Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa
yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia
mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga
hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya
dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih
di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari
fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH
mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua
kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari
puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah
SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih
manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi,
lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu
Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda
berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya
Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW
bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka,
dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas
mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah
sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan
mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak
akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah
SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam
bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda
Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya
sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa
satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan
niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa
satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah
bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat,
kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada
bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka
kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di
dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam
syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang
yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab,
wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu
dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu
kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
Sumber: Google Search.
Tuesday, May 22, 2012