep yang amat mudah tetapi amat efektif iaitu, dengan bertambahnya ilmu seseorang, lagi bertambah pendapatan seseorang itu. Mereka yang berilmu tinggi sering kali mendapat pulangan yang tinggi. Manakala mereka yang tidak berilmu akan mendapat pulangan yang rendah.

Ilmu + tidak cerdik = mungkin tidak berjaya
Ilmu + cerdik + bijak = mungkin berjaya

Lihat sahaja pasaran pendapatan:
- Berapakah pendapatan yang boleh diminta oleh lulusan SPM?
- Berapa pula pendapatan yang boleh diminta oleh graduan?
- Berapa pendapatan yang boleh diminta oleh mereka yang mempunyai Master?
- Berapa pula pendapatan mereka yang mempunyai Ph.D?

Walaupun kita sering mendengar mereka yang berjaya dalam perniagaan tidak mempunyai ijazah, tetapi amat penting juga untuk mengetahui bahawa mereka masih lagi mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang perniagaan.

Tidak kita apa jua bidang anda, tambahkan ilmu. Pasti wang juga akan bertambah. Tuliskan tindakan anda selepas ini untuk meningkatkan ilmu.

Nota: Anda boleh melanjutkan pelajaran, mengikuti bengkel, kursus pendek dan sebagainya.

------------------------------------------------------------------------------------------
Tahniah diucapkan kepada semua pembeli DVD Video Lubuk Duit kerana mempraktiskan segala panduan yang dikongsikan di dalam video ini. Saya dimaklumkan ramai yang berjaya menghasilkan jualan dan menjana pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan di eBay selepas membuat pelaburan membeli DVD ini.

Inilah antara pulangan paling berbaloi buat mereka yang mengambil manfaat hasil dari panduan ini.

Untuk mereka yang belum lagi mendapatkan DVD Video Lubuk Duit ini, pastikan anda dapatkan di link ini:
http://www.videolubukduit.com

Sementara itu, bagi mereka yang nak buat pendaftaran ke seminar eBay pada 26hb Mei ini (Sabtu), anda masih lagi boleh berbuat demikian sebelum tengahari hari Jumaat ini. Untuk pendaftaran, layari sekarang di
http://sertaiseminar.com

Ini merupakan seminar eBay yang terakhir untuk tahun 2012 ini. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk bertemu empat mata dengan saya, pelajari teknik dan panduan sebenar bagaimana untuk berjaya di eBay ini.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah
Tuesday, May 22, 2012

Bersenam Dan Jaga Kesihatan


Salah satu tips untuk menjimatkan wang ialah menjaga kesihatan. Kepada mereka yang sihat sekarang, anda seharusnya bertuah kerana diberi kesihatan yang baik berbanding mereka yang sudah menghidap penyakit bertahun-tahun lamanya.

Hari ini banyak penyakit moden yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Antaranya penyakit kanser, kencing manis, darah tinggi, leukimia dan imunisasi yang lemah.

Dengan menjaga kesihatan, anda dapat menjaga bil kesihatan. Kebiasaannya, bil kesihatan boleh mengjangkau sehingga berpuluh hingga beratus ringgit sebulan. Bagi mereka yang tidak menjaga kesihatan, bil kesihatan mereka lebih tinggi.

Sewaktu kita mempunyai kudrat yang baik ini, jagalah tubuh badan kita. Bersenam dan makan makanan sihat (seperti mengambil jus Monavie). Kurangkan gula, tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran (buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah pemakanan yang murah dan dapat menjimatkan kos.)

Badan yang sihat akan mengurangkan segala kos perubatan jangka pendek dan juga jangka panjang.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Robot FaceBook - Hamba Pemasaran Anda!



Adakah anda menghabiskan terlalu banyak masa di FaceBook, tetapi tak nampak hasil yang sepatutnya?

Mungkin anda sekarang ini sedang melalukan promosi di FaceBook dengan cara yang salah!

YA.. mungkin anda sekarang ini hanya menggunakan "kuasa manusia" iaitu masa anda sendiri, menghadap komputer 8-14 jam sehari di FaceBook.

Ada cara yang lebih baik, iaitu menggunakan "kuasa robot". Dapatkan maklumat penuh di sini:

http://bit.ly/robot-FB 

Dengan sistem ini, anda boleh melakukan pemasaran FaceBook secara automatik.

"Robot FaceBook" akan membuat posting ke FB bagi pihak anda 24 jam sehari, ke semua akaun dan Page anda di FaceBook. Ia bagaikan "hamba" anda sendiri yang akan mengikut semua arahan anda tanpa banyak alasan, dan tanpa perlu makan atau tidur.

Sila tonton video di sini:

http://bit.ly/robot-FB 

Mungkin idea menggunakan "kuasa robot" adalah baru untuk anda, tetapi ramai pakar media sosial di arena antarabangsa yang sedang menggunakan teknik ini tanpa anda sedari.

