Wednesday, October 31, 2012

Nuffnang: Adakah Ia Berpotensi Menghasilkan Komisyen Lumayan?

Jika anda memiliki blog seperti saya, adakah masih lagi relevan memasang kod iklan Nuffnang di blog? Bagi pandangan saya, sekarang ni agak kurang sesuai dan kurang membantu anda menghasilkan komisyen berbanding 3 tahun lalu.

Dulu nak dapat cek RM100 sebulan senang-senang sahaja. Sekarang nak dapat RM50 sebulan kena tunggu berbulan-bulan. Cabaran bagi anda yang tidak mempunyai jumlah traffik yang tinggi di blog, memasang iklan Nuffnang adalah seperti satu perkara yang sia-sia. Lihat sahaja skrin shot di atas. Saya pun tak tahu berapa lama lagi saya perlu ambil masa untuk dapatkan jumlah komisyen mencecah RM50.

Jika blog anda bukan seperti blog rotikaya.com atau paultan.org, simpan dulu impian untuk memiliki cek pertama anda melalui Nuffnang.


Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://facebook.com/noorizamshah

Guangzhou Business Trip 2013 Daftar Sekarang!


 

   

Saya tidak pasti bila lagi akan adakan program seperti ini lagi. Jika anda baru sahaja melayari blog ini dan teruja untuk menyertai kami... sila baca info ini dengan teliti...

Bagi anda yang mencari group bisnes trip ke GuangZhou pada 2013, kami dari NS Consultation And Management bakal mengadakan trip pada musim cuti sekolah iaitu pada 3hb Jun 2013 hingga 8hb Jun 2013.

Jika anda tidak pernah menjejakkan kaki ke Guangzhou, China, ingin mendalami ilmu bisnes borong buat pertama kali, trip ini adalah sesuai untuk anda. Lihat contoh video di atas yang sempat kami rakam semasa berada di Guangzhou.

Untuk memastikan bisnes trip ini berjaya dan berjalan lancar, kami meminta kerjasama kepada anda yang SERIUS untuk mengikuti trip ini untuk segera hubungi kami kerana kebiasaannya, group kami akan bergerak seramai 6-10 orang dalam satu kumpulan. Ini group kecil.

Sehingga post ini ditulis, hanya tinggal 4 kekosongan sahaja lagi. Jika ada keluarga atau kawan-kawan anda (lebih dari 4 orang) yang nak join juga, sila maklumkan dengan kami segera. Kami tak boleh bawa ramai-ramai, nanti susah nak handle.

Di Guangzhou nanti, kita akan buat sesi Mastermind untuk hari pertama dan kedua. Anda akan belajar banyak perkara di sana, macam mana nak memborong di sana. Next time anda boleh pergi sendiri atau bawa orang pergi sana pula. :)

So, program ini lebih kepada nak buat minda anda yang pertama kali jejak kaki ke Guangzhou sambil belajar, sambil memborong.

InsyaAllah, saya akan berada di GuangZhou pada bulan Jun 2013 ini selama 7 hari, namun bagi anda yang plan nak join saya mungkin hanya nak stay 4 hari atau 5 hari sahaja pun boleh. Takda masalah.

Untuk menyertai group ini kos untuk bisnes trip ini hanya RM1350 seorang sahaja. Ini termasuk:


1 x pengangkutan GZ Airport - Hotel - Airport
Pengangkutan Domestik GZ (3 hari pertama)
Pengurusan Visa Single entry
Penginapan Hotel 3 Bintang (5 Hari 4 Malam)
Makan Malam (Hari Pertama)
Sesi Group Mastermind (Santai)

Perhatian: Tiket penerbangan tidak termasuk di dalam pakej. Peserta boleh menempah sendiri tiket atau pihak kami sedia membantu menguruskan pembelian tiket tersebut.

Bayaran tambahan hotel seperti laundry, kemudahan hotel lain dan panggilan telefon perlu dibayar oleh peserta sendiri.

Peserta mestilah bebas darripada masalah penyakit kritikal.


Sepanjang program (cadangan, bergantung kepada sebarang perubahan)

Day 1
- Arrived at GuangZhou
- Check in Hotel
- Ke Plaza Barangan Kulit (Beg) - Pusat Borong BegLelaki/Wanita Berjenama
- Back to Hotel at 4.30 pm
- 6.30 p.m: Dinner
- 8.00 p.m To Pearl River - Night Cruise (yang nih memang best)
- 10.00 pm - Sesi Group Mastermind

Day 2
- 9.00 a.m: Go to Zhong Da - Textiles Wholesales Centre
- 2.30 p.m: Go to Huang Sha - Plaza Borong Alat tulis
- 5.30 p.m: Back To Hotel
- 7.00 p.m: Go to Abdullah Restaurant
- 8.30 p.m: To Beijing Lui
- 10.00 p.m: Sesi Group Mastermind

Day 3
- 9.00 a.m: Go to Plaza Borong Pakaian Kanak-Kanak (Ramai yang suka lubuk ni)
- 1.00 p.m: Go to Plaza Borong Cenderamata (1001 macam idea, memang best)
- 3.00 p.m: Plaza Borong Barangan Elektronik (banyak item hot)
- 5.00 p.m: Go Back Hotel
- 8.00 pm: Aktiviti Bebas

Day 4
 - 9.00 a.m - 5.00 pm - Aktiviti Bebas, Memborong Sampai Penat

Day 5
- Go to Baiyun Airport
- Departure to Kuala Lumpur

Sekali lagi, peserta yang follow group saya tak ramai. Kalau nak rasai pengalaman seperti kawan-kawan kita dalam video di atas, anda perlu bertindak sekarang.

Buat bayaran RM1350 selewat-lewatnya sebelum 30hb April 2013. Terbaik ialah lock tempat anda dalam group bisnes trip ini segera. Jangan tunggu last minit.

Untuk lock tempat anda, anda boleh bayar deposit RM350 dahulu dan baki RM1000 bayar sebelum tarikh tutup.

