Friday, May 25, 2012

Cara Mengira Untung Memborong Di GuangZhou


Selepas saya buka pendaftaran untuk trip bisnes memborong di Guangzhou, saya menerima banyak emel, sms dan panggilan telefon yang berminat untuk mengikuti trip ini. Ada juga yang bertanyakan berapa banyak wang yang perlu mereka bawa untuk memborong di Guangzhou.

Bagi saya, tiada jawapan tepat untuk anda. Ia subjektif. Semua ini bergantung pada jenis niche yang anda ingin beli dan berapa besar saiz bisnes anda.

Sebagai memenuhi impian mereka yang pertama kali untuk memborong di Guangzhou, saya galakkan anda bawa wang yang secukupnya. Anda boleh membawa wang sebanyak RM3000 hingga RM5000 bagi mereka yang ingin memborong secara kecil-kecilan. Namun, jika anda ingin rasa lebih selesa lagi, anda boleh bawa wang sehingga RM10,000. Sebabnya, di Guangzhou nanti, begitu banyak produk-produk baru yang belum berada di pasaran Malaysia dan ia berpotensi untuk dipasarkan.

Anda sendiri pasti akan rambang mata dan sukar membuat keputusan kerana terlalu banyak produk yang mungkin ianya tidak terfikir oleh anda selama ini bahawa produk itu cukup-cukup berpotensi untuk di jual di Malaysia.

Untuk memborong di Guangzhou, anda harus pandai mengira keuntungan dan kebiasaan mereka yang memborong di Guangzhou, pasti dapat membuat keuntungan daripada jualan barangan yang di borong antara 200 peratus hingga 600 peratus.

Bagaimana cara mengira keuntungan? Katakan anda mengikuti bisnes trip bersama saya. Berikut adalah perkiraan kasar untuk anda. Katakan anda membawa modal awal sebanyak RM5000. Sampai di Guangzhou, anda telah memborong produk dan menghabiskan semua modal yang anda bawa.

Katakan jumlah jualan anda ialah RM15,000. Anda memperolehi untung kasar sebanyak RM10,000. Berapa untung bersih anda jika anda baru pertama kali memborong di Guangzhou?

Andai kos trip pertama ialah RM2400, maka untung bersih (untung kasar tolak kos trip pertama) ialah RM7600.

Untuk trip memborong yang seterusnya, anda dapat meningkatkan lagi keuntungan kerana melalui trip pertama ini anda dapat menimba pengalaman mengembara di negara orang dan melihat sendiri cara masyarakat di Guangzhou menguruskan perniagaan adalah satu pengalaman yang tidak ternilai.

Pengalaman di depan mata ini lebih hebat dari membaca buku atau menonton video. Melalui trip pertama ini juga anda belajar selok-belok perniagaan di Guangzhou dan ia pasti membuka mata anda dengan idea-idea bisnes baru yang terdapat di sana.

Saya mempunyai beberapa orang peserta yang mengikuti trip lalu telah kembali ke Guangzhou secara sendirian dan begitu yakin memborong dalam kuantiti yang lebih besar. Saya juga amat teruja jika anda dapat bersama dalam satu trip bisnes borong seperti ini kerana dengan cara inilah anda bakal mengenali rakan bisnes baru anda yang mungkin mempunyai jaringan network yang lebih besar.


Jadi, berbalik kepada persoalan topik ini, cara mengira keuntungan hasil dari memborong, jawapannya adalah subjektif dan ia ditentukan oleh jenis dan saiz perniagaan anda.

Penyertaan untuk trip memborong pada Jun 2013 masih dibuka. Kepada yang berminat sila buat pendaftaran awal kerana tempat adalah terhad. Kami tak galakkan anda lakukan pendaftaran saat akhir kerana ia akan menyulitkan proses urusan program ini. Kepada yang serius, sila hubungi 0166407479 untuk cara mendaftar dan maklumat kekosongan tempat.

Rujuk info di: http://noorizamshah.blogspot.com/p/trip-china.html

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah <-- like page ini.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search