Kalau anda nak jimatkan masa dan dapatkan jualan yang lebih tinggi dari FaceBook, saya cadangkan anda gunakan "kuasa robot" secepat mungkin.

Ikhlas,

Noorizam Shah

BULAN REJAB; Manfaatnya utk kejayaan dunia akhirat!

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


Sumber: Google Search.

Minggu Terakhir Pendaftaran Seminar eBay

Minggu ini adalah minggu terakhir untuk mereka yang ingin mendaftar seminar eBay. Hari ini saya mula siapkan modul untuk diedarkan kepada semua bakal peserta dan semua peserta akan dihubungi oleh saya sendiri mulai esok.

Kepada anda yang telah pun mendaftar, pastikan anda telah membuat sedikit persediaan seperti menyiapkan akaun eBay dan Paypal. Pastikan anda sudah memiliki debit kad. Jika masih lagi belum buat, sila pastikan anda buat dalam minggu ini.

Nak cepat dan mudah, mohon sahaja kad debit dari CIMB Bank atau RHB Bank. Untuk seminar terakhir bagi tahun 2012 ini, saya akan berkongsi dengan anda banyak info dan maklumat bagaimana anda boleh sukses dalam perniagaan di eBay.

Matlamat seminar ini adalah untuk melihat anda menjalankan perniagaan di eBay untuk jangka masa panjang. Kami tidak mahu memberi risiko kepada anda dengan hanya memikirkan matlamat jangka pendek dan akhirnya mengorbankan banyak masa, wang dan tenaga.

Bagi mereka yang nak mendaftar, anda masih ada waktu kritikal untuk membuat bayaran sebelum pendaftaran ditutup. Lakukan pendaftaran dan buat bayaran dengan rujuk link ini:

http://sertaiseminar.com

-----------------------------------------------------------------------

Kepada yang bertanya saya melalui emel, adakah sesi Personal Coaching masih diadakan selepas ini, jawapan saya, Ya! Sesi ini masih diteruskan.

Untuk menyertai sesi ini, anda boleh rujuk yuran penyertaan dan tarikh terkini di link ini:

http://noorizamshah.blogspot.com/p/personal-coaching.html

Jika tarikh yang dinyatakan tidak sesuai dengan anda, sila request tarikh kepada saya terlebih dahulu untuk saya melihat kesesuaian masa dan jadual saya.

Terima kasih.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah

Tuesday, May 15, 2012

Tawaran Sempena Ulangtahun Perkahwinan


Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan selamat kepada saya sempena ulangtahun perkahwinan saya yang ke 5 tahun. Alhamdulillah kerana dikurniakan seorang isteri yang memahami dan sentiasa menyokong kerjaya saya.

Sepanjang tempoh perkahwinan ini jugalah saya semakin serius menjalankan perniagaan di eBay sehinggalah hari ini. Biar pun mencabar, saya yakin eBay masih lagi relevan dan mampu memberi pendapatan kepada penjual-penjual produk fizikal.

Di eBay kita kena sentiasa kreatif. Kita harus peka dengan perkembangan semasa, trend jualan dan permintaan. Kita harus tahu bagaimana untuk memanipulasi pasaran menggunakan teknik dan kaedah yang berkesan.

Jika orang kata eBay ini ok atau tidak? Jawapan saya, eBay masih lagi lubuk duit yang terbukti mampu memberi pendapatan "segera" kepada penjual. Yang penting anda kena kuasai ilmu bisnes ini. Tidak cukup sekadar membaca sahaja.

Berbalik kepada topik di atas, saya ingin memberi tawaran yang cukup istimewa sempena ulangtahun perkahwinan saya ini. Semua orang tahu, saya ada menjual DVD panduan memulakan bisnes di eBay iaitu DVD Video Lubuk Duit di http://www.videolubukduit.com. Seperti yang anda lihat, harga promosi ketika ini ialah RM199.

Sekarang, di post ini saya ingin berikan tawaran kepada 5 3 orang terawal yang ingin mendapatkan DVD panduan paling laris di pasaran internet ini dengan hanya harga RM110 sahaja!

Jimat RM89.00!

Memandangkan tawaran ini tidak dibuka kepada semua dan sempena ulangtahun perkahwinan saya, jadi ambillah peluang ini kerana tawaran hanya datang sekali sahaja.

Ini sebagai menghargai anda yang sentiasa menyokong usaha saya berkongsi ilmu bermanfaat di blog ini.