Anda boleh buat kaedah bayaran melalui online banking, cash deposit atau ATM transfer ke salah satu akaun bank berikut:

MAYBANK
CIMB BANK

Untuk dapatkan nombor akaun bank, sila sms ke nombor 06-6407479 dengan kod sms seperti berikut:

<TRIP GZ> <BIL PESERTA> <CIMB BANK NO> hantar ke 0166407479


Kouta kekosongan masih ada 4 tempat kosong sahaja lagi! Bertindak sekarang atau anda bakal terlepas peluang mengikut trip hebat ini selama-lamanya!

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
www.noorizamshah.com


Tuesday, October 30, 2012

Apo Kono Eh Jang


Lagu yang melambangkan identiti Negeri Sembilan kini sudah diremixkan. Melihat dari komen-komen di Youtube semuanya positif dan suka pada lagu ini.

Jika tanya saya secara peribadi, saya suka lagu ni cuma part rapping tu nampak terlalu modern sangat lagi-lagi bila Datuk AC Mizal yang buat rap.

AC Mizal tak lari dari identiti tergelak terbahak-bahaknya.. bila rap mesti macam peluru. Tak terkojar den doh. Fida Ibrahim menyanyi pun ok juga cuma sebutan loghat noghori tu tak selembut AC Mizal. Tak semua orang boleh menyanyi dalam loghat ni kalau penyanyi tu bukan anak jati Negeri Sembilan kan?

Mula-mula dengan lagu ni muzik macam pelik, tapi bila dah dengar banyak kali.. ermmm oklah. Not bad. :)

P.s: Lagu ni memang penuh tersirat. Sila dengar banyak kali untuk fahamkan maksud sebenar sebalik lagu ini.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Monday, October 29, 2012

Interview Noorizam Shah Oleh Putar Putar TV


Baru-baru ini saya telah dijemput sebagai salah seorang icon Usahawan Internet Malaysia sempena program Gathering WangCyber 2012 bertempat di Menara Usahawan, Putrajaya.

Di dalam program ini, ia menghimpunkan beratus orang usahawan yang menjalankan perniagaan di internet, mereka yang baru bermula menjalankan perniagaan di internet dan mereka yang masih lagi mencari peluang untuk memulakan perniagaan.

Tahun ini ada banyak peningkatan penyertaan dari peserta dan menariknya aktiviti yang diadakan bermula dari pagi sampai ke petang lebih interaktif. Lebih dekat dan mesra antara satu sama lain. Penganjur bijak menyusun program supaya tidak dapat hambar dan saya sebagai salah seorang jemputan turut mendapat impak positif dengan aktiviti networking secara individu dan berkumpulan.

Konsep menerapkan nilai perkongsian ilmu di dalam bulatan dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain memberi manfaat yang banyak buat mereka yang hadir. Yang pasti, ramai juga usahawan-usahawan hebat yang turun ke perjumpaan ini antaranya mereka yang pakar di dalam bidang lelongan dalam talian, hartanah, emas dan perak, kecantikan, penulisan buku dan majalah.

Saya syorkan supaya penganjur WangCyber dapat meneruskan program seperti ini pada masa akan datang dan diharap impak yang lebih besar mampu menaik dan menyemarakkan lagi industri perniagaan internet di Malaysia melalui program-program seperti ini.

Semoga kita berjumpa di program tahun hadapan!

Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah
Saturday, October 27, 2012

Selamat Mengerjakan Ibadah Korban

Hari ini saya akan balik ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri doa selamat di rumah nenek. Esok insyaAllah program ibadah korban akan diadakan di masjid. Setiap tahun memang aktiviti korban lembu ini memang tidak pernah miss.

Anda pula bagaimana?


Wednesday, October 24, 2012

Tangan Manusia Yang Merosakkan.

Berikut laporan media massa:

IPOH: Ada produk kesihatan di pasaran yang didakwa dihasilkan berasaskan buah istimewa, acai beri dikesan mengandungi kimia beracun sibutramine selain tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Setakat ini, tiga produk berasaskan acai beri disahkan mengandungi racun berjadual itu termasuk jenama ABC Acai Berry Soft Gel, Acai Berry Dietry Supplement dan Acai Berry Slimming Herbal.


Lima lagi produk acai beri iaitu Acai 1000mg Soft Gel, Acai Berry Detox, Acai Berry Extreme, Acai Berry Pure dan Acai Supreme Plus pula didapati dibawa masuk secara haram dan tidak berdaftar dengan KKM.

Kewujudan bahan kimia berjadual dalam produk berkenan dikesan hasil ujian makmal terperinci dilakukan pakar Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF) KKM sejak beberapa bulan lalu.


Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Datuk Eisah Abdul Rahman dalam satu kenyataan media semalam berkata, bahan kimia sibutramine adalah sejenis ubat yang pernah diluluskan sebagai antiobesiti sebelum diharamkan penggunaannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada 23 Disember 2010.


Kelulusan itu ditarik balik kerana kesan toksik yang membahayakan pengguna dan pernah menyebabkan beberapa kes mangsa menemui ajal.

Sibutramine boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar nadi pada sesetengah pesakit dan boleh memberikan risiko kepada pesakit yang mempunyai penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, dan strok,” katanya.


Beliau berkata, produk acai beri yang mengandungi kimia itu juga boleh berinteraksi dengan ubat lain dan mengancam keselamatan pengguna.

“Pengguna perlu berhenti menggunakan produk itu serta-merta. Pengguna yang mengalami kesan sampingan boleh merujuk kepada pegawai perubatan bertauliah untuk nasihat dan rawatan,” katanya.


Eisah berkata, KKM menerima banyak aduan berhubung produk pelangsingan badan berasaskan acai beri yang dijual melalui Internet. “Sehubungan itu, BPF menjalankan risikan dan siasatan terhadap produk mengandungi acai beri. Difahamkan, acai beri adalah buah daripada sejenis pokok palma yang biasa tumbuh di tepi paya di kawasan hutan hujan Brazil.


“Bagaimanapun, hingga kini, tiada bukti saintifik menunjukkan acai beri boleh mempengaruhi penurunan berat badan atau mempunyai kesan positif terhadap kesihatan,” katanya.


Produk acai beri dibenarkan untuk dijual di Malaysia mempunyai nombor pendaftaran produk MAL yang sah.


“Produk kesihatan berdaftar adalah produk yang sudah dinilai KKM untuk keselamatan, keberkesanan dan kualiti. Mereka yang didapati menjual produk tidak berdaftar boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.


