Skrin shot di atas adalah contoh emel penipuan yang dihantar oleh individu tertentu kepada pengguna emel bagi tujuan mendapatkan maklumat sulit perbankan internet seperti username dan password.
Modus operandi penjenayah terancang ini ialah dengan menjadikan emel sebagai salah satu cara untuk menipu pengguna internet yang mungkin tidak mempunyai banyak pengalaman atau pengetahuan.
Sebagai permulaannya, mereka akan mendapatkan maklumat umum pengguna internet seperti nama penuh, alamat emel dan nombor akaun bank pengguna tersebut. Selepas itu, mereka akan menghantar menghantar emel seperti diatas dan penjenayah akan menggunakan emel yang nampak seperti mirip emel dari bank tempatan.
Bagi mereka yang cetek ilmu pengetahuan, besar kemungkinan mereka boleh panik dengan emel seperti ini dan tanpa berfikir panjang, mereka akan memberikan maklumat sulit seperti yang diminta.
Sekali lagi,
Ingat buat mereka yang pertama kali melayari internet atau mereka yang baru menggunakan internet, pastikan anda tidak mendedahkan apa-apa maklumat sulit online banking anda seperti
a. USERNAME
b. PASSWORD
c. SOALAN DAN JAWAPAN KATALALUAN KESELAMATAN (seperti soalan: nama ayah, jawapan: roslan kassim)
Anda harus jelas ini.
Tidak ada masalah jika anda berikan nama penuh anda atau nombor akaun bank anda kepada pihak lain atau dalam urusan jual beli secara online, TETAPI bukan 3 perkara diatas. Yang itu tak boleh diberi sesuka hati.
Satu lagi, jangan sesekali berinteraksi melalui emel jika anda diminta untuk memberi maklumat sulit anda boleh pihak tertentu (walaupun mereka mendakwa mereka dari pihak bank).
Jika anda nak dapatkan kepastian samada masalah itu betul atau tidak, anda boleh call hotline atau nombor phone yang tertera di laman web rasmi bank.
Seperti contoh web rasmi Maybank ialah: http://www.maybank2u.com.my
Dapatkan bantuan atau khidmat nasihat dari mereka yang berpengalaman. Itu lebih baik daripada anda ditipu dengan taktik licik ini.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
http://noorizamshah.com
Noorizam Shah, menulis di blog sebagai perkongsian yang tidak bermotifkan keuntungan. Menulis apa yang beliau faham dan lalui.
Click Join This Site
Archive
-
▼
2012
(255)
-
▼
August
(19)
- Pakej Rujukan S41 Peperiksaan Bertulis Pegawai Pem...
- Petua Untuk Hilangkan Batuk Kering
- Pemilik web eBay Calculator Meninggal Dunia
- Senyum Itu Juga Satu Sedekah
- Direktori Hotel Shah Alam
- 8 Panduan Jana Pendapatan Sampingan
- Download Video Percuma
- Sesi Group Coaching Bersama Bakal Peserta Dari Brunei
- Melodi Terapi Untuk Fokus Menyiapkan Tugasan
- Lagi Taktik Penipuan Online Banking Melalui Emel
- Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012
- 4 Kekosongan Sahaja Lagi Untuk Sertai Seminar
- Buat Duit Tanpa Tinggal Di Rumah?
- Meeting Di Taman Teknologi Malaysia
- Oktober Hingga Disember Penting Untuk eBayer
- Facebook Page Sertai Seminar
- Status Facebook Gagal Mendapat Sambutan?
- Emel Penipuan (SCAM) Dari Petronas?
- Sertai seminar Dropship Artsnow + eBay
-
▼
August
(19)