Untuk dapatkan harga tawaran ini, sila ikut arahan berikut:

1. Jangan beli melalui link website http://www.videolubukduit.com
2. Terus buat bayaran ke akaun Maybank, NS CONSULTATION AND MANAGEMENT, 512361165401. Jika anda membuat bayaran secara online banking, sila guna 3rd party email ini; nsconsultation @ gmail.com
3. Yang nak buat bayaran guna kredit kad atau paypal, sila buat bayaran menggunakan paypal dan bayar ke emel vlubukduit @ gmail.com. Bayaran hanya USD34.00
4. Untuk bayaran, jangan bayar RM110. Buat bayaran RM100.xx, untuk xx sila masukkan dua digit terakhir no handphone anda. Contoh jika dua digit terakhir anda ialah 41, sila buat bayaran RM100.41
5. Selepas anda membuat bayaran, sila hantar butiran lengkap bayaran anda ke link http://noorizamshah.com/#contact. Sertakan sekali NAMA PENUH, ALAMAT LENGKAP dan NO HP ANDA.
6. Maklumat yang tidak lengkap akan menyebabkan pengesahan anda digantung sehingga saya sendiri akan call untuk pengesahan selanjutnya.

Jadi, tunggu apa lagi? Bertindaklah sekarang! 1st come 1st serve!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah



Bersama Kewangan Yang Sihat


Irfan Khairi menulis di dalam sebuah bukunya, 86% daripada kejayaan seseorang itu bergantung kepada mereka yang berada di sekelilingnya. Untuk mempunyai gaya hidup kewangan yang sihat, kita perlu bersama-sama mereka yang mengamalkan gaya hidup kewangan yang sihat.

Siapa disekeliling kita, jika sekarang kita berada di dalam kelompok mereka yang mengamalkan gaya hidup kewangan yang tidak sihat, kewangan kita pun akan sentiasa bocor sana sini.

Pepatah mat saleh berbunyi, "If you would like to fly with the eagles, don't flock with the turkeys'.
Begitulah juga halnya dengan kewangan. Kita perlu bersama mereka yang mempunyai gaya hidup kewangan yang sihat. Selain itu, kita boleh banyakkan membaca buku atau maklumat berkaitan dengan pengurusan kewangan. Tidak semestinya nak berkawan dengan mereka dari golongan kaya yang mempunyai kewangan yang stabil dan tidak boros berbelanja.

Saya mempunyai seorang kawan yang suka melihat kawan-kawan lain mempunyai tahap kewangan yang lebih sihat. Pernah suatu ketika beliau merancang sebuah program berkaitan pengurusan kewangan dan mereka saling cabar mencabar siapa paling banyak menyimpan dalam setiap bulan. Berkawan dengan mereka yang mempunyai pemikiran yang sama seperti itu akan mendekatkan kita dan melatih kita untuk mengamalkan gaya hidup kewangan yang lebih sihat. Lama-kelamaan, kita juga akan terikut-ikut dengan cara mereka.

Begitulah sebaliknya, sekiranya kita selalu bersama golongan yang mengabaikan perihal kewangan mereka dan berbelanja dengan boros, takut-takut suatu hari nanti kita terikut-ikut pula tabiat yang kurang sihat itu.

Sekarang saya belajar sesuatu, hari ini saya mula simpan emas sedikit demi sedikit.

Oleh itu, pilihlah untuk sering bersama mereka yang mempunyai kewangan yang sihat.

"Kita memilih atau menolak kawan bukan kerana dirinya sebagai seorang insan atau individu tetapi kerana sikap, tabiat dan cara hidupnya yang tidak sihat akan mempengaruhi dan mencorak kehidupan kita. Sesungguhnya rakan itu ibarat cermin."
Jumpa lagi,
Add saya di FB
http://fb.com/noorizamshah

Saturday, May 12, 2012

Masa Semakin Suntuk

Hari ini 12 haribulan. Masa sudah semakin suntuk. Jika anda belum lagi mendaftar untuk program Seminar eBay pada 26 haribulan Mei ini, akan bakal terlepas satu atau mungkin 2 tahun lagi untuk program yang sama atau tidak ada lagi program seperti ini akan diadakan.

Setakat ini tinggal beberapa tempat kosong sahaja lagi sebelum ia ditutup. Jika anda ingin mempelajari bagaimana untuk menghasilkan jualan dan pendapatan melalui platform eBay, pastikan anda hadirkan diri anda di seminar ini. Layari http://www.sertaiseminar.com untuk pendaftaran.

Jadi, anda ada lebih kurang 14 hari sahaja lagi untuk memastikan anda berada di seminar ini.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Tuesday, May 8, 2012

Soalan Bocor Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 12 Mei 2012?

Saya baru perasan tadi, SPA dah umumkan calon yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis Kemasukan sebagai PTD Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada 12 Mei ini.

Anda boleh buat semakan melalui link ini;

[+] http://goo.gl/Vgc86 (saya pendekkan link panjang ni!)

Tapikan, setiap tahun ramai je yang tak lulus exam SPA. Susah katanya, ye lah skopnya sangat luas dan kadang tu soalan tah hape hape!