BPF sebelum ini bertindak menyerbu beberapa premis di Selangor dan Terengganu dan merampas produk ABC Acai Berry Soft Gel dan Acai Berry Dietry Supplement.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/24
-----------------------------------------------------

SEDIKIT PENCERAHAN:

Sesuatu produk itu ada sebab mengapa ia DIHARAMKAN. Dalam kes diatas, pihak KKM menyatakan bahawa produk tersebut mencampurkan SIBUTRAMINE. Sibutramine ini adalah bahan kimia yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan penggunaannya dalam produk dilarang oleh Kementerian Kesihatan sejak Disember 2010.

Larangan tersebut dilakukan kerana pengambilan sibutramine akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan risiko kepada pesakit jantung dan boleh membawa maut.

Oleh itu, buah Acai yang dalam keluarga beri ini TIDAK BERBAHAYA. Malah terbukti berkhasiat seperti kebanyakkan buah yang berwarna ungu atau terang (merah, hijau, kuning dan lain-lain).

Yang menjadi masalah bila ada pihak TIDAK BERTANGGUNGJAWAB mencampurkannya dengan SIBUTRAMINE yang diHARAMKAN. Jika ada pihak pengeluar madu sekalipun atau kurma (sebagai contoh) mencampurkan apa sahaja bahan terlarang seperti Sibutramine, pastinya ia juga akan mengundang bahaya dan akan DIHARAMKAN oleh KKM.

Malangnya, masalah seperti ini menjadikan apa sahaja produk berasaskan Acai Berry dilihat berbahaya. Sesungguhnya Allah jualah yang menumbuhkan pokok Acai dan darinya keluar buah yang pastinya tidak sia-sia kejadiannya.

Firman Allah yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (A-li'Imraan 3:191)

Sayangnya, tangan manusia jua yang merosakkannya...

Monday, October 22, 2012

Hendak Seribu Daya, Taknak Seribu Dalih

Kejayaan itu tidak datang secara tiba-tiba melainkan kita melakukan tindakan. Bukan mudah untuk kita mencipta kejayaan jika kita tidak memiliki ilmu. Untuk memiliki ilmu, kita perlu mendalaminya. Perlu mencari sehinggalah ke liang lahat. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu tidak ada istilah untuk berhenti dari belajar. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Kepada yang masih lagi berkira-kira untuk mengeluarkan wang untuk memandaikan diri sendiri, fikirlah, berapa lama lagi kita perlu menangguhkan hasrat ini? Berapa lama lagi kita mahu melihat diri kita masih lagi berada ditakuk yang sama tanpa ada sebarang perubahan.

Cukupkah dengan apa yang kita ada sekarang? Tidakkah kita mahu mencari yang lebih baik lagi dan dengan memiliki setiap kebaikan itu, kita dapat melakukan kebajikan kepada orang lain?

Sampai bila kita mahu duduk dalam situasa selesa - comfort zone? Sampai bila kita mahu belajar percuma tetapi melalui jalan penuh liku dan duri.

Jawapan semua ini terletak ditangan anda. Anda bebas untuk pilih yang mana lebih baik untuk diri anda. Jika anda mahu jadi seperti jurutera di atas, buatlah pilihan bijak.

Dalam ilmu perniagaan di eBay melalui teknik berkesan dengan rujuk info di http://sertaiseminar.com

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
http://facebook.com/noorizamshah

Thursday, October 18, 2012

Beli Barang Secara Online Jika Ada Logo PUIM

Baru-baru ini keluar satu keratan akhbar berkaitan keperluan menggunakan logo Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) dan ia menjadi perbincangan ramai pihak mengenai isu berkaitan sehingga saya juga turut menerima sms dari rakan-rakan yang bertanya apakah ini satu keperluan wajib dalam perniagaan di internet?

Antara soalan yang diajukan oleh seorang pengguna di facebook;

1. Bagaimana pihak PUIM tahu penjual yang menggunakan logo PUIM tidak menipu?
2. Adakah terdapat saringan atau siasatan sebelum logo diberi? 
 
Dan ini jawapan yang diberikan oleh wakil persatuan;
 
 "Beli barang secara online jika ada logo PUIM" itu jika dibaca dalam keratan akhbar yang dipost oleh saudara Rahman Baco (dalam group ni) menyatakan yang pengguna 'dinasihatkan'. Bukan satu yang konkrit menyatakan tidak boleh beli jika tidak ada logo PUIM. PUIM galakkan pilih yang ada logo PUIM sebab peniaga itu berdaftar dengan puim (sedikit sebanyak PUIM ada maklumat mengenai peniaga tersebut jika berlaku apa-apa)

- Logo PUIM adalah logo yang 'click-able' yang mana apabila diklik ianya akan bawa kepada maklumat peniaga yang didaftarkan dalam PUIM. Boleh lihat contoh logo yang digunakan oleh saudara Yasir Arafat di www.minisitemudah.com (bawah sekali). Logo yang diletakkan dan link kepada laman rekod PUIM dikira sah.

- Saringan yang dilakukan yang asas adalah, permohonan WAJIB disertakan dengan sijil SSM. Berdaftar dan sah dengan SSM dan menghantar maklumat mengenai perniagaan mereka + url laman untuk semakan puim sblm permohonan diluluskan (pemberian embed code)
 
Kita buat setakat yang boleh dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Apa yang harus dilihat adalah inisiatif menjaga kebajikan pengguna dan memberikan nilai tambah kepada peniaga internet

Sekali lagi dimaklumkan ianya bukan satu yang wajib untuk semua peniaga tetapi kita berikan satu kelebihan untuk peniaga yang menjadi ahli puim untuk satu nilai tambah kepada perniagaan mereka.
Wednesday, October 17, 2012

MiniSiteMudah.com Memudahkan Pemilik Laman Web Jualan

Saya pasti selepas pendedahan sistem MiniSiteMudah.com di Astro Awani malam tadi, akan lebih ramai pemilik laman web jualan tradisional akan beralih arah menggunakan laman web jualan yang lebih bersistematik.

Saya juga merupakan pengguna sistem MiniSiteMudah.com tahun ini dan yang terbaiknya, kita akan dapat full support dari pengasas sistem ini iaitu saudara Yasir Arafat Sepaat. Beliau telah membangunkan sistem pengurusan laman web yang mudah dan amat membantu mereka yang tidak mempunyai banyak pengalaman dari sudut teknikal dan pengurusan.

