Tuesday, July 31, 2012

Di Mana Nak Dapatkan Dermatix

Banyak juga saya terima sms dan emel yang bertanyakan kat mana nak dapatkan Dermatix. Pertanyaan ini pun banyak saya terima dari Sabah dan Sarawak. Saya juga ada terima sms dari Putrajaya dan Banting, Selangor yang bertanya macam mana nak beli Dermatix.

Alhamdulillah, tadi saya baru sahaja pos beberapa order dari rakan pembaca di blog ini.

Kepada anda yang sukar mendapatkan produk Dermatix, anda boleh sms saya di 012-9127100. Saya akan maklumkan butiran macam mana nak order Dermatix dari saya.

Untuk pengetahuan, Dermatix ni saya beli dari farmasi berdekatan dengan saya. Jadi harga Dermatix 15g termasuk penghantar ke seluruh Malaysia ialah RM80.00.

Buat masa ni tiada stok 7g. Yang ada 15 gram sahaja.


-------------------------------------------------UPDATE 16/7/2013

SAYA DAH TAK JUAL DERMATIX SEBAB ADA YANG LAGI POWER DARI DERMATIX.

SAYA JUALPRODUK HILANG PARUT NI> klik link ini http://www.azanisserum.com/238 (stok terhad tau! 1st come, 1st serve!)

Internet Webhosting Pada Harga Promosi Istimewa



Info ini untuk anda yang ingin mendapatkan domain dan hosting dari penyedia yang mantap melalui sokongan pelanggan (selepas jualan).

Jika anda tercari-cari penyedia hosting pada harga yang menarik, anda juga boleh memilih perkhidmatan dari internet-webhosting.com. Syarikat ini adalah 100% milik bumiputera dan ia merupakan antara 5 syarikat penyedia hosting terbaik di Malaysia.

Untuk link promosi harga istimewa, anda boleh rujuk link ini:
http://bit.ly/InternetWebhosting

Atau untuk link (bukan promosi) boleh direct ke www.internet-webhosting.com.

Saya juga antara pelanggan setia sejak tahun 2006 sehingga kini. Selain melanggan hosting saya juga melanggan berpuluh domain disini. Setakat ini, perkhidmatan sokongan selepas jualan adalah amat baik sekali.

Jika anda seorang yang langsung tidak ada sebarang pengalaman berkaitan domain dan hosting atau apa juga masalah berkaitan teknikal, kumpulan sokongan yang terdiri dari lebih 10 orang kakitangan sedia membantu anda bila-bila masa sahaja 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Ini link untuk mereka yang ingin membeli domain atau hosting pada harga promosi istimewa (beli melalui link ini jika anda inginkan lebih penjimatan):

http://bit.ly/InternetWebhosting


Monday, July 30, 2012

Bagaimana Menjadi Penipu?

Skrinshot diatas adalah antara keyword yang dicari di enjin carian dan keyword ini membawa mereka ke blog http://noorizamshah.net.

Apa yang menarik perhatian saya, keyword yang berbunyi "bagaimana menjadi penipu". Ada juga orang yang berminat untuk belajar jadi penipu di internet ya? Nak ketawa pun iya juga bila melihat keyword ini muncul dalam statistik blog saya. Siapakah gerangan mereka ini?

Adakah dengan menjadi penipu ini boleh dijadikan jalan pintas untuk mereka menjadi kaya raya? Sebab apa mereka ingin belajar menjadi seorang penipu? Adakah atas desakan hidup?

Banyak pula tanda soal yang boleh dikemukakan dan sudah pasti orang yang mencari maklumat ini tahu kenapa mereka berminat untuk menjadi penipu. :)

Nasihat saya, tak perlulah jadi seorang penipu. Buat sahaja sesuatu yang bermanfaat dan mampu memberi tambah nilai hidup orang lain. Nak cari duit ni tak perlulah sampai jadi penipu. Orang yang suka menipu mereka ini bukan jadi kaya raya sebaliknya hidup mereka biasa-biasa sahaja.

Sampai satu peringkat hidup mereka lebih teruk dari hidup mereka yang biasa-biasa. Belajarlah hargai hidup dengan buat perkara kebaikan.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah

Promosi Unlimited Hosting Dari Exabytes

Sedang saya melayari laman web di internet, saya perasan satu iklan dari penyedia domain dan hosting terkenal di Malaysia iaitu Exabytes dimana mereka ada membuat promosi hosting unlimited space + domain percuma!

