Jika anda sedang mencari kaedah untuk menjana pendapatan sampingan, berikut adalah antara beberapa panduan yang boleh anda fikirkan kesesuaiannya:
1) MENGAJAR
Kita dilahirkan di dunia ini pasti mempunyai kemahiran tersendiri. Kemahiran yang ada pada diri kita tidak semua orang memilikinya. Sebagai contoh, anda mempunyai kemahiran dalam pendawaian elektrik. Saya pula tidak mempunyai kemahiran itu. Lebih baik sekiranya kemahiran yang dimiliki itu digunakan untuk mengajar orang lain yang tidak tahu demi kebaikan bersama.
Selain bertindak sebagai tenaga pengajar, anda juga boleh menjadi jurulatih (coach) atau memberi khidmat nasihat mengikuti kepakarang yang anda miliki.
2) PENULISAN
Melalui penulisan juga anda boleh menjana pendapatan sampingan. Mungkin anda seorang yang suka menulis di blog atau di dalam buku diari. Salah satu cara untuk membina pendapatan pasif ialah menulis buku. Selain itu, anda boleh menggunakan kepakaran anda ini dengan menyediakan khidmat menulis ulasan atau artikel bermanfaat untuk pembaca blog atau laman web.
Seperti penulis blog, Aqif Azizan, beliau menggunakan kepakaran menulis dengan menjadi penulis jemputan di beberapa blog dan majalah.
3) PERCAKAPAN
Sekiranya anda merasakan dengan hanya bercakap mampu untuk mempengaruhi orang lain, cari pekerjaan yang bebas untuk dilakukan seperti ejen menjual Insurans atau pengedar produk jualan langsung.
4) JUAL BARANGAN YANG TAK DIGUNAKAN
Ini juga antara cara saya dan isteri menjana pendapatan sampingan. Cara kami mungkin berbeza dengan orang lain. Apa yang kami lakukan ialah, setiap barang yang kami beli atau telah lama digunakan, kami akan jual semula di Mudah.my.
Kami pernah jual peti ais, kerusi sofa, sangkar kucing, baby stroller, katil bayi, kipas, playstation, lampin pakai buang, baju dewasa dan kanak-kanak, dompet, kereta dan bermacam-macam lagi.
Sekiranya anda memiliki barangan yang sudah tidak dipakai namun masih elok, lebih baik dijual berbanding menyimpannya, la juga secara tidak langsung akan membantu anda untuk menjana pandapatan sampingan.
5) MEMASAK
Sekiranya anda mempunyai kemahiran ini, tiada masalah untuk menjana pendapatan sampingan jika bijak mencari peluang. Ini juga adalah salah satu model perniagaan sampingan yang mempunyai permintaan tinggi. Anda boleh mengambil upah memasak masakan untuk jiran-jiran atau mereka yang ingin menempah makanan untuk majlis tertentu.
6) SEWA
Sekiranya anda memiliki banyak aset berharga yang mungkin orang lain tidak mampu, memberi khidmat sewaan adalah idea bijak untuk menambah lagi sumber pendapatan. Keluarga saya mempunyai beberapa aset seperti rumah dan kedai. Kami menggunakan lebihan aset untuk menjana pendapatan pasif. Ada seorang kenalan saya pula, beliau menghasilkan pendapatan sampingan dengan melakukan bisnes sewa kereta kepada pelajar kolej.
7) MENAWARKAN PERKHIDMATAN
Anda ada mesin potong rumput? Jika ada, anda boleh iklan dan tawarkan perkhidmatan memotong rumput di kawasan perumahan. Jika dikawasan saya ini, perkhidmatan seperti ini dimonopoli oleh rakyat Bangladesh. Saya tidak tahu kenapa masyarakat Malaysia tidak berminat melakukan perkhidmatan ini. Ini juga antara cara menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Jika di kawasan bandar, untuk memotong rumput seluas 20 x 20, caj perkhidmatan mencecah RM30-RM50. Bayangkan jika sehari anda dapat memberi perkhidmatan kepada 10 buah rumah hanya bekerja pada hujung minggu.
8) TEKNOLOGI
Sekiranya anda mempunyai kemahiran teknologi membina laman web atau grafik, gunakan kemahiran yang ada untuk menambah sumber pendapatan anda. Seperti contoh, di facebook amat mudah untuk anda menyediakan perkhidmatan ini. Ada seorang pereka grafik menjadi pendapatan sampingan mencecah 4 angka sebuah, hanya merekabentuk header untuk facebook timeline.
Sekarang, tugas anda ialah melakukan analisa dan memilih yang mana satu mampu memberi anda pendapatan sampingan secara konsisten. Semoga panduan ini membantu anda.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
http://facebook.com/noorizamshah
Noorizam Shah, menulis di blog sebagai perkongsian yang tidak bermotifkan keuntungan. Menulis apa yang beliau faham dan lalui.
Click Join This Site
Archive
-
▼
2012
(255)
-
▼
August
(19)
- Pakej Rujukan S41 Peperiksaan Bertulis Pegawai Pem...
- Petua Untuk Hilangkan Batuk Kering
- Pemilik web eBay Calculator Meninggal Dunia
- Senyum Itu Juga Satu Sedekah
- Direktori Hotel Shah Alam
- 8 Panduan Jana Pendapatan Sampingan
- Download Video Percuma
- Sesi Group Coaching Bersama Bakal Peserta Dari Brunei
- Melodi Terapi Untuk Fokus Menyiapkan Tugasan
- Lagi Taktik Penipuan Online Banking Melalui Emel
- Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012
- 4 Kekosongan Sahaja Lagi Untuk Sertai Seminar
- Buat Duit Tanpa Tinggal Di Rumah?
- Meeting Di Taman Teknologi Malaysia
- Oktober Hingga Disember Penting Untuk eBayer
- Facebook Page Sertai Seminar
- Status Facebook Gagal Mendapat Sambutan?
- Emel Penipuan (SCAM) Dari Petronas?
- Sertai seminar Dropship Artsnow + eBay
-
▼
August
(19)