Melalui sistem ini, anda mudah untuk menulis surat jualan, memasukkan gambar dan testimoni, membina ruang video, mengurus tempahan dan pembelian, malah turut disediakan ruang keahlian untuk mereka yang telah membeli produk anda di laman web.

Jika anda seorang pemilik produk digital, produk fizikal dan perkhidmatan, ingin menggunakan laman web jualan, pastikan anda mendapatkan sistem ini melalui link:

http://www.minisitemudah.com/hop.php?ref=nscm

Semoga info ini membantu anda.
Tuesday, October 16, 2012

Ilmu Itu Adalah Rezeki

Sihat ke hari ini? Semoga sihat-sihat selalu ya :)

Baru-baru ni saya ada baca buku bertajuk "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memang best buku ni.

Selama ni kita selalu memikirkan bagaimana untuk mencari rezeki tetapi masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menjemput rezeki.

So, buku yang saya baca ni ada jawapannya.

Saya kongsikan sedikit dengan  antara apa yang saya belajar di dalam buku ini. Pada zaman kemajuan IT seperti hari ini, mencari ilmu menjadi sangat mudah, murah dan pantas.

Laman Youtube misalnya, melaluinya kita boleh menonton dan mendengar pelbagai ilmu terus daripada penyampainya. Jarak dan masa tidak lagi menjadi halangan. Tekan sahaja kata kunci "haji"
akan keluarlah pelbagai video yang boleh menambah ilmu berkenaan ibadat haji. Masjid dan surau juga merupakan tempat paling cepat, mudah dan murah untuk mendapatkan ilmu.

Maklumat yang baru ditonton di Youtube tadi, boleh terus dirujuk kepada ustaz atau penceramah
yang boleh dihubungi di masjid atau surau di mana majlis-majlis pengajian agama sering diadakan
untuk penjelasan lanjut. Waktu selepas solat isyak memang waktu yang santai untuk bertanya. Keinginan bertanya untuk menambah ilmu adalah rezeki.

Malah, manfaatnya sangat besar kerana ia berterusan hingga ke akhirat sebagaimana hadis berikut:

Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, makaAllah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (Riwayat Muslim)

Hakikatnya dalam dunia ini, tiada yang mudah. Sesuatu perkara menjadi mudah apabila kita berilmu. Samada ada ilmu untuk mendapat kejayaan di dunia ataupun akhirat semuanya perlukan ilmu. Mencari ilmu pula bukanlah kerja yang mudah. Ia bukan sekadar memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang. Ilmu adalah rezeki. Kemahuan menuntut ilmu, istiqamah, mengamalkan ilmu, mengajar dan menyebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat, juga rezeki. Semuanya adalah rezeki
kerana semua itu memberi manfaat kepada pelakunya.

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.

==========================================

Kepada yang ingin menyertai Seminar eBay di Johor Bahru, sekali lagi saya maklumkan tarikhnya pada 03hb November 2012. Seminar eBay di Shah Alam ditunda dari 04hb November ke 11hb November 2012.

Tambahan, untuk mereka yang berada di utara, kami akan adakan seminar eBay pada 18hb November 2012 di Ipoh. Jadi orang Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, boleh join seminar eBay di Ipoh.

Untuk melihat kouta kekosongan boleh layari web www.sertaiseminar.com atau direct sms ke 0166407479 hari ini.


Jumpa lagi,

Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah
www.facebook.com/sertaiseminar
Monday, October 15, 2012

Video Percuma Rahsia Buat Duit Dengan eBay

Saya tidak tahu samada video ini penting atau tidak kepada anda. Saya juga tidak tahu sama ada anda berminat untuk dapatkan video ini atau tidak. Saya percaya begitu ramai yang mahukan video seperti ini...

Jadi, jangan tunggu sehingga saya tarik semula tawaran terhad ini. Layari web http://sertaiseminar.com sekarang!
Thursday, October 11, 2012

Fixed Price Vs Auction: Mana Satu Pilihan Anda?

Jika anda menjual produk di eBay, anda akan diberi pilihan format jualan.

1. Fixed Price (Harga Tetap)
2. Auction (Lelong)

Bagi anda yang baru bermula, pasti tertanya-tanya, apakah format jualan yang sesuai untuk produk anda. Apakah kelebihan dan kekurangan memilih antara format jualan ini? Apakah jaminan terbaik yang boleh anda perolehi jika memilih salah satu format jualan ini?

Jika anda membaca buku atau forum, pasti anda mendapati beberapa cadangan dari mereka yang menjalankan perniagaan di eBay. Malah setiap pendapat ini berbeza-beza. Ini membuatkan anda bertambah keliru. Jika anda ingin mengambil cara mudah, saya ingin kongsikan beberapa tip kepada anda untuk membuat beberapa pilihan.

Kekuatan dan Kelemahan.

Setiap format jualan mempunyai kekuatan dan kelemahan kepada setiap penjual. Kita ambil contoh penjual yang menjual produk menggunakan kaedah lelongan. Dengan memilih lelongan, produk kita mampu terjual pada harga yang kita tidak jangka. Ia boleh memberi keuntungan yang cukup lumayan yang tidak dijangka.

Jika anda tidak tahu meletakkan berapa nilai untuk produk yang ingin dijual, anda boleh mulakan dengan format lelongan.

Namun begitu, risiko yang perlu anda ambil ialah, jika produk tersebut dibida dibawah harga kos, anda boleh berhadapan dengan kerugian. Anda perlu mendalami ilmu bagaimana mengenalpasti sesuatu permintaan produk di pasaran eBay sebelum mengambil keputusan untuk menjual produk anda.

Salah satu cara menggunakan format lelongan ini adalah untuk menarik traffik masuk melihat produk kita. Teknik ini saya gelarkan sebagai "umpan pancing" dan di dalam maklumat keterangan produk, kita boleh pindahkan traffik ke jualan format harga tetap. Secara lebih detail, anda boleh belajar di dalam program SertaiSeminar dan memahami bagaimana lelongan boleh memberi impak kepada jualan anda.

