Thursday, September 13, 2012
Ini kes unik juga. Sebelum ini saya pernah merasai pengalaman beratur hampir 1 jam semata-mata nak makan nasik kandar beratur di Pulau Pinang.
Bulan puasa hari tu, saya juga merasa pengalaman beratur untuk beli Coconut Shake di pasar Ramadhan Seri Manjung, Perak.
Tadi, wife saya tunjukkan video (di atas), orang sanggup beratur semata-mata nak beli tudung Fareeda. Wah.. tudung punya pasal pun ada yang sanggup beratur dari jam 6.00 pagi. Dahsyat tu.
Bagi penggemar fesyen tudung Fareeda mesti suka dengan kualiti dan design tudung ni sebab tu sanggup berhabis beratus ringgit semata-mata nak pastikan tudung Fareeda berada dalam koleksi mereka.
Apa yang menarik ingin saya kongsikan dengan anda, permintaan tudung Fareeda mendapat sambutan hangat sehinggakan produk yang dipromosikan di laman web mereka habis dipesan tidak sampai 5 minit setiap stok baru dimuatnaik.
Melihat dari Facebook Fanpage Fareeda, jumlah pengguna Facebook yang like page ini melebihi 300,000 like. Ini bermakna, jika diandaikan 1000 orang pembeli membeli satu helai tudung Fareeda bernilai RM200, syarikat ini mampu menghasilkan jualan RM200,000 dalam satu-satu masa.
Nampaknya, isteri saya pun mula tertarik dengan design terkini tudung Fareeda ini dan dalam erti kata lain, saya kena bawa la dia ke Bangi untuk shopping tudung Fareeda. Owh.