Untuk mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan (small business) dan ingin mencari hosting terbaik, salah satu penyedia perkhidmatan yang disyorkan oleh pengguna internet ialah Exabytes.

Ini merupakan antara "the best starter kit for SME / SMI" kerana selain boleh create unlimited email accounts, anda juga akan diberikan satu domain name percuma.

Anda boleh rujuk link ini untuk lihat harga promosi terbaik dari Exabytes.

Ebay: Apa itu Reimbursement

Jika anda baru pertama kali mahu membuat listing di eBay, selalunya kita akan mendapat notis seperti ini (sebelum listing pertama berjaya dilakukan);

You're almost done with your listing. There's just one more thing to do. It looks like you don't have a reimbursement payment method on file with us. Sellers must have a reimbursement payment method on file under our Buyer Protection Policy.


In order to complete your listing, please add your reimbursement payment method now . Once you're done, you'll be able to review and submit your listing.


Note: You can always change your selected reimbursement payment method in My eBay or cancel your reimbursement payment method by contacting us. Learn more about what eBay Buyer Protection means to sellers.
Ada yang bertanya kepada saya macam mana nak setting reimbursement ini? Apa itu reimbursement?

Situasinya seperti ini;

Katakanlah semasa anda menjual produk di laman web eBay dan pembeli telah membuat bayaran kepada anda. Selepas beberapa tempoh, pembeli membuat laporan kepada eBay menyatakan mereka tidak menerima produk yang dibeli atau produk yang diterima berbeza dengan apa yang anda nyatakan semasa anda membuat iklan jualan...dan pembeli mendapati tidak ada jalan penyelesaian antara anda dengan mereka, maka eBay akan meneliti isu ini dengan cuba membuat keputusan untuk kedua belah pihak.

Jika eBay mendapati anda tidak memberi penyelesaian yang baik kepada pembeli, eBay boleh membuat keputusan dengan membayar balik wang kepada pembeli terus dari eBay tetapi eBay akan menolak wang daripada akaun Kredit kad/Debit Kad/Paypal anda (Untuk pengguna Malaysia, eBay akan tolak dari kad kredit atau kad debit).

Reimbursement yang dibuat oleh eBay ini termasuklah harga jualan dan harga kos penghantaran.
 
Apabila anda daftar akaun sebagai penjual, anda akan diminta untuk aktifkan reimbursement ini. Cara untuk aktifkan reimbursement ini ialah;

1. Login ke akaun eBay anda
2. Rujuk pada link Account.
3. Lihat pada maklumat Financial Information diruangan Personal Information Page in My eBay.
4. Anda boleh add atau edit maklumat reimbursement disana. Jika anda kali pertama, ikut arahan sehingga selesai.


Apa akan jadi jika anda abaikan (jika berlaku reimbursement) dan eBay tidak dapat menolak wang dari kad kredit atau kad debit anda?

Selepas notis dihantar melalui emel kepada anda beberapa kali dan anda masih lagi mengabaikannya, eBay berhak untuk suspend akaun anda sehinggalah anda selesai membuat bayaran kepada eBay.

Diharap perkongsian mengenai reimbursement ini memberi manfaat kepada anda. Jumpa lagi.

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah (klik like page ini)


-----------------------------------------------------------------------------
Sertai Seminar Dropship Artsnow + eBay pada 2hb September 2012 ini.
Maklumat lanjut rujuk link ini: http://noorizamshah.blogspot.com/p/seminar-dropship-artsnow-ebay.html
Saturday, July 28, 2012

Buat Duit Dengan Temasya Olimpik London

Sebagai seorang eBayer, anda harus peka dengan maklumat semasa. Apa yang berlaku sekarang ini. Dari pengalaman saya yang lalu, tema sukan olimpik juga mempunyai permintaan yang baik di eBay.

Tahun ini dijangkakan ramai bintang-bintang sukan bertanding dan banyak gelanggan menjadi tumpuan peminat setia sukan seluruh dunia.

Dari pemerhatian saya di eBay terdapat banyak tiket yang dibida pada harga yang cukup tinggi. Sebagai contoh, seorang penjual dari German telah membeli tiket perlawanan akhir bola keranjang, kemudian menjual tiket ini di eBay dan ini dibida dengan nilai bidaan semasa mencecah RM6000!