Kombinasi antara masa dan format jualan juga mampu memberi impak semasa kita melakukan listing.

Menggunakan format Fixed Price, kita dapat menentukan berapakan margin keuntungan yang kita mahu untuk setiap produk. Apabila anda menggunakan format ini, anda tidak akan memusnahkan harga dan mencari kerugian.

Berbanding dengan auction, risiko produk tidak terjual lebih tinggi. Ini kerana kebanyakan produk yang dijual menggunakan format auction akan bermula pada harga dibawah kos. Saya lebih suka anda menggunakan format fixed price di dalam store. Ini kerana, dengan store kita boleh menggunakan beberapa strategi tambahan untuk memastikan produk yang kita senaraikan menggunakan format Fixed Price mampu menghasilkan jualan yang menguntungkan.

--------------------------------------
Anda ingin mempelajari dan mendalami perniagaan di eBay? Merancang untuk membina pendapatan konsisten dengan model perniagaan ini? Kami syorkan anda menyertai program kami di http://sertaiseminar.com hari ini.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah
Monday, October 8, 2012

Sertai Seminar Dropship Artsnow + eBay, Kuala Lumpur

Buat pertama kalinya, Seminar Dropship Artsnow + eBay akan diadakan di Kuala Lumpur pada 13hb Oktober 2012. Pada hari sabtu ini juga merupakan program terakhir untuk tahun 2012 di Kuala Lumpur.

Jika anda bercadang untuk mengikuti program ini, saya syorkan anda daftar segera di laman web:
http://sertaiseminar.com.

Lokasi seminar adalah seperti berikut:



Untuk arahan tunjuk arah yang lengkap sila layari web http://sertaiseminar.com

Jumpa anda di sana!

Noorizam Shah



Seminar eBay di Johor. Rugi Tak Datang!


Peluang ini bukan selalu datang ke tempat kita. Jadi ambillah peluang untuk sertai Seminar Dropship Artsnow + eBay, dibawa khas oleh pakar berpengalaman, tuan Noorizam Shah. Program ini akan diadakan buat pertama kali dan terakhir untuk tahun 2012 di Johor.

Kami mengalu-alukan rakan di Johor, Singapura, Selatan Pahang dan Melaka untuk hadir ke seminar kali ini.

Yang pasti ada sesuatu yang istimewa akan dikongsikan dengan peserta seminar di Johor pada 03hb November 2012 (sabtu).

Jika anda tidak kemana-mana atau telah pun merancang untuk aktiviti lain, pastikan anda tukar hasrat anda dan hadir ke seminar ini. Berikan 1 hari masa berharga dalam 365 hari yang anda nikmati untuk belajar bagaimana untuk menghasilkan jualan dan pendapatan secara konsisten di laman web eBay tanpa perlu berhenti kerja, boleh lakukan secara sambilan di mana-mana sahaja.

Saya pasti panduan yang bakal dikongsikan di dalam seminar ini akan membantu anda membina perniagaan di eBay secara konsisten bukan untuk tempoh 1 bulan, 3 bulan tetapi matlamat jangka panjang menjalankan perniagaan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Dan istimewa, sokongan dan bimbingan selepas menyertai seminar akan diberikan sepanjang hayat di dalam group tertutup kami.

Untuk memberi JAMINAN kepada anda, JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN jika anda mendapati program kami ini tidak dapat membantu anda. Anda boleh tuntut WANG selepas anda mengikuti program kami sehingga rehat tengahari dan tamatkan penyertaan anda tanpa sebarang bicara.

Saya cadangkan anda mendaftar sekarang kerana... tempat dan kouta penyertaan adalah terhad. Saya tidak boleh jamin jika saya naikkan yuran penyertaan 3 kali ganda dari harga yang anda lihat di laman web sekarang... atau saya terpaksa menolak penyertaan anda kerana kouta telah pun penuh diisi.

Layari web http://sertaiseminar.com/ untuk pendaftaran online, ataupun SMS direct ke 0166407479 unuk ketahui kouta kekosongan dan yuran penyertaan.

Jumpa anda di Johor!

- Admin
Sunday, October 7, 2012

Nak Dapatkan Bimbingan Berterusan Dari Saya?


Jika anda sertai Seminar Dropship Artsnow + eBay ini, anda tidak perlu khuatir dengan sokongan dan bimbingan selepas program. Saya berusaha untuk membantu anda dan memastikan matlamat untuk menghasilkan pendapatan melalui eBay dicapai oleh setiap peserta yang hadir.

Jadi, jangan rasa bimbang. Perkhidmatan kami tidak seperti sesetengah program yang lain dimana, anda membayar yuran penyertaan yang tinggi tetapi selepas program anda dibiarkan tanpa sebarang permantauan ataupun bimbingan.

Saya amat mengalu-alukan kepada mereka yang pernah mengikuti program saya atau program penganjur lain atau anda baru sahaja berhasrat untuk menyertai program saya, jaminan wang dikembalikan jika anda mendapati di awal program seminar kami ini (bermula pagi) tidak mencapai matlamat anda.

Di dalam program ini, kami akan pastikan segala bentuk penyampaian adalah berkualiti dan berbeza daripada program yang pernah anda hadir. Yang pasti, selepas program ini anda akan dibimbing dan dipastikan setiap peserta menghasilkan jualan dan pendapatan pertama mereka di eBay.

Mahukah anda membina pendapatan secara konsisten di eBay setiap bulan?
Mahukan anda membina pendapatan kedua tanpa perlu berhenti kerja?
Mahukah anda membina pendapatan lebih lumayan berbanding dengan gaji yang anda terima sekarang?

Jika jawapan anda ya,

Anda perlu hadir ke Seminar kami. Tarikh paling dekat sekali ialah pada 13hb Oktober 2012 (Sabtu) dan lokasi akan diadakan di Kuala Lumpur. Bagi mereka yang tinggal di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang, anda boleh hadir ke program ini.

Jangan tangguhkan masa lagi. Ini adalah waktu terbaik untuk anda mulakan tindakan.

Call kami di 0166407479 untuk pertanyaan kekosongan ataupun layari web http://sertaiseminar.com untuk pendaftaran online.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
www.sertaiseminar.com

Tiada Lagi Paypal Access Limit.

