Esok insyaAllah saya akan berada di Bangsar untuk sesi Group Coaching (Mastermind) eBay bersama bakal peserta dari Brunei.
Alhamdulillah, sesi ini telah pun berjaya menarik minat ramai yang berada di luar negara. Sebelum ini pun saya sudah menerima ramai peserta yang datang dari Brunei, Indonesia, UK, German, Belanda, Mesir, Arab Saudi, Qatar, Jepun, Australia.
Mereka ini kebanyakan pelajar atau pekerja yang menetap di luar negara dan balik ke Malaysia untuk mendalami ilmu berniaga di eBay.
Saya menghargai usaha mereka ini kerana sanggup bercuti dan terbang jauh dari luar negara dan balik untuk belajar bersama saya. Saya selalu tekankan konsep belajar mencari guru. Jika anda bersungguh-sungguh mahu mendalami sesuatu ilmu itu, maka anda perlukan berusaha untuk mengorbankan masa, wang ringgit dan tenaga.
Sebagai contoh, sesi group coaching atau personal coaching biasanya diadakan di kawasan Lembah Klang. Bagi mereka yang berada di Johor, Sabah, Kelantan atau Perlis, anda boleh hadir ke sesi di Lembah Klang, itupun jika anda memang sanggup memberikan komitmen.
Kisah 1: Seorang pemuda Cina dari Pahang, sanggup naik bas untuk bertemu saya di KLCC untuk sesi personal coaching.
Kisah 2: Seorang pekerja di Qatar sanggup bercuti 14 hari dan pulang ke Malaysia untuk sertai seminar eBay.
Kisah 3: Seorang wanita sanggup datang dari Sabah seorang diri menaiki kapal terbang untuk belajar bersama saya selama 3 jam, kemudian pulang semula ke Sabah pada hari yang sama.
Kisah 4: Seorang pemuda sanggup menaiki motor dari Terengganu, ditahan dalam sekatan polis dan dimasukkan dalam lokap pada awal pagi kerana disyaki pecah rumah sedangkan beliau dalam perjalanan untuk hadir ke seminar saya di Kelantan, keesokan harinya.
Kisah 5: Sepasang kekasih merupakan pelajar kolej ketika itu, sanggup berkorban wang ringgit untuk belajar bisnes di eBay bersama saya dan kini mereka telah mendirikan rumah tangga hasil dari perniagaan eBay dan menjana pendapatan 5 angka konsisten setiap bulan.
Kisah 6: Seorang pegawai polis sanggup datang dari Labuan, menghabiskan hampir seribu ringgit untuk mendalami ilmu eBay di Shah Alam.
Kisah 7: Seorang ibu sanggup menghantar dua orang anaknya belajar eBay dan hari ini keluarga mereka menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan, bekerja dari rumah.
Kisah 8: Seorang pelajar berusia 14 tahun ketika itu, sanggup hadir ke seminar saya di Kedah selepas mengikuti perkembangan saya sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Kisah 9: Jika seorang pemuda dari masyarakat orang asli pun sanggup datang belajar, apatah lagi kita?
Kisah 10: Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Ramai juga peserta yang saya klasifikasi sebagai warga emas yang datang belajar. Jadi, program saya bukan hanya terbuka untuk mereka yang berusia 20 tahun hingga 40 tahun. Ia terbuka kepada semua yang dahagakan ilmu bermanfaat.
Tanya diri anda, sudah berapa banyak anda laburkan wang untuk manfaat diri anda. Berapa banyak ilmu yang anda dapat hasil dari pelaburan tersebut?
Nota: Untuk sertai program saya, layari laman web http://sertaiseminar.com
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
http://facebook.com/noorizamshah (klik like facebook page ini)
Noorizam Shah, menulis di blog sebagai perkongsian yang tidak bermotifkan keuntungan. Menulis apa yang beliau faham dan lalui.
Click Join This Site
Archive
-
▼
2012
(255)
-
▼
August
(19)
- Pakej Rujukan S41 Peperiksaan Bertulis Pegawai Pem...
- Petua Untuk Hilangkan Batuk Kering
- Pemilik web eBay Calculator Meninggal Dunia
- Senyum Itu Juga Satu Sedekah
- Direktori Hotel Shah Alam
- 8 Panduan Jana Pendapatan Sampingan
- Download Video Percuma
- Sesi Group Coaching Bersama Bakal Peserta Dari Brunei
- Melodi Terapi Untuk Fokus Menyiapkan Tugasan
- Lagi Taktik Penipuan Online Banking Melalui Emel
- Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012
- 4 Kekosongan Sahaja Lagi Untuk Sertai Seminar
- Buat Duit Tanpa Tinggal Di Rumah?
- Meeting Di Taman Teknologi Malaysia
- Oktober Hingga Disember Penting Untuk eBayer
- Facebook Page Sertai Seminar
- Status Facebook Gagal Mendapat Sambutan?
- Emel Penipuan (SCAM) Dari Petronas?
- Sertai seminar Dropship Artsnow + eBay
-
▼
August
(19)