Irfan Khairi menulis di dalam sebuah bukunya, 86% daripada kejayaan seseorang itu bergantung kepada mereka yang berada di sekelilingnya. Untuk mempunyai gaya hidup kewangan yang sihat, kita perlu bersama-sama mereka yang mengamalkan gaya hidup kewangan yang sihat.
Siapa disekeliling kita, jika sekarang kita berada di dalam kelompok mereka yang mengamalkan gaya hidup kewangan yang tidak sihat, kewangan kita pun akan sentiasa bocor sana sini.
Pepatah mat saleh berbunyi, "If you would like to fly with the eagles, don't flock with the turkeys'.Begitulah juga halnya dengan kewangan. Kita perlu bersama mereka yang mempunyai gaya hidup kewangan yang sihat. Selain itu, kita boleh banyakkan membaca buku atau maklumat berkaitan dengan pengurusan kewangan. Tidak semestinya nak berkawan dengan mereka dari golongan kaya yang mempunyai kewangan yang stabil dan tidak boros berbelanja.
Saya mempunyai seorang kawan yang suka melihat kawan-kawan lain mempunyai tahap kewangan yang lebih sihat. Pernah suatu ketika beliau merancang sebuah program berkaitan pengurusan kewangan dan mereka saling cabar mencabar siapa paling banyak menyimpan dalam setiap bulan. Berkawan dengan mereka yang mempunyai pemikiran yang sama seperti itu akan mendekatkan kita dan melatih kita untuk mengamalkan gaya hidup kewangan yang lebih sihat. Lama-kelamaan, kita juga akan terikut-ikut dengan cara mereka.
Begitulah sebaliknya, sekiranya kita selalu bersama golongan yang mengabaikan perihal kewangan mereka dan berbelanja dengan boros, takut-takut suatu hari nanti kita terikut-ikut pula tabiat yang kurang sihat itu.
Sekarang saya belajar sesuatu, hari ini saya mula simpan emas sedikit demi sedikit.
Oleh itu, pilihlah untuk sering bersama mereka yang mempunyai kewangan yang sihat.
"Kita memilih atau menolak kawan bukan kerana dirinya sebagai seorang insan atau individu tetapi kerana sikap, tabiat dan cara hidupnya yang tidak sihat akan mempengaruhi dan mencorak kehidupan kita. Sesungguhnya rakan itu ibarat cermin."Jumpa lagi,
Add saya di FB
http://fb.com/noorizamshah