Tuesday, May 22, 2012

Bersenam Dan Jaga Kesihatan

Bersenam Dan Jaga Kesihatan


Salah satu tips untuk menjimatkan wang ialah menjaga kesihatan. Kepada mereka yang sihat sekarang, anda seharusnya bertuah kerana diberi kesihatan yang baik berbanding mereka yang sudah menghidap penyakit bertahun-tahun lamanya.

Hari ini banyak penyakit moden yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Antaranya penyakit kanser, kencing manis, darah tinggi, leukimia dan imunisasi yang lemah.

Dengan menjaga kesihatan, anda dapat menjaga bil kesihatan. Kebiasaannya, bil kesihatan boleh mengjangkau sehingga berpuluh hingga beratus ringgit sebulan. Bagi mereka yang tidak menjaga kesihatan, bil kesihatan mereka lebih tinggi.

Sewaktu kita mempunyai kudrat yang baik ini, jagalah tubuh badan kita. Bersenam dan makan makanan sihat (seperti mengambil jus Monavie). Kurangkan gula, tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran (buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah pemakanan yang murah dan dapat menjimatkan kos.)

Badan yang sihat akan mengurangkan segala kos perubatan jangka pendek dan juga jangka panjang.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search