Memang exam bertulis ni la tempat SPA nak singkirkan calon yang ramai. Tapi tgk kat sini ramai pulak yang lulus entah apa rahsia diaorg. Email semua cakap lepas, mungkin anda nak tgk boleh terus gi sini;

http://bit.ly/ptd12mei

Sekadar nak berkongsi :)

Kalau nama anda dipanggil dan termasuk dalam senarai tu, anda mmg kena tgk mcm mana diaorg lulus..

ikhlas
Noorizam Shah

Monday, May 7, 2012

Harga eBook Teknik FBO Bakal Dinaikkan!

Berita hot berapi!!!

Sudah lebih 322 unit produk TeknikFBO terjual dalam masa 4 1/2 hari setengah dilancarkan! Jualan RM34,584 telah berjaya dihasilkan dalam tempoh masa tersebut!

RM197 - 62 unit terjual
RM97 - 165 unit terjual
RM67 - 95 unit terjual
Lagi 178 unit sebelum harga FBO bakal dinaikkan!

Dapatkannya sebelum kehabisan! Rujuk link ini: http://bit.ly/teknikFBO

Sunday, May 6, 2012

Best Juga Satu Transaksi AUD100 Ke Atas

Tak susah pun nak buat, kalau tau caranya. Ini bisnes syok-syok sendiri. Tak perlu fikir nak kena marah dengan boss. Anda boss. Anda kuli. Pandai-pandai nak uruskan masa. Pandai-pandai nak uruskan listing.

Di eBay macam-macam boleh jual tapi kena tau jugalah produk apa yang boleh jual, produk apa yang tak boleh jual. Produk apa yang berisiko jual, produk apa yang tak berisiko jual.

Dalam seminar saya pada 26hb Mei 2012 ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana cara terbaik untuk anda menjual dan menghasilkan jualan di eBay. Hakikatnya ramai yang tak tau. Main hentam kromo pun ramai juga. Ini kes tak nak membaca dan tak nak mendalami ilmu. Nampak orang buat duit kat eBay, dia pun nak buat duit kat eBay. Last-last, produk tak terjual, fee yang tinggi perlu dia tanggung.

eBay ni memang lubuk duit. Semua eBayer tahu ebay memang lubuk duit. Senang nak buat fast money. Tapi senang juga nak bungkus bisnes jika ego dan tak nak belajar.

Seminar yang saya adakan pada bulan Mei ini adalah seminar terakhir untuk tahun 2012. Jika anda rasa nak belajar eBay, anda boleh tunggu 1-4 tahun lagi (kot saya nak sharing lagi waktu tu).

Di dalam seminar terakhir ini saya akan share banyak topik termasuklah topik multiple akaun, Virtual Credit Card, Access limit, Selling limit, rahsia DSR, cross selling, tool-tool dan ehemmm.. datang je seminar nanti.

Buat yang serius nak buat duit dengan eBay dan nak pastikan pelaburan ilmu anda berbaloi-baloi, hanya daftarkan diri di http://sertaiseminar.com, lock kan posisi anda dan jumpa saya pada hari seminar nanti.

Kalau tengok gambar kat atas tu, oklah kan kalau dapat income sesekali AUD100-AUD200 per transaksi. Kalau ada multiple akaun amacam? Ni yang nak kena belajar ni. Kannn.

Noorizam Shah

Orang Lain Buat, Kita Buat

Amacam? Satu listing beri jualan kasar RM7000 lebih, siapa nak berikan? Sambil-sambil je tu. Orang perempuan memang suka dapat simpan koleksi Tupperware ini. Entahlah, dari zaman mak saya muda-muda dah popular Tupperware ini. Sampai ada orang tu, satu almari penuh tersusun koleksi-koleksi Tupperware dia.

Saya ada perasan dengan peniaga Tupperware yang buat meja jualan di Giant, Tesco, Carrefour. Kan best sambil-sambil tunggu pelanggan membeli, apakata buat listing di eBay dan jual. Boleh juga buat tampung-tampung sewa tapak meja jualan tu kan?

Gambar ini dapat membuktikan yang Tupperware ada permintaan di pasaran luar negara walaupun produk ini memang di import dari luar negara. :)

Nak tau macam mana nak jual Tupperware ke oversea? Ha... jom sertai seminar terakhir saya pada 26hb Mei 2012 ini. Kalau kerja pada hari sabtu tu, apply cuti. Jika ada program lain, batal je program tu. Nak buat duit tak? Datang seminar ini. Daftar online disini: http://sertaiseminar.com

Pakar Design Logo Gambar Boleh Buat Duit

Jika anda ada kemahiran merekabentuk logo, gambar, tulisan atau produk, anda berpotensi untuk menjana pendapatan di eBay.

Semakin tinggi kemahiran anda, semakin berpotensi untuk anda menghasilkan wang besar di eBay.