Memandangkan kita yang berada di Malaysia ini agak sukar untuk membeli tiket-tiket perlawanan (biasanya mereka dah beli awal-awal), jadi tugas kita adalah membuat kajiselidik apakah produk yang mempunyai permintaan tinggi dan berkaitan dengan sukan olimpik.

Ada banyak niche yang boleh anda fokus. Boleh jadi ia adalah aksesori dan pakaian. Boleh jadi juga produk yang anda hasilkan berdasar permintaan (print on demand).

Berfikirlah secara kreatif insyaAllah rezeki anda sempena sukan ternama ini melimpah ruah dan sempatlah nak buat duit raya. :)

Bercerita mengenai produk Print On Demand, pada 2hb September 2012 ini saya akan adakan seminar khas yang akan menyentuh topik Dropship Artsnow. Di dalam seminar ini anda akan pelajar banyak perkara berkaitan Artsnow dan bagaimana untuk menjana pendapatan secara konsisten melalui dropship Artsnow (lubuk beratus-ratus produk dropship).

Bagi anda yang masih lagi tidak tahu dimana untuk bermula, seminar ini adalah sesuai untuk anda. InsyaAllah kita akan buat praktikal sekali dalam seminar ini. Saya akan bongkarkan cara untuk anda buat duit "geli-geli" dengan berniaga di eBay TANPA PERLU BERHENTI KERJA. Hanya lakukan bisnes ini secara PART TIME. Luangkan sedikit masa dan jana pendapatan tambahan anda bermula dari sekarang.

Untuk mendaftar, pastikan anda BACA DENGAN TELITI di link ini: http://noorizamshah.blogspot.com/p/seminar-dropship-artsnow-ebay.html. Pastikan anda ambil tindakan segera kerana TEMPAT AMAT-AMAT TERHAD. Saya tidak buka terlalu banyak kouta, jadi jangan sampai saya menukar fikiran dengan menutup penyertaan bila-bila masa dari sekarang.

Ingat! Ini adalah pelaburan ilmu dan amat bermanfaat untuk anda. Jika anda tidak pernah hadir mana-mana seminar saya sebelum ini, pastikan anda luangkan masa pada 2hb September ini, dan inilah peluang anda untuk buat duit melalui bisnes di eBay.

Artsnow sekarang dah bertambah baik, dan lebih baik saya akan dedahkan ia di dalam seminar pada 2hb September nanti. Ketahui bagaimana saya mendapatkan bidaan dalam tempoh beberapa jam selepas saya membuat listing produk Artsnow di eBay.

Ketahui juga trick-trick bagaimana membina "kapal perang" menggunakan pelan tindakan 90 hari. Saya tidak mahu menulis panjang di dalam pos ini. Biarpun pengumuman berkenaan seminar ini terlalu awal, tapi saya percaya, jika anda lambat bertindak, berkira-kira untuk mendaftar, tempat duduk pasti akan penuh sebelum tarikh bayaran akhir diumumkan.

Kepada anda yang berada di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Johor, Sabah, Indonesia yang banyak hantar emel kepada saya bila nak adakan seminar seterusnya, saya sudah jawab di post ini. Ambil tindakan, luangkan masa, lock masa anda untuk 2hb September ni, tolak ketepi soal open house hari raya, jemputan kenduri kahwin, balik kampung atau pergi bercuti.

Saya tidak jamin, jika seminar Dropship Artsnow + eBay ini akan diadakan lagi untuk tahun 2012 ini.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah (sila like page ini)
Wednesday, July 25, 2012

Size Facebook Timeline For Facebook Page

Berapakah saiz untuk buat Facebook Timeline?

Saiz yang saya gunakan ialah: lebar 850cm dan tinggi 315cm. Selamat mencuba.

P.s: Klik like page saya di http://fb.com/noorizamshah

Mencari Idea Melalui Produk Popular di eBay

Dalam My eBay Summary dah ada info mengenai produk popular yang dijual di eBay. Sebagai contoh, jika anda ada jual mousepad, eBay akan paparkan info pesaing lain untuk makluman anda.

Anda boleh guna info ini untuk dapatkan pembekal produk.