Beberapa akaun Paypal yang saya create sebelum ni banyak berhadapan dengan situasi access limit. Kadang-kadang belum terima transaksi dah tersangkut dengan access limit.

Selepas beberapa kali mengkaji dan mengkaji, saya berjaya daftar beberapa akaun Paypal dan setakat ni semua ok. Dapat verify dengan baik. Dapat terima payment pun cantik. No pending, pending. Kalau pending... jadi pening lagi lah jawabnya. :)

Kepada yang attend seminar saya bulan ini, saya akan share tips macam mana nak buat supaya Paypal tak kena access limit. Kalau kena, nak buat apa?

Jadi belajar semua ini di http://sertaiseminar.com

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
nak tips free? Klik LIKE PAGE http://facebook.com/noorizamshah
Thursday, October 4, 2012

eBay Get Rich Quick


Get Rich Quick!

Bunyi nampak macam hype kan? Tapi itulah eBay. Banyak perkara yang pelik, unik, ajaib, menarik dan hebat berlaku di sini.

Dari pengalaman saya membaca dan mencari maklumat di dalam buku dan internet, saya menjumpai banyak kisah-kisah menarik yang boleh saya kongsikan dengan hari ini.

Saya pernah membaca kisah seorang cucu telah menjual seorang nenek di eBay kerana....

Cucu ini tidak berpuas hati dengan sikap neneknya yang suka memarahinya.

Cucu berusia 12 tahun ini telah berjaya mendapat pembida dan ramai yang telah membida
nenek ini.

Namun begitu, eBay telah membatalkan iklan ini kerana ia menyalahi polisi eBay.

Itu mungkin kisah lucu. Antara rekod item paling mahal dijual di eBay ialah sebuah jet pejuang US Navy telah dijual pada nilai USD1juta di eBay.com.

Untuk menjadi kaya dengan cepat di eBay sebenarnya, kita memerlukan masa yang tepat. Namun untuk mencari masa tepat ini perlu melalui proses juga. Boleh jadi juga atas nasib seseorang penjual itu.

Di Malaysia, saya pernah mendengar kisah seorang penjual menjadi jutawan hasil menjual produk di eBay. Salah seorang daripada mereka adalah berbangsa Melayu.

Barang apa? Klunya ialah aksesori lelaki dan wanita.

Antara kisah kejayaan yang boleh saya kongsikan dengan anda, ramai peserta seminar dan program personal coaching (mastermind) eBay bersama saya pada program-program yang lalu telah pun berjaya dalam perniagaan di eBay.

Ada yang berhasil mendirikan rumahtangga dengan income eBay. Ada juga yang beli kereta, beli rumah, melancong dan macam-macam lagi hasil menjalankan perniagaan di eBay.

Antara testimoni, anda boleh rujuk link:
http://sertaiseminar.com

Baru-baru ini pun dalam program Sertai Seminar yang saya anjurkan telah menghasilkan student yang berjaya membuat jualan dan income di eBay.

Modul pembelajaran saya mudah,

Anda akan terus belajar bagaimana menggunakan satu method ini untuk menghasilkan produk jualan
tanpa perlu simpan stok
, tanpa perlu keluar modal yang besar.

Dan yang paling best, anda tak perlu berhenti kerja yang anda buat sekarang.

Saya ni pun, sambil-sambil tulis post ini, saya buat juga listing di eBay. Alhamdulillah, masih boleh buat sales lagi.

Jika anda ingin mendalami bisnes ini secara serius dan mahu saya bimbing anda sampai menghasilkan jualan
pertama anda, pastikan anda mengikuti program Sertai Seminar yang terkini ini dengan rujuk link:

http://sertaiseminar.com

Saya menerima kaedah pembayaran melalui kredit kad, kad debit, paypal, online banking, cash deposit...

atau bayar deposit awal untuk lock posisi anda dan baki jelaskan pada hari program dijalankan.

Lock posisi anda sebelum orang lain isi semua kouta kekosongan ini.


Jumpa anda lagi,


Noorizam Shah
www.sertaiseminar.com
www.videolubukduit.com

Jangan Daftar Di Saat Akhir

Kemaskini ringkas. Buat anda yang merancang untuk menyertai seminar Dropship Artsnow + eBay salah satu lokasi pilihan iaitu di Kuala Lumpur, Johor dan Selangor, pastikan anda membuat pendaftaran dengan kadar segera.

Saya baru sahaja update kouta kekosongan untuk setiap lokasi dan masih ada lagi beberapa kekosongan. Untuk update terkini, sila layari link http://sertaiseminar.com.

Sementara early bird masih dibuka, pastikan anda membuat tindakan pantas dan rebut peluang BONUS MENYERTAI PRIVATE GROUP KHAS kami, bimbingan sehingga anda menjana jualan dan pendapatan di eBay!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://facebook.com/sertaiseminar

Mesej Emel Hong Leong Bank Scam




Kami ingin memberi peringatan dan amaran kepada semua pengguna emel supaya berhati-hati dari sebarang bentuk penipuan terancang. Kali ini sasaran utama mereka adalah pengguna akaun bank Hong Leong.

Modus operandi mereka masih sama. Mereka akan menghantar emel secara rambang kepada anda dengan memberi paparan ia seakan-akan mesej dari pihak bank. Mereka ini memiliki software khas yang boleh menyedut emel-emel di internet kemudian dihantar secara pukal kepada bakal pemangsa. Kepada mereka yang cetek pengetahuan, kebarangkalian untuk ditipu itu adalah tinggi.

Berdasarkan dari nama dan emel pengirim, pengguna akan cuba dikelirukan dengan memaklumkan mesej yang berbentuk kecemasan.

Andai anda mengikut arahan emel ini, anda akan mendapati maklumat keselamatan perbankan internet anda telah dicuri dan akhirnya anda berhadapan dengan kehilangan wang di dalam akaun simpanan.

Jadi,

Diingatkan, jika anda merupakan pemegang akaun bank Hong Leong dan mendapati ada mesej kecemasan seperti ini, sila jangan mengambil sebarang tindakan dengan klik atau mengisi maklumat yang diminta. 

Anda boleh menghubungi pihak bank melalui talian khidmat pelanggan untuk kepastian ataupun akses ke laman web rasmi Hong Leong Bank melalui pautan yang sah.


atau hubungi 603 7626 8899 untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan.