Konsep print on demand juga mempunyai permintaan dan ia lebih mudah untuk dihasilkan. Anda tidak perlu simpan stok membeli produk siap di rumah. Anda boleh menghasilkan produk anda sendiri apabila ada permintaan.

Semua ini anda boleh belajar di dalam seminar eBay terakhir tahun ini dengan mendaftar di http://www.sertaiseminar.com

Seminar eBay Terakhir Bulan Mei Ini

Kepada yang belum lagi mendaftar ke seminar eBay pada 26hb Mei ini, pastikan anda berbuat demikian segera kerana ini adalah seminar terakhir yang anda saya adakan pada tahun ini. Dalam seminar ini saya akan dedahkan lebih banyak lagi rahsia dan teknik bagaimana nak buat duit dengan eBay.

Untuk sertai sila mendaftar di http://www.sertaiseminar.com. Kepada yang beranggapan nak pergi pada seminar berikutnya, saya minta maaf banyak-banyak. Seminar ini tidak akan diadakan lagi tahun ini. Anda mungkin kena tunggu 1-3 tahun lagi. :)

Sebab, selain saya sendiri menjual produk di eBay, saya juga ada fokus kepada beberapa projek lain seperti bisnes Monavie, Printing, Personal Coaching dan beberapa produk yang akan dilancarkan

So, kalau nak korek rahsia buat jualan di eBay melalui seminar saya, pastikan anda hadirkan diri, yang bekerja pada hari sabtu tu, sila apply cuti siap-siap sebab ada 1 rahsia penting yang saya tak dedahkan kepada umum dan memang saya simpan sampai hari ini. Bersedialah lakukan pelaburan bermanfaat ini dengan hadirkan diri ke seminar saya pada 26hb Mei 2012 ini.

Kalau ada nak pergi mana-mana hari tu, batalkan segala program anda pada 26hb Mei 2012. Yang pasti, siapa yang hadir pada hari itu, mereka je lah yang tahu dan biar mereka sahaja yang makan tak habis kat eBay.

Daftar di http://www.sertaiseminar.com

Jumpa lagi,
Noorizam Shah

Friday, May 4, 2012

Prinsip Hidup Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary iaitu orang melayu paling kaya di Malaysia.

Di dalam post ini saya kongsikan kepada anda bukan sekadar faktar tetapi ianya meliputi kisah dan prinsip hidup Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary iaitu orang melayu paling kaya di Malaysia. Semoga artikel ni memberi manfaat untuk kita semua agar lebih bermotivasi untuk berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Jom kita baca apakah prinsip Tan Sri Syed Mokhtar:

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS. ADA MASA DI ATAS, ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI. SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA, APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA, BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN. SAYA TIDAK MALU. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI. KITA KENA BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI . Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK, DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG.

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ....Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF, BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA. SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI. HARI INI KITA TOLONG ORANG, ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA. PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK. JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA. TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR. GIGIH, TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA. SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR.

39. ALLAH MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANT. SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN

Bagaimana Menjadi Pelabur Underground

http://bit.ly/undergroundinvestor

Inilah masanya untuk anda mengetahui apakah PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN dan bagaimana "MEREKA" yang telah lama tahu rahsianya mengaut keuntungan berlipat kali ganda secara senyap…

Maklumat lanjut sila rujuk link ini: http://bit.ly/undergroundinvestor

Noorizam Shah
FB Fanpage: http://fb.com/noorizamshah

Video Berhenti Kerja Akan Habis!

Salam hormat..
Saya baru sahaja terima emel dari Ammar Zahar dan beliau baru saja maklumkan kepada saya yang buku Empayar Perniagaan Internet beliau kini sudah terjual sebanyak 70 unit di internet. Satu angka yang agak besar untuk 3 hari berkerja ni. Berita sedihnya, Video Bonus yang beliau berikan secara percuma, iaitu video berhenti kerja akan ditarik balik selepas jualan mencecah 100 unit.

Jadi, pastikan anda tidak terlepas untuk dapatkan video berhenti kerja ni. Ammar memang terkenal dengan ketegasan beliau setiap kali menjalankan pemasaran di internet. Beliau bukan main-main dan bukan sekadar nak buat 'marketing gimmick' tetapi bila Ammar cakap nak tarik balik video tersebut, beliau memang betul-betul maksudkannya..

http://www.jootawan.com/empayar/hop.php?ref=beli

Jangan lupa dapatkan buku ini sekarang juga. Jangan tangguh lagi. Kalau lambat memang rugi!
Ikhlas,
Noorizam Shah



Thursday, May 3, 2012

Antara Sedutan Video Sebelum Bob Kuman Meninggal Dunia

Alfatihah buat Allahyarham Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Rawi dan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

Secara peribadi saya sukakan lawak jenaka dari Allahyarham ketika masih hidup. Kini arwah telah menemui penciptaNya buat selama-lamanya.

