Tuesday, September 11, 2012
Salah satu soalan yang saya terima melalui emel ialah; "Bilakah saya perlu hantar produk kepada pelanggan?"
Apabila anda telah berjaya menjual produk kepada seseorang di eBay dan anda telah pun mendapati ada transaksi masuk ke akaun Paypal, adakah sudah boleh menghantar produk atau sebaliknya.
Dari pihak pembeli, sudah tentu mereka mahukan produk mereka sampai dengan segera tetapi situasi ini mungkin tidak dapat dilakukan jika Paypal memberitahu anda maklumat yang berbeza?
Jadi, apa yang perlu anda buat?
Untuk jawapan diatas;
Memang diakui untuk memberi perkhidmatan terbaik, kita perlu melakukan penghantaran secepat mungkin namun sebagai penjual kita juga harus sedar supaya tidak melakukan penghantaran dalam keadaan tergesa-gesa kerana mungkin bayaran yang dibuat oleh pembeli dari melalui transaksi yang berkaitan dengan penipuan.
Untuk mendapatkan program perlindungan penjual (seller protection program), kita hanya perlu hantar produk kepada pelanggan apabila status transaksi di Paypal menunjukkan OK.
Bagi mengetahui samada transaksi yang anda terima melalui Paypal OK atau tidak, anda boleh ikuti langkah berikut:
Log masuk ke dalam akaun PayPal anda.
Cari pembayaran masuk dalam senarai transaksi anda baru-baru ini.
Klik pada pautan "Butiran" untuk transaksi itu.
Lihat butiran transaksi itu ada menunjukkan maklumat OK atau Dont Ship.
Jika butiran transaksi itu memaklumkan STOP - DONT SHIP, ini bermaksud eBay atau Paypal tidak mahu produk itu dihantar kepada pelanggan dan anda harus membatalkan urusniaga ini.
Kenapa? Mungkin maklumat pembayaran yang diberikan pembeli kepada Paypal tidak jelas atau diragui. Jangan pula anda kecewa dengan urusniaga ini kerana itulah kebaikannya notis daripada Paypal ini yang bertujuan untuk mengelakkan kita diperdaya oleh pembeli yang mengambil kesempatan melakukan penipuan transaksi.
Namun begitu, anda boleh menunggu seketika status ini berubah dari Dont Ship kepada OK to ship selepas Paypal mengesahkan bayaran ini.
Jika anda mendapati pembeli mengesa anda untuk melakukan penghantaran segera, anda perlu berkomunikasi dengan pembeli tersebut dan jelaskan situasi sebenar.
Sebagai contoh ayat; "Saya tidak dapat menghantar produk anda lagi kerana PayPal telah mengarahkan saya supaya tidak berbuat demikian sehingga transaksi itu telah disahkan"
Untuk kes ini, jika pembeli memberi rating yang rendah di dalam DSR (Detailed Seller Rating) bagi kategori masa penghantaran, eBay tidak akan mengira kes ini kerana anda sudah pun diberi perlindungan dalam Seller Protection Program.
Semoga tips ini dapat membantu anda.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
http://facebook.com/noorizamshah