--------------------------------------------------------------------------------
Jika anda inginkan khidmat rundingan atau ingin mengadakan program/latihan/seminar kesedaran keselamatan penggunaan internet dan media sosial, ingin memanggil kami sebagai pembentang atau penceramah, sila emelkan surat jemputan tuan-puan ke emel nsconsultation @ gmail.com atau hubungi 0166407479 untuk makluman lanjut.

Kami mengalu-alukan kerjasama program dari agensi kerajaan, swasta, IPT dan perseorangan.
-------------------------------------------------------------------------------

Noorizam Shah







Wednesday, October 3, 2012

Rezeki Kita Bukan Untuk Kita Seorang Sahaja


Rasanya semua orang di Malaysia pernah terserempak dengan saudara seperti ini. I watched from inside McD's play place, saudara ni mengetuk BMW, Merc, Camry dan kereta-kereta mewah sewaktu dengannya yang beratur di Drive thru. SATU JAM berlalu, matahari maki perit, tak sorang pun sudi beli.

Setelah pasang niat moga diberi kesempatan untuk membantu saudara ni sekadar yg mampu, I searched for him on my way out but couldn't find. Surprisingly he was near my car (on the other side of the drive thru lane) when I wanted to go home.

Kami berbual ringan, sambil diri ini terkial2 meletakkan anaqi di car seat, dan makanan tak habis McD di kaki seat. Dia terkejut saya boleh cakap kelantan, biarpun saya bukan dari kelantan. Keropok RM20/packet, kalau beli dua RM35 katanya. Sementara saya membuka purse nak keluarkan RM35, saudara ni sempat memberi nasihat, yang 'anak itu harto Allah bagi kat kito, keno jago memolek'. Dia mintak maaf bukan niat nak beri ceramah, saya kata tak perlu minta maaf, kita kena saling mengingatkan. Saya tanya abang ada anak? Anaknya 3 orang di kampung. Dia merantau mencari rezeki.

Bila saya bagitau saya nak beli 2 paket, dia tunduk mencari2, sy perasan bajunya dah byk bertampal-tampal. Kain jubahnya lusuh sekali. Maaf cakap, kalau dirumah saya dah jadi kain buruk. Hati ni tersentuh sgt2. Tetiba teringat Rasulullah saw, dan para sahabat. Agaknya macam ini lah pakaian mereka (Sayidina Umar diriwayatkan ada 14 tampalan di bajunya). Saya melihat dalam purse, ada duit RM50 sekeping. Saya beri padanya, dan bila dia nak bagi balance saya kata 'tak po lah abe, sedeqah sayo untuk anok2 abe.'

Dia terduduk. Terus sebak teresak2. Sy tergamam. Passerby started staring. Dalam sedu dia kata 'timo kasihlah dik. susohnyo nok cari rezeki untuk anok2...make minum pun tak tentu'...sebak sendunya makin kuat...Allah saja yang tahu apa yg dia rasa. Berejam di tengah panas, minta belas orang berada yang duduk dalam kereta aircond, tak seorang pun sudi membantu. Bukan minta sedekah, dia ikhtiar sekadar kemampuan dia.

Saya cuba beri seidikit peringatan buat dia dan diri saya. 'Jange sedih abe. Kito ado Allah, tak po lah kito miskin didunio pong, yg penting akhirat kito kayo. Biarlah kok oghre nok kato lagu mano pong, asalke Allah tok hino kito...sabar deh...Allah ado...cukuplah Allah buat kita abe...HasbiaAllah'

Dia masih sebak, saya tak tahan terus masuk kereta dan menangis sepuas-puasnya dalam kereta.

Anak2ku Amirul Shaqil Azmir & Shireen Ara Alyssa, kalau jumpa saudara kita yg berusaha keras mencari rezeki macam pakcik ini, bantulah sekadar mampu. Biarpun kita tak makan keropok yang dia jual, boleh je sedekahkan kat jiran ke, saudara mara ke, pak guard ke, hatta tol booth operator pun kita boleh bersedekah (kalau dah tak suka apa yg dijual). Tak makan bukan alasan untuk tidak membantu. Janji kita bantu pulihkan semangat yang menjual, untuk berusaha lagi mencari rezeki dengan cara yg halal. RM10-20 is nothing to us, but it could mean with or without rice for the day for them. Rezeki Allah bagi untuk kita agih-agihkan, bukan untuk disimpan sampai jadi gunung.

Berkongsi cerita bukan nak bermegah dgn RM15 yang saya sedekah, tapi untuk membuka mata hati diri ini 7 yg sudi membaca. Semoga Allah jauhkan diri ini, anak2, suami & semua umat dari sifat ujub & riak. Wallahua'lam.
-----------------------------------------------------
Cerita ini dipetik dari seorang pengguna Facebook.

Alkisah Pelaburan Emas Genneva Malaysia

Gambar dipetik dari Facebook Genneva Malaysia.

Kisah ini mungkin menggemparkan pelabur-pelabur emas jongkong di Malaysia. Beberapa media massa dan elektronik telah melaporkan bahawa syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah diserbu oleh pihak dari Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta SSM.

Melalui laporan akhbar ini juga, syarikat yang telah menjalankan urus niaga emas jongkong bernilai kira-kira RM4 billion ini turut melibatkan pelaburan dari kerajaan negeri dan orang kenamaan VIP dan VVIP.

Kisah serbuan ini memuncak apabila ramai diantara pelabur yang mendakwa mereka tidak mendapat pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan telah membuat laporan polis. Terdapat banyak sumber memberitahu, syarikat berkenaan sebelum ini pernah terlibat memperdayakan pelabur melalui skim pelaburan berbentuk piramid. Melalui pelaburan emas jongkong ini pula, ia juga dikatakan terdapat beberapa artis turut membuat pelaburan.

Bagi mereka yang menjalankan aktiviti pelaburan emas di Malaysia terutama syarikat yang berpengkalan di Malaysia, ia telah mendapat perhatian agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan. Dengan hanya melalui laporan polis dan beberapa laporan kepada agensi-agensi penguatkuasaan, syarikat-syarikat pelaburan emas di Malaysia boleh diambil tindakan.