Sebelum ini ada laporan mengatakan arwah telah meninggal dunia beberapa minggu lalu tetapi dinafikan oleh arwah dalam rakaman Melodi dan di Youtube.

Kisah arwah jatuh sakit mula disebarkan di facebook dan bermacam-macamlah andaian cerita dari pelbagai pihak.

Mungkin ramai yang perasan sejak beberapa menjak ni ramai artis Malaysia mula mendekati program-program berunsur kerohanian dan agama. Salah seorangnya ialah arwah Bob.

Baru-baru ini ketika program yang turut dihadiri ustaz Azhar Idrus, arwah Bob telah berkongsi kisah bagaimana beliau mendapat hidayah biarpun sebelum ini kehidupan beliau sebagai seorang artis mempunyai banyak onak duri.

Sehinggalah Allah beri beliau petunjuk untuk melakukan perubahan dalam diri.

Saya menonton video ini dan beristighfar dengan apa yang beliau lalui sepanjang berada di tanah suci Mekah.

Dan ketika beliau jatuh sakit, saya juga mengikuti perkembangan beliau samada di media elektronik atau video yang diupload di Youtube.

Antara petikan video yang dirakam ketika saat akhir Allahyarham masih hidup ialah dimana Tuan Guru Abdul Hadi Awang datang ziarah ke rumah arwah di Damansara.

Ramai yang beranggapan hidup sebagai seorang pelawak atau penghibur itu indah. Hakikatnya kehidupan mereka juga sama seperti orang lain. Ada waktu susah dan ada waktu senang. Ada waktu sihat dan ada waktu sakit. Rezeki, jodoh dan ajal maut itu terletak ditangan Allah.

Kita yang hidup hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Yang pergi tetap akan bertemu dengan yang Maha Esa. Yang hidup, teruskan kehidupan, jaga kesihatan.

Alfatihah buat Allahyarham.

Noorizam Shah

Teknik FB Ads FBO Belajar Dari Pakar

Setakat ini, panduan FB Ads yang boleh dikatakan terbaik adalah panduan yang dikeluarkan oleh saudara Jamal Baharudin bersama Ali Hanifiah.

Panduan ini baru sahaja dilancarkan hari ini dan nampaknya produk ini bakal menjadi produk panas untuk beberapa bulan ini.

http://bit.ly/teknikFBO

Dikhabarkan kouta awal bakal dijual sebanyak 500 unit kepada umum dengan harga dibawah nilai pasaran sebenar. Ini memang tawaran tak masuk akal.

Teknik FB Ads ini adalah panduan bagaimana anda boleh menggunakan pengiklanan di facebook pada kos yang rendah dan menghasilkan jualan berkali-kali ganda menggunakan teknik-teknik yang terbukti berhasil.

Ada orang kata menggunakan FB Ads, boleh dapat trafik beribu-ribu pengguna FB hanya dalam masa beberapa jam! Fuh! Hebat betul. Ada orang kata FB Ads boleh hasilkan ribuan RM hanya dalam masa sehari! Boleh kaya segera ni! Ada orang kata FB Ads lagi menjimatkan berbanding medium pengiklanan lain seperti blog, banner berbayar, Google adwords, email marketing. Mungkin?

Ada orang kata FB Ads ni mudah saja, setup dan tinggal! Tunggu pelanggan masuk membeli saja. Ada orang kata kalau dah buat FB Ads, tak perlu dah rekrut/pasang affiliate dan JV! Yelah, nak dapat JV dan affiliate bukan senang nak dapat. FB Ads dapat membantu anda, lebih-lebih lagi untuk sang newbie! Ermmm... Macam-macam lagi la orang kata, semua POWER-POWER pasal FB Ads ni..

Tetapi adakah ia benar belaka?

Apa itu FB Ads?

http://bit.ly/teknikFBO

Jika anda memang menjalankan perniagaan di facebook atau bukan di facebook tetapi mahu menggunakan FB Ads sebagai salah satu kaedah pemasaran berkesan dan efektif anda saya syorkan anda menggunakan segala panduan yang dikongsikan di dalam teknik FBO ini.

Sebagai contoh mereka yang menjalankan perniagaan menjual jus Monavie boleh menggunakan fb ads sebagai salah cara menarik traffik ke laman facebook page atau ke laman web jualan tanpa perlu melakukan pemasaran agresif. Hanya setup beberapa langkah dan biarkan ia bekerja sendiri dan anda tunggu sahaja pembelian dari pelangan anda.

Saya sendiri telah menggunakan panduan dari Teknik FBO ini untuk mempromosikan produk DVD Video Lubuk Duit di facebook.