Sebagai contoh, produk ini: http://www.ebay.com/itm/Blue-EVA-Mouse-Mice-Pad-Wrist-Comfort-Optical-Trackball-Mouse-New-/350562398571?_trksid=p3984.m185&_trkparms=algo%3DPI.WATCH%26itu%3DUA%26otn%3D5%26po%3DLCA%26ps%3D63%26clkid%3D847534132892662669&_qi=RTM1066541

Sumber pembekal: Aliexpress.com (kena deal dengan supplier samada boleh dropship atau tidak).

Apa pun jangan berhenti mencari sumber.

Tips dari - http://videolubukduit.com/
Tuesday, July 24, 2012

Tips Diet Ketika Bulan Ramadhan

Berat badan saya sekarang 82.5 kilogram. Walaupun tinggi saya ni 184cm, tapi saya ada masalah perut buncit. Ini lumrah seorang lelaki apabila dia dah berkahwin, masalah paling besar ialah perut buncit. Hehehe.

Bila dah kahwin, serius, selera makan pun macam agak tak terkawal. Seronok punya pasal sampai tak perasan perut semakin lama semakin membuncit.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk selesaikan masalah perut buncit ni dengan berdiet.

http://bit.ly/tips-diet-ramadhan

Ada yang syorkan saya ambil produk untuk turunkan berat badan seperti Herbalife, Alpha Lipid SD2 dan ada juga yang suruh saya amalkan diet secara kamikaze.

Saya mencari-cari penyelesaian macam mana nak hilangkan masalah perut buncit tanpa mengganggu otot badan saya. Maknanya, ia boleh hilangkan lemak badan tetapi bukan kecilkan otot badan.

Namun, saya tertarik dengan cara diet kamikaze. Ia bukanlah misi mustahil untuk mereka yang berasa badan mereka gemuk dan ingin kurus badan secara pantas.

Saya ada membaca sebuah laman web yang berkongsi bagaimana peserta-peserta yang menyertai program diet kamikaze mampu menurunkan berat badan mereka tanpa perlu berbelanja besar. Mereka tidak mengambil sebarang produk perlangsingan yang mungkin boleh menjejas kesihatan. Hanya mengamalkan panduan yang dikongsikan dalam bentuk laporan, sesiapa sahaja berpotensi untuk menurunkan berat badan di dalam bulan Ramadhan ini.

http://bit.ly/tips-diet-ramadhan

Sunday, July 22, 2012

Projek Untuk Student IPT dan IPTS

Bulan lepas saya banyak mendapat jemputan ceramah untuk topik perniagaan di internet. Saya telah ke beberapa buah pusat pengajian tinggi tempatan di Pahang, Kelantan dan Perak untuk berkongsi pengalaman saya menjalankan perniagaan di internet sepanjang lebih 5 tahun ini.

Alhamdulillah sambutan yang diterima amat baik sekali dengan kehadiran 200-500 orang peserta untuk setiap tempat. Setiap slot saya hanya diperuntukkan selama 45 minit - 60 minit sahaja. Biarpun masa agak sehingga, saya percaya perkongsian yang dibuat mampu membuka mata dan minda pelajar bahawa hari ini jika nak buat duit atau nak jana pendapatan tak semestinya perlu selepas habis belajar.

Maknanya, ketika kita masih lagi dalam pengajian pun kita boleh melakukan perniagaan. Contohnya sama dengan mereka yang bekerja makan gaji. Bukan bermakna bekerja makan gaji kita tak boleh melakukan kerja sambilan atau menjana pendapatan kedua. Asalkan kita tahu bagaimana untuk membahagikan masa, tenaga dan wang, insyaAllah perniagaan yang kita jalankan itu pasti akan memberi keuntungan.

Semalam saya adakan satu mini seminar atau mini program khas untuk pelajar IPTS di Bandar Baru Bangi. Untuk slot semalam, saya khususkan untuk pelajar dari UNITEN, Pahang. Memandangkan semalam adalah hari pertama puasa, saya jangkakan kehadiran mungkin sekitar 3-5 orang sahaja (sasaran saya seramai 10 orang). Maklumlah, masa ni ramai yang nak balik kampung, berbuka puasa bersama keluarga. Alhamdulillah, yang datang semalam menetapi matlamat dengan kehadiran seramai 11 orang. So, mereka lah calon awal untuk jadi perintis projek ini.

