Wednesday, August 8, 2012

Status Facebook Gagal Mendapat Sambutan?

Status Facebook Gagal Mendapat Sambutan?



Status facebook gagal mendapat sambutan? Tidak perlu terkejut kerana anda mungkin update status cara yang salah. :p

Sebab 1 - Anda tidak “Like” status orang lain.

Anda kurang like status orang lain akan menyebabkan orang tidak tahu anda sebenarnya wujud dan aktif dalam facebook. Tambah-tambah anda orang yang baru menapak dalam facebook sebagai cabang pemasaran.

Like bukan bermaksud menyetujui tetapi lebih kepada sokongan secara tidak langsung, dengan like status orang lain, anda akan lebih mudah diberi perhatian ini kerana dalam Facebook sekarang ini rata-rata orang mempunyai lebih 2000 rakan. Jadi bagaimana mereka hendak nampak mereka jika anda sendiri pun tidak muncul di status mereka?

Sebab 2 - Anda tidak komen status orang lain

Ini adalah perkara yang lebih advanced dari like tadi, anda komen status dengan baik dan tidak berunsur provokatif adalah amat digalakkan.
Jadi semasa komen, gunakan bahasa yang jelas untuk digunakan dan tidak menggunakan perkataan singkat seperti , aq = aku , pki = pakai dan sebagainya.

Sikap profesional dengan menggunakan bahasa yang betul adalah amat memainkan peranan untuk membina sifat jatidiri online anda.

Sebab 3 - Anda banyak cerita benda negatif

Kuasa utama dalam Facebook ialah ‘Cause’ atau bermaksud penyebab, kalau anda menulis sesuatu yang tida ada penyebab anda akan di unfriend oleh orang yang berkredibiliti tinggi. Ini kerana mereka perlukan input yang menjaga kepentingan semua pihak.

Jadi apa yang boleh membantu anda di status anda ialah kongsikan kata-kata motivasi dengan shared status orang lain adalah perkara yang baik.

Anda mesti lebih telus dalam memberi maklumat dan ini akan membolehkan anda disukai dengan lebih natural dan cepat.

Adalah paling bahaya anda update dengan kata-kata makin hamun, kebencian, luahan perasan dan sebagainya. Facebook ialah tempat bersosial, adakah anda mahu tunjuk anda jenis ‘perangai’ ?

Sebab 4 - Anda menggunakan tulisan besar kecil sesuka hati

Perkara paling sering dilakukan ialah menggunakan huruf besar huruf kecil. Dalam Internet, orang tidak tahu apakah intonasi anda gunakan.

Jika anda gunakan huruf besar dengan ayat yang sesuai itu menunjukkan anda menekankan sesuatu perkara.

Tetapi jika anda tulis tidak tentu arah, ini akan mendapatkan perkara ‘-ve’ walaupun anda cuba menyampaikan yang ‘+ve’.

Sebab 5 - Anda tidak ada topik yang ‘RESONATE’.


Topik yang resonate ialah bermaksud topik yang berkait dengan isu semasa. Anda mesti bercakap dalam trend semasa, contohnya topik bola anda cakap pasal bola, topik atlit ke london anda cakap pasal topik ke london .

Cuma pastikan elakkan dengan topik politik, bukan tidak sesuai dikongsi tetapi anda postkan mengikut rakan yang sesuai.

Topik yang baik ialah panduan harian, tips untuk membantu perniagaan, hubungan, dan pemasaran.

Dan cara untuk menyampaikan sesuatu ialah dengan menulis dengan satu persatu dan biar berkait, Sebagai contoh anda tulis 2-3 post berlainan tetapi dalam topik yang sama.

Ini adalah supaya meningkatkan resonate rakan anda.

Sebab 6 – Anda tidak kerat status anda kepada bahagian kecil
Kejayaan utama dalam menyampaikan maklumat ialah, kerat bahagian kecil.
Apabila anda menulis dengan penuh ayat tanpa perenggan, anda akan mengalami masalah orang tidak boleh mendapat apa yang anda sampaikan.

Maksimum baris penulisan update yang baik ialah hanya 3-4 baris sahaja maksimum.

Sebab 7 – Anda tidak ada Call to Action

Ini perkara paling penting, anda tiada call to action , namun jika anda gunakan perkara sama contohnya ‘Like dan share’ jika setuju sekarang tidak menjadi.

Apa yang boleh anda buat ialah, postkan status anda, dan minta pandangan orang lain. Untuk boleh dikongsi pula serahkan pada orang lain untuk menilai – berbaloi untuk dikongsi atau tidak.

Adalah penting anda melihat struktur post yang sering dikongsi. Cuba lihat ciri-cirinya.

------------------------------
- Gero Azrul
Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search