Hasilnya saya memperolehi jualan yang banyak tanpa perlu mengeluarkan kos pengiklanan yang tinggi. Memang nampak seperti mudah untuk setting iklan di facebook tetapi hakikatnya jika anda tidak tahu teknik meletak tajuk headline, menulis ayat iklan dan menggunakan gambar, iklan anda itu akan menjadi sia-sia.

Duit banyak terbuang, masa berlalu begitu sahaja dan tiada seorang pun membeli produk anda. Jadi buat apa peningkan kepala melakukan promosi syok sendiri yang akhirnya merugikan anda.

------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada yang vote blog ini sempena Anugerah Digi WWWOW. Anda boleh terus melakukan undian dan beri sokongan kepada blog ini dengan klik butang vote di laman web seperti di dalam link yang tertera dibawah:

http://www.wwwow.my/display_entry.aspx?ID=b1a2d273-ece9-4699-8953-111e74e4c581

Terima kasih juga meletakkan blog ini didalam kedudukan yang baik di senarai top 10 most view pagi kategori Mudah.my :: Most Promising Webpreneur of the Year

Jumpa lagi,
Noorizam Shah

Contest Dapat Free Tiket Ke Korea + Samsung Galaxy Tabs

Nak tengok macam mana? Klik logo vote now dibawah

Bila masuk ke page tersebut, sila klik butang warna kuning VOTE NOW.

Login guna akaun facebook atau twitter.

Terima kasih
Noorizam Shah

Penipuan Terancang. Berhati-hati Apabila Berurusniaga

Perkara ini telah banyak kali disentuh. Hakikatnya masih ramai yang alpa dengan kisah yang telah berlaku sebelum ini.

Penipuan terancang.

Anda mungkin terdedah dengan aktiviti penipuan. Ia boleh berlaku samada di atas talian atau tidak. Tidak kira platform bisnes. eBay, Facebook, Lelong, Mudah, Apeje, Website, Blog atau emel. Sesiapa sahaja boleh terdedah dengan penipuan termasuklah diri saya.

Jadi, untuk mengelakkan anda ditipu oleh mereka yang tidak bermoral ini, pastikan anda perlu tau beberapa etika ketika melakukan urusniaga di internet.

Dalam post ini, saya ingin sentuh kisah benar yang dikongsikan oleh rakan saya mengenai bagaimana beliau hampir-hampir ditipu di dalam urusan jual beli produk di laman web Mudah.my

Kisahnya dimana kawan saya ini nak jual kamera digital di Mudah.my

Suatu hari, beliau dapat panggilan dari seorang wanita yang berminat untuk membeli kamera digital ini. Dengan alasan, wanita ini telah menghilangkan kamera milik rakannya dan beliau diminta untuk menggantinya semula, jadi wanita ini telah bersungguh-sungguh untuk membelinya.

Nak dijadikan cerita, semasa nak buat pertemuan dan melakukan urusan pembayaran, wanita berkenaan telah menghubungi rakan saya ini untuk bertemu dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai rakannya. Rakannya ini akan membayar wang kepada rakan saya ini.

Pada awalnya, pertemuan dirancang disebuah pusat membeli-belah, tetapi wanita ini berkali-kali meminta supaya rakan saya ini buat pertemuan di sebuah bank.

Atas niat memang nak sangat jual kamera digital ini, beliau pun pergi ke bank untuk bertemu dengan lelaki yang didakwa sebagai rakan kepada wanita berkenaan.

Sewaktu bertemu dengan lelaki itu, wanita berkenaan telah call lelaki tersebut supaya lelaki itu lakukan bayaran ke dalam akaun bank wanita berkenaan (duit yang dimasuk atas nama seorang lelaki). Rakan saya mula rasa sangsi dan timbul persoalan kenapa lelaki itu tidak beri sahaja wang tunai kepadanya sedangkan barang sudah ada di depan mata.

Dakwa lelaki itu, wanita itu berkali-kali suruh masukkan wang ke dalam akaun bank wanita berkenaan kerana takut rakan saya ini telah naikkan harga (mark up) dan menjual kamera digital ini pada harga yang tinggi kepada lelaki ini.

Untuk pengetahuan anda, wanita tersebut sebenarnya telah awal-awal lagi beritahu lelaki ini yang beliau akan bertemu dengan rakan saya ini yang didakwa sebagai rakan kepada wanita berkenaan. Pulak.

Anda nampak sekarang bagaimana wanita ini buat mastermind untuk scam salah seorang daripada mereka.

Akhirnya, selepas lelaki itu memasukkan wang ke dalam akaun bank wanita berkenaan dan call wanita berkenaan, terus wanita tersebut tidak lagi menjawab dan mematikan telefon bimbit.

Selepas disoal, lelaki itu sebenarnya menceritakan yang beliau ingin membeli kamera digital dan melihat ia dijual pada harga rendah di laman web Mudah. Penjual itu adalah wanita itu. Apabila wanita ini mula mendapatkan mangsanya, wanita ini akan mencari penjual yang betul-betul mempunyai kamera digital untuk dijual dan merancang urus niaga seperti modus operandi diatas.