Apa yang saya kongsikan di dalam program ini ialah bagaimana mereka yang masih lagi berada di pusat pengajian tinggi mampu menghasilkan pendapatan melalui projek yang bakal dilaksanakan ini yang saya maklumkan sebagai "Projek Student 5K".

Untuk projek ini, saya telah sediakan pelan tindakan untuk mereka bagaimana dalam tempoh 10 bulan, setiap pelajar mampu menghasilkan pendapatan 5 angka sebulan. Ia bukanlah satu perkara yang mustahil kerana hari ini telah ramai yang membuktikan walaupun mereka masih lagi di dalam pengajian tetapi mampu membina pendapatan tanpa perlu bekerja sepenuh masa.

Soalnya disini, adakah mereka ini benar-benar layak menjadi di antara protege projek student 5k ini? Kita sama-sama nantikan...

P.s: Jangan lupa klik like di page http://fb.com/noorizamshah
P.p.s: Untuk jemputan seminar, ceramah, latihan atau program sila layari http://noorizamshah.com untuk makluman lanjut.
P.p.p.s: Jika anda merupakan pelajar IPT/IPTS, berminat untuk ketahui projek ini, sila hubungi saya secara peribadi di page http://noorizamshah.com/#contact
Thursday, July 19, 2012

Promosi DVD Video Lubuk Duit Sempena Ramadhan Ini

Assalamualaikum.

Promosi ini terbuka kepada mereka yang ingin mendapatkan DVD Video Lubuk Duit. Memandangkan sambutan berterusan dan setiap hari ada jualan diterima, hari ini saya akan membuka harga tawaran kepada mereka yang membeli DVD Video Lubuk Duit melalui direct link (bukan affiliate link) dengan harga hanya RM100.00 sahaja!

Tempoh sah pembelian bermula dari 20hb Julai 2012 hingga 18hb Ogos 2012. Harga promosi ini sah sementara stok masih ada.


Bagaimana untuk membuat pembelian? Sila ikut arahan dibawah:

1. Sila clear cookies browser (Google Chrome, Mozilla Fairefox, Internet Explorer, Opera)anda terlebih dahulu.

2. Klik link http://www.videolubukduit.com

3. Isi borang order dan tunggu produk sampai ke rumah. Biasanya produk akan sampai dalam masa 2-3 hari selepas bayaran dibuat. Jika masih tidak menerima produk, sila maklumkan kepada saya. Hanya bankin 100.00 sahaja (so, jgn ikut harga yang di laman web)

4. Semua pesanan akan dihantar melalui pos ekspress.Caj tambahan diperlukan jika menggunakan pos laju. Tracking number akan dimaklumkan melalui sms sebaik produk dikirim kepada pembeli.

5. Kami menggunakan sistem perbankan yang detail (boleh trace masa transaksi). Pembelian palsu akan diambil tindakan. Pengesahan pembayaran mungkin diperlukan.

6. Fast action, fast result. Ambil tindakan sekarang.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah
Tuesday, July 17, 2012

Cubaan Keyword Yang Berhasil

Jika anda membaca post sebelum ini mengenai kejadian amuk di Putrajaya, sebenarnya saya sedang menguji keyword "amuk".

Hasilnya blog ini menerima traffik yang cukup tinggi dalam beberapa jam selepas laporan kejadian ini dimuatnaik di internet.

Pengguna internet mula mencari bahan, maklumat dan gambar kejadian. Ini memang memberi impak ranking berkaitan post tersebut di enjin carian Google.

Jika anda memiliki blog, teknik ini saya gelar sebagai "volcano issue" kerana menulis sesuatu topik yang terkini mampu menaikkan ranking dan bilangan pelawat unik ke blog anda.

Apa lagi issue selepas ini. Cuba-cubalah ambil tahu.

Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Monday, July 9, 2012

Kes Amuk Di JPM Putrajaya?


Apa kes sampai mengamuk ni? Gambar di atas menunjukkan individu lelaki yang tidak memakai baju ditembak dilengan kiri dan seorang wanita berhijab hitam cedera di peha kanan.

Menurut saksi ditempat kejadian, kejadian amuk ini berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.

Laporan ini mula dimuatnaik di internet seperti mana laporan dari utusan online.

Sunday, July 8, 2012

Hide My Ip 5.3 Untuk eBayer

Untuk anda yang menjalankan bisnes di eBay, lebih-lebih lagi yang nak run akaun banyak-banyak. Anda boleh hide ip menggunakan ip-ip pilihan seperti ip dari USA, UK dan Australia.