Kesan dari serbuan ini, segala aset, emas jongkong dan wang hasil pelaburan boleh disita dan sudah tentu ia akan memberikan lebih banyak masalah kepada pelabur-pelabur sedia ada.

Adakah kisah Genneva ini turut memberi impak kepada syarikat pelaburan emas yang lain?
Tuesday, October 2, 2012

Berapa Yang Anda Sanggup Bayar Untuk Mendalami Ilmu Ini?

Tak semua orang sanggup spent duit untuk sesuatu yang memberi tambah nilai dalam hidup. Ramai yang sanggup berbelanja RM300-RM1000 kepada perkara yang hanya memenuhi kehendak mereka.

Pergi bercuti makan angin, beli gajet terkini seperti Blackberry, Iphone, Ipad, Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy Tabs, tukar sport rim kereta, tinted cermin kereta, Playstation 3, PSP, Xbox dan sebagainya.

Berapa ramai yang pula yang sanggup keluar bajet untuk belajar sesuatu yang bermanfaat dan boleh memberinya panduan bagaimana untuk menambah pendapatan sekarang?

Cuba tanya diri anda, adakah anda merupakan salah seorang dari mereka yang suka membazir wang kepada perkara seperti di atas atau sebaliknya.

Saya ada ramai peserta yang telah lama mengikuti perkembangan bisnes saya dan ada juga yang telah membeli produk-produk saya sejak tahun 2008 lagi. Namun selepas beberapa tahun, barulah mereka mengambil tindakan untuk bermula.

Jika anda diberi peluang sekali lagi, adakah anda ingin bersama-sama belajar cara yang betul dan berkesan bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan sampingan dari rumah melalui bisnes yang sebenar tanpa perlu berhenti kerja atau menyertai skim cepat kaya yang berleluasa di internet ini?

Jika ya,

Pastikan anda sertai saya di dalam program terkini Sertai Seminar pada 13hb Oktober 2012, 03hb November 2012 dan 04hb November 2012. Pilih salah satu tarikh dan lokasi anda.

Program ini terbukti dan dapat membantu anda menjana pendapatan pertama anda di eBay melalui teknik dan cara betul.

Untuk mendaftar, layari web http://sertaiseminar.com hari ini!

Noorizam Shah
http://facebook.com/sertaiseminar
Monday, October 1, 2012

Formula Kejayaan Di eBay

Apa khabar hari ini? Isnin ni biasalah ramai yang sibuk  dengan tugas minggu baru.

Hari ini saya banyak berehat dirumah sahaja. Sambil-sambil tu membalas emel-emel pertanyaan dari pelanggan-pelanggan saya.

Owh yea, dalam emel ini saya ingin berkongsi formula tips kejayaan yang saya amalkan dari Mentor Kejayaan saya.

Saya suka berkongsi perkara ini dan semoga apa yang saya kongsikan ini mampu mengubah cara anda berfikir.

Berikut adalah formula MESTI:

M = Mentor
E = Elmu / Emosi
S = Sistem
T = Tindakan
I = Impian


Rakan pembaca sekelian, saya mula perasaan apa yang kita nak buat terutamanya di dalam perniagaan, kita perlu ada seorang mentor. Kita tidak boleh sekadar bergantung kepada buku, ebook, video ataupun gambar.

Kita perlu memiliki seorang mentor untuk membantu dan membimbing kita ke arah kejayaan.

Jika anda bercadang untuk memulakan bisnes dan menjana pendapatan sampingan di eBay tanpa perlu berhenti melakukan kerja sekarang,

Anda juga perlu memiliki mentor. Kenalpasti  siapakah mentor anda sebenarnya.

Kemudian, apabila anda sudah mengenalpasti siapakah beliau, pergilah menuntut ilmu dengannya.

Belajar bagaimana anda boleh mendalami lagi perniagaan ini dengan mengetahui ilmu-ilmu
yang dikongsikan oleh mentor anda.

Pembaca yang dihormati,

Setiap orang yang berjaya, mesti ada mentor.
Tiger Wood yang berjaya tu pun ada mentor.
Datuk Nicol Ann David pun ada memiliki mentor.
Lin Dan pun ada mentor.
Dr. Azizan Osman yang multijutawan tu pun ada mentor.


Jadi, dalamilah ilmu itu dengan penuh emosi dan perasaan. Bersungguh-sungguh.

Guna sistem yang dikongsikan oleh mentor anda, dan lakukan tindakan berdasarkan apa yang
telah anda belajar.

InsyaAllah, semua impian yang kita pasang akan tercapai dengan cara tekun melakukan, fokus, berusaha dan sentiasa istiqamah.

Sebab itulah untuk anda mencipta kejayaan di dalam bisnes eBay ini anda perlu melakukan M.E.S.T.I insyaAllah mesti berjaya!

-----------------------------------------



Pagi ini dan semalam saya banyak terima sms dari nombor yang tidak kenali. Ramai yang mesej saya bertanyakan minat nak sertai program sertai seminar saya iaitu seminar Dropship Artsnow dan eBay.

Memandangkan semalam kouta penyertaan dah penuh dan program telah pun dijalankan,

kini saya buka penyertaan baru khusus untuk mereka yang baru ingin mendalami bisnes ini atau buat mereka yang sudah mempunyai sedikit pengalaman bisnes eBay dan ingin buat ulangkaji belajar perkara baru,

Saya alu-alukan dan buka penyertaan sekarang.

Untuk bulan Oktober kita ada satu tarikh sahaja iaitu pada 13hb Oktober yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Tempat akan dimaklumkan kemudian.

Manakala 3hb November 2012 akan diadakan di Johor manakala 4hb November 2012 akan diadakan
di Selangor
. Lokasi juga akan dimaklumkan kemudian.

Namun begitu, seperti biasa, tempat penyertaan adalah terhad.

Bagi mereka yang mendaftar awal, kami berikan yuran penyertaan EARLY BIRD tetapi terbuka untuk 10 penyertaan awal sahaja.

Selepas itu, harga asal akan ditetapkan.

Jika anda bercadang untuk menyertai seminar ini, pastikan berbuat tindakan segera.

Jangan terlepas peluang ini.

Untuk mendaftar dan dapatkan tawaran terkini, sila rujuk link

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search