Sekarang lelaki yang masukkan wang tadi telah berputih mata. Beliau telah ditipu dan rakan saya hampir-hampir juga menyerahkan kamera digital kepada lelaki ini, jika tidak yang berputih mata rakan saya ni.

Kes ini telah dipanjangkan dan telah pun dilaporkan kepada polis. Laporan dibank juga telah dibuat. Lelaki yang kena tipu ini berkata, dia akan cari wanita ini sehingga jumpa.

----------------------------------------------------------------------

Kisah diatas jadikan pengajaran. Jangan mudah terpedaya dengan modus operandi macam ni. Jika anda hadapi situasi seperti ini pastikan anda dapatkan penjelasan sebenar sebelum lakukan final transaction. Ambil masa sebelum buat serahan terakhir. Berbual dengan penjual atau pembeli anda. Lihat reaksi mereka samada mereka tergesa-gesa, gelisah atau kelam-kabut. Jika mereka mewakilkan orang lain, pastikan buat pengesahan beberapa kali.

Nak kena tipu ini, kat mana-mana pun boleh kena tipu. Apa yang penting, kita perlu ada kesedaran, kena ada ilmu, sentiasa merujuk (seperti info yang ada dalam blog ini).

Jumpa lagi. Jangan lupa vote blog ini untuk Anugerah DIGI Awards disini: http://bit.ly/digiwwwwow. Sokongan dan undian anda amatlah diperlukan untuk memberi semangat kepada saya untuk lebih banyak menulis, menyumbang artikel dan berkongsi info serta panduan bermanfaat kepada anda.

Noorizam Shah

Tuesday, May 1, 2012

Pelabur Emas Rugi RM411 Juta

Kata pakar nak melabur dalam emas kena ada ilmu. Jika tidak, pelaburan jadi peleburan. Hari ini Harian Metro melaporkan sebuah syarikat tempatan yang menjalankan skim pelaburan emas gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara.

Skim pelaburan emas Bestino itu dilaporkan memberi jaminan kepada pelabur bahawa setiap pelaburan yang dibuat akan diberi pulangan yang agak lumayan setiap bulan. Memandangkan skim pelaburan itu mula bermasalah, syarikat Bestino Golden House Sdn Bhd telah berjanji untuk memulangkan semula semua duit pelaburan dari pelaburan yang mencecah RM411.19 juta itu dalam waktu terdekat dan proses pengurusan wang dari Hong Kong itu akan dibuat dengan dimasukkan ke akaun bank pelabur di Malaysia.

Oleh kerana ramai dari kalangan pelaburan tidak mempunyai ilmu pelaburan dan lebih terpedaya dengan pulangan yang ditawarkan, mereka sanggup meminjam wang cari ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan yang menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu.

Sebab tamak, akhirnya menjerut leher sendiri.

Kepada anda yang ingin melabur dalam emas pastikan anda mendapatkan info dan maklumat serta mendalami ilmu pelaburan emas terlebih dahulu. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji yang anda belum pasti akan perolehi.

Di Malaysia ada banyak syarikat yang menjalankan perniagaan emas pelaburan. Pastikan anda menyemak syarikat, latar belakang syarikat, kejayaan syarikat, produk dan potensi perniagaan yang boleh anda perolehi.

Antara contoh syarikat yang berpotensi untuk anda melibatkan diri dengan emas ialah:

Public Gold
Kelantan Gold
dan banyak lagi.

Memandangkan trend perniagaan yang popular di Malaysia ialah perniagaan emas, jadi berhati-hati jika anda ditawarkan peluang perniagaan ini. Semak dengan pihak bertauliah. Lebih baik melabur wang anda untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Jika ingin sangat nak melabur dalam emas, pastikan anda dapatkan nasihat dari mereka yang benar-benar berpengalaman.

---------------------------------------------------------------------------------

Undi blog ini dengan klik gambar dibawah:

Most Promosing Webpreneur Of The Year

Hari ini blog Noorizam Shah (dot) net telah menyertai undian bagi Anugerah DiGi WWWOW dalam kategori "Most Promosing Webpreneur Of The Year".

Ini kali pertama blog ini dicalonkan di dalam anugerah seperti ini. Memandangkan ada 13 hari lagi tarikh tutup undian, saya mengalu-alukan rakan pembaca yang saya sayangi dan kasihi sekelian untuk turut serta mengundi blog ini. :)

Jasamu dikenang.

Untuk lakukan undian, tuan puan boleh layari link ini: http://bit.ly/digiwwwwow

Di page itu nanti, anda hanya klik butang Vote. Anda boleh memilih mengundi menggunakan akaun facebook atau twitter anda.

Terima kasih sekali lagi.

Jumpa lagi.
Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search