Opsss.. bocor lagi satu teknik... :)

Free trial 14 hari - http://bit.ly/Hide-My-IP-5-3

Atau beli je software ni, baru USD29.95.
Pssttt... boleh bayar guna Paypal juga. :)
Thursday, July 5, 2012

Faktor Kegagalan Network Marketing


Network Marketing akan menambah potensi diri seseorang juga menjanjikan pendapatan yg cukup lumayan. Sistem rekruitmen yang unik, akan membuat diri seseorang menjadi semakin berdikari dengan tanpa adanya had dalam peningkatan kreativiti dan inovasi. Ramai yang berjaya dalam bisnis ini, juga ramai yang gagal kerana tidak memahami dan sabar dalam melaksanakannya.

Faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan ialah:
1. NO MINDSET. Mindset yg betul dan jadikan Network Marketing bukan sekadar hobi tetapi perniagaan yang serius dan menjanjikan masa depan. ("Paying attention to simple little things that most men neglect makes a few men rich". Henry Ford)

2. NO SERVE. Dalam perniagaan ini, faktor Servis menjadi Keutamaan. Hari ini, mungkin orang tidak berminat kerana belum faham..tetapi dengan layanan baik berterusan boleh mengubah pemikiran dan kepercayaan orang..First impression mesti yang terbaik. ("Most people have no idea of the giant capacity we can immediately command when we focus all of our resources on mastering a single area of our lives". Anthony Robbin)

3. NO VALUE. Biasanya, kegagalan akan terjadi jika produk / peluang perniagaan hanya ditawarkan sebatas kulit luar sahaja. Kita mesti jelaskan kehebatan produk dan peluang dengan ghairah.. Contoh: harga kereta Mercedes Benz "jauh" lebih mahal dari Toyota. dan ramai yang tetap memilih Merc. Kenapa? Karena "value"-nya berbeza ("I'm a great believer in luck, and I find that the harder I work, the more I have of it". Thomas Jefferson)

4.NO SELLING. Walaupun produk / peluang perniagaan adalah The Best tetapi jika tidak mencari prospek hasilnya akan tetap '0'. Dalam Network Marketing harus rajin dan semangat mencari ahli baru.("Visualize this thing you want. See it, feel it, believe in it. Make your mental blueprint and begin". Robert Collie)

5. NO RECORD. Database atau maklumat prospek mesti disimpan untuk proses Follow Up. ("What people say, what people do, and what they say they do are entirely different things". Margaret Meade)

6.NO DIFFERENTIATE ACCOUNT. Supaya sentiasa termotivasi,account peribadi dan bisnis harus terpisah. bagi yg buat part time ("The secret of success is constancy of purpose". Benjamin Disrael)

7.NO GOAL. Pangkat yang ingin dicapai mesti jelas dan terarah. mesti buat perancangan yang betul bila waktu ingin dicapai supaya energi tidak terbuang sia-sia. ("To get what you want; stop doing what isn't working". Dennis Weave)

8. NO ACTION PLAN. Tanpa adanya action plan sama seperti orang buta yang meraba-raba yang tidak tahu kemana arah, mengapa, dan bagaimana tujuannya boleh dicapai. ("People with goals succeed because they know where they are going... it's as simple as that". Earl Nightingale)

9. NO EVALUATION. Dengan adanya evaluation kita dapat membuat keputusan yang bijak, cara mana lebih efektif dan efisien untuk mencapai matlamat. ("Strong lives are motivated by dynamic purposes" Kenneth Hildebrand)

10. NO VISION. Supaya lebih fokus dalam mencapai matlamat, visi harus ada. tanpa adanya visi yang terang maka apapun akan susah dicapai kerana tidak ada pedomannya. ("Focus on where you want to go, not on what you fear". Anthony Robbins)
Wednesday, July 4, 2012

Bonus Rempit eBay Telah Dihantar

Salam hormat buat semua rakan pembeli ebook Rempit eBay melalui link http://bit.ly/REMPITebay,
pastikan anda semak emel masing-masing.

Saya telah pun hantar arahan untuk download bonus tersebut. Diharap anda gunakan panduan ini sebagai panduan peribadi. Jangan disebarkan secara terbuka teknik ini.

Saya doakan kejayaan anda!

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search