Skrinshot diatas adalah antara keyword yang dicari di enjin carian dan keyword ini membawa mereka ke blog http://noorizamshah.net.
Apa yang menarik perhatian saya, keyword yang berbunyi "bagaimana menjadi penipu". Ada juga orang yang berminat untuk belajar jadi penipu di internet ya? Nak ketawa pun iya juga bila melihat keyword ini muncul dalam statistik blog saya. Siapakah gerangan mereka ini?
Adakah dengan menjadi penipu ini boleh dijadikan jalan pintas untuk mereka menjadi kaya raya? Sebab apa mereka ingin belajar menjadi seorang penipu? Adakah atas desakan hidup?
Banyak pula tanda soal yang boleh dikemukakan dan sudah pasti orang yang mencari maklumat ini tahu kenapa mereka berminat untuk menjadi penipu. :)
Nasihat saya, tak perlulah jadi seorang penipu. Buat sahaja sesuatu yang bermanfaat dan mampu memberi tambah nilai hidup orang lain. Nak cari duit ni tak perlulah sampai jadi penipu. Orang yang suka menipu mereka ini bukan jadi kaya raya sebaliknya hidup mereka biasa-biasa sahaja.
Sampai satu peringkat hidup mereka lebih teruk dari hidup mereka yang biasa-biasa. Belajarlah hargai hidup dengan buat perkara kebaikan.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah
Monday, July 30, 2012