Saturday, July 28, 2012

Buat Duit Dengan Temasya Olimpik London

Sebagai seorang eBayer, anda harus peka dengan maklumat semasa. Apa yang berlaku sekarang ini. Dari pengalaman saya yang lalu, tema sukan olimpik juga mempunyai permintaan yang baik di eBay.

Tahun ini dijangkakan ramai bintang-bintang sukan bertanding dan banyak gelanggan menjadi tumpuan peminat setia sukan seluruh dunia.

Dari pemerhatian saya di eBay terdapat banyak tiket yang dibida pada harga yang cukup tinggi. Sebagai contoh, seorang penjual dari German telah membeli tiket perlawanan akhir bola keranjang, kemudian menjual tiket ini di eBay dan ini dibida dengan nilai bidaan semasa mencecah RM6000!

Memandangkan kita yang berada di Malaysia ini agak sukar untuk membeli tiket-tiket perlawanan (biasanya mereka dah beli awal-awal), jadi tugas kita adalah membuat kajiselidik apakah produk yang mempunyai permintaan tinggi dan berkaitan dengan sukan olimpik.

Ada banyak niche yang boleh anda fokus. Boleh jadi ia adalah aksesori dan pakaian. Boleh jadi juga produk yang anda hasilkan berdasar permintaan (print on demand).

Berfikirlah secara kreatif insyaAllah rezeki anda sempena sukan ternama ini melimpah ruah dan sempatlah nak buat duit raya. :)

Bercerita mengenai produk Print On Demand, pada 2hb September 2012 ini saya akan adakan seminar khas yang akan menyentuh topik Dropship Artsnow. Di dalam seminar ini anda akan pelajar banyak perkara berkaitan Artsnow dan bagaimana untuk menjana pendapatan secara konsisten melalui dropship Artsnow (lubuk beratus-ratus produk dropship).

Bagi anda yang masih lagi tidak tahu dimana untuk bermula, seminar ini adalah sesuai untuk anda. InsyaAllah kita akan buat praktikal sekali dalam seminar ini. Saya akan bongkarkan cara untuk anda buat duit "geli-geli" dengan berniaga di eBay TANPA PERLU BERHENTI KERJA. Hanya lakukan bisnes ini secara PART TIME. Luangkan sedikit masa dan jana pendapatan tambahan anda bermula dari sekarang.

Untuk mendaftar, pastikan anda BACA DENGAN TELITI di link ini: http://noorizamshah.blogspot.com/p/seminar-dropship-artsnow-ebay.html. Pastikan anda ambil tindakan segera kerana TEMPAT AMAT-AMAT TERHAD. Saya tidak buka terlalu banyak kouta, jadi jangan sampai saya menukar fikiran dengan menutup penyertaan bila-bila masa dari sekarang.

Ingat! Ini adalah pelaburan ilmu dan amat bermanfaat untuk anda. Jika anda tidak pernah hadir mana-mana seminar saya sebelum ini, pastikan anda luangkan masa pada 2hb September ini, dan inilah peluang anda untuk buat duit melalui bisnes di eBay.

Artsnow sekarang dah bertambah baik, dan lebih baik saya akan dedahkan ia di dalam seminar pada 2hb September nanti. Ketahui bagaimana saya mendapatkan bidaan dalam tempoh beberapa jam selepas saya membuat listing produk Artsnow di eBay.

Ketahui juga trick-trick bagaimana membina "kapal perang" menggunakan pelan tindakan 90 hari. Saya tidak mahu menulis panjang di dalam pos ini. Biarpun pengumuman berkenaan seminar ini terlalu awal, tapi saya percaya, jika anda lambat bertindak, berkira-kira untuk mendaftar, tempat duduk pasti akan penuh sebelum tarikh bayaran akhir diumumkan.

Kepada anda yang berada di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Johor, Sabah, Indonesia yang banyak hantar emel kepada saya bila nak adakan seminar seterusnya, saya sudah jawab di post ini. Ambil tindakan, luangkan masa, lock masa anda untuk 2hb September ni, tolak ketepi soal open house hari raya, jemputan kenduri kahwin, balik kampung atau pergi bercuti.

Saya tidak jamin, jika seminar Dropship Artsnow + eBay ini akan diadakan lagi untuk tahun 2012 ini.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah (sila like page ini)

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search