Hari ini saya banyak berehat dirumah sahaja. Sambil-sambil tu membalas emel-emel pertanyaan dari pelanggan-pelanggan saya.
Owh yea, dalam emel ini saya ingin berkongsi formula tips kejayaan yang saya amalkan dari Mentor Kejayaan saya.
Saya suka berkongsi perkara ini dan semoga apa yang saya kongsikan ini mampu mengubah cara anda berfikir.
Berikut adalah formula MESTI:
M = Mentor
E = Elmu / Emosi
S = Sistem
T = Tindakan
I = Impian
Rakan pembaca sekelian, saya mula perasaan apa yang kita nak buat terutamanya di dalam perniagaan, kita perlu ada seorang mentor. Kita tidak boleh sekadar bergantung kepada buku, ebook, video ataupun gambar.
Kita perlu memiliki seorang mentor untuk membantu dan membimbing kita ke arah kejayaan.
Jika anda bercadang untuk memulakan bisnes dan menjana pendapatan sampingan di eBay tanpa perlu berhenti melakukan kerja sekarang,
Anda juga perlu memiliki mentor. Kenalpasti siapakah mentor anda sebenarnya.
Kemudian, apabila anda sudah mengenalpasti siapakah beliau, pergilah menuntut ilmu dengannya.
Belajar bagaimana anda boleh mendalami lagi perniagaan ini dengan mengetahui ilmu-ilmu
yang dikongsikan oleh mentor anda.
Pembaca yang dihormati,
Setiap orang yang berjaya, mesti ada mentor.
Tiger Wood yang berjaya tu pun ada mentor.
Datuk Nicol Ann David pun ada memiliki mentor.
Lin Dan pun ada mentor.
Dr. Azizan Osman yang multijutawan tu pun ada mentor.
Jadi, dalamilah ilmu itu dengan penuh emosi dan perasaan. Bersungguh-sungguh.
Guna sistem yang dikongsikan oleh mentor anda, dan lakukan tindakan berdasarkan apa yang
telah anda belajar.
InsyaAllah, semua impian yang kita pasang akan tercapai dengan cara tekun melakukan, fokus, berusaha dan sentiasa istiqamah.
Sebab itulah untuk anda mencipta kejayaan di dalam bisnes eBay ini anda perlu melakukan M.E.S.T.I insyaAllah mesti berjaya!
-----------------------------------------
Pagi ini dan semalam saya banyak terima sms dari nombor yang tidak kenali. Ramai yang mesej saya bertanyakan minat nak sertai program sertai seminar saya iaitu seminar Dropship Artsnow dan eBay.
Memandangkan semalam kouta penyertaan dah penuh dan program telah pun dijalankan,
kini saya buka penyertaan baru khusus untuk mereka yang baru ingin mendalami bisnes ini atau buat mereka yang sudah mempunyai sedikit pengalaman bisnes eBay dan ingin buat ulangkaji belajar perkara baru,
Saya alu-alukan dan buka penyertaan sekarang.
Untuk bulan Oktober kita ada satu tarikh sahaja iaitu pada 13hb Oktober yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
Manakala 3hb November 2012 akan diadakan di Johor manakala 4hb November 2012 akan diadakan
di Selangor. Lokasi juga akan dimaklumkan kemudian.
Namun begitu, seperti biasa, tempat penyertaan adalah terhad.
Bagi mereka yang mendaftar awal, kami berikan yuran penyertaan EARLY BIRD tetapi terbuka untuk 10 penyertaan awal sahaja.
Selepas itu, harga asal akan ditetapkan.
Jika anda bercadang untuk menyertai seminar ini, pastikan berbuat tindakan segera.
Jangan terlepas peluang ini.
Untuk mendaftar dan dapatkan tawaran terkini, sila rujuk link